Monday, June 14, 2010

Lagenda Piala Dunia

1 . Pele (Brazil)

  • Kemunculan : 92 (1957-71)
  • Gol : 77

Pele Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia?

Lagenda Piala Dunia FIFA ini diiktiraf sebagai pemain terbaik sepanjang zaman selepas Diego Maradona. Pele merupakan satu-satunya pemain yang pernah merasai kemanisan menjulang Piala Dunia sebanyak 3 kali iaitu pada tahun (1958, 1962, 1970).

Pendek dan kecil sahaja saiz tubuh badan Pele (kira-kira 5 kaki 8 inci ) tetapi Pele mempunyai kelebihan yang luar biasa daripada segi kekuatannya di udara, kelajuan dan kawalan bola yang menakjubkan dimiliki oleh beliau. Sepanjang kariernya dalam dunia bola sepak selama 21 tahun, Pele sudah pun menjaringkan lebih daripada 1,000 gol

2. Diego Maradona (Argentina)

  • Kemunculan: 91 (1977-94)
  • Gol : 34

maradona Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia?

Agaknya memang dikurnikan bakat semulajadi untuk mengelecek dan mengawal bola dengan baik. Daripada segi keseimbangan dan kepantasannya melepasi kawalan pihak lawan. Sungguh berbakat. Pernah bermain dalam 4 edisi Piala Dunia, termasuk menjadi buah mulut daripada pemerhati bole sepak ketika itu yang menganggap yang Maradona seperti “seorang diri” membantu Argentina merangkul Piala Dunia FIFA 1986 yang mana juga beliau ketika itu merupakan kapten Argetina.

Selain itu juga, beliau turut merangkul anugerah Golden Ball sebagai pemain terbaik kejohanan Piala Dunia FIFA 1986. Setiap kali tibanya edisi Piala Dunia, pak cik Maradona ini sentiasa dikenang sebagai satu lagi lagenda Piala Dunia.

3. Frank Beckenbeur (Jerman Barat)

  • Kemunculan : 103 (1965-77)
  • Gol : 14

Franz Beckenbauer Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia?

Frank Beckenbeur merupakan antara bek terbaik sepanjang zaman. Terkenal dengan gelaran De Kaiser, beliau memiliki gaya dan kepimpinan yang tinggi setiap kali berdepan dengan serangan yang hebat daripada mana-mana pasukan gergasi bola sepak dunia. Pernah menjulang trofi Piala Dunia semasa beliau menjadi kapten Jerman Barat pada tahun 1974 dan sebagai pengurus pasukan Jerman pada tahun 1990.

4. Garrincha (Brazil)

  • Kemunculan : 50 (1955-66)
  • Gol : 12

Garrincha Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia?

Semasa zaman kegemilangannya bersama pasukan Brazil, beliau digelar sebagai “burung kecil”. Garrincha merupakan watak penting dalam memainkan peranan membantu kejayaan Brazil menjulang Piala Dunia 1958 dan 1962. Seorang lagenda bola sepak di bahagian sayap dek kerana keupayaannnya mengelecek dan mengawal bola sehingga memukau pertahanan lawan.

Pengaruhnya yang kuat dalam pasukan Brazil ketika zamannya sehinggakan peluang Brazil untuk menjulang Piala Dunia tahun 1966 terencat apabila Garinchha tidak dapat bermain dalam salah satu perlawanan sahaja Piala Dunia sahaja

5. Gerd Muller (Jerman)

  • Kemunculan : 62 (1966-74)
  • Gol : 68

Gerd Muller Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia?

Penyerang prolifik daripada Jerman ini telah berjaya mencatatkan bilangan gol peringkat antarabangsa yang cukup luar biasa. Dengan ketinggian 5 kaki 69 inci, beliau yang juga pernah dinobatkan pemain terbaik Eropah pada tahun 1970 selepas musim yang berjayanya di Bayern Munich telah mencetak 10 gol di sepanjang edisi Piala Dunia yang disertainya.

