Sunday, July 17, 2011

Membongkar Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 2)

Sejarah panjang agama Kristian telah banyak bercampur-baur dengan kelompok-kelompok rahsia (secret societies), paganisme dan ajaran sesat Kabbalah-Yahudi. Tidak boleh tidak, sesungguhnya dunia Kristian tidak boleh berdiri sendiri tanpa dokongan kelompok-kelompok rahsia ini yang bertanggungjawab 'mempagankan' ajaran-ajaran Jesus (nabi Isa a.s) sehingga menjadi satu agama yang berwarna-warni dengan berhala-berhala dewa-dewi Rom-Mesir-Babilon, para Santo dan orang suci, Maryam si Perawan Suci dan imej-imej Jesus sendiri.

Tidak dinafikan bahawa para Kabbalah Yahudi ada 'saham' dalam penyelewengan kitab Injil dan menyembunyikan Firman-firman-Nya dan merekalah yang menjadi dalang kepada konsep Triniti; konsep yang tidak pernah diajarkan oleh Jesus sendiri, juga para Hawariyyun (apostles) di mana Triniti adalah berasal dari agama-agama Pagan Kuno yang selalu meletakkan posisi tiga entiti sebagai objek sembahan (deities) seperti Mesir (Horus, Isis dan Osiris), Hindu (Trimurthi-Brahma, Vishnu, Siva) dan ya, sudah pasti dari ajaran sesat Kabbalah sendiri iaitu Jahbulon (gabungan tiga dewa orang Kaldan/Chaldea, Syria Kuno dan Mesir Kuno) yang menjadi silibus peringkat tinggi hingga 33rd Degree Freemasonry.

Pada siri satu, dua dan tiga dalam artikel bersiri Membongkar Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar yang lalu, anda telah disajikan dengan 2 rahsia yang menjadi lambang pada lencana mereka. Namun, ianya tidak lengkap sekiranya anda tidak mengikuti artikel kali ini yang membawa anda meneroka susur galur mengenai 2 rahsia sulit ini. Kami dengan ini membawakan kepada anda Peti Harta Dari Rennes-le-Chateau. Selamat meneroka disebalik rahsia-rahsia yang tersembunyi disebalik lambang 2 kunci bersilang.

Perlu diingat, pengetahuan rahsia peringkat tinggi ini tidaklah diketahui oleh para Mason peringkat bawah kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membukakan rahsia atau istilah Masonnya 'Illumination' iaitu pencerahan secara sedikit demi sedikit selaras dengan kenaikan pangkat mereka dalam organisasi. Juga, rahsia sulit terbesar tidaklah diketahui oleh para pengikut Kristian bawahan atau kebanyakan tetapi hanya akan diketahui jika mereka mengkaji susur galur ajaran Kristian sehingga era Constatine hingga pemburuan jemaah Kristian awal (atau golongan Nasrani), era sebelum Paulus dan zaman Hawariyyun (The Apostles). Rahsia yang juga disimpan kemas dalam Ruang Rahsia Diraja Vatikan tanpa sesiapa pun dibenarkan memasukinya kecuali yang terpilih dari Dunia Kristian dan Para Elit 'The Wise Man'.

Rahsia yang merupakan sumber ketakutan kepada Vatikan turun-temurun.

Petunjuk Tersembunyi dan 'Peti Harta' Dari Rennes-le-Chateau

rennes le chateau tower of magdala

Golongan Kabbalah sememangnya tidak senang melihat ajaran-ajaran suci Jesus yang mengesakan Allah s.w.t dan menafikan segala kebohongan dan amalan sihir para rahib Kabbalah yang sesat lagi menyesatkan. Sudah tentu setiap saat mereka merancang penghapusan terhadap Jesus atau Isa a.s itu. Golongan Kabbalah inilah 'frontman' kepada rancangan-rancangan The Hidden Hand sejak zaman nabi Musa a.s (Moses) lagi.

Kemunculan seorang nabi dari kalangan mereka yang tiba-tiba membawa ajaran mengesakan Allah s.w.t sudah tentu akan menjejaskan periuk nasi dan pengaruh mereka di kalangan orang-orang Yahudi Bani Israel sendiri. Merekalah yang menghasut Pilatus, wakil kerajaan Rom di wilayah Palestin dan sekitarnya untuk menghukum Nabi Isa a.s. Anda boleh menonton filem 'The Passion' arahan Mel Gibson untuk membayangkan sikap para rabbi Yahudi yang berdegil mahu menghukum 'nabi Isa' walaupun Pilatus sudah bosan dan dia sendiri kalau boleh mahu melepaskan sahaja orang yang ditunjuk oleh rabbi Yahudi itu. Bandingkan dengan golongan Kabbalah di zaman Rasullullah s.a.w yang merancang pembunuhan nabi seperti kisah Bani Quraizah (salah satu suku kaum Yahudi di Tanah Arab). Mereka inilah golongan yang suka membunuh para nabi, kerana ajaran yang dibawa nabi-nabi menentang amalan penyembahan syaitan dan sihir mereka.

secret societies

Golongan Kabbalah ini adalah sinonim dengan kultus-kultus pagan dan sihir Eropah kerana para Kabbalis lah yang mengajar pengikut-pengikut pagan Eropah ini sistem sihir yang lebih 'advance' serta pengajian ilmu hitam Gematria yang menekankan penggunaan simbol-simbol tertentu sebagai kuasa menyeru alam kegelapan dan dunia mistik Iblis. Golongan Kabbalah ini pula menyusup masuk ke dalam organisasi Nasrani yang ketika itu dalam suasana kurang stabil hubungannya dengan Empayar Rom yang ketika itu sebahagian besarnya memegang dunia Eropah. Mereka menawarkan 'Kristian wajah baru' iaitu ajaran Kristian yang dihibridkan dengan kepercayaan pagan Rom.Dewa Matahari digantikan dengan imej Jesus sendiri. Maryam menggantikan Dewi Semiramis/Diana atau Isis. Kaum Unitarian yang menolak penuhanan Jesus dipulaukan, diburu, dicop menentang gereja, dibunuh, diseksa dan pelbagai lagi tindakan provokatif dilakukan ke atas mereka. Sejarah gereja penuh dengan pelbagai versi Mahkamah Inquisition.

Warisan pagan inilah yang kita dapat lihat di Vatikan sendiri. Gereja dan biara-biara penuh dengan imej pagan dan berhala Rom. Sehinggakan imej patung-patung lelaki yang bertelanjang bulat serta lukisan-lukisan separuh lucah pun ada di dalam gereja. Ini adalah seni kaum Pagan-Kabbalis yang mewakili kelompok Illumination yang menguasai gereja ketika itu. Rahsia ajaran suci Nabi Isa a.s dan pembohongan para Kabbalis dalam dunia Kristian telah tertutup kemas dengan begitu baik sekali selama berkurun-kurun. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, adakalanya terdapat titik-titik tertentu di dalam sejarah Kristian di mana orang-orang Kristian sendiri menemui keanehan atau 'anomalies' yang tidak dapat dijawab oleh paderi sendiri. Orang-orang Kristian yang menemui lompang dalam agama mereka terus-menerus mencari jawapan sehingga ada yang tersesat lagi jauh apabila menganut ajaran menyembah syaitan apabila sudah tidak percaya dengan 'kebenaran' Kristian.

Terdapat dua anekdot terkenal dalam sejarah konspirasi agama Kristian; The Knight Templar dan Rennes-le-Chateau. (kisah mengenai Knight Templar ini akan kita bincangkan pada artikel yang akan datang.)


Dua anekdot ini adalah berbeza tetapi mempunyai hubungkait yang jelas. Menyelesaikan misteri yang menyelubungi dua anekdot ini ibarat membuka Ruang Rahsia Diraja Vatikan. Mengetahui apa yang dijumpai oleh The Knight Templar dan Pastor Sauniere bagaikan mengetahui apa yang ditakuti oleh Vatikan selama ini.

Misteri Rennes-le-Chateau

rennes chateau map

Rennes-le-Chateau adalah sebuah desa di selatan Perancis. Terletak 1500 kaki di atas bukit dua desa berkembar Couiza dan Montazels, tempat ini merupakan kawasan penuh sejarah yang mempunyai hubungan dengan Celt, Rom, Visigoth, Merovingian, Cathars dan sudah pasti Knight Templar. Kedudukannya berdekatan Laut Mediterranean menjadikan ia sebagai 'Laluan Sutera' para pedagang, tentera, rahib-rahib dan pengembara. Ini menjadikan tempat ini penuh kesan-kesan sejarah. Kedudukannya yang berdekatan Mediterranean menyebabkan di sini berkembangnya ajaran-ajaran Kabbalah dari para petualang Yahudi yang berlayar dari pelabuhan-pelabuhan di Palestin seperti Jaffa dalam perjalanan mereka ke Eropah. LALUAN INI ADALAH LALUAN PARA GURU ORANG-ORANG EROPAH di mana dari para Kabbalis inilah orang-orang Eropah belajar tentang pentagram,kad-kad Tarot dan segitiga syaitan.

Desa ini menyimpan sejumlah rahsia besar, sejak para Knight Templar yang baru pulang dari Perang Salib telah tiba-tiba berubah sikap dan mengamalkan ajaran-ajaran sesat dan mereka bermastautin di sini. Mereka mengambil keputusan menetap di Rennes-le-Chateau kerana desa ini jauh dari pengaruh Vatikan atau Katolik dan di desa ini juga sebahagian besar penduduknya mengamalkan ajaran Kristian yang bercampur aduk dengan kepercayaan pagan dan sihir Kabbalah.

Apakah yang ditemui para Templar di Baitul Maqdis?

Mengapa mereka meninggalkan ajaran Kristian selepas Perang Salib lalu mengamalkan kepercayaan yang ditentang oleh dunia Katolik?

Mengapa mereka dibunuh dan diburu??

Persoalan ini tetap tersimpan beratus tahun sehinggalah kedatangan seorang pastor (pendeta/paderi Kristian) muda ke desa yang penuh misteri ini. Kehadirannya yang kelak akan meninggalkan petunjuk yang berguna untuk memimpin ke Dua Rahsia Sulit Terbesar yang telah dihuraikan dalam siri ketiga yang lalu.

Francois Bérenger Sauniére dan Harta Karun Templar
Francois Bérenger Sauniére dan Harta Karun Templar

Kisah tentang desa kecil dan misteri ini kembali terdedah dengan kedatangan Pastur Francois Bérenger Sauniére (1852-1917). Sauniere (33) berasal dari Desa Montazels, dekat Rennes le Château.

Pada tahun 1850, ayah Sauniere bekerja sebagai pengurus Marques de Castel Majou, sebuah kastil besar di hujung desa. Ibunya berasal dari keluarga terhormat. Dua bersaudara Afred dan Berenger, yang pintar dan bercita-cita tinggi, di sekolahkan ke Biara Carcassonne agar kelak menjadi pastor dan meneruskan tradisi kehormatan bagi keluarganya.

Setelah lulus, Berenger menjadi pastor di Desa Le Clat, yang berada agak jauh dari Montazels, namun masih berada di sekitar Rennes le Château. Tanah Desa Le Clat dimiliki oleh keluarga Hautpoul-Fellines. Setelah tiga tahun mengabdikan diri di Le Clat, Berenger dipindahkan oleh atasannya, Biskup Carcassonne, ke Rennes le Château.

Pada awal Jun 1885, Pastur Bérenger Sauniére datang di Rennes le Château dan tinggal di rumah keluarga Denarnaud. Anak Denarnaud, Marie Denarnaud dijadikan pembantu Sauniere. Kehidupan pastor itu amat sederhana. Pendapatannya hanya enam pound sterling setiap tahun ditambah dengan saguhati dari jemaah gerejanya. Pastor Berenger Sauniére bersahabat dengan Pastor Henri Boudet dari desa tetangga, Rennes-le-Bains.

Beberapa bulan kemudian Sauniére mendapat masalah besar ketika dalam salah satu acara yang dipimpinnya, Pastor muda itu menyampaikan suatu ajaran yang sangat anti-Republikan, padahal pada waktu itu pemilihan umum tengah berlangsung. Untuk sementara waktu Sauniére dibebaskan dari tugas di jabatannya. Ketika akhirnya dia dikembalikan kepada posisinya pada musim panas 1886, dia menerima hadiah sebesar 3. 000 franc dari Countess de Chambord, janda kepada seseorang yang menuntut dirinya sebagai raja Perancis, King Henry de Bourbon yang mengaku bergelar Henry V, yang merasa berhutang budi karena Sauniére membela kaum monarki (bangsawan/raja-raja). Pastor itu kemudian menggunakan wang tersebut untuk merenovasi gereja kecilnya yang sudah rosak di sana-sini. Pada saat inilah pastor itu menemui sejumlah manuskrip dari kulit (parchment) yang mengandungi kod rahsia.

Di bagian atas sebuah tiang dekat mimbar, dia menemukan sebuah laci rahsia yang menyimpan sebuah dokumen. Dokumen itu memimpinnya menemukan sebuah bekas besar yang sarat dengan syiling emas. Kononnya, syiling emas itu sangat cukup untuk membangun seluruh desa menjadi makmur.

Setelah itu, Sauniére kembali menemukan empat lembar manuskrip kulit dari sebuah tiang bercirikan Visigoth dekat altar yang pada awalnya hendak dipindahkan. Manuskrip-manuskrip tersebut amat sukar dibaca karena susunan huruf-hurufnya tidak teratur dan sekilas pandang tidak membawa apa-apa makna. Tapi pendeta muda tersebut seorang yang cukup kritis. Ia meyakini, walau apa pun itu, penemuannya itu pasti sesuatu yang sangat berharga, sehingga membuat orang-orang menyimpannya di sebuah tempat yang dirahsiakan.

Sejak awal, Sauniére mencurigai, naskah yang berisi tulisan yang rumit itu sebenarnya merupakan sebuah tulisan rahsia atau kod, yang harus dipecahkan dengan menggunakan kunci atau teknik tertentu, sebelum erti sesungguhnya diketahui. Jelas, di dalam batin Sauniére, ada sesuatu yang sangat berharga di sebalik kod-kod yang begitu rumit ini.

Sauniére tidak mampu memahami apa yang sesungguhnya dimaksudkan oleh naskah-naskah itu. Akhirnya pastor itu mengunjungi beberapa kenalannya, salah satunya Biskup Carcassonne, Felix-Arsène Billard, untuk diminta pendapatnya. Oleh Billard, Sauniére dinasihati agar menemui seorang ahli pemecah kod bernama Émile Hoffet, yang ketika itu merupakan seorang pemuda yang sedang belajar untuk jadi imam Kristian, namun memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai ajaran sesat dan dunia kelompok-kelompok rahsia.

Sekembalinya dari perjalanan mengunjungi beberapa kenalannya, kehidupan Sauniére yang pada awalnya sederhana berubah mendadak. Dalam waktu yang tidak lama pendeta itu diketahui sering bertindak aneh. Kadangkala menyusuri jalanan desa bersama pembantunya, terkadang pula mengurung diri di rumahnya, atau berjalan ke sana-kemari tiada arah tujuan. Selain merenovasi gereja, dia juga mampu membangun menara Magdala (Magdalena) yang mewah dan bahkan sebuah bangunan vila yang dinamakannya Vila Bethania lengkap dengan taman yang indah serta rumah kaca.

asmodeus

Tidak diketahui dari mana Sauniere mendapat inspirasi, gereja yang direnovasinya ternyata diubah dengan gaya bangunan dan senibina yang amat tidak lazim bahkan kelihatan mengerikan. Sebuah patung menyeramkan, Raja Iblis Asmodeus—Iblis penjaga harta karun rahsia Kuil Sulaiman dalam kepercayaan Kabbalah—didirikan di jalan masuk ke dalam gereja. Di bahagian pintu masuk gereja ditulis ayat-ayat: TERRIBILIS EST LOCUS ISTE (TEMPAT INI MENGERIKAN).

terribilis_RLC

Adakah penempatan patung Asmodeus ini oleh Sauniére dimaksudkan bahwa di dalam gereja tersebut terdapat sesuatu rahsia yang sungguh-sungguh penting dan berharga? Selain itu, Sauniére juga sering mengadakan perjamuan mewah kepada penduduk desa. Seluruh warga desa tersebut, besar kecil, seluruhnya sering dijamu oleh sang pendeta dalam acara jamuan yang mewah.

Bahkan sejumlah tetamu penting dari berbagai desa dan negeri juga sering datang mengunjungi pendeta itu. Sauniére telah hidup dalam gaya para raja. Pernah dalam beberapa malam, penduduk menangkap pastor muda itu bersama pembantunya tengah membongkar makam Marquise d’Hautpoul de Blanchefort. Dan ketika ditanya, maka jawapan yang diperoleh pun dikesan seakan menutupi sesuatu. Namun anehnya, Vatikan tidak mahu mengambil peduli tentang perubahan yang sangat menonjol itu. Entah mengapa Gereja seolah-olah menutup mata bahkan dikesan enggan untuk sekadar bertanya tentang penyebab perubahan itu. Takutkah Gereja pada Sauniére? Gerangan apakah yang ditemukan Sauniére di dalam rongga salah satu tiang Gereja Magdalena? Yang jelas, sesuatu itu telah menjadikannya kaya raya dan berkuasa. Pertanyaan-pertanyaan ini terus terkunci dan menjadi salah satu rahsia sejarah Gereja Vatikan yang paling gelap hingga kini.

Ketika Sauniére terus hidup dalam segala kekayaan dan pengaruhnya, tiba-tiba Biskup Carcassonne meninggal dunia. Seorang Biskup dilantik Vatikan menggantikan yang lama. Biskup baru ini merasa ada sesuatu yang janggal dengan kehidupan Sauniére. Dari mana pendeta bawahannya itu bisa bergaya hidup mewah dan mendapatkan harta kekayaan serta wang yang berlimpah, padahal wilayah kekuasaannya hanya di sebuah kampung kecil bernama Rennes-le-Château?

Biskup baru itu rupanya tidak mendapat arahan terlebih dahulu dari Gereja, sehingga ia dengan sangat biasa dan tanpa perasaan apa pun menulis surat kepada Sauniére agar dengan segera tampil untuk menjelaskan segala sumber harta kekayaan yang diperolehnya.

Tindakan Biskup Carcassonne yang baru itu amat menyinggung perasaan Sauniére. Dengan berani, Sauniére menentangnya. Biskup Carcassonne terkejut dengan keberanian Sauniere. Sang Biskup pun tidak mahu kehilangan kewibawaannya. Dia dengan kasar menuduh Sauniére telah melakukan jual-beli hal-hal yang bersifat rohani. Biskup pun mengadukannya ke mahkamah daerah untuk menghakimi orang bawahannya itu. Atas desakan biskup, mahkamah daerah kemudian mengambil keputusan untuk menahan Sauniére.

Dengan menahan marah, Sauniére mengadukan kejadian ini ke Vatikan. Setelah menerima surat pengaduan Sauniére, dengan cepat Vatikan segera membuat surat perintah yang ditujukan pada Biskup Carcassonne yang baru dan juga Mahkamah Daerah. Perintahnya hanya satu: Bebaskan Sauniére secepatnya dan bebaskan dia dari segala tuduhan serta pulihkan nama baiknya.

Dalam keadaan masih dilanda rasa hairan, Biskup Carcassonne kemudian segera membebaskan Sauniére dan tidak pernah lagi mengusiknya. Sejak itu Sauniére mampu hidup tenang dan meneruskan gaya hidup para rajanya yang mewah. Entah mengapa, setelah peristiwa itu Sauniére mengundurkan diri sebagai pastor desa. Gereja kemudian mengangkat Pastur Marty sebagai pastur baru di desa tersebut, namun warga desa tidak memperdulikannya.

Bersama warga desa dan Marie Denarnaud, Sauniére terus hidup dalam kemewahan. Selain Sauniére, Marie Denarnaud sering terlihat mengenakan model pakaian paling terkini dan mahal dari Paris. Sebab itulah Marie juga sering disebut sebagai “La Madonne”. Selama hidupnya, dari tahun 1896 hingga 1917, pastor muda tersebut diketahui telah membelanjakan wangnya tidak kurang dari 23 juta franc. Tiap bulan dia sekurangnya mengeluarkan 160. 000 franc.

Sauniére juga memiliki simpanan bank di Paris, Perpignan, Toulousse, dan Budapest. Belum cukup dengan itu, pastor ini juga malabur dalam jumlah yang besar di bursa, saham perusahaan, dan sekuriti, suatu tindakan yang tidak lazim dilakukan oleh seorang imam Katolik.

Kematian Sauniere dan Petunjuk Penting

Righted-BS-Tomb.jpg

Pada Rabu 17 Januari 1917, Sauniére yang telah berusia 65 tahun tiba-tiba diserang penyakit yang mirip dengan serangan jantung. Anehnya, lima hari sebelumnya, para penduduk desa mengatakan bahwa Sauniére nampak sangat sihat dan cergas untuk lelaki seusianya. Dan yang juga aneh, di tarikh 12 Januari itu, pembantu Sauniére, Marie Denarnaud, diketahui telah memesan sebuah keranda bagi majikannya.

Apakah Marie Denarnaud memiliki deria keenam yang mengatakan bahawa majikannya itu akan segera meninggal dunia? Atau Marie terlibat dalam suatu pakatan jahat yang entah siapa yang melancarkannya untuk menghabiskan riwayat Sauniére, disebabkan majikannya itu memegang sebuah rahsia yang membuat Vatikan gentar? Di pihak mana Marie Denarnaud?

Bukan itu saja, tarikh 17 Januari ini sebenarnya juga bukan tarikh yang biasa. Nisan makam Marquise d’Hautpoul de Blanchefort yang dibuat Sauniére ternyata juga bertarikh 17 Januari. Selain itu, hari perayaan pembangunan Gereja Saint Sulpice yang terkait dengan rahsia Da Vinci juga dilakukan tiap tarikh 17 Januari. Ini terlalu naïf jika dianggap hanya suatu kebetulan.

Setelah terserang penyakit jantung yang misteri, keadaan kesihatan Sauniére turun mendadak. Dia terus berbaring dan nazak. Seorang pastor desa yang berhampiran, pendeta dari Espéraza, dipanggil untuk mendengarkan pengakuan terakhirnya dan melaksanakan ritual peminyakan terakhir. Pendeta itu segera datang. Dia sendirian masuk ke bilik di mana Sauniére terbaring lemah.

Tidak lama kemudian, pendeta Espéraza tersebut keluar dari bilik. Badannya gementar. Mukanya pucat lesi. Kedua matanya kosong seakan melihat hantu. Menurut René Descadeillas,

“…sejak hari itu, pendeta tua tersebut tidak lagi menjadi orang yang sama; dia jelas-jelas telah mengalami suatu kejutan. Dan sampai akhir hayatnya dia tidak pernah terlihat tertawa lagi. ”

Pendeta itu juga menolak memberikan upacara terakhir menurut tradisi Katolik Rom untuk Sauniére. Pada Isnin, 22 Januari 1917, Sauniére meninggal dunia. Pendeta kaya raya itu tidak meninggalkan apa-apa selain misteri yang tetap dalam kegelapan.

Persoalan dan misteri penemuan Sauniere

Apakah sebenarnya yang ditemui oleh Sauniere?

Mengapa Vatikan takut malah menutup mulut dengan tindak-tanduk Sauniere?

Benarkah dia telah menemui harta karun yang banyak di dalam gereja tua itu?

DAN MENGAPA PENDETA DARI ESPERAZA PUCAT DAN GEMENTAR MENDENGAR PENGAKUAN SAUNIERE?

Mula-mula kita hendaklah mengkaji apakah manuskrip dari kulit yang ditemui oleh Sauniere. Pada umumnya para pengkaji Barat telah mendekodkan tulisan-tulisan rahsia pada manuskrip ini berdasarkan pengetahuan mereka dalam bahasa Latin dan Greek.

THE ’DAGOBERT’ PARCHMENT

The ’Dagobert’ Parchment

'Parchment' yang pertama setelah diselesaikan berbunyi seperti berikut:

A DAGOBERT II ROI ET A SION EST CE TRESOR ET IL EST LA MORT

diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris:

To Dagobert II, King, and to Sion is this treasure and he is there dead

Sesetengah berpendapat 'il est la mort' bermaksud 'it is death'. Ini berkemungkinan, walau bagaimanapun 'he is there dead' adalah lebih jelas bagi pembaca Perancis.

Dagobert II adalah merujuk kepada seorang raja dari dinasti Merovingian. 'Sion' pula mungkin merujuk kepada 'secret societies' Priory of Sion.

THE ’SHEPHERDESS’ PARCHMENT

The Shepherdess Parchment

Manuskrip kedua pula lebih dikenali sebagai The Shepherdess Parchment, di dalamnya mengandungi kata-kata seperti Rex Mundi (King of The World) yang selalu digunakan oleh golongan Cathars, satu golongan ajaran Gnostic yang dituduh sesat oleh Katolik, juga Ad Genesareth (To Genesareth) di mana Genesareth adalah nama lain bagi Laut Galilee. Setelah didekodkan oleh pakar bahasa, muncullah sebarisan ayat yang aneh,

BERGERE PAS DE TENTATION QUE POUSSIN TENIERS GARDENT LE CLEF PAX DCLXXXI PAR LE CROIX ET CE CHEVAL DE DIEU J’ACHEVE CE DAEMON DE GARDIEN A MIDI POMMES BLEUES

Dalam bahasa Inggeris:

Shepherdess no temptation. That Poussin [and] Teniers keep the key. Peace 681. By the cross and this horse of God. I finish off this guardian daemon at midday. Blue apples.

Pelbagai tafsiran Barat mengenai dua petunjuk ini.Sebelum itu mari kita lihat beberapa hipotesis para pengkaji tentang misteri penemuan Sauniere ini.

  • Dua 'parchment' itu sebenarnya tidak mengandungi makna apa-apa
  • Dua 'parchment' itu adalah hanyalah hasil karya seni untuk para peminatnya
  • Dua 'parchment' itu adalah yang asli dan ia mengandungi maklumat untuk para ahlinya sahaja
  • Dua 'parchment' itu sebenarnya direka-reka oleh Sauniere untuk menyembunyikan rahsia lebih besar
  • Dua 'parchment' itu sememangnya asli dan Sauniere juga telah menemui 'parchment' lain yang lebih mengggemparkan tetapi disembunyikan olehnya.
  • Dua 'parchment' itu sememangnya asli,tetapi cara tafsiran para pemecah kod adalah salah dan Sauniere tahu apa yang dimaksudkan oleh 'parchment' itu.

ok, pertama sekali anggaplah manuskrip ini adalah yang asli dan para pemecah kod telah melakukan tugas mereka sebaiknya. Kita lihat 'parchment' pertama.

To Dagobert II, King, and to Sion is this treasure and he is there dead

Ini mungkin pemberitahuan kepada raja Merovingian ini dan kepada Sion (Priory of Sion?) bahawa ini adalah 'harta' itu dan bahawa orang tertentu telah menemui ajalnya di suatu tempat.

Secara ringkas Priory of Sion adalah satu kelompok rahsia di mana dikatakan Leonardo Da Vinci, Jacques De Molay (Grand Master Knight Templar) dan Isaac Newton adalah Grand Master bagi kelompok rahsia ini. Priory of Sion mempunyai kaitan dengan Masonic Lodges yang lain seperti GLA (Swiss Grand Lodge Alpina) dan P2 (Italian Masonic Lodge). Masonic Lodge ini telah merekrut ahli-ahli mereka untuk Priory of Sion. P2, sebagai rangkaian Priory of Sion adalah satu organisasi yang lebih kepada mafia, mereka telah mengawal Italian Secret Police dan ada kaitan dengan CIA dan KGB. P2 disyaki sebagai suspek utama pembunuhan John Paul I dan melakukan percubaan membunuh John Paul II. Sampai di sini, anda dapat lihat rahsia dari petunjuk ini?

Sesiapa yang dapat melihat rahsia itu di sini, akan dapat melihat terus satu rahsia paling besar melibatkan sejarah beratus tahun agama Kristian dan siapa yang mengawalnya dan untuk apa mereka mengawalnya.

Kepada yang masih tercari-cari, tidak mengapa, mari kita teruskan memecahkan petunjuk ini.

Dagobert II pula adalah seorang raja Merovingian, di mana keturunan Merovingian adalah penyembah syaitan dan mereka mengamalkan sihir. Kerajaan merekalah yang memegang gelaran Holy Roman Empire.

Apakah kaitan Merovingian dengan Sion?

Priory of Sionlah yang mengangkat dan memastikan keturunan Merovingian menaiki takhta Perancis dan Empayar Roman Suci itu. Mereka adalah 'di sebalik tabir' bagi Merovingian dan segala fahaman mistik mereka. Dagobert II telah mati dibunuh atas arahan Mayor Pepin The Fat yang akhirnya memulakan Dinasti Carolingian bermula dari Charles Martel.

Mari kita lihat pula 'parchment' kedua yang dikenali sebagai The Shepherdess Parchment.

Shepherdess no temptation. That Poussin [and] Teniers keep the key. Peace 681. By the cross and this horse of God. I finish off this guardian daemon at midday. Blue apples.

Di sini kita dapat lihat perkataan 'shepherdess', 'no temptation', Poussin dan Teniers.

Umum mengetahui bahawa 'shepherdess' adalah merujuk kepada hasil karya Nicolas Poussin yang berjudul The Shepherds of Arcadia.

'No temptation' pula adalah hasil seni David Teniers iaitu The Temptation of St Anthony.

Kedua-dua lukisan ini anehnya menunjukkan sebuah kubur lama yang di selubungi misteri dan suasana sekitarnya merujuk kepada desa di selatan Perancis ini pada masa-masa lalu. Lokasi kubur lama ini pernah dicari oleh sekumpulan penyelidik berdasarkan suasana Rennes-le-Chateau pada zaman dahulu seperti yang digambarkan dalam kedua-dua lukisan, tetapi di lokasi tersebut didapati terdapat kesan-kesan binaan yang telah dimusnahkan.

David Teniers’s The Temptation of St Anthony  (after 1640)David Teniers’s The Temptation of St Anthony (ca. 1650s)
*David Teniers’s The Temptation of St Anthony

Nicolas Poussin’s The Shepherds of Arcadia
*Nicolas Poussin’s The Shepherds of Arcadia

'...keep the key' adalah petunjuk yang menarik. 'Key' adalah satu alat untuk membuka rahsia yang lebih besar dan ia disimpan oleh Poussin dan Teniers.

Cuba teka, dimanakah kunci itu disimpan?

Ya...sudah tentu di dalam lukisan-lukisan mereka.

'Peace 681', para pengkaji cenderung mengaitkannya dengan tarikh Sigebert IV iaitu anak kepada Dagobert II dibawa ke Rennes-le-Chateau.Ayat-ayat seterusnya mengatakan,

"demi salib ini dan kuda Tuhan (para pembela agama). Aku telah membunuh syaitan penjaga (Asmodeus?) ini pada tengah hari. Epal Biru"

Jika dicantumkan petunjuk pertama dan kedua serta sejarah raja-raja Merovingian dan kelompok rahsia, kita dapati Dagobert II telah dibunuh (he is there dead) dan 'harta' telah diserahkan kepada 'Sion' (to Sion, is this treasure).

Kedua-dua lukisan Poussin dan Teniers menunjukkan kuburan jadi mungkin harta itu telah ditanam atau disimpan bersama-sama kuburan Dagobert atau kuburan orang lain. Orang yang melakukan pembunuhan ada kaitan dengan pihak gereja (By the cross and this horse of God).

Waris Dagobert iaitu Sigabert IV telah dibawa ke desa misteri ini sama ada diselamatkan (peace) atau dibunuh (rest in peace).

Pembunuh tersebut nampaknya telah berjaya membunuh orang yang mereka buru itu (I finish off this guardian daemon at midday) pada waktu tengah hari.

'Blue Apples' mungkin tidak ada kaitan atau mungkin kata pengenalan diri atau kod komunikasi kelompok rahsia.

Kemungkinan juga 'Blue Apples' ini merujuk kepada buah khuldi yang dimakan oleh Nabi Adam a.s atas godaan Iblis. Jika pendapat ini diambil, ia adalah lambang yang dikaitkan kepada Iblis, atau lebih tepat lagi dalang kepada pembunuhan dan penyimpanan 'harta' atau rahsia ini merupakan satu kelompok rahsia yang ada kaitan dengan kultus penyembahan syaitan.

Sampai di sini anda nampak apa yang berlaku? Kita tambah lagi satu petunjuk,

Sebenarnya pada tahun 469, Gereja Roman Katolik telah membuat satu perjanjian dengan Clovis I, seorang raja berketurunan Franks dengan merestui Clovis I sebagai 'New Constatine' sebagai balasan penyertaannya ke dalam agama Kristian. Bermula dari sinilah Empayar Roman Suci (Holy Roman Empire) melebarkan sayapnya dengan didukung oleh Dinasti Merovingian. Tetapi pihak Gereja telah memungkiri janjinya dengan melantik Charlemagne, cucu kepada Charles Martel sebagai Emperor Roman Suci yang baru selepas beberapa siri pembunuhan dan konspirasi ke atas Dinasti Merovingian.

Sub topik: Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane (part #1)

Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane

Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane

Apakah yang ditemui Sauniere di Rennes-le-Chateau? Misteri di lembah persembunyian para Kabbalis dan penyembah syaitan ini dapat dijejak jauh hingga Perang Salib dan Kesatria Perang Salib yang terkenal itu, The Knight Templar.

Beratus tahun sebelum kedatangan Sauniere ke Rennes-le-Chateau, kira-kira 20 tahun selepas Perang Salib Pertama, sembilan kesatria iaitu Hugues de Payens, Geoffrey de St. Omer, Rossal, Gondamer, Geoffrey Bisol, Payen de Montdidier, Archambaud de St. Agnat, Andre de Montbard, dan the Hugh Conte de Champagne telah bersepakat menubuhkan satu aliran Tentera Salib baru, pada tahun 1118.

Sembilan kesatria ini telah mengadap Baldwin II, raja Baitul Maqdis ketika itu untuk meminta raja Kristian itu membenarkan mereka mengawal dan melindungi para penziarah Kristian dari seluruh Eropah yang datang untuk menziarahi Tanah Suci Baitul Maqdis (Jerusalem). Selepas itu dikatakan mereka terlibat di dalam banyak siri pertempuran dengan orang-orang Islam sehingga peperangan Salib terakhir di Pertempuran Hittin menyaksikan mereka mengalami kekalahan dan segera berundur. Kejatuhan kubu kuat terakhir Tentera Salib di Acre juga memburukkan keadaan memaksa mereka berundur ke Cyprus dan seterusnya ke Eropah.

Pada masa-masa berakhirnya Perang Salib dan tiada peperangan lagi merebut Tanah Suci, para Templar ini nampaknya bermaharajalela dengan kekayaan yang banyak, tidak diketahui dengan jelas dari mana mereka memperolehinya memandangkan mereka telah tewas di tangan orang-orang Islam, mereka telah menubuhkan sistem kapitalis atau perbankan, dan bergerak seperti satu militan yang boleh bertindak bebas dari undang-undang sivil mahupun undang-undang gereja.

Kemudian, pihak gereja Katolik telah mengeluarkan arahan untuk menghapuskan Knight Templar dan menghukum para ahlinya. Grand Masternya, Jacques de Molay dan orang-orangnya telah dibakar hidup-hidup sementara para Templar yang lain bertempiaran lari ke Scotland dan ada yang bersembunyi ke selatan Perancis.

Apakah misi mereka sebenarnya?
Mengapa pihak Gereja mengambil keputusan menghukum mereka setelah sekian lama membiarkan mereka berbuat sesuka hati?
Apakah yang mereka temui di Baitul Maqdis?

Untuk mengetahui mengapa para Templar dibunuh, kita hendaklah mengkaji apakah ketakutan para Biskup dan paderi Gereja Roman Katolik selama beratus-ratus tahun. Kita juga hendaklah mengkaji peranan 'secret societies' dan hubungan mereka dengan pihak gereja. Mengapa dahulunya para Templar yang hanya berjumlah sembilan orang, miskin dan kekurangan kuda berubah mendadak menjadi kaya raya, tidak seperti aliran Tentera Salib yang lain seperti Hospitallers (St. John) dan Teutonic.

Kita hendaklah membuka peti 'harta' yang dijumpai oleh Knight Tempar ini,yang digelar Tentera Miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman.

Rahsia Para Templar

Knight Templar seal

Sebelum itu mari kita lihat beberapa pendapat dari pelbagai kajian oleh cendekiawan Timur dan Barat tentang apa yang ditemui para Templar di Jerusalem

  • Para Templar telah menemui kitab sihir yang disembunyikan Nabi Sulaiman a.s hasil rampasan baginda ke atas golongan Bani Israel yang mengamalkan sihir.
  • Para Templar telah menemui ajaran-ajaran dan kitab Kabbalah.
  • Para Templar telah menemui True Cross,Holy Grail dan 'relics' yang lain lantas menyembunyikannya dari pengetahuan gereja.
  • Para Templar telah menemui bukti yang mengatakan Nabi Isa a.s telah berkahwin dan meninggalkan zuriat.
  • Para Templar telah menemui kuburan Nabi Isa a.s
  • Para Templar telah menemui kuburan Maria Magdalena,dan memindahkannya ke Eropah.
  • Para Templar telah menemui ajaran suci Islam lantas memeluknya.

Ada satu pendapat yang dikemukakan oleh beberapa cendekiawan Barat dan Islam tentang rahsia yang ditemui oleh Knight Templar.Pendapat ini jika dipadankan dengan sejarah gereja,'secret societies' dan Knight Templar itu sendiri akan menemui keserasian dan hampir menyelesaikan teka-teki penemuan Sauniere di Rennes-le-Chateau.

Pendapat mengatakan Knight Templar memeluk Islam adalah pendapat yang agak ekstrem, kerana jika Knight Templar kesemuanya memeluk Islam, pasti ada sumber sejarah, kalau pun sumber Kristian menafikannya, pasti ada sumber sejarah Islam mengesahkannya. Knight Templar adalah tentera Salib yang banyak membunuh orang awam Islam, Yahudi mahupun Kristian yang bersembunyi di gereja. Jadi tentera-tentera Islam banyak menghapuskan mereka dalam peperangan disebabkan sifat zalim mereka yang melampau. Walaupun di dalam peperangan besar seperti Hittin misalnya, Knight Templar ada ditawarkan untuk memeluk Islam, hanya sedikit sahaja yang menerimanya. Dan perlu diingat, ketika kekalahan Tentera Salib di Pertempuran Hittin, para Templar yang berkubu di sepanjang Syria dan Cyprus bertempiaran lari balik ke Eropah selepas mengetahui Tentera Salahuddin akan mengejar mereka.

Sebelum kita menyiasat rahsia para Templar, kita ikuti sejenak situasi peperangan terbesar dan terdasyat di antara Tentera Salib dan Tentera Islam (suasana peperangan inilah yang menginspirasikan situasi perang antara tentera Aragon dan Sauron dalam The Lord of The Rings) iaitu Pertempuran Hittin, di mana para Templar turut serta di dalamnya.


Perang Hittin 1187

perang Hittin 1187

Pertempuran Hittin atau Hattin yang meletus di sebuah tempat berdekatan Tiberias kini dalam wilayah Israel. Kawasan tersebut turut dikenali sebagai "Tanduk Hattin" kerana terdapat 2 buah bukit berdekatan tempat tersebut. Pertempuran antara tentera Islam dan angkatan Salib Eropah berlangsung di tempat pada hari Sabtu, 4 Julai 1187.

Angkatan Salib yang menguasai Baitul Maqdis bertindak menghalang kemaraan tentera Islam dinasti Ayyub di bawah Saladin (Sultan al-Nasir Salahuddin al-Ayubi). Tujuan tentera islam menyerang kerana kebiadaban angkatan Salib yang melanggari perjanjian gencatan senjata dan bertindak menyerang, merompak dan membunuh rombongan haji umat Islam yang menuju ke Makkah.

Latar belakang Perang Hittin

Guy Lusignan menaiki takhta sebagai pemerintah Kristian Baitul Maqdis pada tahun 1186 kerana beliau mengahwini Sibylla. Hal ini terjadi selepas kematian anak lelaki Sibylla yang bernama Baldwin V merupakan pewaris tetap kerajaan Kristian Baitul Maqdis. Sibylla berkahwin dengan suami pertamanya William dari Montferrat.

Pada masa itu kerajaan Kristian Baitul Maqdis dibahagikan antara “kumpulan mahkamah” yang dipimpin oleh Guy dan Sibylla serta pendatang baru dari kalangan negara Eropah lain seperti Raynald Chatillon, Gerard Ridefort dan Knights Templar. Kumpulan kedua pula dikenali sebagai “kumpulan pertuanan” yang diketuai oleh Raymond III dari Tripoli yang merupakan raja muda bagi pewaris Baldwin V. Kumpulannya telah bangkit menentang pewarisan Guy yang tidak diiktiraf oleh mereka.

Raymond III dari Tripoli yang melihat bahawa beliau adalah pewaris utama di kalangan bangsawan yang paling layak memegang takhta tersebut bergegas ke Baitul Maqdis untuk membuat bantahan kepada Guy dan Sibylla. Raymond III yang menentang arus melalui bahagian atas Lembah Sungai Jordan menuju ke Tiberias bagi menghalang Guy yang ingin mengepung Tiberias.

Kemaraan Guy tersebut dianggap satu pencerobohan dan situasi menjadi tegang hingga hampir mencetuskan peperangan terbuka di antara Raymond dan Guy. Guy yang hendak mengepung Tiberias secara sengaja sedangkan sebuah kubu pertahanan adalah di bawah penguasaan Raymond III melalui isterinya iaitu Eschiva, puteri Galilee. Namun perang tersebut berjaya dihalang melalui campur tangan oleh penyokong Raymond iaitu Balian dari Ibelin.

Sementara itu juga wilayah-wilayah Islam di sekitarnya pernah bersatu sepanjang tahun 1170-1180 oleh Saladin (Salahuddin Al-Ayubi). Saladin telah dilantik sebagai gabenor Mesir pada tahun 1169 dan tidak lama kemudian beliau dilantik sebagai Sultan. Pada tahun 1174, beliau berjaya menguasai kota Damsyik, kuasanya meluas ke kota Aleppo (Halab) pada tahun 1176 dan seterusnya ke kota Mosul pada tahun 1183.

Buat pertama kali, wilayah Kristian Baitul Maqdis sedang dikelilingi oleh wilayah Islam yang berjaya disatukan di bawah seorang pemerintah Islam. Angkatan Salib berjaya mengalahkan pasukan tentera Saladin dalam pertempuran Montgisard berdekatan Ramlah, Palestin pada tahun 1177. Pada awal tahun 1180-an kedua belah pihak menandatangani perjanjian damai. Namun perjanjian tersebut dikhianati oleh pasukan Kristian bawah pimpinan Raynald yang menyerang jemaah haji Muslimin dan beliau sendiri bertindak mengancam untuk menyerang Makkah dengan pasukannya.

Apabila Guy menjadi raja, Raymond membuat satu perdamaian berasingan dengan Saladin, dan pada 1187 beliau telah membenarkan Sultan menghantar askarnya di bahagian utara wilayahnya. Pada masa yang sama, satu pasukan diplomatik telah dihantar dari Baitul Maqdis ke Tripoli bagi membuat rundingan penyelesaian antara Raymond dan Guy. Pasukan diplomatik ini telah ditewaskan dalam pertempuran Cresson pada 1 Mei 1187, oleh satu pasukan kecil di bawah pimpinan al-Afdal iaitu anak Saladin. Raymond segera berdamai dengan Guy dan berusaha mengumpulkan keseluruhan tenteranya untuk berarak ke utara untuk bertemu dengan tentera Saladin.

Selepas keadaan kembali tenang, Raymond dan Guy bertemu di Acre (Akka) dengan gerombolan angkatan tentera Salib yang lebih besar. Menurut beberapa sumber dari Eropah ia mengandungi 1,200 orang kesatria dalam bilangan pasukan berkuda yang ringan dan berkemungkinan mengepalai lebih 10,000 askar pejalan kaki.

Bilangan itu tidak termasuk pasukan pemanah upahan daripada armada dagang Itali yang sering memberikan bantuan kepada angkatan perang Salib serta sejumlah besar askar upahan yang mencari wang termasuk etnik Turk Byzantin di bawah dana derma oleh Henry II dari England. Pasukan yang turut sama menyertainya adalah peninggalan pihak Salib yang dipimpin oleh Uskup Acre (Rahib Kristian Akka, Syria) yang berada di situ sebagai ganti kepada Patrik (Patriarch) Heraclius yang sedang sakit.

Salahuddin Al-Ayubi

Pada 2 Julai, Saladin yang cuba menjerat Guy telah menggerakkan tenteranya keluar dari Saffuriya (Sephoria) pada musim bunga dan secara peribadi mengetuai satu pengepungan kubu milik Raymond di Tiberias. Manakala angkatan tentera Islam utama masih kekal berada di Kafr Sabt. Angkatan Salib yang berada di barisan hadapan pasukan Tiberias cuba untuk 'membayar' Saladin agar mengundurkan pasukan tenteranya. Beliau enggan menerimanya dan menyatakan kepada mereka,

"Apabila sesebuah rakyat itu mulai menyedari bahawa mereka hanya mempunyai lawan yang satu. Sesiapa pun tidak boleh menjerat atau menipu mereka, malah mereka tidak akan cepat berpuas hati dengan penghormatan (pangkat) yang cuba diberikan. Jika itu berlaku, mereka akan takut terjadinya perang yang mungkin mengorbankan diri mereka dan mereka akan meminta sebahagian harta tersebut untuk diri mereka... tetapi hamba yang ikhlas berkhidmat pasti menghunuskan pedang bagi memisahkannya di antara mereka."

Kubu tersebut jatuh pada hari yang sama. Sebuah menara pertahanan Kristian berjaya dirobohkan dan apabila tenteranya bertempiaran lari, askar-askar Saladin menyerbu dan membunuh askar Kristian yang masih bertahan dan menawan sebahagian besar daripada mereka sebagai banduan. Isteri Raymond iaitu Eschiva yang masih bertahan telah dikepung di dalam kubu pertahanannya. Sewaktu mereka bersiap untuk menggempur kubu pertahanan terakhir itu, berita telah diterima oleh Saladin bahawa Guy sedang menggerakkan angkatannya tenteranya ke bahagian timur sebagai umpan.

Keputusan Guy untuk meninggalkan benteng pertahanannya sebagai satu usaha menyelamatkan dan mempertahankannya adalah satu hasil perbincangan para panglima perang Salib pada malam 2 Julai. Walaupun ada laporan yang telah diputuskan pada mesyuarat ini merupakan pandangan berat sebelah akibat persengketaan peribadi antara pemerintah angkatan Salib. Ini memperlihatkan bahawa Raymond sendiri terpaksa melaksanakan satu ekspedisi tentera yang digerakkan dari Acre ke Tiberias yang tidak sepatutnya dilakukannya di saat genting tersebut.

Namun taktik Saladin ini amat bertepatan dengan apa yang beliau mahukan. Manakala kota Sephoria adalah satu kedudukan yang begitu kukuh bagi pihak tentera Salib mempertahankannya dan amat sukar untuk dikalahkan oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Saladin.

Tambahan pula, Guy tidak sepatutnya bimbang tentang pertahanan kota Tiberias kerana Raymond menguasainya secara peribadi dan bersetuju untuk meninggalkannya demi keselamatan negerinya yang lebih luas. Sebagai respon untuk hujah ini, walaupun perdamaian sesama mereka berlangsung dalam situasi genting ini dan dilihat pihak kumpulan mahkamah yang diketuai Guy lebih dominan dalam arena politik saat itu, maka Raymond telah dianggap pengecut oleh Gerard dan Raynald.

Impak dari keputusan tersebut membuatkan Guy bertindak merancang serangan pantas terhadap pihak Saladin. Guy mengarahkan kepada pasukan tenteranya agar mara untuk menentang angkatan tentera Saladin di Tiberias. Apa yang telah dirancang oleh Saladin dengan begitu teliti telah menjadi. Saladin merancang agar pertempuran terbuka dengan pihak angkatan Salib adalah lebih mudah daripada mengalahkan mereka yang berada dalam kubu pertahanan yang kukuh.

Pertempuran

Angkatan Salib yang bergerak dari kubu kota Sephoria pada 3 Julai di bawah pimpinan Raymond yang berada di barisan paling hadapan bersama Guy, Balian, Raynald serta para panglima perang Salib. Pasukan besar itu sentiasa berada di bawah pantauan berterusan daripada askar peninjau berkuda Islam. Pada tengah hari pada hari itu, tentera Salib yang baru sampai ke sebuah kampung di Turan sejauh enam batu (10 km) daripada Sephoria. Di sini, menurut Saladin,

"Burung-burung helang dari infantri Salib dan helang pasukan berkuda mereka bakal mengepak-ngepak di sekeliling air (kerana kehausan)."

Tempat tersebut masih berada sejauh batu sembilan (14 km) dari kota Tiberias. Oleh itu, dengan hanya satu setengah hari perjalanan sebarang percubaan untuk meninggalkan sumber air ini pasti membawa kemusnahan bagi mencari objektif lain pada hari yang sama. Situasi genting begini bakal mengundang serangan tentera Saladin pada bila-bila masa sahaja.

Apabila Saladin tiba selepas mengambil alih sepenuhnya kota Tiberias dan selepas tentera Salib bersiap meninggalkan perkampungan Turan kedua belah pihak bertemu. Tentera Islam memulakan serangan mereka dengan bersungguh-sungguh. Saladin menghantar dua sayap tenteranya menggempur pasukan tentera Salib dan berjaya merampas perkampungan Turan dan mampu menyekat pengunduran angkatan Salib secara menyeluruh. Taktik ini akan memberikan Saladin kemenangan dalam pertempuran yang lebih besar.

Dalam pertempuran yang masih berlangsung berikutnya, barisan belakang angkatan Salib terpaksa berhenti oleh serangan bertali arus oleh tentera Saladin. Serangan beterusan itu mengakibatkan mereka terpaksa menghenti-hentikan pengundurannya hingga keseluruhan tentera Kristian berada di dataran tinggi. Mereka terpaksa bertahan dan membina kem sementara yang terkepung di dataran tersebut oleh tentera Islam. Mereka dalam keadaan tertekan kerana tidak mempunyai bekalan air ataupun sebarang harapan untuk menerima bekalan bantuan makanan atau ketenteraan.

Behe al-Din meringkaskan dalam catatannya mengenai keadaan tentera Salib yang semakin tertekan:

"Mereka seolah-olah berada dalam satu gelung, sambil tetap terus berkawat seolah-olah mereka menantikan kematian yang mereka boleh lihat sebelum kejadian itu berlaku ke atas diri mereka. Apa yang pasti bagi mereka ajal maut dan kemusnahan bakal menimpa diri mereka dan mereka sememangnya sedar bahawa hari berikutnya itu mereka pasti akan melawat terlebih dahulu di kuburan mereka."

Pada pagi 4 Julai, tentera Salib telah dikaburkan oleh asap-asap unggun bakaran oleh askar Saladin yang cuba menambah lagi kesengsaraan tentera Salib yang kelaparan dan kehausan. Dalam situasi kekalutan tersebut, pasukan berkuda Islam membuat serangan dengan memanah mereka dengan 400 muatan anak-anak panah yang telah disiapkan sepanjang malam tersebut. Gerard dan Raynald yang tidak keruan menasihatkan Guy untuk membentuk pasukan penyerang dan terus melakukan serangan balas sebagaimana yang dibuat oleh abang Guy iaitu Amalric II.

Raymond memimpin bahagian pertama bersama-sama dengan Raymond dari Antioch iaitu anak lelaki kepada Bohemund III dari Antioch. Manakala Balian dan Joscelin III dari Edessa membentuk barisan pertahanan di garisan belakang. Sedang persiapan telah diatur rapi, lima daripada kesatria Raymond III telah berpaling tadah kepada Saladin. Mereka memberitahu kepadanya bahawa pihak Kristian berada dalam keadaan ketakutan di khemah mereka menantikan serangan. Situasi penuh dahaga di bawah bahang panas mentari yang semakin terik, semakin mematahkan semangat pihak angkatan Salib.

Beberapa pasukan mula mengatur langkah dengan kelompok yang berpecah-pecah untuk mencari mata air di sekitar medan Hittin. Malangnya, pasukan yang kecil-kecil dan berpecah daripada pasukan besar dengan mudah diserang oleh tentera Saladin dan menghalang mereka membuka laluan dan membuat operasi pengunduran ke kawasan yang lebih selamat.

Keadaan semakin gawat ini telah memaksa Raymond melancarkan dua operasi besar sebagai satu percubaan untuk menerobos ruang untuk mendapatkan bekalan air di laut. Saat genting ini dia 'hampir' berjaya disekat dari pasukan tentera utamanya dan terpaksa berundur semula.

Langkah paling mudah bagi infantrinya ini adalah dengan bergerak ke kawasan 'tanduk' Hittin yang lebih tinggi. Guy terus mencuba dengan melemparkan khemah-khemahnya bagi menghalang pasukan berkuda Islam menghampiri pasukan mereka. Namun, infantrinya tanpa sebarang perlindungan tidak berjaya menghalang serangan pasukan berkuda Islam itu, ditambah dengan pasukan pemanah Islam yang terus menerus menyerang posisi mereka.

Tentera Salib berundur ke Tanduk Hittin

Kedudukan mereka yang kian terkepung walaupun telah mencuba beberapa operasi serangan balas pada kedudukan Saladin. Namun, mereka dapat juga dikalahkan pada akhirnya. Saksi dalam situasi ini dinyatakan oleh anak lelaki Saladin sendiri bernama al-Afdal. Kenyataan beliau telah dipetik oleh Ibn al-Athir:

"Apabila raja mereka (Guy) sampai ke bukit bersama pasukannya itu, mereka telah melancarkan satu serangan ganas kepada tentera Islam. Situasi ini memaksa mereka untuk bersama-sama berundur ke posisi ayahanda saya (Saladin). Saya melihat ke arahnya dan dia memusingkan wajahnya yang tidak keruan dalam keadaan pucat sambil memegang janggutnya.... Kemudian tentera Islam menyusun semula pasukan dan kembali membalas serangan kepada angkatan Salib yang bertahan di kawasan berbukit."

"Apabila saya melihat mereka berundur dan tentera Islam mengejar mereka, saya menjerit dalam kegembiraan: "Kita berjaya mengalahkan mereka." Tidak lama kemudian pihak tentera Salib sekali lagi membuat serangan balas sebagaimana mereka telah melakukannya sebelum ini. Pasukan tentera Islam kembali mundur hingga sampai ke barisan yang diduduki ayahanda saya. Kemudian pasukan Islam menyerang semula ke atas pasukan mereka dan memaksa mereka kembali ke kedudukan mereka di atas bukit. Saya menjerit sekali lagi: "Kita berjaya mengalahkan mereka." Ayahanda saya berpaling kepada saya seraya berkata: "Lebih baik diam! Kerana kita tidak akan dapat mengalahkan mereka sehingga khemah itu (Guy) tumbang." Sebaik sahaja Saladin bercakap sedemikian, khemah merah yang diduduki oleh Guy telah pun berjaya dirobohkan."

Kesemua pihak pemerintah Salib yang berada di situ berjaya ditangkap dan sebilangan lagi terbunuh dalam pertempuran tersebut. Apa yang jelas, daripada catatan sejarah melaporkan bahawa Guy, abangnya Amalric II, Raynald, William V Montferrat, Gerard de Ridefort, Humphrey IV Toron, Hugh Jabala, Plivain Botron, Hugh Gibelet, dan sebahagian lagi berjaya ditawan. Berkemungkinan hanya 3,000 orang tentera Kristian yang terselamat dalam pertempuran tersebut daripada 20,000 orang. Raynald dibunuh sendiri oleh Saladin kerana dengan biadab mengaku menyerang dan mengkhianati perjanjian yang dimeterai dengan pihak kerajaan Islam.

Pada hari Ahad bersamaan 5 Julai Saladin menuju ke arah Tiberias dalam enam batu (10 km) dari situ. Sewaktu di sana, Eschiva secara sukarela menyerah diri dan kubu pertahanannya. Beliau telah dilepaskan pergi ke Tripoli dengan semua ahli keluarganya, pengikut, dan hamba miliknya.

Pada Isnin bersamaan 6 Julai, dua hari selepas pertempuran itu pasukan Saladin berjaya menangkap Kesatria Templar dan Hospitaller. Mereka ditawarkan untuk memeluk Islam, menurut Imad al-Din, hanya segelintir sahaja yang menerimanya. Walaupun mereka yang menganutnya hanya segelintir namun mereka menjadi seorang Islam yang baik akhlaknya.

Knight Templar dan 'Secret Societies'

Templar Signsecret societies

Pendapat popular tentang Knight Templar ialah kaitan mereka dengan 'secret societies' seperti Freemason dan Priory of Sion. Priory of Sion mungkin nama komersil yang digunakan, tetapi sebenarnya ia membayangi satu lagi kelompok rahsia yang benar-benar wujud, iaitu Rosicrusian. Kaitan di antara para Templar dan Freemasonry amat menarik sehinggakan terdapat darjat dan lodge di dalam Freemasonry didedikasikan kepada nama Knight Templar.

Siapakah sebenarnya Knight Templar ini?
Apa hubungan mereka dengan Freemasonry?

Kata kunci kepada Knight Templar dan Freemasonry tidak boleh tidak adalah, KABBALAH.

Sebenarnya, Knight Templar adalah satu lagi 'secret societies' yang ditubuhkan untuk satu misi rahsia di Jerusalem (Baitul Maqdis). Mereka bukanlah baru belajar dan mengetahui tentang ajaran sesat Kabbalah selepas Perang Salib, tetapi merekalah para rahib Kabbalah dari kalangan orang-orang Eropah yang menyertai kultus penyembah Iblis. 'Kuil Sulaiman' yang dicantumkan ke dalam nama rasmi mereka Pauperes commilitones Christi Templique Salomonis, atau "Poor Fellow-Soldiers of Christ and the Temple of Solomon" adalah berkait rapat dengan organisasi kelompok rahsia mereka.

'Kuil Sulaiman' bukanlah identiti orang-orang Kristian jika hendak membincangkan Holy Land. Lebih meyakinkan jika mereka meletakkan nama seperti Church of the Holy Sepulchre atau Jesus's Tomb atau True Cross jika hendak mengaitkan destinasi bagi tujuan misi mereka. 'Kuil Sulaiman' adalah lebih dekat dengan orang-orang Yahudi, yang mengimpikan Solomon' Temple mereka dapat dibina kembali di atas runtuhannya yang beberapa kali dimusnahkan oleh raja-raja yang menjajah mereka seperti Nebuchadnezzar dari Kerajaan Babilon dan Titus dari Kerajaan Rom.'Kuil Sulaiman' adalah salah satu lambang dalam Freemasonry, dan memang tujuan mereka untuk merampas Holy Land bagi melaksanakan agenda tersembunyi mereka. Tetapi ada satu misi terahsia Knight Templar dan misi ini bercampur baur antara kehendak gereja dan kelompok rahsia yang berusaha untuk mengawal gereja. Untuk memilih 'kunci' yang tepat bagi membuka peti harta Knight Templar ini, kita juga mestilah mengkaji sejarah gereja dan apa yang menakutkan mereka selama ini.

Gereja Roman Katolik adalah sebuah institusi Kristian yang mempercayai prinsip-prinsip Kristian yang termaktub secara rasmi setelah Persidangan Nicea. Sebenarnya di dalam dunia Kristian, terdapat beberapa lagi institusi selain Katolik seperti Gereja Ortodoks, Gereja Protestan, Gereja Mormon, Gereja Timur dan Gereja Koptik Mesir.

Paderi ortodoks rusia
Gereja Ortodoks Rusia

Tetapi Gereja Roman Katolik adalah aliran yang dominan dan majoriti dalam dunia Kristian.Gereja Roman Katolik umumnya terkenal dengan kepercayaan Trinitinya iaitu mempercayai Nabi Isa a.s adalah sebati dengan Tuhan dan beliau juga adalah salah satu dari tiga entiti 'Tuhan' (Triniti) selain Tuhan Bapa dan Roh Kudus. Ini adalah kepercayaan pokok dalam Kristian aliran Katolik. Sejak beratus tahun Paus dan para Biskup mempertahankan kepercayaan ini dengan melancarkan pelbagai 'Perang Salib' seperti Perang Salib Albigensian (1208-1229), oleh Paus Innocent III, Pengepungan Cathar di Montsegur 1243 dan lain-lain termasuk Perang Salib yang 'teragung' menentang orang-orang Islam.

Persoalannya adakah kepercayaan Triniti sebenarnya adalah ajaran Nabi Isa a.s atau satu ajaran lain yang diada-adakan?

Ini adalah satu misteri yang kadangkala tidak dapat dijawab oleh paderi sendiri. Kerapkali jawapan yang diberi, ia tertulis dalam Bible.

Adakah benar-benar ia wahyu datang dari Tuhan?
Adakah Bible benar-benar menuliskannya begitu sejak dari era Jesus dan para sahabatnya?
Adakah Bible (Bible yang dipakai oleh Gereja Katolik sekarang) itu sendiri adalah Bible yang asal, yang ada di tangan Nabi Isa a.s dan para Hawariyyun?

SEBENARNYA TERDAPAT BANYAK LAGI BIBLE YANG LAIN, seperti Didache, Barnabas, Thomas dan Mathias (sekadar menyebutkan beberapa nama). Bible yang lain ini dianggap palsu, menyimpang, tidak asli atau dongeng. Mereka menggolongkannya ke dalam istilah seperti Gnostik atau Apocrypha. Bible yang diiktiraf ialah empat Bible yang ditulis oleh Matthew, Mark, Luke, John; yang digelar Canonical Bible atau Injil Kanonik. Sebenarnya Bible yang empat itu bukanlah yang asli, malah ia adalah tulisan kompilasi oleh penulis-penulis Injil itu sendiri. Bible yang dijadikan rujukan Bible yang empat itu asalnya bertulisankan Greek dan bukannya Aramaik (iaitu bahasa Nabi Isa dan para sahabatnya).

Dimanakah kitab-kitab Injil yang berbahasa Aramaik itu pergi? Setidak-tidaknya berbahasa Yahudi (Hebrew/Ibrani)?

PADA UMUMNYA TIDAK ADA PADA HARI INI. Bible ditulis dalam banyak bahasa dan penafsiran yang pelbagai. Tidak ada satu pun Bible yang tertulis seperti mana asalnya di tangan Nabi Isa a.s atau para sahabatnya itu sendiri.

Tidak seperti AlQuran, AlQuran pada hari ini adalah AlQuran 1400 tahun dahulu, tidak berubah ayat atau makna sedikit pun.Kita perlu belajar sejarah Bible,untuk menghidu ketakutan para paderi Katolik seterusnya mencari kunci yang sesuai untuk membuka peti harta karun Knight Templar.

Pada sambungan artikel yang akan datang, kita akan lihat pula mengenai sejarah bible, sama-sama kita saksikan.

No comments:

Post a Comment