Sunday, July 31, 2011

Kempen penaklukan Rom Byzantine

  • Berita kejayaan tentera Islam menawan sebahagian Empayar Parsi Sassanid sampai ke pengetahuan Khalifah Abu Bakar r.a.
  • Khalifah Abu Bakar memulakan kempen untuk menawan Empayar Rom Byzantine.
  • Menjelang April 634 Masihi, 4 pasukan tentera Islam dikumpulkan di Zu Qissa untuk ekspedisi ini.
    • Pasukan pertama diketuai oleh Abu Ubaidah al-Jarrah r.a.
    • Pasukan kedua diketuai oleh Amru bin al-’As r.a.
    • Pasukan ketiga diketuai oleh Yazid bin Abu Sufyan r.a.
    • Pasukan keempat diketuai oleh Syurahbil bin Hasanah r.a.
  • Keempat-empat pasukan bergerak dari Zu Qissa ke Tabuk dan masuk ke Empayar Rom Byzantine melalui sempadan selatan, sebelum berpecah mengikut laluan yang berasingan.

Musuh di hadapan

  • Tentera Islam mendapat tahu bahawa tentera Rom Byzantine berada di Ajnadayn dalam jumlah yang amat besar.
  • Bantuan diminta daripada Khalifah Abu Bakar r.a. di Madinah.
  • Disebabkan keadaan di wilayah baru Islam di Parsi terkawal, Khalifah mengarahkan Khalid al-Walid r.a. mengetuai sepasukan tentera Islam dari sana ke jajahan Rom Byzantine.

Khalid al-Walid beraksi

  • Khalid al-Walid r.a. menerima arahan daripada Khalifah Abu Bakar r.a. lalu meengumpulkan sepasukan tentera Islam berjumlah 13 000 orang.
  • Menjelang Jun 634 Masihi, tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid r.a berangkat dari al-Hirah dan menuju ke Busra (بصرى), ibu kota.
  • Khalid al-Walid r.a. memasuk wilayah jajahan Rom Byzantine melalui sempadan padang pasir yang tidak dikawal. Justeru, kehadiran Khalid al-Walid r.a. tidak dapat dihidu tentera Rom Byzantine.
  • Kejayaan dalam pertempuran di antara tentera Islam dengan tentera bersekutu Rom Byzantine dan Ghassan di Qaryatayn dan Hawarin membolehkan mereka berjaya menawan beberapa kubu Rom Byzantine di sempadan; Sawa, Arak, Tadmur, Sukhnah, Qaryatayn dan Hawarin.

No comments:

Post a Comment