Friday, July 29, 2011

fakta perang dunia pertama

Anda dah tahu pada tahun bilakah tentera kamikaze Jepun menyerah kalah sebenarnya? Tak baca bahagian pertama edisi ini? Hmm ... anda akan tahu bahawa Amerika Syarikat pada perang dunia kedua pernah diancam oleh tentera Jerman di bumi sendiri - tak ramai yang tahu ni; dan anda akan dapat tahu pembabitan negara benua Amerika Selatan seperti Brazil dalam Perang Dunia Kedua, yang nampaknya lebih hebat dari Amerika Syarikat sendiri. Tak baca lagi, saya syorkan anda baca: KLIK SINI.

Dan kali ini untuk bahagian kedua dan yang terakhir, saya berikan lagi 5 fakta dari 10 fakta yang tak diketahui umum mengenai Perang Dunia Kedua ... huhuh.... buat kaji selidik ni .. bukan main taram je .. hehehe... ok, jom baca sedikit fakta sejarah yang dikemukakan ini:


Insiden Niihau

Foto: Wikimedia

Pada tarikh 7 Disember 1941, Jepun telah menyerang dan mengebom Pearl Harbor. Semasa pengeboman ini, banyak tentera kamikaze Jepun telah kembali ke kapal induk mereka, tetapi ada juga yang berjaya ditembak jatuh dan terhempas di kepulauan Oahu.

Mengikut perancangan, juruterbang Jepun sepatutnya mendarat/terhempas di kepulauan Ni’ihau, seandainya ditembak jatuh. Mereka menyangkakan pulau Ni'ihau ini tidak berpenghuni sedangkan ia sebenarnya mempunyai penduduk. Antara tenterea Jepun yang bernasib malang - ditembak oleh pihak Amerika ialah kapal terbang yang dipandu oleh Shigenori Nishikaichi. Kapal terbangnya rosak teruk dan terpaksa mendarat, dan dia telah mendarat di Pulau Ni’ihau seperti yang telah diarahkan.

Terkejut kerana menyangkakan pulau itu tidak berpenghuni. Namun, dia telah dilayan seperti seorang tetamu di pulau tersebut, yang pada ketika itu, penduduk di situ tidak mengetahui bahawa Pearl Habour telah dibom oleh tentera Jepun termasuklah Shigenori Nishikaichi.

Apabila berita tersebar mengenai pengeboman Pearl Habour, juruterbang ini bersama 3 lagi rakyat Jepun telah ditangkap dan akhirnya ditembak mati. Insiden ini dikenali sebagai insiden Niihau.



Tentera Jerman Bukan Hanya Dari Jerman

Foto: NVCC

Ramai yang anggap bahawa bala tentera Jerman hanya terdiri dari rakyat Jerman sahaja atau yang menjadi ahli Parti Nazi. Sebenarnya tentera Jerman terdiri dari beberapa lagi negara yang menyokong Nazi, antaranya Batalion Infanteri ke 373, yang terdiri dari rakyat Belgium. Manakala, Frikorps Danmark telah diwujudkan di Denmark untuk merekrut anggota Nazi dari warga Denmark. Begitu juga dengan negara-negara seperti Estonia, Peranchis, Greece, Hungary, Poland, dan Norway. Malah, ada di kalangan tentera Nazi Jerman diwujudkan dari British Free Corps. Mereka ini terdiri dari 27 tentera yang merupakan warga nergara New Zealander, Kanada dan Australia.

Belon Api Dari Jepun

Foto: Air Museum
Menjelang tahun 1944, awal tahun 1945, pihak Tentera Jepun telah melancarkan lebih dari 9000 “Belon Api” dari Kepulauan Honshu. Belon-belon ini dibuat dari sejenis kertas khas - washi, yang mengandungi gas hidrogen serta bahan api.

Belon-belon ini sepatutnya menuju ke Amerika Utara, dan sepatutnya meletup di sana. Namun, hanya 1000 belon berjaya sampai ke Amerika Utara. Ia dikatakan pelan peperangan yang tidak berjaya, walaupun begitu letupan dari belon api ini telah mengorbankan 6 rakyat Amerika pada 1945 - hanya dari satu letupan.

Stalag Luft III

Foto: Merkki

Stalag Luft III merupakan sebuah kem tahanan yang dibina oleh tentera Nazi Jerman. Ia terdiri dari banyak tentera dan juruterbang tentera Bersekutu yang ditawan. Walaupun kem tahanan ini dikatakan dikawal ketat, namun tahanan-tahanan yang ada telah merancang untuk membebaskan diri. Lebih dari 600 tahanan telah merancang untuk melarikan diri dari tahanan di kem tersebut. Mereka telah mula menggali terowong.

Pada 24 Mac, 1944, perancangan yang telah diatur mula menampakkan kegagalan, sewaktu ini, mereka hanya berjaya loloskan diri seramai 77 orang yang akhirnya berjaya ditangkap kembali. Dari 77, hanya 3 berjaya hidup dan 50 tahanan yang ditangkap semula kemudiannya ditembak mati. Kalau anda nak tahu, kisah ini ada difilemkan pada tahun 1963, “The Great Escape” - pernah ditayangkan di tv Malaysia, dan saya ada tengok!

Perlawanan Maut - Bola Sepak


Ia merupakan sebuah perlawanan bola sepak yang mengundang maut buat pasukan yang telah menang. "The Death Match" merupakan perlawanan bolasepak antara tahanan perang Russia, “FC Start”, yang menentang pasukan Jerman yang terdiri dari anggota Luftwaffe, “Flakelf”.

Perlawanan ini dibuat pada 9 Ogos, 1942, yang telah diadili oleh seorang pengadil dari tentera Waffen SS. Pengadil memang sangat berat sebelah sehinggakan membenarkan kepala penjaga gol pasukan Russia ditendang dan mengakibatkan kecederaan serius. Walaubagaimanapun, mereka telah menang 5-3. Perlawanan ini pernah difilemkan dan dilakonkan antaranya oleh Pele - Lagenda Bolasepak Dunia. (Saya tengok filem ini!!)

Kerana kemenangan tersebut, ahli pasukan FC Start telah diseksa oleh Gestapo, dan antara yang mati semasa ditahan oleh Gestapo ialah Mykola Korotkykh. Yang lainnya kemudian dihantar ke kem tahanan/buruh paksa Syrets, yang memperlihatkan Ivan Kuzmenko, Oleksey Klimenko, dan penjaga gol FC Start Mykola Trusevich dibunuh pada tahun 1943 (Februari).

1 comment: