Monday, October 4, 2010

ADAPTASI KOMIK – FILEM (MARVEL)

Semua orang tahu filem. Semua orang tengok filem. Ada filem romantik. Ada filem komedi. Ada filem romantik-komedi. Ada filem seram/thriller/horror. Ada filem komedi. Ada filem black-komedi (horror/thriller + komedi). ADa filem aksi. Ada filem perang. Ada filem fiksyen sains. Ada filem western (cowboy dsb). Ada filem superhero.

Semua orang pernah baca komik. Apa itu komik? Satu bentuk majalah yang mengandungi hasil seni dalam bentuk penceritaan, dan biasanya disertai dialog. Ada komik jepun (manga) macam Dragonball, Yuyu Hakusho, Doraemon dsb. Ada komik Hong Kong macam Dewata Raya, Wira-Wira Keinderaan, Juara-juara kembar dsb. Ada komik U.S macam Superman, Spiderman, Hulk, Batman dan aneka lagi hero yang kita tahu.

Kali ini, kita akan melihat sebuah jenama komik U.S yang paling gah, iaitu MARVEL. Ok, MARVEL ni diasaskan oleh Martin Goodman pada 1939. Waktu tu, namanya TIMELY COMICS. 1950-an, diorang tukar nama pada ATLAS COMIC. Then, sekitar 1961, baru modenisasi berlaku dan nama MARVEL dipilih. Watak-watak superhero dalam JUSTICE LEAGUE dan team FANTASTIC 4 adalah antara karya terawal company ni. Populariti yang dicapai oleh karakter ciptaan MARVEL menyebabkan syarikat-syarikat filem di Hollywood berminat nak menterjemah karya-karya diorang ni ke layar perak. So, here it is… Senarai adapatasi karya MARVEL ke layar perak. P/S: Senarai ini hanya untuk genre filem sahaja, dan tidak termasuk siri TV/filem pendek atau produk lain.

1) SPIDERMAN

Ok. Hero labah-labah ni telah membuat kemunculan pertama dalam AMAZING FANTASY #15 pada 1962. Secara kasar, ia berkisar mengenai kisah PETER PARKER (PP) yang digigit oleh labah-labah radioaktif. Hasilnya, mamat ni ada power macam labah-labah. Memanjat, buat sesawang dan ketangkasan.

- Ada tiga adaptasi filem buat masa ni: 1) SPIDER-MAN (2002) 2) SPIDER-MAN 2 (2004) 3) SPIDER-MAN 3 (2007).

-Komen (2002 filem): 1) Filem ini menampilkan prolog yang hampir serupa. Bezanya, perompak tu pegi rumah Peter dan merompak umah dia. Uncle Ben halang, dia terus tembak Uncle Ben. Dalam movie, teksi Uncle Ben dirompak dan Uncle Ben dibunuh disitu jugak. 2)Sebenarnya, kisah persengketaan antara Spidey dan Green Goblin bukan setakat ini saja, malahan Green Goblin adalah jahat paling prominent unt Spiderman seperti mana Joker untuk Batman (D.C). Ya, Green Goblin memang mati dalam satu pertarungan dengan Spidey, tapi bukan disebabkan glider, sebaliknya sejenis bom buatan Green Goblin yang meletup dan makan tuan. 3) Cinta Peter semasa di kolej dan his first true love sebetulnya adalah Gwen Stacy dan bukan Mary Jane. MJ dikenalinya hanya lepas Gwen mati. bTapi, it’s ok sebab MJ awek paling famous dengan Spidey!

-Komen (2004 filem): 1) Anak pada J.Jonah Jameson, iaitu John Jameson ni merupakan salah sorang villian Spiderman dalam komik. Dia jugak tak pernah ada hubungan dengan MJ. 2) Dr. Curt Connors, pensyarah Peter di university merupakan salah sorang dari geng SINISTER 6 dengan nama Lizard. Tapi, tak ditunjukkan dalam movie ni. 3)Dr.Ock tak pernah berkahwin sebelum dia menjadi villain dan dia juga tak pernah jadi pensyarah Peter. Dia memang mengalami kekecewaan selepas kematian mak dia dan cinta dia ditolak oleh sorang saintis pompuan. Dalam movie, dia depressed sebab bini dia mati.

-Komen (2007 filem): 1) Flint Marko tak pernah berkahwin dan tak punyai anak yang sakit. Dia sorang penjenayah jalanan tapi tak terlibat langsung dalam kematian Uncle Ben! 2) Gwen Stacy adalah cinta pertama Spidey semasa jantan lelabah ni di kolej. Waktu ni, MJ dan Peter belum couple dan MJ kawan baik Gwen. Tapi, Gwen mati dibunuh oleh Green Goblin (bapa). Dalam movie, Gwen merupakan karakter yang menimbulkan konflik Peter dan MJ. Ada gak similarity dalam komik di mana Green Goblin (anak) pegang Gwen dan lempar ke bawah. Dalam komik, Gwen mati dan dalam movie, Gwen hidup. 3) Filem ni juga menceritakan kemunculan awal labah-labah symbiote yang menyerang Spidey. Lepas Spidey bebas, insect ni serang Eddie Brock (Venom). Lepas tu, terhasillah banyak jahat symbiote Spidey seperti SHE-VENOM, CARNAGE, KULAN GATH dan beberapa orang lagi.

