Sunday, October 24, 2010

Tentera Elit Zaman Silam

Penubuhan pelbagai unit tentera elit yang biasanya dikenali Komando pada masa kini adalah kesinambungan bagi sejarah dunia ketenteraan elit purba. Pada masa kini, hampir semua negara berdaulat mempunyai unit tentera elit mereka sendiri seperti unit elit tentera seperti SWAD commando (tentera elit Bangladesh), Irish Army Ranger(tentera elit Ireland), GROM(tentera elit Poland) dan lain-lain. Cuma bezanya adalah zaman. Pada zaman dahulu, tentera elit berjuang dalam perang konvensional(peperangan secara terbuka). Akan tetapi, pada masa sekarang, tentera elit ditugaskan untuk mensabotaj,mengintip dan membuat propaganda di bahagian sempadan musuh. Peperangan ini dinamakan Perang tidak konvensional(unconventional warfare).

1. Hoplites-Tentera elit Yunani

Tentera Yunani Purba ini adalah tentera pertama yang lengkap dengan perisai dan senjata-senjata efisien. Pada awal penubuhannya, Hoplite dianggotai secara sukarela oleh masyarakat kelas pertengahan di Yunani. Kebiasaannya ia dianggotai oleh golongan petani.

Hoplite dilengkapi dengan perisai Hoplon, Cuirass(penutup bahagian dada), Kopis(penutup kepala), pelindung kaki, perisai dan pedang. Berat keseluruhan kelengkapan Hoplite boleh menyamai separuh daripada berat purata tentera-tentera Hoplite iaitu sekitar 60 pound hingga 70 pound.

Tengkorak dan Topi yang dijumpai di tapak arkeologi Marathon.

Strategi yang kerap digunakan oleh tentera-tentera Hoplite adalah Phalanx. Phalanx adalah sejenis strategi peperangan yang melibatkan barisan tentera dengan perisai dijadikan pelindung. Selepas itu, barisan tentera Hoplite akan bergerak perlahan-lahan ke arah musuh sebelum berlakunya close combat. Pada zaman itu, peperangan lebih berteraskan close combat sepertimana yang berlaku ketika Battle of Thermopylae dan Battle of Marathon. Tentera berkuda Yunani(calvary) pula ditugaskan untuk melindungi formasi Phalanx di bahagian sisi(flank) dan peranan mereka hanya terhad di situ sahaja sehinggalah pada zaman Alexander the Great yang mana beliau menggunakan sepenuhnya kelebihan tentera berkuda.

Kejayaan Hoplite yang terbesar adalah ketika Battle of Marathon dan Battle of Plataea. Berbekalkan taktik Phalanx, Hoplite berjaya menyekat serangan anak panah tentera Parsi yang mana ia hanya sesuai bagi peperangan jarak jauh. Diriwayatkan bahawa, barisan Phalanx Hoplite hanya mempunyai tiga barisan sahaja dengan jarak sejauh 1 kilometer.

Hoplite

2. Persian Immortal-Tentera elit Empayar Parsi

Tentera elit ini berkhidmat di bawah empayar Achaemenid yang memerintah Parsi(Iran sekarang) daripada 550BC hingga 330BC. Tentera ini berkhidmat sebagai dual-task iaitu berkhidmat sebagai pengawal diraja semasa aman dan standing army ketika berlakunya peperangan.

Nama Immortal ini diberikan oleh Bapa Sejarah, Herodotus ketika Battle of Thermopylae(480BC). Tentera elit Parsi ini diberi nama sedemikian rupa kerana menurut Herodotus, ketika Battle of Thermopylae, tentera elit Parsi ini berjumlah 10,000 orang, akan tetapi setiap tentera yang mati dan mengalami luka sehingga tidak boleh berperang akan diganti dengan tentera elit yang baru sehinggakan ia tidak berkurang walau seorangpun daripada 10,000 orang. Oleh sebab itu, kekuatan tentera Immortal sering dikaitkan dengan misteri.

Kemasukan ke dalam tentera elit Immortal ini hanya terhad kepada bangsa Median, Elamite dan Parsi sahaja. Menurut Herodotus, Immortal dilengkapi dengan perisai rotan yang ringan, pedang besar, lembing pendek, dan alatan panah. Kepala mereka ditutupi dengan kain bagi melindungi daripada debu dan ribut pasir.

Antara kejayaan terbesar Immortal adalah ketika dibawah pemerintah Cyrus the Great dan Darius the Great yang mana Cyrus the Great telah menggunakan kekuatan Immortal untuk meluaskan empayar Achaemenid dengan menawan Babylon pada 547BC. Darius the Great pula berjaya menawan India dan Scythia sekitar tahun 520BC dan 513BC.

Immortal

2. Hetairoi- Tentera elit berkuda Alexander the Great

Hetairoi adalah tentera elit berkuda yang dipercayai ditubuhkan pada era King Phillip II, raja Mecadonia. Kemudian, Hetairoi digunakan oleh anak kepada King Phillip II, Alexander the Great dalam misi peluasaan empayarnya. Pada era Alexander, Hetairoi amat digeruni oleh musuh-musuhnya dan diakui sebagai tentera elit berkuda yang terhebat dalam eranya.

Tentera Hetairoi yang terpilih akan menjadi Somatophylax, iaitu pengawal peribadi raja Mecadonia. Dipercayai, pada era Alexander, terdapat hanya kira-kira tujuh orang Somatophylax yang bertugas sebagai pengawal peribadinya dan mengempalai tentera-tentera Hetairoi selaku jeneral bagi setiap battalion.

Hetairoi dikatakan memiliki senjata dan kuda yang terhebat ketika eranya. Bagi setiap tentera Hetairoi, mereka akan dibekalkan dengan Xyston(lembing yang sepanjang 3 meter), Cuirass(baju zirah yang diperbuat daripada gangsa), pelindung bahu dan Boeotian helmet. Selain itu, tentera elit Mecadonia ini juga dilengkapi dengan sejenis pedang pendek yang dikenali Kopis. Kopis hanya akan digunakan apabila Xyston patah dan peperangan jarak dekat(close combat). Dengan kelengkapan ketenteraan ini, maka tidak hairanlah bagaimana Alexander the Great mampu meluaskan empayarnya sejauh ke India.

Ketika zaman Alexander the Great, Hetairoi selalu berada di posisi paling kanan atau paling kiri bagi melaksanakan strategi Hammer and Anvil. Strategi Hammer and Anvil adalah strategi kegemaran Alexander bagi menghapuskan musuh yang mempunyai askar infantri (pejalan kaki) yang kuat seperti ketika menghadapi tentera Parsi pimpinan Darius di Battle of Isus yang mempunyai infantri bertaraf komando iaitu Immortal.

Hyspaspist

Strategi Hammer and Anvil ini bermula dengan tentera infantri Alexander yang dikenali Hypaspists mula mengorak langkah dengan menyerang barisan depan infantri musuh. Tentera berkuda Hetairoi akan berpisah jauh ke tepi bagi memusatkan tenaga untuk menyerang musuh dengan mengejut daripada tepi. Strategi Hammer and Anvil amat berkesan sehinggakan kebanyakkan kempen ketenteraan Alexander menggunakan strategi ini. Kebiasaannya, Alexander akan mengetuai sendiri Hetairoi yang melakukan serangan mengejut ini.

Mozek menunjukkan Alexander dengan tentera Hetairoi dan Darius dengan tentera Immortal.

4. Roman Legion-Tentera Elit Empayar Rom

Roman Legion adalah adaptasi daripada tentera elit Yunani, Hoplites. Roman Legion tertubuh seawal empayar Rom ditubuhkan iaitu 500BC. Empayar Byzantine(Rom Timur) turut menggunakan khidmat Roman Legion bagi perluasan empayar.

Ketika di awal Roman Legion sekitar 400BC, Roman Legion mempunyai formasi tiga baris. Hastati di hadapan, principes membentuk barisan ketiga, triarii, rorarii dan accensi berada di belakang.

Hastati: terdiri daripada pejuang muda dengan baju zirah gangsa dan scutum(perisai tradisional Roman Legion). Setiap mereka akan membawa pedang dan lembing. Tugas Hastati adalah untuk menyerang barisan hadapan musuh dan jikalau diserang, mereka adalah barisan pertahanan pertama.

Scutum

Principes: terdiri daripada pejuang yang berpengalaman yang lengkap dengan pelbagai alatan ketenteraan. Tugas mereka adalah untuk menyerang selepas divisyen Hastati memulakan serangan.

Triarii: berada di barisan ketiga bersama-sama roraii dan accensi. Terdiri daripada pejuang veteran namun masih lagi boleh berperang.

Roraii dan Accensil: terdiri daripada barisan muda yang tidak mempunyai pengalaman. Barisan pertahanan terakhir. Tidak digunakan untuk melakukan serangan ke atas pihak musuh.

Kegemilangan Roman Legion adalah ketika di bawah pemerintahan Caesar(88BC-30BC). Ketika itu, Roman Legion sentiasa berjaya dalam setiap kempennya. Ketika itu, Roman Legion dikepalai oleh komander yang hebat seperti Caesar, Mark Anthony dan Gnaeus Pompeius Magnus(Pompey the Great).

Kejayaan terbesar Julius Caesar adalah ketika pengepungan Gaul sekitar tahun 58BC-51BC. Kejayaan menawan Gaul membolehkan Julius Caesar kekal sebagai satu-satunya pemerintahan dalam Republik Rom.

Roman Legion dalam lakonan semula

5. Janissari-Tentera elit Empayar Othmaniyyah

Tentera elit Empayar Othamaniyyah ini telah banyak membantu dalam peluasan kuasa dinasti Othmaniyyah. Janissari yang membawa maksud pasukan baru ini ditubuhkan pada 1365 oleh Sultan Murad I. Namun bergitu,terdapat teori lain yang mendakwa bahawa Janissari telah ditubuhkan lebih awal daripada itu yang mana didakwa ditubuhkan oleh bapa Sultan Murad I, Sultan Orhan I. Tentera Janissari adalah perintis kepada tentera moden pertama di dunia.

Apa yang perlu diketahui mengenai tentera elit ini adalah tentera elit Turki Othmaniyyah ini adalah tentera pertama yang dibayar gaji secara tetap mengikut ranking dalam tentera. Pada waktu itu, semua negara termasuk di Eropah hanya membayar gaji tentera mereka ketika perang sahaja. Ini bermaksud, Turki Othmaniyyah adalah perintis pertama dalam pengenalan tentera professional pertama di dunia.

Tentera Janissari terbahagi kepada TIGA divisyen iaitu;

  • Cemaat atau jemaat(Tentera barisan depan), dengan kekuatan 101 orta(batallion)
  • Beyliks atau beuluks (Pengawal peribadi Sultan), dengan kekuatan 61 orta (batallion)
  • Sekban atau seirnen, dengan kekuatan 34 orta( batallion)

Pada zaman kegemilangan Turki Othmaniyyah atau lebih dikenali Pax Ottoman, Tentera elit Janissari sangat ditakuti oleh musuh kerajaan Turki Othmaniyyah. Ini adalah kerana tentera Janissari terkenal dengan semangat Ghazi(berani mati), taat setia pada Sultan dan empayar dan disiplin tentera yang tersusun. Malahan tentera ini memiliki skuad pancaragam tentera yang pertama di dunia. Pancaragam tentera merupakan sub-divisyen bagi Janissari yang mana ditugaskan untuk menaikkan semangat ketika di medan peperangan. Skuad pancaragam Janissari kemudian ditiru oleh pelbagai pasukan ketenteraan lain di Eropah termasuklah di Asia.

Ketika di medan perang, tentera Janissari mempunyai beberapa sub-divisyen yang khusus dalam bidangnya seperti sub-divisyen kejuruteraan bagi membina jalan atau jambatan, sub-divisyen bagi skuad perubatan yang dianggotai doktor Muslim dan Yahudi(dilengkapi dengan hospital mudah alih),sub-divisyen bagi skuad membina khemah-khemah tentera, sub-divisyen bagi skuad kulinari(terdiri daripada chef-chef tentera). Ketersusunan tentera Janissari menyebabkan ia berada di tahap yang tersendiri.

Lambang Janissari

Tentera Janissari adalah pelopor awal penggunaan senjata api dalam pasukannya. Penggunaan bermula sejak awal abad ke-15 lagi. Jauh lebih awal daripada Eropah. Pada awal abad ke-16, tentara Janissari mula menggunakan senapang lantak(muskeet), bom tangan dan meriam tangan(hand cannon).

Pengaruh tentera-tentera Janissari cukup kuat dalam Empayar Turki Othmaniyyah sehinggakan pembubaran tentera Janissari pada Jun 1826 akibat Insiden Auspicious menyebabkan dinasti Othmaniyyah sebagai kuasa besar di dunia runtuh. Sungguh menyedihkan apabila warisan kegagahan tentera Janissari hanya boleh dilihat di muzium-muzium dan gambar-gambar antik sahaja.

Janissari

No comments:

Post a Comment