Monday, October 4, 2010

ADAPTASI KOMIK – FILEM (D.C COMIC)

Ok. Aku dah sentuh mengenai list komik MARVEL yang dah diadaptasi ke filem oleh para penerbit Hollywood. Ada yang best, ada yang tak. Ada yang Wow!, ada yang hek…eleh!. Ada yang ganas dan mantap, ada yang macam kartun. Apa-apa pun, mereka-mereka ni dah berjaya merealisasikan impian para pembaca yang nak tengok hero pujaan mereka beraksi secara LIVE. Sorak sikit untuk diorang ni. WOOOOHHH!

Sekarang, kita switch our mind dan beralih ke sebuah lagi gergasi dalam dunia komik U.S. Company ni dah publish aneka karakter yang aku kategorikan sebagai terbaik dan sangat popular. D.C COMICS, sebuah syarikat penerbitan komik popular dan gah di dunia, juga musuh terdekat MARVEL. Berbanding MARVEL dan D.C, aku target orang lebih kenal MARVEL. Tapi, banding karakter MARVEL dan D.C, aku tau orang lebih-lebih kenal karakter D.C. Kenal mamat baju biru yang pakai seluar dalam kat luar tu? Alah, SUPERMAN. Ha! Kenal pun. Superhero yang paaaling dikenali di seluruh dunia. Pegi je ke ceruk kampung, tanya makcik-makcik dan tok-tok, kenal tak SUPERMAN. Kalau diorang tak kenal, aci potong jari kaki la. Sure diorang kenal punya. Lagi sekor, mamat kelawar ni. Pakai seluar dalam kat luar gak. BATMAN. Sapa yang tak kenal dia ni, pegi planet lain lagi baik. Dua superhero popular ni dimiliki oleh D.C COMICS. Bagi sesiapa yang ingat dua ekor ni MARVEL punya, sekarang anda dah tahu.

Kita kenal sikit D.C COMICS ni. Company ni pada asal dan akar umbinya, diasaskan pada 1934 oleh MALCOLM WHEELER-NICHOLSON. Waktu tu, ia dikenali dengan nama NATIONAL ALLIED PUBLICATIONS. Pada awal-awalnya, company ni menerbitkan majalah dan komik yang menyentuh mengenai isu pada zaman tu. Kendian, berlaku perubahan demi perubahan dalam pemilikan company dan perubahan struktur pentadbiran. Hal ini dipengaruhi orang tak berapa minat dengan majalah dan komik diorang ni. Lepas tu, diorang publish komik bertajuk DETECTIVE COMICS yang seterusnya mendapat sambutan hangat. Memandangkan nama tu dah membawa tuah, nama company sedia ada ditukar kepada DETECTIVE COMICS INC. Lama-kelamaan, dipendekkan jadi D.C COMICS. Lepas tu, diorang mula menerbitkan keluaran keempat company, iaitu ACTION COMICS yang menampilkan superhero paling popular dunia buat pertama kali, SUPERMAN. Komik ni mendapat sambutan luar jangkaan dan bermulalah era ‘SUPERHERO’ di D.C COMICS…

1) SUPERMAN

“Up in the sky, look! It’s a bird! It’s a plane! It’s Superman!” Bagi yang mengikuti siri animasi, siri TV dan siri radio Superman sekitar tahun 50-an hingga ke awal 70-an, mesti familiar dengan dialog ni. Tak pun dialog ni “Faster than a speeding bullet! More powerful than a locomotive! Able to leap a tall building in a single bound!” Ha! Pernah dengar tak? Mesti pernah punya. Inilah dia superhero kegemaran penduduk dunia dan sekaligus menjadi ikon masyarakat. Bila cakap mengenai jasa, pertolongan dan kebaikan sesorang tu, nama mamat ni mesti terkeluar walaupun orang yang dirujuk tu tak pakai seluar dalam kat luar. Oklah. Superman ni asalnya bukan dihasilkan oleh artis D.C. Mamat ni dicipta oleh dua orang, Jerry Siegel dan Joe Shuster. Kendian pada 1932, diorang jual karakter ni pada D.C lah, Tahun 1938, mamat ni pertama kali keluar dalam Action Comics #1. Sambutan yang sangat luar biasa menyebabkan mamat ni dipindahkan ke dalam komiknya sendiri. Lepas tu, superhero kesayangan dunia ni pun muncullah di radio, iklan, program TV, filem, novel dan juga game. Superman ni cukup sinonim dengan warna biru, merah dan kuning serta yang paling penting, ‘S” kat dada dia ni. ‘S’ ni juga digunakan sebagai lambang rasmi bagi mempromosikan makhluk Planet Kripton ni.

- Kisah asas Superman ni simple je. Nama I/C dia, KAL-El. Dia asal dari Planet Kripton (rekaan). Bapa dia, JOR-El saintis kat planet diorang ni. Satu hari tu, Planet Kripton ni alami masalah dan akan musnah. Banyak rakyat terkorban. So, JOR-EL ni pun decide nak selamatkan anak dia dulu. Dia bina kapal angkasa, letak anak dia dalam tu dan terbangkan ke mana saja (dia tak plan pun planet mana kapal tu nak landing). Dalam penerbangan yang entah berapa lama tu, kapal tu rosak dan jatuh kat ladang KENT kat Smallville, Kansas iaitu di Bumi. Kapal dan baby ni ditemui oleh CLARK KENT dan MARTHA KENT. Then, diorang besarkan dia dan namakan dia CLARK KENT. Bila besar sikit, dia keja di DAILY PLANET dan jumpa LOIS LANE, heroin citer SUPERMAN ni. Bila dia jadi CLARK KENT, dia akan pakai glasses dan rambut gaya skema. Tapi, bila jadi SUPERMAN, dia pakai kostum biru tu dan rambut dia pun stylish.

- Selain SUPERMAN, dia juga ada kaum kerabat dia dari Planet Kripton yang punyai kuasa macam dia gak (terbang, super strenghth, laser mata, X-ray vision dll). FYI, alien-alien dari Kripton semuanya ada kuasa macam tu. Kat planet diorang memang tak ada siapa yang heran sebab semua orang sama, tapi bila datang bumi, semua orang WAHHH! Mereka ni dinamakan SUPERMAN FAMILY / KELUARGA SUPERMAN. Mereka-mereka ni satu spesis dengan dia, ada kuasa yang sama dan ada ‘S’ pada badan diorang. Mereka-mereka ni termasuklah SUPERGIRL (KARA ZOR-EL), SUPERBOY (KON-EL), LAR GAND (MON-EL), STEEL, ERADICATOR, POWER GIRL, STRANGE VISITOR, KRYPTO THE SUPERDOG (super anjing), COMET (super kuda), STREAKY (super kucing) , BEPPO (super monyet), ALLURA (mak SUPERGIRL), ZOR-EL (bapa), LARA LOR-VAN (mak SUPERMAN) dan JOR-EL (bapa). Banyakkan?

- Setakat ni, ada 6 filem rasmi SUPERMAN yang ditayangkan di pawagam. Pada 1948 dan 1950, ada filem SUPERMAN dah dibikin tapi dah dipecahkan dan ditayangkan di TV. Ini senarai filem-filem rasmi tu: 1) SUPERMAN AND THE MOLE MAN (1951 – Mendiang GEORGE REEVES jadi Clark Kent dan PHYLLIES COATE jadi Lois Lane) 2) SUPERMAN THE MOVIE (1978) 3) SUPERMAN II (1981) 4) SUPERMAN III (1983) 5) SUPERMAN IV: THE QUEST FOR PEACE (1987) 6) SUPERMAN RETURNS (2006)

- KOMEN (1951 filem): 1) Tak ada, sebab aku cuba cari sebarang bentuk (DVD, Blue Ray, CD, Tape, Piring Hitam dsb) mengenai movie ni tapi tak jumpa. Jadi tak leh komen sebab aku tak tengok citer ni. 2) Kat internet pun dah selongkar, tak ada jugak. 3) Lepas movie ni, diorang ada buat satu lagi movie (tapi, FILEM PENDEK ja). George Reeves gak hero. Heroin dah tukar, Noel Neill ganti. Pas filem ni, GEORGE REEVES terus bunuh diri. Then, dalam TV siri, Noel Neill go on sebagai Lois dengan Kirk Alyn sebagai SUPERMAN.

