Saturday, January 11, 2014

Degree dalam freemason



Selepas entri FAKTA FREEMASONRY yang lepas, saya menerima banyak email serta mesej di Facebook, majoriti nya mengenai status degree-degree yang terdapat dalam sistem Freemasonry. Rasanya saya sudah terangkan di dalam entri fakta freemasonry, tapi tak apalah, biar saya huraikan sejelas-jelasnya agar pembaca boleh faham dan tidak tergolong dalam golongan konspirasi.

Bagi seorang Mason, dakwaan konspirasi mengenai degree ini adalah di antara dakwaan paling Kelakar sekali.Di setiap Lodge di merata dunia, pasti ada seorang dua Mason yang menyertai sub-persatuan iaitu Scottish Rite yang telah menerima Ijazah berprestige kehormat 33rd Degree. Selalunya, mereka yang menerima 33rd Degree ini adalah di antara Mason yang paling aktif dalam penglibatannya di dalam Freemasonry.

Saya percaya, mungkin hampir 90% pembaca di sini tahu mengenai konspirasi atau fitnah yang di lontarkan kepada persatuan ini, julung kalinya di sebabkan siri The Arrival yang mana mengatakan Freemason berhubung kait dengan Illuminati. Maaf saya katakan, Dakwaan tersebut tidak benar dan sangat jauh lari dari realiti.. 

Mari kita mula, bagaimanakah 33rd Degree ini di katakan 'level tertinggi' sepertimana yang di war-warkan oleh Anti-Mason di luar sana.

Terdapat 3 (Sila kira; 1... 2.... 3....) Degree di dalam sistem Freemason.
1. Entered Apprentice
2. Fellow Craft
3. Master Mason

Bila seorang mason mencapai degree ketiga iaitu Master Mason, dia sudah mencapai Degree / Level Tertinggi di dalam Freemason. Maknanya Tidak Ada degree yang lebih tinggi daripada ini.



Namun lain ceritanya di mata golongan konspirasi dan anti-mason yang mana langsung tidak tahu apa-apa mengenai Freemason, tetapi memandai bagi huraian palsu.

Kononnya, bila mereka nampak nombor degree yang lebih tinggi dari nombor 3, makna nya orang itu lebih tinggi pangkatnya? No. Salah. Sempadan atau titik akhir atau degree terakhir adalah 3rd Degree, Master Mason, tidak ada lagi tinggi.

Sebenarnya tidak ada Ranking Pangkat Bernombor di dalam sistem Freemason, kecuali 1 - 3 di mana, syarat kelayakan untuk mendapat degree 3rd Degree Master Mason adalah hendaklah melalui 1st Degree Entered Apprentice dan 2nd Degree Fellow Craft. Jika seorang Mason tersebut mempunyai 7th Degree Royal Arch di dalam sistem Scottish Rite, tidak bermakna pangkat nya lebih tinggi dari 3rd Degree Master Mason.. 7th Degree tadi cumalah DEGREE biasa.Seperti sijil tambahan.

Katakanlah di dalam sekolah anda mendapat Markah tertinggi nombor 1. Maknanya anda sudah mendapat ranking tertinggi 3rd Degree Master Mason. Kemudian cikgu anda akan memberi sijil penghargaan 'Pelajar Terbaik', sijil penghargaan itu tadi adalah mana-mana degree tambahan 4 - 33 di dalam Freemason.

Nombor 4 - 33 bukan lah bermakna level, tapi ia adalah symbol bagi degree tersebut kerana amatlah mustahil untuk menghafal nama kesemua degree. Mason pun manusia biasa juga, otak dan memori mereka pun sama juga macam kamu, bukan senang nak hafal semua. Sebab itulah mereka letakkan number daripada menulis nama penuh. Ibaratkan Bakin' Robins yang mempunyai 31-flavor, boleh kamu sebutkan kesemua flavor tersebut mengikut turutan? Of course tidak. Begitu juga dengan Degree tambahan ini.


33rd Degree adalah degree Terhormat dan Terakhir di dalam Scottish Rite. Di sebabkan tidak ramai Mason yang mendapat degree ini, muncul lah huraian karut yang mengatakan bahawa mana-mana mason yang dapat 33rd Degree ini adalah golongan 'elite'. Mungkin betul, tapi bukan 'elite' dengan kuasa, tetapi 'elite' dengan penglibatan dan aktif dalam Freemasonry, yang mempunyai sumbangan seperti menulis buku, atau membuat research tentang Freemasonry.

Datuk saya Joe Conrad Hays JR merupakan 33rd Degree Mason. Sumbangan beliau? Menjadi ketua research dan Past Master di Lodge Texas pada tahun 1970-1971. Boleh check di sini [ http://www.texaslodgeofresearch.org/past-masters.html ].

Memang perkara biasa untuk salah faham mengenai degree ini. Iya lah, Common Sense kita mengatakan yang number 33 itu lebih tinggi dari 3. Tetapi dalam sistem Freemasonry, semua berbeza. Sebab itu lah, jika hendak mengetahui tentang sesuatu persatuan tersebut, sila lah bertanya Directly kepada Member di dalam persatuan itu, bukannya bertanya pada orang yang langsung tidak tahu apa-apa, malahan bukan member sekalipun. Memang lah beliau akan bagi konspirasi dan fitnah secara tidak sengaja. Sebab beliau bukan ahli, beliau cuma boleh buat spekulasi.
- See more at: http://jakehays.net/2013/02/memahami-degree-di-dalam-freemason.html#sthash.K1IZgiEU.dpuf

No comments:

Post a Comment