Wednesday, July 27, 2011

Sejarah Tamadun Mesopatamia




Mesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir di dunia lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Mesopotamia (dari bahasa Yunani bererti 'antara dua sungai')merupakan kawasan muka bumi yang terletak antara sungai Tigris dan Euphrates, sebahagian besarnya termasuk dalam kawasan Iraq moden dan bahagian barat Iran.Jelasnya, tamadun ini terletak di antara sungai Tigris dan Sungai Furat (Euphrates) yang dalam bahasa Arab, tamadun ini turut dikenali sebagai بين نهرين‎ (Bayn Nahrain: antara dua sungai). Wilayah Mesopotamia yang seluas 130 000 batu persegi dikelilingi pergunungan Zargos di bahagian timur laut dan dataran tinggi Arab di barat daya. Ia menganjur dari Teluk Parsi di tenggara hingga ke pergunungan Taurus di Turki hinggalah ke Teluk Parsi.Sumer di selatan Mesopotamia biasanya dikenali sebagai "Buaian Tamadun (Cradle of civilization)". Bandar di Mesopotamia kemudian dijadikan ibu kota Akkad, Babylonia, Assyria, Mitanni, Assyrian-Baru, Babylonia-Baru, Parthia, Sassanid dan empayar Abbasid. Selepas berakhir era tamadun Mesopotamia, kawasan ini diperintah oleh kuasa asing, terutamanya Empayar Achaemenid, Macedonia/Seleucid, Rashidun, Umayyad, Ottoman dan British empires.


Etimologi

Muka bumi daerah Mesopotamia dicipta semasa tempoh Hellenistic tanpa sempadan yang tepat, bagi merujuk kepada kawasan muka bumi yang luas dan kemungkinannya digunakan oleh Seleucid. Istilah biritum/birit narim bersamaan dengan konsep muka bumi yang sama dan dicipta pada masa pengaraban (Aramaic) daerah tersebut.Ia bagaimanapun diterima umum bahawa masyarakat Mesopotamia awal merujuk keseluruhan tanah pamah (alluvium) sebagai kalam dalam Sumerian (Harafiah. "tanah"). Istilah lebih kini seperti "Mesopotamia Raya" atau "Syro-Mesopotamia" telah diterima pakai bagi merujuk kepada muka bumi lebih luas bersamaan dengan Timur Near East atau Timur Tengah. Gelaran terkini adalah istilah PemusatEropah ([[Eurocentrism) diberikan kepada daerah tersebut pada pertengahan abad ke-19 oleh pelbagai pencerobohan kuasa Barat.

Kronologi pembentukan

Tamadun ini berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 SM-5000 SM. Pada sekitar tahun 3500 SM, wilayah ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Kedudukannya yang strategik menggalakkan pembentukan banyak kerajaan. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 SM yang menjadikan orang-orang Sumeria adalah pengasas bagi tamadun ini. Orang-orang Sumer mendiami bahagian selatan Lembah Tigris-Furat dari Nipppur hingga ke Teluk Parsi. Kerajaan ini berakhir dengan Chaldea yang jatuh pada 539 SM. Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia dan membawanya kepada keruntuhan kerajaan Mesopotamia. Tamadun Mesopatamia dapat dibahagikan kepada 7 zaman pemerintahan yang penting iaitu:
Sumeria — 3500 - 2340 SM
Akkadia — 2371 - 2006SM
Ur ke-3 — 2113 - 2006 SM
Isin dan Larsa — 2017 - 1763 SM
Babylon — 1894 - 1530 SM
Kassites (Zaman Gelap) — 1530 - 1100 SM
Assyria — 1100 - 626 SM
Chaldea — 626 - 539 SM


Organisasi Sosial

Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yang tertinggi dikenali sebagai amelu atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialah mushkinu (kelas pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau rahib) dan tentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah golongan agama. Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-pedagang, guru, juruwang, ahli nujum, ahli sains, ahli silap mata, petani dan tukang. Kelas yang paling bawah merupakan kelas hamba abdi. Hamba abdi telah wujud di Mesopotamia sejak awal lagi tetapi tidaklah dipandang hina. Golongan hamba ini terdiri daripada orang tawanan perang, penjenayah, orang yang telah dijadikan hamba abdi sejak kanak-kanak lagi dan orang tempatan yang dijual beli. Sekiranya seorang hamba patuh dan setia kepada tuannya, dia boleh dibebaskan. Hamba abdi boleh berkahwin dengan orang biasa dan apabila ibu bapa mereka meninggal, anaknya akan dibebaskan. Mereka diberi keistimewaan tertentu dan boleh membuat rayuan kepada pihak yang berkuasa tetapi mereka tidak diberi peluang dalam pentadbiran.

Orang dari kelas mushkinu diberi kebebasan dalam semua perkara dan tidak diwajibkan berkhidmat dalam tentera kecuali bila negeri menghadapi bahaya ancaman luar. Pergerakan dari satu kelas ke kelas lain adalah sukar. Orang perempuan tidak dianggap sebagai barang jualan tetapi dianggap sebagai seorang individu dan warganegara. Dia mempunyai hak ke atas wangnya sendiri, harta benda suaminya dan ayahnya dan boleh menjalankan perniagaannya sendiri dan mempunyai hamba abdi sendiri. Jika dia menguruskan perniagaan suaminya semasa ketiadaan suaminya, dia berhak menerima sepertiga dari keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya, seseorang yang berhutang boleh menyuruh isterinya menjadi hamba kepada orang yang memberi hutang tetapi hanya dalam jangka waktu 3 tahun sahaja.


