Sunday, June 6, 2010

10 wanita pewaris kekayaan keluarga

Mereka bukan selebriti yang sentiasa dikejar paparazi, sebaliknya hanya gadis biasa, anak lelaki terkaya dunia

INDAHNYA dunia jika hidup bermandikan limpahan wang ringgit yang bukan sedikit jumlahnya tapi boleh menampung kehidupan sehingga tujuh keturunan diwarisi daripada empayar milik keluarga.

Itulah realiti bakal dinikmati 10 wanita yang disenarai pendek Forbes sebagai 10 Wanita Bakal Pewaris Kekayaan Keluarga.

Info :

Kedudukan pertama: Vanisha Mittal Bhatia - bakal mewarisi aset bernilai AS$103 bilion dari empayar besi milik bapa, ArcelorMittal.

Kedudukan kedua: Isha Ambanie - pewaris empayar Reliance Industries, dengan aset bernilai AS$80 bilion.

Kedudukan ketiga: Pia Singh - anak kepada K P Singh dan kini mempunyai aset bernilai AS$400 juta.

Kedudukan keempat: Delphine Arnault-Gancia - anak kepada lelaki ke-13 terkaya di dunia bakal mewarisi aset bernilai AS$50 bilion.

Kedudukan kelima: Marta Ortega Perez - bakal mewarisi aset bernilai AS$27.5 bilion.

Kedudukan keenam: Anastasia Potanina - anak gadis Vladimir Potanin, pemilik empayar penerbitan, perbankan dan pemilikan tersohor Russia bakal memiliki aset bernilai AS$19.3 bilion.

Kedudukan ketujuh dan kelapan: Georgina dan Emma, anak gadis Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg pewaris aset bernilai AS$11.5 bilion.

Kedudukan kesembilan: Marina Berlusconi anak bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mewarisi empat anak syarikat Fininvest Group dengan aset bernilai AS$9.4 bilion selain aset dari Mondadori Group.

Kedudukan kesepuluh: Samantha Kluge anak kepada mogul media kelahiran German-Amerika, John Kluge bakal memiliki aset bernilai AS$9.5 bilion.

No comments:

Post a Comment