Salam semua pembaca yang budiman, bersempena dengan kehangatan Piala Dunia FIFA yang sedang berlangsung di Afrika Selatan sekarang, saya ingin berkongsi fakta-fakta menarik yang mungkin anda tahun, atau yang anda belum pernah tahu. Sudah bersedia?Fakta yang anda tahu dan tak tahu:
- Kali pertama dianjurkan pada tahun 1930, yang berlangsung di Uruguay.
- Negara Uruguay merupakan pemenang pertama kejohanan ini, mengalahkan pasukan Argentina pada perlawanan akhir.
- Kejohanan ini tidak diadakan pada tahun 1942, dan 1946 akibat daripada perang dunia ke-2. (WWII)
- Pertandingan ini diadakan selama sebulan lebih, yang disertai oleh 32 pasukan terbaik dari seluruh dunia.
- Fasa kelayakan diadakan selama tiga tahun, di mana pasukan tuan rumah tidak perlu menghadapi fasa kelayakan dan layak secara automatik. (Ya! ini sahaja peluang Malaysia untuk bermain di Piala Dunia iaitu menjadi tuan rumah! :P)
- Hanya tujuh negara yang pernah memenangi Piala Dunia selepas 18 edisi iaitu Brazil(5 kali), Italy(4), Jerman(3), Uruguay(2), Argentina(2), England(1), Perancis(1).
- Brazil satu-satnya pasukan yang menyertai pada setiap edisi kejohanan.
- Piala Dunia adalah sukan yang paling banyak ditonton di seluruh dunia, iaitu dianggarkan 715.1 juta orang menonton perlawanan akhir 2006.(Siapa pandai manipulasi, memang boleh buat duit!!)
- Jaringan pertama di Piala Dunia adalah oleh pemain Perancis yang bernama Lucien Laurent.
- India pernah layak ke Piala Dunia 1950, tetapi menarik diri.
- 204 negara telah melalui fasa kelayakan untuk Piala Dunia 2010.
- Trophy Piala Dunia mempunyai dua versi, versi yang pertama digunakan dari tahun 1930 sehingga tahun 1970 yang diberi nama Jules Rimet bersempena nama Presiden FIFA ketika itu. Versi yang ada sekarang mula digunakan pada tahun 1974.
- Mula disiarkan di televisyen pada tahun 1954.
Trofi Piala Dunia:
Jules Rimet
1930-1970
FIFA World Cup Award
1974-sekarang.
No comments:
Post a Comment