Thursday, July 21, 2011

Nuffnang Ads 3 Komen 7 Jenis Pohon Yang Tak Mungkin Dapat Dipanjat Oleh Manusia Dengan Tangan Kosong

1. Silk Floss Tree (Ceiba Speciosa)


Berasal dari hutan subtropis Amerika Selatan, Pohon Silk Floss kini tersebar luas di seluruh Florida selatan. Bunga kepada pokok ni cantik, sebab tu la orang sukakannya. Tapi, nak panjat ke atas untuk dapatkan bunga macam mana ekk?? Tambahan lagi, kapas di dalam polong bunga digunakan untuk di isi dalam bantal, dan kayu dari pohon Silk Floss digunakan dalam kemasan, dan untuk pembuatan kertas. Pokok ni juga ditanam di sepanjang jalan kota sebagai display. Maybe sebab bunganya cantik sangat kot tu pasal tanam kat tepi jalan.

2. Hercules Club (Aralia Spinosa)


Pokok ni diberi nama khusus kerana bentuknya seperti kon. Hercules Club adalah asli dari Amerika Utara, dan tersebar di bagian timur benua. Kalau tengok dari jauh, durinya macam tumpul dan tak bagi apa-apa ancaman pada pemanjatnya, tapi kalau secara dekat...korang tengok sendiri ni. Ada duri yang betul2 halus di penghujungnya.


Pokok ni digunakan sebagai pertahanan daripada haiwan-haiwan yang boleh mengancam keselamatan. Haa...kreatif kan?

3. Honey Locust (Gleditsia triacanthos)


Sama seperti Hercules Club, pohon Honey Locust adalah asli Amerika Utara, dan dapat dilihat dari Dakota Selatan ke New Orleans selatan dan pusat Texas. Pohon ini benar-benar menarik, dengan features Honey Locust duri panjang 3-4 inci yang dapat menyebabkan luka serius kalauu korang tak hati-hati. Mereka tumbuh pada batang dan cabang yang lebih rendah. Maybe digunakan untuk mempertahankan diri pokok tu sendiri daripada ancaman haiwan yang suka makan kulit pokok tersebut.

Duri Honey Locust sering menyebabkan kaki terluka dan kalau korang lalu kat pokok ni, kemungkinan besar tayar kenderaan korang boleh pecah. Tengok aje la durinya sikit punya panjang kan.. Bahkan, banyak kali telah dilihat burung besar tertusuk pada duri pokok ni. Dasat betull....

4. Kapok (Ceiba pentandra)


Pohon kapuk adalah pohon tropika, asli ke Mexico, Amerika Tengah dan utara Amerika Selatan. Bangsa Maya menganggap bahawa Ceiba entandra merupakan pohon suci menegakkan dunia, dengan akar akan turun ke bawah. Getah pokok ni digunakan sebagai kemenyan untuk upacara Kuno dan sebagai ubat tradisional untuk penyakit berkenaan perut. Features bagi pokok ni adalah tajam bermotif, atas dan bawah sisi mereka.

Serat yang terkandung dalam bunga-bunga dari Kapuk digunakan untuk mengisi kasut, bantal, mainan boneka. Minyak biji dari pokok ni pulak digunakan dalam pembuatan sabun.Duri pokok ni akan luruh apabila usia pokok semakin bertambah. Sama la macam ranbut manusia, makin tua makin gugur la kan. Hehe...

5. Pejibaye Palm (Bactris gasipaes)


Pohon Pejibaye Palm adalah salah pokok yang paling berbahaya, dengan ribuan duri tajam panjang yang mencakupi seluruh batang. Berasal dari negara-negara Amerika Tengah seperti Costa Rica atau Nicaragua. Pokok ni macam kelapa sawit pun ada, macam pokok pinang pun ye aku rasa. Pejibaye ditanam untuk buah kecil bagi perusahaan kelapa, yang dikatakan sangat sedap rasanya. Memetik buah-buah kecil sangatlah tidak mudah, tetapi penduduk setempat telah menyusun suatu teknik yang memerlukan scraping dari bagian kulit.

Percaya atau tidak, duri hitam pokok ni selalu dianggap membawa berkat kerana banyak kegunaannya. Kalu dahulu digunakan sebagai alat senjata, tetapi sekarang digunakan untuk membuat jarum dan kail. Hermm..aku rasa menarik jugak tu.

6. Pochote (Pachira quinata)


Beso giler saiz duri pokok ni.. Pohon Pochote dari Amerika Tengah dan utara Amerika Selatan dianggap sebagai Bear Grylls di dunia. [apa tu??] Pokok ni tak terpengaruh oleh kekeringan. Kalau pokok ni dipotong atau ditumbangkan pun, nanti akan bercambah semula pucuk yang baru. Batang dan cabang pokok ini digunakan sebagai tiang pagar yang 'hidup' . Kira tak payah bazir-bazir duit buat pagar rumah, tanam je pokok ni pasal korang kalau nak mencuri mesti tak sanggup nak panjat pagar yang rupa macam ni kan??

7. Sandbox Tree (Hura crepitans)


Pokok-pokok kat atas mesti menimbulkan rasa sakit kalau korang cuba untuk memanjat, tapi pokok Sandbox ni pulak boleh menendang punggung korang dari 300 meter jauhnya, sehingga menobatkan sebagai pohon terburuk di dunia. Duri gelap keluar dari kulit nya, memberikan sebuah gambaran bahawa Sandbox kelihatan menyenangkan, namun senjata sebenarnya adalah berbentuk buah labu yang benar-benar meledak, seperti suara tembakan. Ketika matang, bijinya meluncurkan 300 kaki ke segala arah, pada kelajuan 150 km/jam.

Korang fikir bahawa itu berbahaya? Cubalah makan salah satu biji pelurunya dan korang terus akan dapat cramp perut serius, diarrhea, muntah, gangguan penglihatan dan degupan jantung yang cepat. Makan dua biji je dah cukup, dan dapat dapat menambahkan delirium, kejang, dan bahkan mungkin kematian. Getah kuning menyebabkan kebengkakkan, contacts dengan kulit, dan menyebabkan kebutaan sementara, jika menggosok mata. Belum cuba, belum tahu kan?? Hehe..

Ok la, sampai sini je cerita aku. Harap dapat menambah sikit sebanyak pengetahuan korang.

No comments:

Post a Comment