Masyarakat

Orang-orang Sumer dikatakan berasal dari kawasan pergunungan. Ini ditunjukkan dengan bangunan-bangunan awal di Sumer didirikan dengan kayu balak dan teks-teks purba yang menyebut tentang dewa orang-orang Sumer yang tingal di kawasan pergunungan. Ada juga ahli sejarahwan yang berpendapat bahawa orang-orang Sumer merupakan campuran pelbagai ras dan tamadun iaitu gabungan unsur luar dan tempatan.

Di samping orang Sumer, terdapat satu lagi bangsa utama iaitu orang Semitik. Mereka mendiami bahagian tengah Mesopotamia yang juga dikenali sebagai Akkad dan berasal dari Semenanjung Tanah Arab. Mereka telah menubuhkan empayar pertama di Mesopotamia di bawah pemimpin mereka yang utama iaitu Sargon Agung yang dikenali sebagai Empayar Akkadia. Orang-orang Amorite dan Armaean juga merupakan suku bangsa Semitik yang memainkan peranan dalam sejarah Mesopotamia.

Dewa dan Dewi utama

Dewa Anu merupakan Dewa langit Sumeria. Dia berkahwin dengan Dewi Ki, tetapi dalam kepercayaan Mesopotamian lain dia mempunyai isteri yang dipanggil Uraš. Sungguhpun dia dianggap dewa paling penting dalam Dewa Dewi, dia memainkan peranan pasif dalam epik, membenarkan Enlil untuk mengambil keduduk sebagai dewa paling penting.
Dewa Enlil pada awalnya merupakan dewa paling berkuasa dalam kepercayaan Mesopotamia. Isterinya adalah Dewi Ninlil, dan anak-anaknya adalah Iškur (kadang-kala), Nanna - Suen, Nergal, Nisaba, Namtar, Ninurta (kadang-kala), Pabilsag, Nushu, Enbilulu, Uraš Zababa dan Ennugi. Kedudukannya pada puncak dewa dewi (pantheon) kemudiannya digantikan oleh Marduk dan kemudiannya oleh Ashur.
Dewa Enki (Ea) dewa kepada Eridu. Dia merupaka dewa hujan.
Dewa Marduk merupakan dewa utama Babylon. Apabila Babylon semakin berkuasa, mithologi mengangkat Marduk dari kedudukan asalnya sebagai dewa pertanian kepada dewa utama dalam pantheon.
Dewa Ashur merupakan dewa empayar Assyrian dan sama juga apabila Assyrians semakin berkuasa, mitos mereka mengangkat Ashur kepada kedudukan penting.
Dewa Gula atau Dewa Utu (dalam Sumeria), Shamash (dalam Akkadian) merupakan dewa matahari dan dewa keadilan.
Dewi Ishtar atau Dewi Inanna merupakan dewi seks dan perang.
Dewi Ereshkigal merupakan dewi Alam Bawah (Netherworld).
Dewa Nabu merupakan dewa tulisan Mesopotamia. Dia amat bijaksana, dan dipuji bagi keupayaannya untuk menulis. Di sesetengah tempat, dia dipercayai mengawal langit dan bumi. Kepentingannya semakin meningkat pada tempoh berikutnya.
Dewa Ninurta merupakan dewa perang Sumeria. Dia juga merupakan dewa hero.
Iškur (atau Dewa Adad) merupakan dewa ribut.
Dewa Erra kemungkinannya dewa kemarau. Dia sering disebut bersama dengan Dewa Adad dan Dewa Nergal bagi memusnahkan tanah.
Dewa Nergal kemungkinannya dewa wabak (plague). Dia juga merupakan pasangan kepada Dewa Ereshkigal.
Dewa Pazuzu, juga dikenali sebagai Dewa Zu, merupakan dewa jahat, yang mencuri kepingan (tablets ) masa depan Dewa Enlil, dan dibunuh kerana ini. Dia turut membawa penyakit yang tidak mempunyai penawar yang diketahui.

Pengkebumian

Beratus perkuburan telah dibongkar di sesetengah bahagian di Mesopotamia, memberi maklumat mengenai upacara pengkebumian Mesopotamian. Di bandar Ur, kebanyakan orang ditanam dalam perkuburan keluarga di bawah rumah mereka (sebagai mana di Catalhuyuk), bersama sebahagian barang milik. Beberapa didapati dibungkus dalam tikar dan karpet. Mayat anak kecil diletakkan dalam tempayan (jars) besar yang diletakkan di (capel) keluarga. Yang lain di dapati ditanam dalam perkuburan umum bandar. 17 kubur didapati dengan objek beharga dalamnya dan dipercayai kubur diraja.


Budaya

Muzik, lagu dan alat muzik.

Sesetengah lagu ditulis bagi dewa-dewi tetapi kebanyakkannya bagi menggambarkan peristiwa penting. Sungguhpun muzik dan lagu menghibur raja dan pemerintah, ia turut disukai oleh orang kebanyakan yang menyanyi dan menari di rumah mereka atau di pasar-pasar. Lagu dinyanyikan kepada kanak-kanak yang menyampaikannya kepada anak-anak mereka. Dengan itu lagu disampaikan melalui beberapa generasi sehinga seseorang menulisnya. Lagu-lagu ini melalui beberapa abad dan memberikan maklumat penting mengenai peristiwa bersejaraj yang akhirnya sampai kepada sejarahwan moden.

No comments:

Post a Comment