- Dalam ketiga-tiga filem tu, tiga dari empat awek SPIDER-MAN berjaya ditonjolkan iaitu MARY JANE (MJ – awek rambut merah), BETTY BRANT (awek rambut hitam – secretary JAMES JONAH JAMESON) dan GWEN STACY (awek rambut blonde – awek kolej SPIDER-MAN). Sorang awek yang tak ada ialah FELICIA HARDY (awek rambut grey). Patutnya ada dalam SPIDER-MAN 4 dan dilakonkan Anne Hathaway, tapi projek ni dah batal.

- Villian yang ada : GREEN GOBLIN anak dan bapa, DR. OCK, SANDMAN dan VENOM. Dikhabarkan juga, geng DR. OCK dan SANDMAN dari SINISTER 6 macam VULTURE dan LIZARD akan mucul dalam SPIDER-MAN 4, tapi dibatalkan.

- AKAN DATANG : SPIDER-MAN REBOOT (x konfirm tajuk), VENOM (kisah mengenai Eddie Brock, sorang mamat yang digigit oleh labah-labah symbiote dan menukarnya kepada VENOM!)

2) X-MEN

Team superhero terbesar MARVEL ini pertama kali dikeluarkan dalam komik THE X-MEN #1 pada 1963. Pada awalnya, STAN LEE, penciptanya mencadangkan nama ‘THE MERRY MUTANTS’ untuk tajuk komik ni namun boss besar, MARTIN GOODMAN merasakan orang tak faham apa itu MUTANT dan dia mencadangkan THE X-GENE. Tukar punya tukar, terhasillah X-MEN. Pada awalnya, komik ni memperkenal PROF. CHARLES XAVIER (PROF. X), seorang mutant yang cuba memperjuangkan golongan mutant untuk kebaikan dan membuktikan pada orang ramai mutant bukan freak, sebaliknya hero. Anggota awal X-MEN waktu tu ialah CYCLOP (jantan mata satu), ICEMAN (jantan sejuk), ANGEL (jantan bersayap), BEAST (jantan binatang) dan JEAN GREY (awek telekinesis). Isu-isu awal X-MEN ni juga memperkenalkan MAGNETO, jantan tua berkuasa magnetik bersama pasukannya BROTHERHOOD OF EVIL MUTANT, sebuah persatuan mutant jahat yang memandang rendah pada manusia dan memusnahkan manusia yang mengatakan Mutant ni freak.

- Setakat ni, dah ada 3 buah filem adaptasi X-MEN iaitu: 1) X-MEN (2000) 2) X2-X-MEN UNITED (2003) 3) X-MEN – THE LAST STAND (2003)

-Komen (X1) – 1) Seperti filem, Rogue memang dah kiss boyfriend dia sampai mamat dia koma. Nama mamat ni Cody Robbins. Yang tak dinyatakan dalam filem, Rogue telah bertemu Mystique dan pompuan biru ni ambil Rogue jadi anak angkat dia dan memanipulate Rogue. 2)Senator Kelly antara aktivis yang menentang mutant. Tak seperti filem, Senator Kelly tak mati dan sebaliknya dia berubah menjadi sorang yang baik dan berjanji untuk menolong mutant. Baik kan?

- Komen (X2): 1) ROGUE sebenarnya adalah anggota X-MEN yang memiliki power yang kuat. Tapi, kuasanya tak dimaksimumkan dalam ketiga-tiga movie ni. 2) LADY DEATHSTRIKE adalah mutant jahat yang memiliki past secret dengan WOLVERINE. Selain mereka berdua, X-23 adalah sorang lagi yang macam tu (keluarkan besi tajam dari tangan / kaki) 3) NIGHTCRAWLER adalah anak MYSTIQUE melalui hubungannya dengan sekor half mutant half setan, AZAZEL. Tapi, dalam movie tak beritahulah, nanti jadi drama swasta pulak. 4)Originalnya, William Stryker memang benci mutant dan membunuh bini dan anak yang baru dilahirkan sebab dua-duanya mutan. Dalam movie, Stryker mengatakan bini dia mati pasal anak dia Jason, sorang mutant. Anak Stryker, Jason sebenarnya dicipta mengikut sorang jahat X-Men, iaitu MASTERMIND. Watak Jason tak wujud dalam komik.

-Komen (X3): 1) Bentuk PHONEIX JEAN GREY yang sebetulnya adalah bentuk burung berapi. Kalau perasan, last scene dalam X2, nampak bayang burung api kat air. Itulah dia. Tapi, tak taulah, dalam X3, PHOENIX hadir tanpa api tu. X cukup bajet kut? 2) Sebetulnya juga, ROGUE couple dengan GAMBIT, dan bukan ICEMAN. SHADOWCAT pulak dengan COLUSSUS, bukan ICEMAN. Jantan ais ni ada gak cintan-cintun (POLARIS, Nurse kat X-MANSION) tapi takl berapa serius. 3) Jalan cerita filem hasil gabungan dua extended storyline dalam komik iaitu; DARK PHOENIX SAGA (mengenai kuasa JEAN GREY dah update dan dia tak dapat kawalnya. Last, kematian JEAN adalah penyelesaian) dan GIFTED (mengenai satu penawar diusahakan DR.KAVITA RAO dalam menyembuhkan mutant) 4)Filem ni menyaksikan dua team jahat X-MEN iaitu BROTHERHOOD OF EVIL MUTANTS (ketuanya MAGNETO) dan kemunculan group baru iaitu THE OMEGA (ketuanya CALLISTO – dalam komik namanya THE MORLOCKS).

- FUTURE FILM – X-MEN 4 (Francais keempat), X-MEN : FIRST CLASS (kisah Cyclop, Jean Grey dan hardcore X-Men waktu first time masuk sekolah mutant), X-MEN ORIGINS: MAGNETO (asal-usul mutant), NEW MUTANTS (kisah tentang generasi baru mutant)

3) WOLVERINE ORIGINS

Komik WOLVERINE ORIGINS ni adalah spin-off dari komik X-MEN yang isi plotnya adalah sepenuhnya mengenai WOLVERINE, dari mana dia datang, siapa dia sebelum X-MEN, macam mana dia boleh join X-MEN dan pembabitannya dalam beberapa projek sebelum dan semasa X-MEN sepert WEAPON X, WEAPON PLUS dan sebagainya.

- Ia telah diadaptasi kepada sebuah filem iaitu X-MEN ORIGINS – WOLVERINE pada 2009. Secara kasarnya, filem ini menceritakan mengenai pembabitan WOLVERINE bersama SABRETOOTH dalam sebuah projek rahsia kerajaan yang dinamakan WEAPON X. Filem ni mendedah tiga rahsia WOLVERINE yang tidak diceritakan dalam 3 filem X-MEN sebelum ini: 1) Dari mana datangnya besi di tangan WOLVERINE tu 2) Macam mana WOLVERINE boleh mantain muda walaupun umurnya sama / lebih dari PROF X. dan MAGNETO 3) Macam mana dia boleh jadi musuh ketat SABRETOOTH 4) Macam mana dia boleh tak ingat masa silam dia.

- WEAPON X adalah sebuah projek kerajaan dibawah kelolaan Kanada yang menangkap makhluk (manusia/mutant) berkuasa istimewa untuk dijadikan ‘senjata manusia’. Kuasa-kuasa mereka ini sama ada diupgrade/dimanipulasi/dicuri/digabungkan dengan kuasa lain atau apa saja kaedah untuk ‘menghasilkan’ SENJATA X. Cth: kuasa WOLVERINE diupgrade dengan menyuntik besi adamantium dalam badannya. DEADPOOL dan SILVERFOX disuntik kuasa menyembuh dalam badan diorang.

- KOMEN: 1) Walaupun ada campur aduk maklumat, filem adaptasi ni boleh jugak la merungkai rahsia jantan liar ni. 2) KAYLA SILVERFOX yang jadi awek WOLVERINE tu asalnya memiliki kuasa menyembuh macam dia jugak, tapi tak diletakkan dalam movie ni. Lepas dimatikan, KAYLA dihidupkan semula dan menjadi ganas dengan nama HYDRA 3) EMMA FROST yang boleh jadi berlian tu bukan adik KAYLA. Diorang tak ada kena mengena langsung!

- AKAN DATANG – X MEN ORIGINS – WOLVERINE 2 (sekuel dari 1st filem), DEADPOOL (kisah tentang DEADPOOL, anggota weapon X yang tak berapa centre otak dia, agak sadis dan boleh menyembuh luka dengan sendiri. Cekap main pedang mamat merah ni!)

4) FANTASTIC FOUR

Sesiapa yang minat Jessica Alba mesti tahu citer ni kan? Secara umumnya, FANTASTIC 4 adalah superhero team pertama yang dicipta oleh MARVEL. 4 orang hero ni membuat kemunculan sulung (debut) mereka dalam komik THE FANTASTIC FOUR #1 pada 1961. FANTASTIC 4 ni juga merupakan superheo team pertama yang dicipta oleh MARVEL. Penciptaan team ni juga seiring dengan modenisasi dan upgrade MARVEL menjadi sebuah company yang lebih ‘establish’ dan ‘well-known’. Jadi atas pendekatan itu, lebih banyak lagi superhero team dicipta seperti THE AVENGERS, INHUMANS, KICK ASS dsb.

- Setakat ni, ada tiga filem adaptasi yang telah dibikin untuk ‘merealitikan’ empat orang yang fantastic ni. 1) THE FANTASTIC FOUR (1994) 2) FANTASTIC FOUR (2005) 3)FANTASTIC FOUR: RISE OF THE SILVER SURFER (2007)

- KOMEN: 1) Filem tahun 1994 tu merupakan filem kelas B (bajet rendah, pelakon tak terkenal) dan ia tak pernah keluar kat wayang mahupun divideokan. Jadi, pada die-hard-fan F4, tak payah susah mencari. Mungkin boleh didapati pada pembekal bootleg video. 2) 2005 filem berjaya menampilkan besic story pada F4, iaitu macam mana diorang boleh mendapat power tu. Ceritanya lebih kurang la, kecuali ALICIA MASTERS (awek, then bini THE THING) yang asalnya orang putih, dilakonkan oleh orang negro. 3) Secara rasminya, MR.FANTASTIC, INVISIBLE GIRL, HUMAN TORCH dan THE THING adalah ahli rasmi F4. Tapi lepas-lepas tu, tempat MR.FANTASTIC dan INVISIBLE GIRL (selalunya pasal masalah rumah tangga. Serius!) selalunya diganti oleh hero lain buat sementara waktu macam STORM dan laki dia BLACK PANTHER. 4) SILVER SURFER adalah alien dari angkasa yang bergelar musuh dan terus convert jadi kawan pada F4.

- VILLAIN – 1) DR. DOOM (Dr genius ni terkenal kerana topengnya tak pernah ditanggalkan. Mengikut kata JACK KIRBY yang melukisnya, Dr.Doom ni adasatu parut kecil di pipinya. Tapi sampai sekarang, wajahnya tak pernah di-expose dalam mana-mana isu) 2) GALACTUS (dia ni muncul dalam filem F4 2007. Suara dia lah yang beri arahan pada SILVER SURFER untuk memusnahkan planet-planet dan sekaligus menakluk alam semesta. Dalam filem tu, SILVER SURFER selalu menghadap satu api besar yang bentuknya hampir menyerupai matahari. Itu dialah tu. Kuasanya adalah kuasa alam semesta, seperti putaran kabus tebal yang akan menyerang bumi di scene akhir filem tu. 3) SILVER SURFER (jantan kelabu dengan nama NORRIN RADD ni asal dari planet ZEN-LA, menjadi pesuruh GALACTUS dan dia juga berkuasa alam semesta. Papan luncur di bawah kakinya tu adalah sumber kuasa dia. Kalau benda tu tak ada, dia tak leh meluncur/powerless)

- Future Filem – FANTASTIC FOUR REBOOT (tak tau tajuk, tapi berkemungkinan FRANKLIN RICHARD, anak INVISIBLE GIRL dan MR. FANTASTIC akan muncul. Begitu juga NOVA, awek tentera HUMAN TORH dalam filem 2007 yang memiliki kuasa api macam dia jugak. Tunggu jalah…) , SILVER SURFER SPIN OFF (ada jugak citer tentang peluncur kelabu ni?)

5) IRON-MAN

Lelaki Besi ni mula diperkenalkan dalam komik TALES OF SUSPENSE #39 pada 1963. Komik ni menampilkan kemunculan sulung IRON-MAN bersama hero lain iaitu CAPTAIN AMERICA dan satu puak alien yang dinamakan THE WATCHER. Lepas tu, melihat pada potensi karakter ni, MARVEL terus men-solo-kan IRON-MAN dalam komiknya sendiri bermula dengan IRON MAN #1. Secara ringkasnya, kisah IRON-MAN ni hampir menyerupai kisah BATMAN dari D.C COMIC. TONY STARK (nama dalam I/C ANTHONY EDWARD STARK) adalah sorang billionaire dan playboy terkenal dan mewarisi dan menguruskan STARK Industries, sebuah perusahaan logam. Atas sebab penculikan di waktu kecil yang menyebabkan STARK ni menghidapi masalah jantung, dia membina sebuah prototype like ARMOR SUIT untuk membantu dia terus survive. Lepas tu, dia mula membina senjata-senjata canggih dan mesin pemusnah dan mendapati gajet-gajet tu boleh digunakan untuk membantu manusia sejagat. SO, lahirlah IRON-MAN.

- Setakat ni, ada dua filem adaptasi dari kisah lelaki besi ni iaitu: 1) IRON MAN (2008) 2) IRON MAN (2010)

- KOMEN (Filem 2008): 1) Dr. Yinsen, lelaki arab yang ditemui waktu Stark dan Rhodes kena tangkap dengan geng TEN RINGS tu asalnya sorang lelaki cina dalam komik, bukan arab. 2) Team TEN RINGS yang ambush dua lelaki besi ni asalnya nama MANDARIN, sebuah team supervillian IRON-MAN. TEN RING tu adalah salah satu senjata keramat team MANDARIN ni. 3) Prototype JARVIS, komputer yang bercakap dengan Stark tu sebenarnya adalah karakter pembantu peribadi Stark dalam komik, EDWIN JARVIS. Dalam komik orang, masuk filem jadi komputer.

-KOMEN (Filem 2010): 1) Seronok gak sebab dapat tengok WAR MACHINE walaupun karakter ni menyebabkan scene lawan jadi agak kecoh. 2) Natalie Rushman, kawan baru IRON-MAN yang pandai lawan ni adalah orang Rusia dan nama asalnya adalah NATALIA ROMANOVA @ BLACK WIDOW. 3) NICK FURY, agen S.H.I.E.L.D ni muncul dalam 2008 filem tapi muka je. NICK FURY gak adalah karakter agen yang sering muncul dalam sri MARVEL lain macam X-MEN, HULK, FANTASTIC 4 dsb sebab karakter ni tak ada cerita / komik khusus tentangnya.

- VILLIAN: 1) IRON MONGER (Obadiah Stane dalam 2008 filem memiliki armor suit jugak. Bila dia pakai suit tu, nama dia pun bertukar) 3) MANADARIN (Dalam filem 2008, guna nama TEN RINGS) 3)BLACKLASH ( dalam filem 2010, jahat ni guna nama lainnya, IVAN VANKO) 4) JUSTIN HAMMER (dalam komik, main rival pada STARK INDUSTRIES ni agak tua, dalam awal 50-an, tapi dimudakan dalam 2010 filem)\

- Akan Datang:IRON MAN 3 (konfirm!) THE AVENGERS (bersama beberapa karakter AVENGERS lain)

6) DAREDEVIL

Hero dengan tagline ‘A MAN WITHOUT FEAR’ ni muncul buat pertama kalinya dalam DAREDEVIL #1 pada 1964. Secara asasnya, DAREDEVIL ni mengisahkan mengenai MATTHEW MURDOCK @ MATT yang buta setelah terkena bahan radioaktif yang jatuh dari sebuah kenderaan yang bergerak laju. Walaupun OKU, pancaindera MATT yang lain seperti mendengar, menghidu dan merasa memiliki keupyaan yang sangat luar biasa. Keadaan OKUnya menyebabkan bapak dia, seorang pesara boxer membesarkannya dengan penuh tekun. Kemudian, bapak dia dibunuh oleh gangster jalanan (dalam versi filem, oleh KINGPIN semasa muda) kerana tak nak bertumbuk walaupun diajak. Pas tu, MATT berazam menuntut bela dan menjadi protege pada STICK, sorang ninja tua yang buta. Maka, bermulalah era jantan setan baju merah ni…

- Ada dua filem setakat ni: 1) DAREDEVIL (2003) (filem ni diharamkan tayangan di Malaysia. AKu dah tengok dia punya pirate DVD, tak ada yang teruk sangat pun. Tak tau apa yang ganasnya dalam filem ni) 2) ELEKTRA (2005) (Filem bertumpu tentang ELEKTRA, superheroin @ rakan sekutu DAREDEVIL)

- KOMEN (DAREDEVIL 2003): 1) Diharamkan tayangan di Malaysia walaupun tak nampak sebabnya. 2) WILSON FISK @ KING PIN ni merupakan orang putih, namun di’negro’kan dalam filem. Itu agak potong mood. 3) STICK yang menjadi mentor dia tak dimasukkan dalam movie ni, sebaliknya dalam ELEKTRA. 4) ELEKTRA dibunuh oleh BULLSEYE, dan dihidupkan kembali oleh STICK dalam filem ELEKTRA. 5) Pakaian trend mark ELEKTRA iaitu costume merah dan penutup kepala merah tu diubah pada sut hitam. Kalau diorang buat costume merah tu jugak, mesti lagi best. Kan?

- KOMEN (ELEKTRA 2005): 1) Mak ELEKTRA pada asalnya mati selepas melahirkan dia, bukan dibunuh. 2) TYPHOID, perempuan beracun tu diberi nama penuh TYPHOID MARY. Minah yang tak berapa betul ni sebenarnya pembunuh upahan yang bekerja untuk KING PIN, dan dia langsung tak ada kena mengena dengan organisasi ninja THE HAND tu. Power asalnya adalah boleh kawal api (PYRONESIS), kawal benda (TELEKINESIS) dan kawal minda, dan tak ada kaitan langsung dengan racun. 4) Lelaki kurus kering bertatu, TATTOO yang boleh keluar binatang tu asalnya perempuan dalam komik. Kuasa dia pun tak ada kaitan dengan summon binatang ni. Originally, TATTOO ada armor suit yang membantu dia berlawan dan menambah tenaga. 5) STONE, lelaki negro yang kuat macam HULK tu dikatakan geng THE HAND. Originally, dia anak murid STICK gak dan power dia pun berkaitan ninja/weapon dan pembunuh upahan. Dan asalnya, dia orang putih!

-Future: DAREDEVIL REBOOT (Tak pasti, tapi macam nak dibuat sekuel untuk DAREDEVIL 2003. ELEKTRA tak ada sekuel. Itu konfirm!)

7) PUNISHER

THE PUNISHER ni merupakan seorang lagi anti-hero (Daredevil sorang lagi) dan dia muncul buat pertama kalinya dalam THE AMAZING SPIDER-MAN #129 pada 1974. Selepas itu, lahir pelbagai komik sama ada single, mini series mahupun crossover yang membabitkan si penghukum ni. Citer ni mengisahkan FRANK CASTLE yang menjadi sorang yang sadis dan ganas dalam memerangi kejahatan selepas ahli keluarganya dibunuh selepas mereka terlihat satu event yang dilakukan oleh penjenayah besar di bandar mereka. Maka, FRANK CASTLE menggunakan pengalamannya semasa dalam U.S Marine + kepakaran dalam martial arts + kecekapan dalam senjata untuk menewaskan musuh dan mencetuskan 0ne-man war dengan mana-mana mobster di bandarnya.

- Setakat ni, ada tiga filem adaptasi: 1) THE PUNISHER (1989) 2) THE PUNISHER (2004) 3) THE PUNISHER – WAR ZONE (2008)

- KOMEN (1989 Filem) : 1) Kecewa sikit, pasal filem mengubah fakta asas dalam THE PUNISHER. First, nama family dia diubah; Isteri dia Maria jadi Julie, anak dia 2 orang, Frank Jr dan Lisa jadi Annie dan Felice. 2)Keluarga dia dibunuh pasal semasa diorang di taman, diorang ternampak sorang tali barut mobster dibunuh oleh mobster tu sendiri. Dalam filem ni, keluarga Castle mati apabila kereta yang diorang naik dibom. 3)Nama bandar dia New York City, bukan Seattle. 4) Si Castle ni veteran U.S Marine, bukan polis. 5) Tak de jahat prominent dalam comic yang ditonjolkan. 6)Kalau dah buat Castle tu polis, apalah salah masukkan jugak LADY PUNISHER. Dia tu kan polis gak? 7) Paling penting, lambang tengkorak kat baju dia tak ada, tapi diganti dengan jaket kulit dan baju hitam. Merosakkan brand PUNISHER betul!!!

- KOMEN (2004 filem): 1)Filem ni pun mengubah fakta asas. Castle digambarkan sebagai undercover agen FBI yang menyebabkan kematian Bobby Saint. Original, dia U.S Marine veteran. Tapi, yang ni macam ok sikit. 2)Jantan ni ada dua anak, dan bukan satu. Dia tak ada anak nama Will. 3)Cara kematian keluarga dia pun diubah. Diorang diambush waktu buat family gathering. 4) Kewujudan 3 orang di apartment waktu Castle guna nama John Smith tu ok lah. Cuma, kalau diorang boleh introduce MICROCHIP dalam ni, kan ok?

- KOMEN (2008 filem): 1) Filem ni memaparkan keganasan yang langsung tak sesuai untuk family view. Dan secara sebetulnya, inilah environment sebenar comic PUNISHER; ganas, serius, psiko. 2) Bagi aku, movie ni ok pasal dua karakter, favourite villian: JIGSAW dan assistant dia; MICROCHIP berjaya dimasukkan. 3)Pelakon yang jadi PUNISHER tu pun ok pembawakan dia. Tapi, kalau kekalkan Thomas Jane pun, ok gak. Fizikal appearance dia ok. Cuma, muka actor yang baru ni lagi sesuai untuk mood filem.

- VILLIAN: 1) GIANNI FRANCO (viilian ni dicipta, tak de dalam komik) 2) HOWARD SAINT (ni pun reka jugak) 3) THE RUSSIAN (ni ada. Villain yang berbadan besar dan tinggi gila) 4)JIGSAW (Musuh terfamous, ketua mafia yang gila dan sangat kejam)

- Future: Tak ada perancangan memandangkan 2008 filem gagal mencapai box-office (orang tak suka filem ni terlalu ganas)

8) BLADE

Pemburu vampire ni (ala-ala moden Vin Helsing) muncul buat pertama kali dalam THE TOMB OF DRACULA #10 pada 1973. Waktu tu, hero negro ni muncul sebagai watak sampingan dan menyertai NIGHTSTALKERS bersama watak utama siri tu, FRANK DRAKE dan DET. HANNIBAL KING. Pas tu, BLADE mula menarik minat para pembaca siri komik seram tu melalui kecekapannya dalam berlawan serta keupayaannya selepas MORBIUS gigit dia dan menjadikan dia sejenis DHAMPIR (bapak vampire, mak orang). Pas tu gak, dia mula muncul dalam comic dengan nama dia sendiri bermula dengan BLADE#1.

- Setakat ni, ada 3 filem BLADE iaitu:1) BLADE (1998) 2) BLADE II (2002) 3) BLADE: TRINITY (2004)

- Komen umum: 1) Tara Brooks adalah nama sebenar mak BLADE. Dalam movie, namanya Vanessa Brooks. 2) Mak BLADE sebenarnya memang totally mati lepas digigit vampire (Deacon Frost). Dalam movie, mak dia tak mati, sebaliknya jadi vampire dan mistress pada Deacon. 3) Deacon Frost, main villain dalam movie ni meletakkan karakter vampire ni sebagai muda dan blonde. Hakikatnya, Deacon terkenal kerana rambut putihnya, wajah serius dan umur pertengahan 50-annya. 4) Dalam movie ni, Deacon permanently mati lepas meletup akibat dibunuh oleh Blade. Benda yang sama jadi dalam komik. Bezanya, lepas tu, Deacon muncul semula dan mendedahkan rahsia yang the first Deac0n yang mati tu the fake one. 5) Team Nightstalkers berjaya ditonjolkan dalam 2004 filem. Blade dan Hannibal King ada dalam team ni cuma Frank Drake tak de. Sebaliknya, satu watak rekaan unt. filem tu, Abigail Whistler, iaitu anak pompuan mentor Blade. P/S: Aku tak berapa minat BLADE ni, jadi aku tak buat banyak research. Ist filem je aku minat nak tengok. Yang 2nd tak, yang 3rd gitu-gitu je. Sori pada fan BLADE.

- Future: Tak ada perancangan, tapi tak tahulah plan MARVEL sekarang ni. Tunggu jelah.

9) THE-HULK

Gergasi hijau ni pertama kali keluar dalam THE INCRIDIBLE HULK #1 pada 1962. Waktu, rupa Hulk tak ganas macam sekarang. Rupa dia waktu tu lebih pada orang zaman pra-sejarah. STAN LEE, pelukis benda hijau ni cakap, dia reka HULK lepas buat gabungan DR. JEKYll & MR. HYDE dan FRANKENSTEIN. Secara amnya, kisah ni mengenai DR. BRUCE BANNER, sorang saintis yang telah mencipta sejenis bom gamma. Berlaku eksiden dan bom gamma ni meletup. Dia yang terdedah pada sinar radioaktif bom ni menyebabkan efect pada fizikalnya dan merubah dia pada gergasi yang memiliki fizikal yang lebih besar dan kekuatan yang berganda dari dia. Pada awalnya jugak, HULK ni kaler kelabu. Then, sebab nampak macam suram dan tak bertenaga, warna hijau dipilih. Reaksi positif pembaca menyebabkan hijau dikekalkan sebagai warna rasmi HULK. Kelabu hanya digunakan untuk version lain HULK seperti waktu awek/bini dia, BETTY ROSS mati. Kelabu tu menggambarkan feeling dia… Ceewah!

- Setakat ni, ada 2 filem adaptasi iaitu: 1) HULK (2003) 2) THE INCREDIBLE HULK (2008)

- Komen (2003 filem): 1) Bruce jadi Hulk lepas satu eksiden di lab. Dan waktu tu, Bruce berseorangan sebab bapak dia dah pun mati waktu tu. Dalam movie, ayah dia yang buat eksperimen dan menyebabkan eksiden tu jadi pada dia gak. 2) Nama bapak dia originally Brian Banner, dan bukan David Banner. Mak dia plak Rebecca Banner, dan bukan Edith Banner. 3) Bapak dia memang mati waktu berlawan dengan dia, tapi waktu tu Bruce belum jadi HULK. Diorang dua bergaduh kat kubur mak Bruce. Kepala bapak dia terhantuk pada batu di kubur tu dan terus mati. 4)Mak Bruce tak mati sebab kemalangan dalam makmal, tapi oiginally sebab dibunuh oleh bapak dia yang tak betul tu. 5) Bapak dia tak pernah ada special power, terutama absorb kuasa orang lain.

-Komen (2008 filem): 1) Emil Blonsky, pegawai tentera yang jahat tu bertukar jadi satu makhluk yang sama @ lebih kuat dari HULK. Nama makhluk tu ABOMINATION. 2)Dr. Samson, sorang saintis yang minat kat Betty Ross tu originally ada superpower sebab dia pun terdedah pada radioaktif makmal. Hasilnya, kekuatan dia bertambah dan rambut dia jadi hijau. Tapi, benda tu tak dimasukkan dalam movie. 3) Movie ni menampilkan sebab yang paling hampir kepada kewujudan HULK, iaitu Bruce Banner eksiden di makmal pasal radiasi gamma. Dalam komik, Bruce bersama sorang protege dia, Rick Jones. Rick yang buat silap dan menyebabkan benda tu meletup, tapi Bruce selamatkan Rick dan terima kesan tu.

-Future: Tak pasti, tapi mungkin HULK akan muncul dalam THE AVENGERS (2012) bersama-sama hero lain seperti IRON-MAN, WAR MACHINE, CAPTAIN AMERICA, THOR, LOKI, BLACK WIDOW dsb.

10) GHOST RIDER

Mat Rempit berapi ni pertama kali muncul dalam komik MARVEL SPOTLIGHT #5 iaitu pada tahun 1972. Pas tu, GHOST RIDER mula muncul komiknya sendiri bermula dengan GHOST RIDER #1. Sebenarnya, GHOST RIDET ni merupakan anti-hero dalam bentuk supernatural paling prominent di dunia. Unsur supernatural ni wujud sebab kewujudan tengkorak berapi ni sedikit sebanyak membabitkan makhluk alam lain seperti syaitan dan penngorbanan roh. Ok, citer dia macam ni. Johnny Blaze ni sorang motorcyclist stunt. Bapa angkat dia, Crash Simpson, menderita lung cancer. So, untuk menyelamatkan orang tua ni, Blaze telah menggadaikan rohnya melalui perjanjian dengan sekor syaitan, Mephisto. Sebenarnya, Mephisto ni adalah syaitan/villian yang suka berjual beli roh. Tanpa pengetahuan Blaze, Mephisto dah jual gabungkan roh Blaze dengan sekor setan yang berada di bawah kuasanya, Zarathos. Fizikal Zarathos yang entah apa-apa tu mempengaruhi bentuk ‘GHOST RIDER’ Blaze iaitu kepala tengkorak berapi dsb. Namun begitu, bapa angkat Blaze mati pasal eksiden motor dan dia menyalahkan Mephisto atas sebab tu.

