Monday, June 14, 2010

fakta menarik tentang piala dunia 2010

Pada masa ini, Bola Sepak Piala Dunia FIFA bukan sekadar mendominasi siaran di kebanyakan stesen televisyen dunia, tetapi juga turut mendominasi carian dan layanan maklumat di internet.

Berdasarkan laporan daripada kajian Hitwise, salah sebuah syarikat analisis web, sehingga 5 Jun yang lepas, iaitu sebelum perlawanan bermula, jumlah carian yang melibatkan semua istilah termasuk rujukan ke FIFA World Cup adalah sebanyak 0.66%, atau 1 daripada setiap 150 carian pelbagai keyword. Ini bermakna, internet juga memainkan peranan penting atau sumber utama untuk mendapatkan berita World Cup tahun ini selain daripada televisyen.

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang FIFA World Cup (2010) yang ada kaitan dengan penggunaan internet di seluruh dunia.

  1. Selepas England disahkan ke Piala Dunia, berlaku peningkatan trafik pelawat sebanyak 43% ke atas semua laman web pelancongan (travel) terutamanya untuk mendapatkan maklumat berkenaan penerbangan ke Afrika Selatan.
  2. Sebelum perlawanan bermula, laman web FIFA menjadi laman web sukan yang ke-8 paling banyak dikunjungi pelawat melalui enjin carian untuk rujukan perlawanan tersebut. Bagaimanapun setelah perlawanan bermula, jumlah pelawat telah berkurangan kerana diambil-alih oleh laman web yang lain.
  3. Pelawat ke laman web sukan England juga meningkat sebanyak 11.5% pada 5 Jun lepas berbanding minggu sebelumnya.
  4. Rio Ferdinand adalah pemain yang paling dicari di England, diikuti oleh Joe Cole dan Theo Walcott. Senarai pemain yang paling banyak dicari dari pelbagai negara mendedahkan populariti global bintang bola sepak tersebut.
  5. Pemain yang paling banyak dicari oleh peminat seluruh dunia ialah Cristiano Ronaldo.
  6. Pemain-pemain bola sepak Piala Dunia telah menjadi bintang terkenal pada masa kini dan seperti menenggelamkan cerita-cerita artis-artis Hollywood, Bollywood dan artis tempatan sendiri.

No comments:

Post a Comment