Friday, July 29, 2011

Seruan Perang (Battle Cry)



Terjemahan Bahasa Inggeris dari Wikipedia, Ensiklopedia Bebas

1 Seruan Perang atau adakalanya dipanggil juga Laungan Tempur adalah satu teriakan diambil dalam pertempuran, biasanya oleh ahli unit tentera yang sama. seruan Perang tidak selalunya dilakukan, walaupun sering bertujuan untuk memanggil sentimen patriotik atau agama. Tujuan mereka adalah membangkitkan semangat serta esprit de corps (semangat kerjasama) di pihak sendiri. seruan Perang ini secara idealnya adalah utk melebih-lebihkan potensi agresif pasukan sendiri ke satu titik di mana musuh lebih memilih untuk mengelakkan berkonfrontasi sama sekali dan memilih untuk melarikan diri.

2. Dalam rangka untuk melebih-lebihkan potensi seseorang untuk menyerang, seruan/teriakan/laungan ini perlu sekeras mungkin, dan dari pengalaman sejarah, ia sering diperkuatkan dengan bantuan peranti akustik seperti tanduk, gendang, bagpipe, bugles dan lain lain (lihat juga muzik bela diri). Seruan Perang boleh dikatakan erat dengan pola-pola perilaku agresif manusia yang lain, seperti tarian-tarian perang yang mengejek, dilakukan semasa tahap "pemanasan" sebelum memuncak kepada kekerasan fizikal.

3. Dari Abad Pertengahan, banyak laungan telah muncul pada standard yang diterima pakai sebagai motto, contohnya: "Dieu et mon droit" ("Tuhan dan di kanan saya"). Laungan ini dikatakan bertujuan mengumpulkan tentera Raja Edward III di Pertempuran Crécy.

4. Perkataan "slogan" seawalnya berasal dari perkataan Scot Gaelik "sluagh-gairm" atau "sluagh-ghairm" ("sluagh" = orang atau tentera dan "gairm" = panggilan atau proklamasi) bertujan utk Seruan Mengumpul (Gathering Cry). Dan di kala perang, ia diguna sebagai Seruan Perang. Kata Scot Gaelik ini dipinjam ke dalam bahasa Inggeris sebagai Slughorn "slogum", sluggorne, dan akhirnya menjadi slogan.

SEJARAH

5. Seruan Perang dalam epik Homer: di Iliad, Diomedes. Secara konvensionalnya disebut Seruan Perang Keras Diomedes (Diomedes of loud War Cry). Bangsa Hellene dan Akkadian sama-sama mengucapkan laungan onomatopia (bunyi ejokan) "Alala" dalam pertempuran, laungan ini tidak jauh dari bunyi "Haleluya" (Burkert 1992:39-40). Pasukan Athens kuno, semasa Perang Medic dan Perang Peloponnesia, direkodkan pergi ke medan tempur berteriak "Alala", yang seharusnya untuk meniru teriakan burung hantu, burung mereka atau mascot. Pelindung Dewi Athens.

a. Pasukan Republik Rom akan meyebut berkali-kali semasa mereka berbaris untuk menggerunkan musuh, sedangkan pasukan Empayar Rom akan duduk diam, menunggu waktu akhir untuk berteriak Seruan Perang mereka.

b. Dalam penjelasan Bible ada menyebut kisah Pertempuran Jericho dengan Seruan Perang orang Israel, ia diperkuatkan dengan tanduk-panggilan yang membolehkan mereka meruntuhkan benteng kota yg terkepung

c. Plutarch melaporkan bahawa bangsa Ambrones pada Pertempuran Aquae Sextiae berteriakan nama suku mereka sendiri, Ambrones!

d. Di akhir pemeritahan Empayar Rom dan Byzantine, laungan "Nobiscum Deus" digunakan (Bahasa Latin, "Tuhan bersama kita"), sebagai seruan perang mereka.

ZAMAN PERTENGAHAN

6. "Allahu Akbar" (takbir) yang bermaksud "Allah Maha Besar" dalam bahasa Arab - selalu digunakan oleh pasukan muslim atau yang biasa digunakan oleh askar Muslim seperti Cheemas (bangsa yg duduk di Siberia dan kazakhstan) dalam pertempuran mereka, dan masih kedengaran hingga ke hari ini oleh tentera di seluruh dunia Muslim, Adakala disebut "Yaa Dhiskiaon", satu bunyi onomatopia yg merujuk pada belerang (gunpowder).

