Monday, January 3, 2011

Yahudi di Malaysia.


Pada tahun 1895, orang pertama Yahudi, Yehezkiel Menassah telah berhijrah dari Baghdad dan terus menetap di Penang, Malaysia. Selama lebih dari 30 tahun, Menassah adalah satu-satunya orang Yahudi yang terdapat di negeri ini, di samping beliau terus mengamati dan memelihara hari-hari kebesaran Yahudi serta sistem peraturan pemakanan Yahudi yang dikenali sebagai Kosher (makanan halal versi Yahudi). Setelah tamat Perang Dunia 1, lebih ramai orang Yahudi mulai menetap di Malaysia. Kemudian semasa Perang Dunia II meletus, komuniti puak Yahudi tersebut telah berpindah ke Singapura. Hingga ke tahun 1963, hanya 20 keluarga Yahudi sahaja yang menetap di Malaysia.

Hari ini, sekitar 100 orang Yahudi berada di Malaysia. Di Pulau Penang, masih lagi terdapat sekumpulan kecil kelompok Yahudi dan tanah perkuburan mereka di George Town di kawasan persimpangan Yahudi Street (Jalan Yahudi). Kawasan perkuburan orang Yahudi di Penang adalah dianggap paling tertua di pusara negara ini. Kedapatan ukiran pada batu nisan yang tertua di pusara tersebut bertarikh pada tahun 1805 dan yang terakhir pada tahun 1976. Terdapat juga di kawasan perkuburan tersebut kubur seorang pegawai Inggeris Yahudi yang dibunuh semasa Perang Dunia II. Sebahagian besar orang Yahudi yang menetap di Malaysia adalah pelarian dari Rusia.

Bila kemuncak Perang Dunia 1, lebih ramai Yahudi berhijrah ke tanah Melayu sehinggalah Perang Dunia ke-2 di mana mereka telah berpindah ke Singapura kerana khuatir di penjara dan diseksa oleh Jepun. Hingga tahun 1963, hanya tinggal 20 orang Yahudi di tanah Melayu. Disebabkan hanya tinggal 20 orang Yahudi, upacara keagamaan mereka tidak dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana, 10 orang Yahudi yang berusia lebih dari 12 tahun diperlukan untuk menjayakan mana-mana upacara keagamaan. Jadi, jumlah mereka tidak mencukupi. Tambahan pula, pendudukan Israel ke atas tanah Palestin serta konflik perang Arab-Israel (perang Yom Kippur @ perang 6 hari) menyebabkan masyarakat Islam Malaysia bersimpati dengan rakyat Palestin dan Yahudi di tanah Melayu merasakan ia sebagai suatu ancaman. Lantas, ramai yang berpindah keluar dari tanah Melayu dan berhijrah ke tempat lain (Singapura yang paling dekat) hinggakan ke New York (salah seorangnya ialah Richard Chang), Australia dan Israel. Yang tidak berpindah pula ialah seperti Gus Styne yang merupakan bekas konduktor orkestra RTM.

Singapura merupakan penempatan terdekat dan tetap bagi mereka semenjak Perang Dunia ke-2 hingga ke hari ini. Mereka hanya datang ke Pulau Pinang sekadar menghadiri upacara pengebumian saudara mereka dan pelbagai upacara yang lain. Hingga kini, dianggarkan terdapat 100 orang Yahudi di Pulau Pinang dan kebanyakan dari mereka adalah pelarian dari Rusia. Mereka mengikuti rombongan perdagangan dari Armenia yang mana sebelum itu Armenia berada dalam kekuasaan USSR. Chief Master Singapura (mungkin semasa zaman sebelum merdeka) iaitu David Marshall, merupakan salah seorang Yahudi Pulau Pinang.

