Di dalam sejarah peradaban manusia , abad lepas pelbagai renteten peristiwa telah berlaku . Pembunuhan , kemerdekaan , peperangan dan penciptaan pelbagai senjata pemusnah demi untuk menunjukkan kekuasaan sesebuah negara . Dalam peperangan , ada yang terbunuh , cedera dan ramai anak kecil kehilangan ibubapa menjadi anak yatim piatu . Namun , tahukah anda semua 3 pembunuhan terbesar beramai-ramai yang pernah dilakukan oleh tangan manusia? Tidak tahu..tak mengapa ..biar tulisan aku aku ini menceritakannya..
1) Nanking Massacre
Nanking Massacre yang juga dikenali sebagai Rape of Nanking . Ianya sebuah peristiwa di mana beratus-ratus ribu penduduk awam dibunuh dan diperkosa secara kejam di kota Nanking yang merupakan ibu kota bekas Republik China. Peristiwa yang berlangsung selama jangka masa enam minggu di mana askar Tentera Empayar Jepun memasuki kota Nanking dan mula membunuh orang-orang Cina. Pembunuhan Nanking dianggap pembunuhan beramai-terburuk dalam sejarah manusia kerana lebih dari 80 ribu lelaki dan wanita dibunuh, diseksa dan diperkosa dalam masa enam minggu.
2)Babi Yar Massacre
Pembunuhan Babi Yar terjadi pada tahun 1941 dilakukan oleh tentera Nazi ketika lebih dari 33 ribu orang Yahudi mati dalam satu operasi yang diketuai oleh gabenor tentera, Mejar Jeneral Friedrich Eberhardt, Commander Polis Tentera Kumpulan Friedrich Selatan Jeckeln dan C Commander Otto Rasch. Babi Yar adalah tempat di luar Kiev yang merupakan ibu kota Ukraine.
3) St Bartholomew’s Day Massacre
Peristiwa ini juga dikenali sebagai Massacre de la Saint-Barthélemy. Peristiwa ini berlaku pada 1572 di Paris. Pembunuhan itu bermula dua hari selepas percubaan pembunuhan Laksamana Gaspard de Coligny, yang merupakan pemimpin ketenteraan dan politik Huguenot. Selepas kejadian itu , sekumpulan pemberontak bersama-sama dengan massa Katolik Rom mula mula membunuh orang di seluruh Paris dan pembunuhan merebak ke kawasan bandar lain dan kawasan luar bandar juga. Dianggarkan bahawa sekitar 30 ribu orang terbunuh dalam peristiwa ini.
Pembunuhan terbesar lagi ada:
ReplyDeletePembunuhan rakyat jerusalem semasa Rom menyerang dan memusnahkan jerusalem dalam tahun 70an selepas masihi dimana tenterra rome di bawah perintah Titus Flavius (selepas tu did jadi maharaja rome) membunuh lebih 1 juta manusia di jerusalem. titus sendiri meminum darah dari tengkorak mangsanya. Ini merupakan hukuman Tuhan kepada bangsa yahhudi sepertimana disebut pada awal surah al-Isra'