Duruzi (Arab: درزي, derzī atau durzī, jamal دروز, durūz),bahasa Inggeris: Druze merupahan salah satu cabang fahaman atau agama pecahan dari Syiah Ismailiyah pada zaman era Kerajaan Fatimiyyah pada abad ke-10. Fahaman ini diasaskan oleh Tariq al-Hakīm. Fahaman ini adalah bukan fahaman Islam (non-Muslim religion) akan tetapi fahaman yang dibawa adalah agak mirip dengan ajaran Islam Syiah dan Kristian. Kebanyakan mereka berbangsa Arab dan mengakui bahawa mereka berbangsa Arab tetapi rakyat Israel berfahaman Duruzi ini menafikan dari bangsa Arab. Perkataan daruzi diambil sempena nama seorang tokoh Muhammad A-Darazi.
Mereka ini terdapat di negara-negara Arab khususnya di Lubnan (Beirut), Palestin/Israel, Syria dan Turki serta sebilangan kecil darinya berada di negara-negara lain sebagai pekerja mahir.
Druze (juga turut dikenali sebagai Druse; bahasa Arab: darazī درزي, maj. durūz دروز) adalah sebuah komuniti keagamaan yang umumnya berasal dari Timur Tengah. Kelompok ini muncul dari Islam dan Kristian serta dipengaruhi oleh agama-agama dan falsafah-falsafah lain, termasuk falsafah Yunani. Kaum Druze menganggap dirinya sebagai "sebuah fahaman (sakte) Islam Uniat, pembaruan" (Catatan 1), meskipun mereka tidak dianggap Muslim oleh kebanyakan Muslim di wilayah tersebut. Kaum Druze menyebut dirinya Umat Monoteisme atau Muwahhidūn ("Monoteis"). Asal-usul nama Druze ditelusuri ke Muhammad ad-Darazī, yang terkenal sebagai pengasas kepada fahaman ini.
Isi kandungan |
Lokasi
Kaum Druze kebanyakan tinggal di Lubnan, meskipun ada pula komuniti yang kecil tinggal di Israel, Syria, dan Jordan.
Komuniti-komuniti besar yang terdiri dari kaum ekspatriat terdapat di Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Latin, Afrika Barat, Australia dan Eropah. Mereka menggunakan bahasa Arab dan mengikuti pola sosial yang sangat mirip dengan masyarakat yang berbangsa Arab akan tetapi ada kelainan dari wilayah penduduk Arab itu. Kebanyakan penganut fahaman Druze menganggap diri mereka Arab.[1]
Diperkirakan terdapat sekitar 2.3 juta penganut fahaman Druze di seluruh dunia, dan kebanyakan daripadanya berada di Levant atau Mediteranian Timur.[2] Namun, sejumlah orang memperkirakan keseluruhan populasi Druze hanyalah sekitar 450,000 orang sahaja.[3]
Sejarah kaum Druze
Agama ini berkembang dari Islam Ismailiyah, sebuah gerakan falsafah yang didasarkan pada Bani Fatimiyah, pada abad ke-10, suatu masa yang kaya kebudayaannya. Agama ini tidak berusaha mengubah Islam dari arus utama melainkan menciptakan suatu agama yang sama sekali baru, yang dipengaruhi antara lain oleh falsafah Yunani, Gnostisisme dan Kristian.
Ada dua pelaku utama pada tahun-tahun permulaan kebangkitan ajaran fahaman Druze tersebut: Penguasa Fātimiyah yang saleh Tariqu l-Ḥakīm (985–1021)--juga dikenali sebagai Al-hakim atau al-Ḥakīm bi-ˤAmru l-Lāh ("Pemimpin di dalam Nama Allah")--adalah seorang khalifah Ismaili dari Mesir yang dipercayai oleh sebahagian masyarakat sebagai benar-benar penjelmaan Allah. Imigran Parsi Hamza ibn ˤAlī ibn Aḥmad adalah arkitek utama gerakan ini. Imām Ḥamza inilah yang pertama-tama secara terbuka mengumumkan bahawa Ḥakīm lebih daripada seorang manusia biasa.
No comments:
Post a Comment