7. "Parvati Pateyah Har Har Mahadev" dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud "Kemenangan kepada Tuhan Agung (Siva), The Lord of Parvati". Ini adalah teriakan perang umum untuk kaum India di abad pertengahan melawan penceroboh asing. Ia juga digunakan oleh Maratha Hindu selama mereka berperang melawan Moghuls Muslim.

8. Penakluk Hungary mengunakan teriakan "Huj, Huj, Hajra!!" yang bermaksud "Faster! Faster!" selama serangan mereka.

9. Pada Pertempuran Hastings, Wace mencatitkan bahawa Housecarls dari tentera Saxon berteriak "Olicrosse!" dan "Godamite!" ("Salib Suci" dan "Tuhan Yang Maha Kuasa", selang-seli), sedangkan fyrd melaungkan "Ut Ut! Ut!" ("Keluar! Keluar!"). Bangsa Norman pula melaungkan "Aie Dex!" (bahasa Norman lama = Tuhan membantu kita!). Kali terakhir digunakan oleh pasokan Royal Guernsey Light Infantry semasa Perang Dunia I.

10. Tentera Salib Kristian menggunakan laungan "Caelum denique!" (Latin, "Syurga akhirnya!"). Tentera Salib dibawah kawalan agama pula mengunakan "Deus vult" (Bahasa Latin, "Tuhan menghendaki itu").

11. Di Sepanyol, selama era Reconquista (718-1492 M) dan penaklukan benua Amerika, mereka menjerit-jerit "Santiago y cierra, España" ("Santo Yakobus dan menyerang, Sepanyol") atau hanya "Santiago", mereka mencari perlindungan dari santo mereka St james,. santo pelindung untuk Sepanyol.

12. Para kesatria Perancis pada abad pertengahan melaungkan "Montjoie, St Denis!", Menyeru nama Santo Denis selaku pelindung Perancis.

13. Pasukan Portugis, selepas abad ke-14, melaungkan "Portugal e São Jorge (Portugal dan Saint George)!, menyeru santo pelindung Portugal. Sebelum itu, mereka melaungkan "Santiago!" sama seperti kaum Iberia yg lain.

14. Para kesatria Anglo-Gascon dari Abad Pertengahan melaungkan "Guyenne Saint George!" selama perkelahian mereka melawan Perancis.

15. "HRR na ne!" (Czech, "Pada mereka!") Digunakan oleh askar Hussite semasa Perang Hussite. Pasokan Infantri Czech yang moden sering menggunakan "Hura!" semasa menyerang dan ia sama seperti laungan askar Rusia.

16. Bangsa Almogavar melaungkan "ferro Desperta!", Yang diterjemahkan sebagai "Bangkitkan Besi!". Seperti yang dijelaskan oleh Ramon Muntaner, mereka meneriakkan ini diwaktu fajar sebelum pertempuran dikala mereka menghentakkan pedang pada batu yang terdekat untuk menghilangkan karat dari besi. Dalam cahaya redup, banyak percikan api terhasil dan ini sebagai tindakan menakut-nakutkan musuh yang sedang mengawasi/memerhatikan mereka. Sekarang, adat ini digunakan oleh pasukan Para Sepanyol.

17. Para Kesatria Catalan (Aragon) dan Almughavar akan berteriak "Arago!" dan "Sant Jordi!", ("Aragon Saint George!!), Saint George adalah santo pelindung dari Aragon dan Catalonia. mengikut catitan sejarahwan abad pertengahan Ramon Muntaner, Bernat Desclot dan lain-lain Catalonia.

Moden

1500-1914

18. Masyarakat pelbagai berbahasa Gaelic memiliki tradisi yang panjang perihal kegunaan Seruan Perang. Salah satu yang digunakan oleh orang-orang Ireland adalah "Fág an bealach!" (Kadang-kadang disebut "Faugh a ballaugh!"), bahasa Ireland untuk "Bersihkan Jalan!". Moto keluarga Irish O'Neill menggunakan "An lámh dhearg abú", dalam bahasa Inggeris "Tangan Merah" - simbol Heraldik dari O'Neill dan Ulster - diikuti oleh "Abú", yang merupakan teriakan perang kemungkinan berkaitan dengan 'kemenangan' buaidh . laungan lain seperti "Tiocfaidh ar la" ada digunakan, terutama oleh Tentera Republik Ireland, yang diterjemahkan menjadi "Hari Kami Akan Datang" sebagai gerakan keinginan Ireland Utara untuk memisahkan diri dari United Kingdom dan bergabung dengan Republik Ireland. Hal ini telah menjadi slogan rasmi dari gerakan Republik Ireland dan kadang-kadang berteriak sebagai "Beidh linn la ar", atau "Kami Akan Dapat Hari Kami!"