- Selain storyline pada zaman moden dengan bentuk GHOST RIDER bermotor, terdapat jugak storyline bagi bentuk yang menyerupai tengkorak berapi ni bagi zaman western. Bentuk ni dikenali sebagai PHANTOM RIDER dan bentuknya adalah sorang koboi yang menunggang kuda berapi. Alah, GHOST RIDER versi western.

- Setakat ni, ada satu filem saja: GHOST RIDER (2007)

- Komen: 1) Originally, Blaze ingin mengubati sakit kanser bapak angkat dia, Crash Simpson dan orang tua ni jugak bapa pada awek dia, Roxanne Simpson. Dalam movie, yang sakit tu adalah Barton Blaze, bapak kandung Blaze (yang dah lama mati dalam komik). 2) Blackheart memang anak Memphisto, tapi dia ‘anak’ yang dicipta melalui gabungan-gabungan roh jahat yang dicuri Memphisto. 3)Caretaker dalam filem bukan diambil dari original Caretaker dalam komik dan tak ada kena mengena dengan organisasi THE BLOOD. Konsep watak ini saja yang diambil dan diserapkan ke dalam cerita. Dalam filem, Caretaker itu mendedahkan dia adalah Carter Slade, senior GHOST RIDER @ lebih tepat, PHANTOM RIDER yang dilihat di awal cerita. Bahkan, laki tua ni juga turut transform jadi classic GHOST RIDER yang menunggang kuda berapi lepas reveal his true identity.

- Future: GHOST RIDER-SPIRIT OF VENGEANCE (filem memuatkan kisah yang berlaku 8 tahun lepas the first filem. Heronya pun dikatakan bertukar dan Nicholas Cage tak ada dah.

11) CAPTAIN AMERICA

Kapten kepada seluruh rakyat Amerika ini, iaitu CAPTAIN AMERICA merupakan superhero tertua negara. Captain ini membuat kemunculan pertamanya di dalam CAPTAIN AMERICA COMICS #1 pada 1941. Ketika ini, MARVEL masih lagi dikenali sebagai TIMELY COMICS. Penciptaan karakter ini pada zaman peperangan dunia kedua menyebabkan storyline CAPTAIN AMERICA banyak bertumpu pada peperangan, NAZI, kuasa-kuasa perang dunia dan pelbagai aspek berkaitan WWII. Secara mudahnya, kisahnya mengenai STEVE ROGERS, sorang pemuda harapan bangsa yang secara sukarelanya menawarkan diri dalam satu projek kerajaan. Projek kerajaan ni sebenarnya nak membina barisan ‘perfect soldier’ melalui suntikan serum ke badan diorang. So, lepas disuntik, Steve memperoleh kekuatan luar biasa dan keupayaan dalam bertempur. Dia juga diberi kostum yang menyerupai bendera Amerika (patriotic purpose lah). Then, dalam pertemuan dengan Presiden Theodore Roosevelt, orang tua tu hadiahkan perisai yang sangat sinonim dengan CAPTAIN AMERICA.

- Tamatnya era perang dunia menyebabkan minat orang terhadap storyline CAPTAIN AMERICA dah merudum. Pas tu, Captain ni hilang kejap. Kendian, dalam awal tahun 60-an, dia ni muncul balik bersama THE AVENGERS dan lead team tu untuk menentang jahat-jahat yang ada plan tak baik.

- Setakat ni, hanya ada satu filem adaptasi kisah superhero Amerika ni: CAPTAIN AMERIKA (1990)

- Komen: 1) Aku sure, ramai yang tak pernah tengok filem ni. Tak pa. Pegi kedai DVD, cari pirate DVD yang ada 3/4 citer dalam satu disk. Poster filem ni macam kat atas (ada gambar perisai dia). Kalau nak cari ori DVD, memang payah. 2) Dr. Joseph Reinstein merupakan doktor yang terlibat dalam ‘penghasilan’ CAPTAIN AMERICA. Tapi, dalam movie, nama ditukar pada Dr. Vaselli. 3) Dalam movie ni, Bernice Stewart dan Sharon Carter, dua orang awek C.A pada zaman perang dan zaman moden digambarkan sebagai ibu dan anak. Originalnya, diorang ni tak ada kaitan langsung. In fact, Sharon ada mak cik yang pernah jadi awek C.A waktu zaman perang. Dan namanya Peggy Carter. 4) Bernice tak pernah mati dibunuh oleh RED SKULL mahupun sekutunya dalam original storyline. Minah pernah dicaptured sekali tapi, diselamatkan oleh THE AVENGERS. 5) SIN (nama I/C Cynthia Schmidt) merupakan nama original anak Red Skull. Tapi, mungkin nak sesuaikan dengan origin dari Italy, movie ni guna nama Valentina De Santis.

- Future: CAPTAIN AMERICA: THE FIRST AVENGER (tak pasti dia punya plot, tapi maybe based on rival antara C.A dan RED SKULL), THE AVENGERS (filem menampilkan C.A dan ahli-ahli THE AVENGERS lain)

12) KICK ASS

AKAN DATANG

- THOR (20110), CAPTAIN AMERICA: THE FIRST AVENGERS (2011), THE AVENGERS (2012). Tunggu filem-filem baru ni pawagam.

No comments:

Post a Comment