Thursday, October 21, 2010

Jenis-Jenis Asian Arowana

Banjar Red Arowana

Adult Banjar Red

Banjar Red Arowana mirip dengan Yellow Tail atau Green Arowana, ekor bulat berwarna merah dan skala warna hijau metalik. Ini adalah Arowana yang paling mudah didapati dengan harga berpatutan serta warna juga sangat menarik. Pencinta Arowana ini juga menggelarkan namanya sebagai Arowana Kelas Merah Kedua.

Arowana Hijau / Green Arowana

Arowana Hijau atau digelar ‘Green Arowana’ memiliki tubuh hijau kelabu gelap dengan ekor bergaris hijau kekelabuan. Bentuk kepelbagaian ini adalah sebuah perbezaan besar dibandingkan dengan pilihan-pilihan lain dengan kepala atau porsi mulut yang lebih besar dan bulat. Ini adalah salah satu spesis yang paling banyak di Asia dimana ianya banyak terdapat di Malaysian , Indonesia, Thailand dan lain-lain. Harganya juga amat berpatutan dan senang dibiakkan.

Malaysian Golden Arowana

Ianya adalah salah satu spesis yang paling mahal bagi jenis arowana asia. Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia seperti Arowana ‘Golden Bluebase’iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana ‘Golden Crossback’, jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai ‘Super Highback’.

RTG @ Indonesian Golden

Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima. Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. Jenis ini juga agak mahal dipasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super highback.

Platinum Arowana

Berbezaan platinum dan golden

Platinum yang sebelah kiri,yg kanan Golden

Platinum Arowana dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini.

Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara barat.

Super Red arowana


Ini juga merupakan salah satu ikan yang popular di kalangan semua Arowana Asia, terutamanya kerana warnanya begitu menyerlah sekali. Dengan sirip merah muda dan begitu juga dengan bibir merah serta sisiknya, boleh dikatakan semua penggemar tidak mampu menahan godaan untuk memiliki salah satu daripada mereka. Dalam beberapa tahun terakhir ini semua jenis ikan arowana merah ini dikumpulkan bersama-sama dan dipanggil ‘Super Red atau Merah Kelas Pertama’

Silver arowana


(Osteoglossum bicirrhosum) berasal dari Amazon Basin. Ianya mempunyai sirip dan ekor yang panjang dan sisiknya dipenuhi dengan warna perak, dan biasanya ikan arowana perak ini adalah jenis arowana kelas yang paling ekonomi jika dibandingkan dengan jenis-jenis spesis Arowana yang lain serta ianya juga senang dipelihara. Terdapat juga spesis yang serupa iaitu Black Arowana dimana ikan ini berwarna kelabu kehitaman.

No comments:

Post a Comment