19. Beberapa laungan tempur marga (Clan) Scotland di samping slogan dan moto mereka, atau Seruan Berkumpul:

a. Marga Cameron: "Chlanna nan con thigibh a so's gheibh sibh feoil" ("Wahai anak-anak dari anjing, datang ke sini dan dapatkan daging")

b. Marga Ogilvy "A Fin" ("Sehingga Akhir")

c. Marga Mackintosh: "Loch Moigh"

d. Marga MacIntyre: "Cruachan" (sebuah gunung, Ben Cruachan)

e. Marga Urquhart: "Serang dan maju"

f. Marga Munro: "Caisteal Folais'n a theine" ("Castle Foulis in flames")("Castle Foulis dalam api")

g. Marga Forbes: "Lonach" (sebuah gunung di Strathdon)


20. "На Нож!" diucapkan "Na Nozh!", diterjemahkan "Pasang Pisau!" adalah Seruan Perang Bulgaria yang berasal dari gerakan menyerang dengan bayonette. Amat popular di kalangan tentera Bulgaria sejak Perang Balkan, masih digunakan ke saat ini.

21. Para askar Perancis (Abad 17-18, Ketika Montjoie Saint-Denis tidak lagi digunakan) menggunakan "Pour le Roi et pour la France!" (Untuk Raja dan untuk Perancis).

22. Askar Perancis di bawah kekuasaan Napoleon, terutama pasukan kavaleri, melaungkan "Vive l'empereur!" (Hidup Maharaja!) semasa mereka menyerang.

23. Di Sweden, semasa Perang Besar Nordic, bangsa Caroleans, akan menyanyikan "Med hjälp Guds Vilja vi strida" (Dengan bantuan Tuhan, kita ingin berperang) sebelum pergi ke medan tempur. Pada bahagian akhir abad ke-18, pasokan infantri Sweden akan mengeluarkan perintah "För Fäderneslandet, Gå på! - Hurra!" (For the fatherland, move onwards - Hurrah!"). bermaksud: Untuk Tanah air, terus gerak kedepan. Hurra!

24. Selama Perang Besar Nordic, pasukan kavaleri Finland dalam perkhidmatan Sweden, yang dikenali sebagai Hakkapeliittas, berteriak "Hakkaa päälle!" "Cut Them Down" atau "Hack On" bermaksud: Potong Mereka! atau Pancung Mereka!. Seruan perang ini sama digunakan oleh tentera Finland dalam Perang Dunia 2.

25. Tentera Turki Uthmaniyyah menggunakan teriakan "Allah Allah!! Allah!" semasa ia menyerang musuh.

26. "Tierra y ¡Libertad!" (Sepanyol, "Tanah dan Kebebasan") dibuat popular oleh revolusiner Mexico, Emiliano Zapata.

27. Selama Pertempuran San Jacinto, para relawan Texas bergegas ke pertarungan dgn melaung. "Remember The Alamo, remember Goliad!"

28. Kaum asli Sioux Lakota amat dikenali dgn laungan "Hoka Hey!" ("Hari ini adalah hari yang baik untuk mati!"). Ungkapan ini bertahan hingga ke hari ini, digunakan oleh beberapa tentera Amerika keturunan asli Amerika.

29. Di Mexico, Grito de Dolores dan / atau Grito Mexicano dikaitkan dengan Hari Kemerdekaan Mexico dan juga muzik tradisional seperti mariachi.

30. Jeneral Agung Filipina, Emilio Aguinaldo pernah berkata kepada pasukannya "Sugod, nada kapatid", secara harfiah bererti, "Serang, saudara-saudaraku".

Sekarang/Kontemporari

31. Banyak negara menggunakan seruan perang atau seruan pengesahan yang memiliki bunyi mirip dengan "Hoo-rah" walaupun penjelasan boleh berubah-ubah.

32. Tentera laut Argentina melaungkan perkataan kedengaran seperti "Ua Ua! Ua!"

33. Komando Portugis Angkatan Darat secara tradisional menggunakan seruan perang yg unik "Mama Sumae!" dan bererti "Disini kita berada, bersedia untuk pengorbanan"

34. Selama Perang Dunia II, 1st Group of Fighter Aviation Tentera Udara Brazil menggunakan seruan perang yg keras "Senta a Pua!" bererti "Mengalahkan banyak, dengan kekuatan" tetapi juga "melakukan sesuatu dengan kedudukan, tekad dan tenaga."

35. Rejimen Paracut Inggeris secara tradisional menggunakan seruan perang yg unik "Wahoo Muhammad!" ketika akan berperang. Penggunaannya berasal dari Perang Dunia II, 1942-1943 ketika anggota dari Divisyen Pertama Lintas Udara digunakan untuk pertempuran konvensional untuk pertama kalinya di Tunisia semasa kempen Afrika Utara.

36. Askar Gurkha secara sejarahnya menggunakan "Jai Mahakali, Ayo Gorkhali", yang bermaksud "Kemenangan untuk Dewi Mahakali, para Gurkha akan datang." Ia masih digunakan oleh rejimen-rejimen Gurkha dalam tentera Nepal, India dan British.

37. Seruan perang Finland "Hakkaa päälle!" membawa maksud lebih kurang "potong mereka!" atau "Hack on!", yang memberikan nama jolokan, Hakkapeliitta untuk kavaleri Finland dalam Perang Tiga Puluh Tahun. Kadang-kadang versi panjang digunakan, "Hakkaa päälle Pohjan poika!", "Potong habis mereka, wahai anak-anak dari Utara!". Salah satu seruan perang Finland semasa Perang Dunia II yang dipopularkan oleh novel "The Unknown Soldier" adalah "Tulta munille!" yang bermaksud lebih kurang "Kebakaran di telur mereka" (Fire at their balls!).

38. Teriakan perang Angkatan Kolonial Perancis khususnya paratrooper adalah "Pour la colo!" (Harfiah, "untuk Colo", colo bermaksud "coloniale". Colo adalah gelaran untuk pasukan penjajah).

39. Seruan perang Tentera Darat Yunani (Greek) adalah "Aera!", iaitu "(Sapu mereka seperti) angin." Semasa Perang Dunia II, ia juga mengambil arti dari sebuah singkatan, di mana setiap huruf melambangkan sebuah negara Sekutu (AERA -> A = Inggeris (Anglia), E = Yunani (Ellada), R = Russia (Rossia), A = Amerika Syarikat ( Ameriki))

40. Tentera India menggunakan seruan "Jai Hind" dalam Hindi bermaksud "Pemerintahan/ Kemenangan untuk India" dan juga "Vande Mataram" dan "Bharat Mata ki Jai". Beberapa rejimen menggunakan seruan perang individu mereka sendiri.

a. "Mahadev Har Har!" (merujuk kepada Dewa Siva) digunakan oleh bangsa Maratha yang membentuk Empayar Maratha. Hal ini masih digunakan oleh Rejimen Maratha Tentera Darat India.

b. Tentera Sikh/Punjabi secara bersejarah menggunakan "Jo Bole Jadi Nihal, Sat Sri Akal", yang bermaksud "Siapa yang menyeru Tuhan itu benar, dia di berkati". Ini masih digunakan oleh askar Tentera Darat Sikh India, Sikh Light Infantry dan rejimen Punjab.

41. Bangsa Indonesia Peta gerila atau tentera pernah atau mungkin berteriak: "Mati!" ("Die!") atau "Ganyang Melayu" "Crush Malaysia" (digunakan selama Konfrontasi). "Ganyang bombai" "Crush India (merujuk pada tentera India yang digunakan oleh Inggeris untuk merebut kembali Indonesia untuk Belanda) "Ganyang Cina" "Crush China"! "Ganyang Belanda / Amerika Syarikat / Londo" "Crush Belanda / Inggeris /" Whitey "selama 1945-1949 iaitu Perang Kemerdekaan melawan Australia, Inggeris dan Belanda. "Banzai" juga digunakan oleh Gyugeikan dan pasukan Peta Indonesia pro-Jepun yang hancur Australia di Papua New Guinea.

42. Pengganas OPM di Papua Barat akan membuat suara kokol (whooping) sebelum menyerang suku saingan, polis, penduduk kampung saingan atau anggota tentera.

43. Seruan perang moden Israel, Bahasa Ibrani "Kadima!", Diterjemahkan secara harfiah ke dalam bahasa Inggeris sebagai "Maju!". Dua seruan perang Israel yang lain ialah "Akharai!", Yang diterjemahkan sebagai "Selepas Saya!," dan "Iti!", Yang diterjemahkan sebagai "Bersama Saya" dan ia berkaitan dengan Briged Givati.

44. Seruan perang Regio Esercito (Itali) adalah "Avanti Savoia", diwarisi dari Tentera Sardinia. Beberapa brigade dan unit lain masih menggunakan seruan perang individu mereka sendiri seperti:.

a. "Forza Paris" ("Forza insieme") digunakan oleh Briged Sassari. «Avanti Sardegna» ​​juga seruan umum semasa Perang Dunia I.
b. "Tridentina Avanti", semasa Perang Dunia II, teriakan pertempuran Divisyen 2 Alpine Tridentina dan setelah di Alpine Brigade Tridentina.

c. "A noi" ("Dengan kami")semasa Perang Dunia II, teriakan perang dari blackshirts.

45. Di Jepun semasa Perang Dunia II, seruan perang juruterbang kamikaze adalah "Banzai!" (Berarti "Sepuluh ribu tahun"). (Banyak orang salah faham "Tora, Tora, Tora!" (Jepun, "Harimau, Harimau, Harimau!") Sebagai teriakan perang. Tapi ini adalah isi dari isyarat radio yang menunjukkan bahawa serangan Pearl Harbor telah berjaya lengkap dalam menangkap musuh yang leka.)

46. Tentera Russia dikatakan meggunakan seruan perang yang secara tradisional ialah "Ourrah!" / "Ura!" ('Ура', diucapkan "oo-RAH," setara dengan "Hore!"). Lain seruan perang yang digunakan oleh tentera Soviet semasa Perang Dunia Kedua, adalah "Za Za Rodinu Stalina!!", Yang bermaksud "Untuk Tanah Air. Untuk Stalin!!" dan "Tidak ada tanah di belakang Sungai Volga!" selama Pertempuran Stalingrad. Sebelum tentera revolusi berteriak "Untuk kepercayaan, Tsar dan tanah air". Tentera Rusia dijangka telah memulakan penggunaan seruan hura Ura /-Oo Oorah /

47. Tentera Bulgaria juga menggunakan "Ura" sebagai teriakan perang, seperti halnya Serbia (yang menyebabkan kebingungan semasa Perang Balkan Kedua dan Perang Dunia I).

48. Pegawai Tentera Serbia dalam beberapa kejadian sehingga WW2 akan menyeru "mnom Za za junaci Kralja i Otadzbinu Zivela Srbija!" yang bermaksud "Ikutlah Aku, Wira, Untuk Raja dan Tanah Air, Hidup Serbia!" yang akan didahului serangan, dan askar akan membalas "Juris" yang bererti "Serang!" atau "Ura!".

49. Tentera Pakistan, selain "Allahu Akbar", juga menggunakan "Pakistan Zindabad", yang bermaksud dalam bahasa Urdu, "Hidup Pakistan". Beberapa rejimen menggunakan seruan perang individu mereka sendiri seperti Tentera Perbatasan Pakistan menggunakan seruan "Labbaik" (Bahasa Arab / Parsi "kita di sini" / "kita menjawab panggilan").

50. Marin AS juga berteriak "Oo-rah" - walaupun terbitan yang berbeza -

51. U. S. Army berteriak "Hooah!"

52. Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan "Hoo-YAH!" untuk motivasi dalam latihan.

53. 101 Air Assault Division AS menggunakan "Geronimo!" sebagai seruan perang sejak penubuhannya sebagai 101 Infantry Division semasa Perang Dunia Pertama, Semasa penerjunan D-Day unit ini menggunakan seruan perang sementara "Bill Lee!" untuk menghormati Jeneral William C. Lee, yang tidak mampu untuk memimpin divisyen ni selepas di serang sakit jantung.

54. Tentera Jerman semasa WW2 menggunakan seruan perang "Sieg Heil", yang secara harfiah bererti "Ya Kejayaan" (Hail Victory), seruan perang ini talah digunakan sebelum WW2 oleh Tentera Imperial Jerman namun di bawah era Nazi itu menjadi jauh lebih menonjol. Sekarang, ianye diharamkan untuk awam menyebutnya di Jerman.

55. Legion Asing Sepanyol (Spanish Foreign Legion) (Legion Española) menggunakan "Viva la Muerte" (Hidup Kematian) (Long Live Death) sejak pembentukannya pada tahun 1920. Teriakan ini dibuat oleh pemerintah pertama Legion, Leftenan Kolonel Millan Astray...

No comments:

Post a Comment