Wednesday, July 27, 2011

Siberia,Russia


Siberia ialah sebuah kawasan Russia yang amat luas yang merupakan hampir seluruh Asia utara serta sebahagian besar Steepee Eurosia. Ia terbentang dari Pergunungan Ural ke Lautan Pasifik di timur, dan dari Lautan Artik ke bukit-bukau Kazakhstan Tengah-Utara di selatan, serta menyempadani kedua-dua Mongolia dan China. Kesemua Siberia, kecuali kawasan barat daya yang paling hujung, terletak di Rusia dan merupakan hampir 77% daripada keluasan Rusia (13.1 juta kilometer persegi), tetapi hanya mempunyai 30% daripada jumlah penduduknya (42.2 juta orang).



Sesetengah sumber menyatakan bahawa nama "Siberia" berasal daripada bahasa turkik yang membawa pengertian "tanah tidur". Lagi satu versi mengatakan bahawa nama ini berasal daripada nama puak Sibir, nomad Eurasia ,yang kemudian diserap ke dalam puak Tartar Siberia.
Dr. Pamela Kyle Crossley, profesor sejarah di Kolej Dartmouth, menegaskan bahawa orang Rusia menamai Siberia sempana nama kelompok etnik siber/xibe.Pawang Akkanat, salah satu pawang yang terakhir di Siberia Barat serta tokoh utama dalam masyarakat orang asli di Siberia Barat, berkata bahawa Siberia mendapatkan nama daripada Negaranya, iaitu kelompok etnik Sibirga. Pengertian moden untuk nama ini muncul dalam bahasa russia selepas penaklukan Kekhanan Siberia.


lombong permata Mirny di siberia

Siberia amat kaya dengan galian dan mempunyai bijih-bijih untu hampir semua logam yang bernilai dari segi ekonomi — sebahagian besarnya kerana ketiadaan glasieran kuaterner di luar kawasan-kawasan tanah tinggi. Siberia mempunyai sesetengah daripada mendapan-mendapan nikel,emas,plumbum,molibdenum,intan perak dan zink yang terbesar di dunia, serta juga sumber-sumber minyak dan gas asli yang amat besar yang masih belum dieksploitasikan. Kebanyakan ini terletak di bahagian timur yang sejuk dan terpencil, dengan akibat bahawa pelombonganya terbukti susah dan hanya bermula pada skala yang besar selepas Stalin bangkit untuk berkuasa dan mengembangkan kem-kem buruh paksa untuk mengatasi kesusahan menarik buruh-buruh ke iklim yang tidak menyenangkan.
Siberia mempunyai hutan-hutan yang terbesar di dunia.Kayu balak masih merupakan sumber hasil yang penting, walaupun banyak hutan di timur telah dibalak jauh lebih cepat daripada pemulihannya.Laut Okhotsk ialah salah satu daripada dua atau tiga kawasan perikanan yang terkaya di dunia kerana arus dinginnya dan julat pasang surut yang terlalu besar. Oleh itu, Siberia menghasilkan melebihi 10% daripada tangkapan ikan tahunan di dunia, walaupun industri perikanan telah mengalami setakat kemerosotan sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.
Sektor Perindustrian yang diperkembangkan hanya kerana industri-industri di Russia Barat yang membantu Perang Dunia II menghadapi ancaman tentera Nazi, telah merosot dengan ketara sejak kejatuhan Kesatuan Soviet. Pada suatu ketika, terdapat kilang-kilang yang besar di Siberia Barat serta juga banyak kilang di sekeliling Tasik Baikal, tetapi kesemua ini telah tutup sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

1 comment:

  1. Gretings from subtropical Siberia) It's Rrimorsky Region.

    ReplyDelete