- KOMEN (1978 filem):

2) BATMAN

Bila malam ja, dia mesti keluar. Bila dia keluar ja, mesti malam. Bila dia dah keluar, mesti dia akan muncul di belakang gengster jalanan yang tengah kacau awek di lorong gelap. Pastu, dia suruh awek tu balik. Kendia, dia belasah lah geng jalanan ni dan ikat diorang. Polis sampai cuma tangkap je. Kenal tak siapa gerangan dia ni? Inilah lelaki kelawar yang kalau siapa tak kenal, lebih baik join trip ke planet lain. Atau nama popularnya ‘ BATMAN’. Selain BATMAN, dia juga orang kenal sebagai ‘THE DARK KNIGHT (nama kedua paling faymes), ‘THE CAPED CRUSADER’, ‘THE WORLD’s GREATEST DETECTIVE’ dan yang paling mudah ‘THE BAT’. Mamat ni dicipta oleh BOB KANE dan BILL FINGER dan melakukan debut-nya dalam DETECTIVE COMICS #27 pada 1939. Selain komik ni, mamat ni juga muncul dalam komik-komiknya sendiri seperti ‘BATMAN’, ‘BATMAN & ROBIN’, ‘BATMAN: STREETS OF GOTHAM’ dan aneka mak nenek lagi.

- Citer dia simple ja. BRUCE WAYNE (nama I/C dia) merupakan anak tunggal kepada DR. THOMAS & MARTHA WAYNE, jutawan, hartawan, dermawan, selebriti dan tokoh yang dihormati di GOTHAM CITY. Nak dijadikan cerita, satu hari tu Bruce dan mak bapak dia balik dari menonton pementasan. On da way tu, diorang diserang JOE CHILL, sekor gengster jalanan dan mangkuk ni bunuh mak bapak dia. Bruce survive dan dia berazam untuk menuntut bela atas kematian parents dia. So, dia belajar martial arts dan intelek training, tapi dia rasa macam tak cukup. Dia decide, gangster-gangster ni perlu dihadapi secara psikologi. So, dia mula mencari identiti yang agak terror, gelap, psiko dan seram. Waktu relax kat tepi tingkap, dia nampak kelawar melintas. Pas tu, dia terus dapat idea untuk menggunakan ‘identiti’ kelawar dalam dirinya dan lahirlah ‘BATMAN”!

- Dalam kebanyakan kisah BATMAN, dia akan ditemani oleh beberapa orang WAJIB iaitu ROBIN (nama I/C Dick Grayson), ALFRED PENNYWORTH (butler dia yang saaangat setia), Polis JAMES GORDON (polis pakai cermin mata yang selalu nampak dengan dia) dan BATGIRL (nama I/C BARBARA GORDON, anak JAMES GORDON). Nak tau macam mana dia jumpa Robin? Macam ni. Satu hari tu, Bruce Wayne dan awek dia, Julie Madison pegi tengok Sarkas. Kat situ, Dick Grayson baru umur 8 tahun. Mak bapak dia ahli akrobat sarkas tu. Tiba-tiba, sarkas tu diambush oleh TONY ZUCCO, kepala gangster. Orang-orang si Tony ni sabotag tali persembahan dan mak bapak Dick pun mati. Pas tu, Dick jumpa Bruce dan minta Bruce ambik dia jadi protege dia. Bruce setuju dan dia train Dick, beri nama ‘ROBIN’ kat dia dan hired dia jadi partner.

- Dari awal kemunculan BATMAN, dah ada 7 buah filem rasmi yang dibikin mengenai lelaki kelawar ni. (Macam SUPERMAN, BATMAN ada 2 filemnya yang dibikin tapi dipecahkan sebagai siri TV. Filem bersiri tu ialah BATMAN (1943) dan BATMAN & ROBIN (1949) ) Ini ialah filem-filem rasmi tu: 1) BATMAN (1966) 2)BATMAN (1989) 3)BATMAN RETURNS (1992) 4)BATMAN FOREVER (1995) 5)BATMAN & ROBIN (1997) 6) BATMAN BEGINS (2005) 7) THE DARK KNIGHT (2008)

3) SUPERGIRL

4) CATWOMAN

5) STEEL

6) SWAMP THING

7) THE SPIRITS

8)WATCHMEN

9) JONAH HEX

10) GREEN LANTERN

1)THE LEAGUE OF EXTRAORDINARY GENTLEMAN

DC’s imprint, WILDSTORM COMICS

2) HELLBLAZER

DC’s imprint, VERTIGO COMICS

3) THE LOSERS

DC’s imprint, VERTIGO COMICS

4) V FOR VENDETTA

DC’s imprint, VERTIGO COMICS

5) RED

DC’s imprint, HOMAGE COMICS

6) ROAD TO PERDITION

DC’s imprint, PARADOX PRESS

7) A HISTORY OF VIOLENCE

No comments:

Post a Comment