Walaupun negara Malaysia tidak memberi kebenaran pasport bagi warganegara Israel memasuki Malaysia, namun kita harus teliti bahawa, Yahudi tinggal dan menjadi warganegara di banyak negara selain Israel seperti UK, France, German, US, India, China, Australia dan sebagainya. Melalui negara selain Israel itulah bangsa Yahudi dapat datang dan menziarahi saudara mereka Malaysia. Tambahan pula, ada negara lain yg mengamalkan dwi-kewarganegaraan iaitu boleh memiliki dua kewarganegaraan (contohnya, Israel-UK, Israel-France dan sebagainya) berbanding rakyat Malaysia yang hanya boleh memegang satu kewarganegaraan saja.

Majoriti Yahudi di tanah Melayu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kubur terbaru Yahudi di Pulau Pinang bertarikh pada 1976. Pendudukan dan perkuburan Yahudi di Pulau Pinang ialah satu-satunya 'kawasan' pertama yang diduduki oleh Yahudi di Malaysia dan ada juga yang berpendapat bahawa pendudukan tersebut merupakan pendudukan yang pertama bagi South East Asia. Kubur Yahudi itu terletak di Yahudi Road (juga dikenali sebagai Jahudi Road dan Jew Road. Sekarang di gelar Jalan Zainal Abidin), Pulau Pinang dan masih lagi di bersih dan diselenggarakan hingga kini. Perkuburan tersebut bukan sahaja menempatkan Yahudi dari Rusia dan Baghdad, malah dari keturunan yahudi yang telah menetap di China (Yahudi Cina) dan berpindah ke Pulau Pinang disebabkan polisi komunisme yang diamalkan oleh pemerintah China pada tahun 1949.

Mengikut Wikipedia, ada juga yang berpendapat bahawa, pendudukan Yahudi di tanah melayu bermula semenjak kurun ke 9 berdekatan dengan muara di Lembah Bujang dan seterusnya pada kurun ke 18 di Melaka.

Semasa pendudukan British di tanah Melayu, ada juga Yahudi yang dilihat bekerja bersama dengan British seperti Eliaho Hayeem Victor Cohen, seorang Leftenan dari rejimen ke-9 askar British Hindia dan terbunuh pada 10 Oktober 1941:

"The graves of the Cohens are located separately from the main group of graves on the north-eastern corner of the cemetery and it includes the grave of Eliaho Hayeem Victor Cohen, a Liutenant with the 9th Jat Regiment of the British Indian Army killed in an accident on October 10, 1941. It is the only grave in the cemetery that is maintained by the Commonwealth War Graves Commission [5]. The cemetery is itself managed by a board of trustees established and registered in 1885. With the descendants of the current trustees residing outside Malaysia, the maintenance of the trusteeship is uncertain."

Cohen@Kohen pula ialah jawatan dalam Yahudi yang mirip paderi Kristian. Kohen ialah "a direct male descendant of the Biblical Aaron, brother of Moses.". Namun begitu, nama Aaron juga digelar Harun dalam Islam (adik beradik kepada Nabi Musa). Pangkat Kohen juga berkait rapat dengan Temple of Soloman (dikatakan, kuil ini akan dibina semula di atas tapak Masjidil Al-Aqsa yang sedia ada). Dan, pangkat Kohen bukan sebarangan. Soalnya, apa yang menarik minat Yahudi untuk menetap di Malaysia? Sedangkan, pada awal 1900an, 1940an, 1960an, Malaya@negara Malaysia bukanlah maju seperti negara-negara barat yang lain pada waktu itu. Dan, kubur salah seorang yang berpangkat Kohen terdapat di Pulau Pinang.

Namun, saya berpendapat bahawa, Yahudi tersebut tidaklah bekerja dengan British, sebaliknya British yang bekerja untuk mereka. Mereka datang hanya memantau kerja-kerja yang akan dilaksanakan oleh British. Dan konsep ini serupa saja pada zaman moden ni di mana US dan UK saja yang sentiasa berada di barisan hadapan baik semasa peperangan mahupun Press Conference, manakala Yahudi pula 'mengawal dan mengarah' dari belakang."


1 comment: