Ark Of Covenant? Mungkin ramai antara pembaca blog saya yang pernah dengar nama ini. Tapi apakah sebenarnya Ark Of Covenant/ Tabut As-Sakinah ini? Adakah ianya sekadar mitos, atau rekaan sahaja. Atau ia benar-benarl wujud di dunia ini. Dan apakah kaitannya dengan akhir zaman ini. Jadi di sini saya mengajak pembaca sekalian meneroka lebih jauh ke persoalan ini. Pengkaji barat dan Yahudi telah lama mencari-cari di manakah tabut yang hilang ini? Jika anda menonton cerita Indiana Jones-Raiders Of The Lost Ark mungkin anda mendapat sedikit intro tentang tabut ini. Ini membuktikan sudah lama mereka mencari-cari khazanah yang tidak ternilai ini.
Sebelum kita menjelajah lebih jauh tentang tabut, saya akan ceritakan secara ringkas tentang tabut ini. Tabut bukan sekadar cerita dongengan semata-mata. Kisah tentang tabut banyak diceritakan dalam kitab-kitab old tastement dan juga new tastement. Dan apa yang lebih penting dan menjadi bukti kewujudan tabut ini, ia disebutkan di dalam Al-Quran.
Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 248.
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: 'Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman'.
Jadi terbukti di sini ia benar-benar wujud kerana ia disebutkan di dalam Al-Quran yang dijadikan sebagai pegangan. Tabut ini pernah diletakkan di dalam Temple Of Solomon semasa zaman Nabi Sulaiman a.s. Dan juga tabut ini akan kembali di akhir zaman ini tabut hanya akan dijumpai oleh Al-Mahdi. Freemason juga sangat mahukan tabut ini sehinggakan lambang mereka, turut diletakkan gambar tabut ini.
Kenapa Freemason (dajal) mahukannya? Siapa yang membuatnya? Bila ia dibuat? Mengapa ia dibuat? Untuk apa ia dibuat? Apa isi di dalamnya? Apa terjadi kepadanya? Apa keistimewaan tabut? Di mana ia sekarang?
Ark Of Covenant/ Tabut As-Sakinah- Rupa Tabut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tabut, saya membuat rujukan di dalam kitab old tastement dan new tastement kerana di dalam Al-Quran terlalu sedikit maklumat tentang tabut yang saya dapat. Bible yang ada hari ini pada hakikatnya bukanlah kitab suci lagi kerana sesebuah kitab suci itu sepatut hanya berisi firman-firman Tuhan. Satu-satunya kitab suci ialah kitab Al Quran. Di dalam Bible ada firman Tuhan, hadis para Nabi, kata-kata para ulama, nukilan para sejarawan, tulisan orang biasa dan hasil tangan para pendusta. Semuanya sudah bercampur-gaul dan diubah oleh The Hidden Hand.
Sungguhpun begitu, bukanlah keseluruhan isi kandungan Bible tidak boleh kita manfaatkan. Ini hanyalah untuk mengkaji sejarah tabut as-sakinah. Mereka juga mempercayai nabi-nabi yang diutuskan seperti umat Islam wajib mempercayainya. Jesus adalah Nabi Isa a.s, Abraham ialah Nabi Ibrahim a.s, Jacob ialah Nabi Yaakob, Aaron ialah Nabi Harun, Moses ialah Nabi Musa a.s, Noah ialah Nabi Nuh a.s. Mereka juga percaya dengan Habil dan Qabil atau lebih dikenali dengan Cain and Abel di dalam bible. Buku-buku sejarah lagi kita guna, apatah pula Bible yang juga boleh dianggap sebagai sebuah buku sejarah. Bukan sebagai pegangan, tetapi hanya sebagai pengetahuan kerana kitab-kitab ini sudah terpesong dari kitab asal. Kitab asal mungkin masih ada di beberapa tempat di dunia ini. Antara tempat yang diyakini ialah di perpustakaan Vatican dan di gereja Ethiopia.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): 'Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar'. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Al-Baqarah 120
Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
Al-Baqarah 121
Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat sedikit masalah ayat-ayat Bible berkaitan dengan bentuk tabut ini.
Alkitab Kabar Baik mencatatkan:
'Buatlah sebuah peti dari kayu akasia yang panjangnya 110 sentimeter, lebar dan tingginya masing-masing 66 sentimeter.
(Keluaran 25: 10)
Dari mana para penulis Bible ini tahu panjang tabut itu ialah 110 cm dan lebarnya 66 cm?
Beginilah caranya Bible terseleweng. Orang yang memiliki Alkitab Kabar Baik tentunya menyangkakan memang ada tertulis “110 cm” (ataupun yang sama ukuran dengannya) dalam manuskrip-manuskrip awal Bible yang disorokkan itu. Padahal yang ditulis ialah “dua setengah hasta”.
Bagaimana pula mereka boleh tahu yang “dua setengah hasta” itu bersamaan 110 cm? Mereka ukurkah hasta tangan orang-orang yang hidup pada zaman Nabi Musa? Samakah ukuran tangan oang zaman dahulu dengan zaman sekarang?Adakah sama ukuran tangan semua orang?
Bagaimanakah rupa Tabut menurut Bible?
Tabut ini diperbuat daripada kayu yang kemas dan tahan. Kayu penaga (akasia) adalah sejenis kayu yang ‘tidak berbulu’. Tingginya dua setengah hasta sementara lebar dan tingginya satu setengah hasta. Ia disalut dengan emas tulin luar dan dalam. Terdapat empat gelang emas tempat dimasukkan dua batang kayu pengangkut/ pengusung tabut itu. Dua batang kayu pengangkut itu tidak boleh dicabut daripada gelang-gelangnya.
Tabut itu kemudiannya akan diletakkan LOH HUKUM di dalamnya, iaitu kepingan batu yang mencatatkan apa yang diterima oleh Nabi Musa ketika pergi ‘menemui Tuhan’ di Bukit Tursina.
Penutup tabut itu juga diperbuat daripada emas tulen. Di atasnya ada dua ‘kerub’ yang diperbuat daripada emas. Kerub-kerub ini akan duduk berhadapan, satu di setiap hujung dengan sayap-sayap mereka menaungi penutup tabut tadi.
Saya kurang tahu apa sebenarnya ‘kerub’ ini. Daripada pembacaan ringkas, boleh jadi ia adalah malaikat, bidadari, tunggangan seperti buraq ataupun lain-lain. Dalam salah satu debat antara Syeikh Ahmad Deedat dengan seorang pemuka Kristian (yang saya baca beberapa tahun lalu), diceritakan kerub menjadi tunggangan Jesus ke langit.
Di sini saya letakkan ayat-ayat dari bible New King James Version tentang bentuk tabut ini.
25:10
'And they shall make an ark of acacia wood; two and a half cubits [shall be] its length, a cubit and a half its width, and a cubit and a half its height.
25:11
'And you shall overlay it with pure gold, inside and out you shall overlay it, and shall make on it a molding of gold all around.
25:12
'You shall cast four rings of gold for it, and put [them] in its four corners; two rings [shall be] on one side, and two rings on the other side.
25:13
'And you shall make poles [of] acacia wood, and overlay them with gold.
25:14
'You shall put the poles into the rings on the sides of the ark, that the ark may be carried by them.
25:15
'The poles shall be in the rings of the ark; they shall not be taken from it.
25:16
'And you shall put into the ark the Testimony which I will give you.
25:17
'You shall make a mercy seat of pure gold; two and a half cubits [shall be] its length and a cubit and a half its width.
25:18
'And you shall make two cherubim of gold; of hammered work you shall make them at the two ends of the mercy seat.
25:19
'Make one cherub at one end, and the other cherub at the other end; you shall make the cherubim at the two ends of it [of one piece] with the mercy seat.
25:20
'And the cherubim shall stretch out [their] wings above, covering the mercy seat with their wings, and they shall face one another; the faces of the cherubim [shall be] toward the mercy seat.
25:21
'You shall put the mercy seat on top of the ark, and in the ark you shall put the Testimony that I will give you.
25:22
'And there I will meet with you, and I will speak with you from above the mercy seat, from between the two cherubim which [are] on the ark of the Testimony, about everything which I will give you in commandment to the children of Israel.
Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Win Weekly at Shell. Over RM3 Million to be Won.
Ark Of Covenant/ Tabut As-Sakinah- Ada Apa Di Dalam Tabut
Di post lalu saya telah detailkan tentang rupa tabut as-sakinah. Di post ini saya akan cuba detailkan tentang siapa yang berada hampir dengan tabut, apa yang mula-mula ada di dalam tabut.
Siapa yang hampir dengan tabut? Bukan calang-calang orang yang boleh menjaga atau hampir dengan tabut ini. Mereka mestilah dari keturunan Nabi Harun a.s iaitu Bani Levi. Bani Levi ini mempunyai kedudukan dan pakaian istimewa dan urusan keagamaan Yahudi dipegang oleh mereka terus menerus. Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.
Berikut adalah petikan dari Kitab Keluaran. Info tentang Kitab Keluaran ini, Kitab Keluaran ialah buku kedua Kitab Taurat Nabi Musa atau Old Tastement. Bahasa Ibrani disebut sebagai Shemoth dan lebih dikenali sebagai Exodus di dalam bahasa Inggeris.
Engkau harus menyuruh abangmu Harun bersama-sama dengan anak-anaknya datang kepadamu, dari tengah-tengah orang Israel, untuk memegang jabatan imam bagi-Ku--Harun dan anak-anak Harun, yakni Nadab, Abihu, Eleazar dan Itamar.
28:1
Haruslah engkau membuat pakaian kudus bagi Harun, abangmu, sebagai perhiasan kemuliaan.
28:2
Haruslah engkau mengatakan kepada semua orang yang ahli, yang telah Kupenuhi dengan roh keahlian, membuat pakaian Harun, untuk menguduskan dia, supaya dipegangnya jabatan imam bagi-Ku.
28:3
Terdapat 12 suku Yahudi iaitu terdiri dari Reuben, Simeon, Levi, Judah, Issachar, Zebulun, Dan, Naphtali, Gad, Asher, Joseph dan Benjamin. Juga ada satu Lost Tribe Of Israel yang dikatakan mendapat petunjuk Allah sehingga akhir zaman dan akan membunuh Yahudi Jahat/ Kabbalah di Palestin di akhir zaman nanti. Suku kaum yang hilang itu adalah dari jurai keturunan Nabi Yusuf a.s. Dan dipercayai The Lost tribe itu adalah kaum Melayu di Nusantara ini termasuklah Melayu di Selatan Thailand. Anda boleh membaca Siri Alter Terahsia Melayu untuk memahami perkara ini lebih lanjut lagi.
Sebab itulah The Hidden hand sangat takutkan kebangkitan Islam akhir zaman di Nusantara ini. Jika kita lihat, hanya ada dua bangsa di dunia ini yang lebih 90% beragama Islam. Hanya, arab dan melayu sahaja. Jika kita lihat situasi bangsa arab sekarang, amat menyedihkan. Mereka berpecah belah dan raja-raja mereka menjilat kaki Amerika untuk mengekalkan kekuasaan meraeka. Jadi bangsa manakah yang akan mengetuai kebangkitan akhir ini? Saya serahkan persoalan itu kepada anda sendiri menjawabnya.
Dajal telah berjaya memecahbelahkan Melayu melalui pelannya iaitu divide and conquer. Para penjajah telah sekian lama menjajah Nusantara ini. Indonesia dijajah oleh Belanda manakala kita sekian lama dijajah oleh Portugis. Gold, Glory and Gospel, inilah moto mereka. Selain mengambil keuntungan rempah ratus kita, mereka juga telah sedaya upaya cuba menjauhkan bangsa Melayu dari Islam, tetapi alter terahsia bangsa ini menggagalkan rancangan mereka. Walaubagaimanapun mereka berjaya juga mencorak pemikiran muda-mudi kita sekarang melalui rancangan New World Order mereka. Ramai muda -mudi kita yang masih lagi dijajah pemikiran mereka. Minda mereka masih terpenjara. Mereka masih lagi tertipu dengan syurga dunia ciptaan dajal.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBV5pY53Tmk3G2N3U8nqLEL9RINJm_KjhHDCVpILhJ7qroeDcmrNBZnJbQYNi_zT6rgXLwQ792V2BFpCNcNiOgGZnmkKcMuKihlrlJhg8u0iGBXzS3nliXG9n_LylpDedPkqacXiIfhoY/s400/sweeping01.jpg
Insya Allah jika kita satu rumpun bersatu, akan tercetuslah alter kita dan kebangkitan akhir zaman tidak akan dapat disekat lagi. Satu contoh yang paling mudah dajal berjaya memecahbelahakan kita. Kes baru-baru ini, iaitu ketegangan antara Malaysia dan Indonesia. Percayalah saudara Islam ku, itu semua hanyalah rancangan The Hidden Hand. Mereka telah berjaya melagakan kita. Indonesial, Malingsia? Siapa yang untung? Siapa yang rugi? Kita satu rumpun, satu agama. Mengapa perlu kita saling membenci, mencaci satu sama lain? Ramai antara kita yang telah terkena fitnah akhir zaman ini. Fitnah Dajal laknatullah!
Singapura, satu-satunya pangkalan Israel di Asia Tenggara tengah gelakkan kita. Dan Amerika membina pangkalan mereka di Filipina. Adik beradik, satu agama bergaduh, membenci satu sama lain. Kenapa Israel membina pangkalan mereka di Singapura? Ini kerana untuk mengawasi kebangkitan Islam akhir zaman yang akan bangkit di bumi Nusantara ini! Mereka takut kita bersatu! Sebab itulah mereka melagakan kita. Think it again!
Imam Hasan Al-Banna pernah berkata:
“Berkasih-sayanglah antara kamu sama lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka.”
Jelaslah kepada kita kunci utama kepada kejayaan ialah BERSATU dan kembali kepada ISLAM. Mulakan sekarang, saya berpesan kepada diri saya dan pembaca blog sekalian. Mari kita sama-sama berubah, bebaskan minda kita dari segala bentuk ideologi-ideologi ciptaan Dajal ini. Insya Allah, Islam akan kembali gemilang.
Kembali kepada tajuk asal kita, iaitu Tabut As-Sakinah. Sekarang kita akan selidiki apa yang sebenarnya ada di dalam tabut as-sakinah ini?
http://www.preachersjournal.org/Tablets%20of%20the%20covenant.jpg
Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 248.
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: 'Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman'.
Dari ayat Al-Quran di atas di dalam tabut mungkin ada sesuatu yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s semasa Nabi Musa a.s 'bertemu' Allah di Bukit Sinai.
Di dalam Kitab Keluaran (Exodus) ada disebutkan tentang perkara ini juga.
Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: 'Tuliskanlah segala firman ini, sebab berdasarkan firman ini telah Kuadakan perjanjian dengan engkau dan dengan Israel.'
34:27
Dan Musa ada di sana bersama-sama dengan TUHAN empat puluh hari empat puluh malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan pada loh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh Firman.
34:28
Ketika Musa turun dari gunung Sinai--kedua loh hukum Allah ada di tangan Musa ketika ia turun dari gunung itu--tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanya bercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan TUHAN.
34:29
Diambilnyalah loh hukum Allah dan ditaruhnya ke dalam tabut, dikenakannyalah kayu pengusung pada tabut itu dan diletakkannya tutup pendamaian di atas tabut itu.
40:20
Dibawanyalah tabut itu ke dalam Kemah Suci, digantungkannyalah tabir penudung dan dipasangnya sebagai penudung di depan tabut hukum Allah--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
40:21
Berdasarkan ayat-ayat ini, perkara pertama yang ada di dalam tabut ialah dua loh yang tertulis di atasnya 10 Perjanjian. 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi Musa atas perintah Tuhan ketika Nabi Musa ‘bertemu’ dengan Tuhan di Bukit Tursina (Sinai).
No comments:
Post a Comment