6. Bobby Moore (England)

  • Kemunculan : 108 (1962-73)
  • Gol : 2

Bobby Moore Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia?

Walaupun lembab dan tidak laju, Bobby Moore adalah seorang pemain pertahanan yang cukup kental dan kemampuan memimpin barisan pertahan dengan baik daripada serangan pasukan lawan telah membantu pasukannya menjulang trofi Piala Dunia FIFA 1966.

7. Johan Cruyff (Belanda)

  • Kemunculan : 48 (1966-77)
  • Gol : 33

Johann Cruyff Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia?

Tanpa ragu-ragu lagi, Johan Cruff merupakan pemain terbaik Belanda di zamannya. Kemahiran luar biasanya beliau membantu barisan tengah untuk menyerang pihak lawan dan juga bertindak sebagai penyerang. Pada Piala Dunia 1974, Belanda yang terkenal dengan permainan Total Football telah menunjukkan jalan keluar kepada pasukan gergasi bola sepak ketika itu seperti Argentina dan Brazil.

Malangnya beliau tidak mampu membantu pasukan Belanda menjulang Piala Dunia 1974 apabila kalah kepada Jerman Barat yang dipimpin oleh Frank Beckenbeur.

8. Ferenc Puskas Caps: 85 (1945-56 Hungary) 4 (1961-62 Sepanyol) Goals: 84

  • Kemunculan : 85 (1945-56 Hungary) 4 (1961-62 Sepanyol)
  • Gol : 34


Puskas1 Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia?

Kalau sebut Hungary, penting sangat ker untuk tahu? Memang tak popular, tetapi……dalam sejarah Hungary pernah menjadi kuasa besar Piala Dunia terutamanya dalam edisi Piala Dunia 1954. Hungary menewaskan Jerman 8-3 dalam perlawanan pembukaan kemudiannya menewaskan Korea Selatan 9-0. Di suku akhir pertemuan dengan Brazil mencetuskan insiden kasar. Perlawanan itu menyaksikan dua pemain Brazil dan Hungary dibuang padang. Pergaduhan berterusan di bilik persalinan selepas perlawanan itu. Hungary menang 4-2 dalam perlawanan itu.

Dalam perlawanan akhir mereka sekali lagi berdepan dengan Jerman. Hungary mendahului dengan 2-0 menerusi Puskas dan Zoltan Czibor dengan perlawanan bakal berakhir menjadi milik mereka, kekuatan semangat pemain Jerman menjadi pendorong apabila menyamakan kedudukan sepuluh minit sebelum tamat. Siapa key player untuk pasukan Hungary? Siapa lagi kalau tidak lagenda Hungary iaitu Ferenc Puskas

9. Jairzinho (Brazil)

  • Kemunculan : 91 (1964-82)
  • Gol : 33

jairzainho1 Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia?

Merupakan salah seorang pemain sayap paling sukar untuk dihalang kemaraan dan kepantasannya semasa era kegemilangannya. Peminat bola sepak ketika itu menggelarkannya “pakar silap mata.” Beliau berjaya mencetak setiap gol untuk setiap perlawanan Piala Dunia 1970 dan berjaya mencetak sebanyak 7 gol termasuk golnya dalam perlawanan akhir Brazil menang ke atas Itali.

10. Guiseppe Meazza (Itali)

  • Kemunculan : 53 (1930-39)
  • Gol : 33

Guiseppe Meazza Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia?

Seorang pemain terbaik Itali pada zamannya. Itali pernah menjulang trofi Piala Dunia 1930 dan Piala Dunia 1934 yang ketika itu beliau juga merupakan kapten Itali. Guiseppe Meazza menjadi tonggak penting ketika kejayaan negaranya ditambah dengan kemampuannya mengelecek, ketangkasannya di udara walaupun mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 6 inci sahaja

1 comment: