Sunday, July 31, 2011

Bangsa-bangsa Barbarian yang difitnah oleh Rom!

Artikel ini diambil daripada blog penulis, www.takusahrisau.com. Penulis ingin mengumpul kembali sejumlah artikel yang dihasilkan di blog tersebut untuk dikumpulkan kesemuanya di SINI. Dianggarkan lebih kurang 100 artikel panjang dan pendek telah di hasilkan di www.takusahrisau.com.

Adakah bangsa yang digelar Barbarian itu adalah ganas dan tidak bertamadun?

Bangsa Eropah paling popular di dunia adalah bangsa Rom. Rom adalah sebuah wilayah yang berada di negara Itali. Jika dulu, Rom adalah sebuah empayar yang merentasi Asia dan Eropah Timur. Jika dibandingkan dengan sempadan negara Itali yang ada sekarang, ia bergitu kecil berbanding empayar Rom yang besar dan kaya-raya.

Rom pernah bersengketa dengan beberapa empayar seperti Empayar Parsi, Mesir dan bangsa-bangsa yang mereka gelarkan sebagai bangsa gasar atau Barbarian. Jika dibaca buku sejarah, musuh utama Rom adalah Parsi dan Mesir. Antara perang besar melibatkan Rom dan kedua-dua empayar tersebut adalah Battle of Nile pada Februari 47BC antara Rom dan Mesir, Battle of Singara pada 344AD antara Rom dan Parsi, Battle of Edessa pada 260 antara Rom dan Parsi dan banyak lagi.

Namun, fakta itu tidak benar sama sekali. Musuh utama Rom adalah bangsa-bangsa yang Rom gelarkan Barbarian. Bahkan kejatuhan Rom pada abad ke-5 banyak disebabkan oleh peperangan dengan ‘bangsa Barbarian’. Apa yang dimaksudkan dengan Barbarian?

Pengertian Barbarian

Barbarian adalah perkataan yang dipinjam daripada Yunani atau Greek yang bermaksud ‘bukan daripada kalangan orang Greek’. Namun, masa berganti masa, bulan berganti bulan dan bergitu juga dengan istilah ini apabila istilah Barbarian akhirnya sinonim dengan bangsa yang tidak bertamadun dan tidak beragama.

Bagi orang Greek atau Yunani, mereka menganggap bangsa lain adalah mundur dan tidak bertamadun sedangkan perkara yang sebenarnya tidak sebergitu kerana bangsa-bangsa lain mempunyai tamadun mereka yang tersendiri.

Lihat sahaja tamadun yang dibina di Petra, Mesir dan Parsi yang sezaman dengan mereka. Mereka bukan sahaja bertamadun tetapi jauh lebih hebat daripada mereka. Malah, ahli sejarah mereka,Herodotus juga kagum dengan kerajaan Mesir yang berjaya membina Piramid yang seketul batunya sahaja setinggi manusia dewasa.

Tetapi, mengapa mereka sering melabelkan bangsa-bangsa selain mereka(Rom dan Yunani) adalah bangsa mundur?Fakta ini turut diperakui bulat-bulat oleh kebanyakkan buku-buku sejarah termasuklah buku teks sejarah yang diajar di Malaysia?mengapa perkara sebergini terjadi?

Melalui kajian penulis, terdapat satu faktor UTAMA yang menyebabkan perkara sebergini berlaku.

Faktor Keagamaan?

Perlu diketahui bahawa sekitar awal abad ke-2, agama Kristian telah giat disebarkan oleh mubaliqh-mubaliqh mereka ke serata dunia terutama ke rantau Eropah. Agama Kristian seringkali dikaburkan dengan dakwaan bahawa empayar Rom adalah empayar yang pertama memeluk agama Kristian. Dakwa mereka lagi, Constatine the Great adalah maharaja pertama di Eropah yang memeluk kristian pada 314M. Namun, ia langsung tidak benar.

Agama Kristian sebenarnya mula dianuti oleh bangsa-bangsa yang bangsa Rom gelarkan ‘barbarian’. Antara bangsa yang dikatakan ‘barbarian’ itu adalah Goth, Vandals, Alans, Thervingi dan Langobard.

Ulfila yang berjasa

Bangsa yang pertama memeluk Kristian adalah Bangsa Goth. Ketika itu, seorang paderi Kristian yang paling berjasa tetapi tidak pernah dikenang, Ulfila telah berusaha berdakwah di tengah-tengah kaum Goth yang terkenal garang dan sering berperang. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk membuahkan hasil apabila bangsa Goth telah beramai-ramai memeluk Kristian aliran Arianisme pada awal kurun ke-4. Ulfila sendiri adalah pendakwah Kristian yang juga berbangsa Goth di sebelah ibunya. Oleh itu, beliau memahami watak sebenar bangsa tersebut. Bahasa Goth juga Ulfila fasih bertutur. Ia memudahkan beliau berdakwah dengan mereka.

Penyebar ajaran Kristian Arianisme, Ulfila. Anak kepada Constantine,maharaja Rom pertama memeluk Kristian Katholik iaitu Constantine II juga penganut Arianisme yang taat.

Beliau adalah watak utama Kristian aliran Arianisme di Eropah pada awal abad ke-4. Ulfila bukanlah seorang yang dilahirkan menganut Arianisme tetapi beliau hanya memeluknya sekitar usia awal 20-an setelah tertarik dengan ajaran Paderi Arius yang mengesakan Tuhan dan menolak sebarang ajaran berasaskan Paganisme. Ajaran Arius jika terus dikaji, ia adalah mirip dengan ajaran agama Islam. Ramai cendiakiawan Kristian sendiri menyatakan Arianisme adalah akar umbi kepada ajaran Islam yang terdapat pada hari ini. Dengan kata lain, Arianisme adalah ajaran asal daripada Nabi Isa as yang menepis semua mazhab lain termasuklah Katholik yang dominan pada masakini.

Penulis rasakan ramai pembaca di luar sana belum arif mengenai bangsa-bangsa yang difitnah sebagai tidak bertamadun ini. Fakta-fakta yang kita perolehi hari ini bukan semua adalah benar. Jika diperhalusi betul-betul, bangsa yang dikatakan tidak bertamadun itu sebenarnya lebih berstruktur terutama daripada segi agama dan sosial-jauh meninggalkan bangsa Rom yang menyembah berhala.

Di bawah adalah sejarah ringkas bangsa-bangsa yang difitnah sebagai Barbarian tersebut. Adakah mereka sebenarnya adalah Barbarian? Tepuk dada tanya selera.

1. Goth

Bangsa Goth adalah bangsa yang berasal daripada Jerman Timur. Namun, menurut Jordanes dalam bukunya, Getica, Bangsa Goth berasal daripada Gotaland(kini berada di Selatan Sweden) dan bermigrasi sehingga ke Vistula(kini berada di selatan Poland).

Bangsa Goth bercambah kepada dua suku kaum iaitu Thervingi dan Greuthungi pada kurun ke-3 dan ke-4. Mereka menjadi musuh utama empayar Rom dengan memulakan Gothic War daripada 375 sehingga 382. Kemudian, pada kurun ke-5, bangsa Goth telah berasimilasi dan membentuk dua suku kaum Goth yang kuat iaitu Ostrogoth dan Vasigoth. Kedua-dua suku kaum ini menganut agama Kristian aliran Arianisme di bawah seorang mubaliqh mazhab Arianisme yang bernama Ulfila.

Raja mereka yang paling mashyur adalah Theodoric the Great. Theodoric yang berfahaman Arianisme itu telah membuka lembaran baru dalam tolenrasi beragama apabila membenarkan agama Katholik berkembang seiring dengan perkembangan agama Kristian aliran Arianisme yang lebih dominan pada ketika itu. Semasa pemerintah Theodoric the Great, empayar Goth merentasi semenanjung Iberia ke kawasan rantau Balkan. Bangsa Goth mencapai tahap kegemilangan tertinggi di bawah pemerintah Theodoric the Great sehingga ia menjadi lagenda kepada kaumnya.

Empayar Theodoric the Great. Theodoric jika diperhalusi kisahnya boleh disamakan dengan kisah Zulkarnain di dalam al-Quran.

Kini, Bangsa Goth boleh dikatakan telah pupus selepas berlakunya asimilasi dengan pelbagai kaum lain. Bahasa mereka iaitu Gothic language juga telah lama dilupakan sehingga huruf-huruf Gothic juga sukar untuk difahami. Agama yang menjadi pegangan mereka iaitu Kristian aliran Arianisme telah lama terhapus setelah raja mereka yang berpengkalan di Semenanjung Iberia iaitu Reccared I telah memeluk Kristian aliran Katholik pada 589M. Raja Goth aliran Kristian Arian yang terakhir adalah Liuvigild yang memerintah di Pyrenees.

Bangsa Goth adalah bangsa yang sering berperang dan ditakuti oleh bangsa-bangsa lain terutama bangsa Rom.

2. Vandal

Sepertimana bangsa Goth, Vandal juga berasal daripada Jerman Timur. Mereka berhijrah sehingga membentuk wilayah mereka sendiri di Afrika Utara. Vandals adalah antara musuh ketat kerajaan Rom sekitar kurun ke-4 dan ke-5 masihi. Pada 455M, Vandals telah mengalahkan Rom dan memusnahkan segala bangunan dan harta benda di seluruh bandar Rom bagi membalas kekejaman Rom ke atas tanah air mereka sebelum itu. Istilah Vandalisme yang digunapakai pada hari ini merujuk kepada perilaku ‘ganas’ bangsa Vandals yang menguasai Rom pada abad ke-5 tersebut.

Semasa pemerintahan Theodoric the Great yang mengetuai bangsa Goth menerajui empayar Rom yang dikalahkannya, Vandals adalah rakan pakatan yang kuat dengan bangsa Goth bersama-sama bangsa Burgandians dan Franks(Bangsa Perancis pada hari ini).

Bangsa Vandals adalah penganut ajaran Arianisme yang sangat taat. Namun, tidak seperti raja-raja Goth yang bertolak-ansur dengan fahaman Katholik dan agama Yahudi, raja-raja Vandals kecuali Hilderic adalah raja yang tegas dalam menjalankan aturan-aturan ajaran Arianisme. Segala bentuk ajaran Triniti terutama Katholik dan Donatrian dihapuskan, bishop-bishop diusir keluar daripada wilayah mereka dan mereka berusaha keras memastikan Arianisme sebagai agama tunggal di wilayah kekuasaan mereka. Bangsa Vandals adalah bangsa yang memerintah wilayah di Afrika Utara.

Hasil arkeologi telah membuktikan bahawa bangsa Vandals pernah memerintah di sini setelah penemuan mumia berambut perang berketinggian melebihi 6 kaki dan pelbagai barang kemas mewah yang diperbuat daripada emas tulen.

3. Alans

Tidak banyak diketahui mengenai bangsa yang dikenali sebagai Alans ini. Namun, sumber yang kukuh menyatakan bahawa Alans berasal daripada dataran Steppe Parsi(Iran) yang bermigrasi sehingga ke tanah Scythia pada kurun ke-4. Bangsa ini berkomunikasi menggunakan bahasa Parsi yang asli.

Bangsa Alans pernah diceritakan oleh ahli sejarah, Josephus pada awal abad pertama. Josephus mengelar Bangsa Alans sebagai suku kaum Scythia yang menetap di Don(Tanais) dan Sea of Azov.

Penulis berbangsa Rom, Ammianus Marcellinus yang hidup pada abad ke-4 ada menyatakan bahawa Bangsa Alans berasal daripada leluhur Massagetae. Massagetae adalah suku kaum yang berasal daripada Parsi yang hidup berpindah-randah dan tidak bertamadaun. Menurut Herodotus pula, Bangsa Massagetae meminum darah kuda semasa melakukan upacara penyembahan kepada tuhan matahari. Tambah Herodotus lagi, kaum lelaki bangsa Massagetae hanya berkahwin dengan seorang wanita sahaja. Walaubagaimanapun, teori-teori yang dikemukakan oleh Herodotus dan Marcellinus masih lagi dikaji dan diperhalusi.

Bangsa Alans telah berkembang pada awal abad ke-7 apabila mereka berjaya membentuk wilayah mereka sendiri di Caucusus setelah mereka diperangi oleh Bangsa Hun. Bangsa Hun ketika itu tidak senang dengan kehadiran Bangsa Alans di wilayah Scytia. Bangsa Alans terus berkembang dan menjadi bangsa yang kaya-raya hasil daripada ufti daripada pedagang-pedagang yang melalui Laluan Sutera(Silk Road) menerusi Darial Pass. Pusat pemerintahan Alans berada di Maghas. Pada kurun ke-11, Bangsa Mongol dan Tartar telah menceroboh wilayah mereka sehingga memusnahkan kekayaan mereka dalam sekelip mata.

Kemusnahan yang dilakukan oleh Mongol dan Tartar telah meranapkan ekonomi bangsa Alans. Selepas kekalahan tersebut, bangsa Alans telah berasimilasi sehingga membentuk bangsa Ossetians yang kini bermuastautin di Geogia dan selatan Rusia. Mereka telah membentuk sebuah negara republik yang diberi nama Republic of North Ossetia-Alania. Istilah Alania yang merujuk kepada leluhur asal mereka iaitu Alans hanya ditambah pada November 1994 bagi mengenang jasa nenek-moyang mereka yang berjuang membentuk sebuah negara-bangsa dahulu.

Republic of North Ossetia-Alania

Alans dikatakan menganut ajaran Katholik pada awal abad ke-8 setelah menganut ajaran Arian pada awalnya. Mereka telah menganut ajaran Katholik melalui mubaliqh-mubaliqh daripada Rom Byzantine yang mana merupakan rakan pakatan bangsa Alans. Pada kurun ke-17, Islam mula tersebar di wilayah mereka yang ketika Alans telah berasimilasi dengan membentuk bangsa Ossetia. Pada hari ini, Islam merupakan agama kedua dominan di kalangan mereka selepas agama Kristian Katholik.

4. Carthage

Carthage adalah bandar yang berada di Teluk Tunisia pada hari ini. Carthage didiami oleh bangsa pelaut terkenal iaitu bangsa Phoenicia. Bangsa Phoenicia diriwayatkan berasal daripada Timur Tengah iaitu di Lebanon dan Syria pada hari ini. Bangsa Phoenicia terkenal sebagai bangsa yang menyembah berhala Baal sehingga Allah swt menurunkan seorang Nabi dan Rasul-Nya di sini untuk membetulkan akidah mereka. Nabi dan Rasul yang dimaksudkan adalah Nabi Ilyas as dan Nabi Ilyasa as.

123. Dan sesungguhnya Ilyas benar-benar termasuk salah seorang rasul-rasul.

124. (ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu tidak bertakwa?

125. Patutkah kamu menyembah Baal dan kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta,

126. (iaitu) Allah Tuhanmu dan Tuhan bapak-bapakmu yang terdahulu?”

127. Maka mereka mendustakannya, karena itu mereka akan diseret (ke neraka),

128. kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa).

129. Dan Kami abadikan untuk Ilyas (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian.

130. (yaitu): “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ilyas?”

Pada waktu itu, Bangsa Phoenicia adalah bangsa yang bertamadun dan memiliki bangunan yang tersangat indah. Kesan tinggalan tamadun bangsa Phoenicia masih boleh dilihat di Heliopolis di Lebanon.

Runtuhan tamadun Phoenicia di Heliopolis, Lebanon.

Berbalik kepada bangsa Carthage, bangsa Phoenicia dikatakan telah bermigrasi ke utara Afrika iaitu di Tunisia. Bangas yang berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Punic ini telah membentuk wilayah dan kuasa ketenteraan yang bergitu kuat sehingga mampu mencabar kekuatan ketenteraan Rom.

Antara peperangan yang masih diingati pada hari ini adalah siri peperangan Punic iaitu Punic War I, Punic War II dan Punic War III. Peperangan ini berlaku apabila bangsa Carthage telah melancarkan peluasan kuasa ke wilayah Rom di Itali.

Pada Battle of Cannae, bangsa Carthage yang diketuai oleh panglima dan pemimpin terkenal mereka, Hanibal Barca telah berjaya menumpaskan kuasa ketenteraan Rom dengan inovasi strategi yang bergitu cemerlang. Battle of Cannae berlaku semasa Punic War II yang berlaku daripada 218BC sehingga 201BC. Diriwayatkan oleh ahli sejarah terdahulu seperti Josephus, Pliny the Younger dan sebagainya, Hanibal Barca telah menceroboh Itali dengan merentasi Banjaran Alps yang bercerakah pada musim sejuk dengan menggunakan tentera bergajah. Keberanian yang dilakukan oleh panglima Hannibal bergitu mengagumkan sehingga beliau dinobatkan antara panglima paling berjaya dalam lipatan sejarah.

Kejayaan pada Punic War II telah menyebabkan bangsa Rom menanggung malu kerana mereka menganggap bahawa bangsa Carthage adalah bangsa gasar dan barbarian yang tidak bertamadun. Pemikiran yang kolot bangsa Rom terhadap bangsa-bangsa selain mereka mengundang padah apabila tentera mereka dibinasa dengan teruk oleh tentera bergajah pimpinan Hannibal.

Walaubagaimanapun, pada Punic War III, bangsa Rom telah dipimpin oleh seorang panglima Rom yang masih muda iaitu Scipio Africanus telah berjaya memusnahkan bandar-bandar Carthage di Afrika Utara. Punic War III berlaku pada 146BC. Bangsa Carthage pada waktu itu dipimpin oleh adik bongsu Hannibal iaitu Hasdrubal the Boeotarch. Bandar-bandar Carthage dimusnah dengan teruk oleh tentera-tentera Rom, wanita-wanita bangsa Carthage dirogol dan dibunuh manakala 50,000 orang bangsa Carthage telah dibawa ke Rom untuk dijadikan hamba abdi termasuk kanak-kanak. Menurut satu sumber, bandar Carthage telah disimbah dengan garam kerana menurut kepercayaan mereka, penyimbahan garam akan menyebabkan bandar tersebut akan disumpah dan seterusnya tidak akan boleh didiami. Tradisi penyimbahan garam kerap kali dilakukan oleh mana-mana bangsa yang berjaya memusnahkan bangsa yang lain seperti bangsa Hittite, Assyria, dan bangsa Israel.

5. Langobard

Langobard atau Lombards adalah bangsa yang juga berasal daripada Jerman. Namun, bangsa ini sebenarnya berasal daripada jauh ke utara Eropah tetapi bermigrasi sehingga ke Lembah Danube. Bangsa Lombards adalah bangsa yang bertanggungjawab mengasaskan Kingdom of Itali sehingga tahun 774 apabila dirampas oleh bangsa Frank. Sehingga hari ini, wilayah di Itali yang dikenali sebagai Lombardy adalah leluhur daripada wilayah yang diasaskan oleh bangsa Lombards. Ibu negara Itali iaitu Milan berada di wilayah Lombardy.

Empayar Lombards berbanding dengan empayar Byzantine di Itali.

Bahasa mereka iaitu Lombardic Language telah lama pupus seiring dengan kekalahan dan penghapusan etnik oleh bangsa-bangsa lain terutama bangsa Franks. Bangsa Langobard mempunyai ciri-ciri mereka yang tersendiri seperti lelaki mempunyai janggut yang panjang, pemakaian yang tersendiri dan budaya serta agama yang khusus. Istilah Langobard sendiri adalah merujuk kepada janggut mereka yang panjang iaitu ‘Long-beard’.

Agama bangsa Lombards adalah Arian. Kecuali bangsa Rom, bangsa Goth, Vandals, Trivingi dan bangsa Lombards adalah penganut Kristian Arian yang taat. Malah, peperangan antara Rom dan bangsa-bangsa ini banyak disebabkan oleh peluasan pengaruh fahaman agama masing-masing.

Raja mereka yang paling berpengaruh adalah Albion yang mana telah mengasaskan Kingdom of Italy pada 566M. Albion adalah penganut Arian yang bergitu taat miskipun ramai juga di kalangan rakyatnya yang masih menganut agama Pagan. Walaubagaimanapun, pada 572M, Albion telah dibunuh oleh isteri beliau sendiri dalam satu komplot rampasan kuasa. Pada 774M, bangsa Lombard telah dihapuskan sepenuhnya oleh bangsa Franks yang diketuai oleh Charlemagne. Charlemagne telah menukarkan Kingdom of Itali kepada Papal State di mana pusat keagamaan Kristian Katholik berada di wilayah yang dulunya dikuasai bangsa Lombards. Tanggal 774M menunjukkan ‘jalan keluar’ kepada bangsa Lombards untuk terus bertahan sebagai sebuah bangsa.

Penutup

Itulah sedikit sejarah mengenai bangsa yang dulunya digelar Barbarian. Adakah pembaca masih menganggap mereka ini Barbarian? Menurut telahan penulis, istilah Barbarian hanyalah fitnah yang digembar-gemburkan oleh penulis-penulis berbangsa Rom terhadap musuh mereka. Tiada satu pun, teori yang dikemukakan oleh mereka disahkan oleh bukti-bukti arkeologi.

Malahan, kebanyakkan bangsa yang digelar Barbarian menganut agama yang benar(Arian adalah agama Kristian yang sebenar sebelum muncul agama Islam-Boleh klik SINI untuk lebih lanjut mengenai Kristian aliran Arianisme). Mereka juga mempunyai tamadun yang hebat dan kuasa ketenteraan yang setanding dengan Rom. Jadi, apakah penanda aras sebenar bangsa yang digelar Barbarian?bak kata Nabil, lu fikir lah sendiri..

Penulis tidak pernah menolak sebarang fakta bahawa terdapatnya bangsa-bangsa yang tidak bertamadun atau dengan erti kata lainnya digelar bangsa gasar. Dalam al-Quran sendiri pernah menyatakan bahawa Yakjuk Makjuk yang tidak memahami komunikasi dan bersifat ganas dan perosak. Namun, fakta yang dikemukakan oleh penulis di atas adalah bagi ‘membela’ bangsa-bangsa yang pernah difitnah oleh bangsa Rom dan Yunani dek kerana mereka menganut fahaman dan ideologi yang berlainan daripada mereka. Bangsa yang kini telah pupus seperti Goth, Vandals dan Lombards adalah bangsa yang mempunyai tamadun tersendiri dan mereka juga menyembah pada tuhan yang Maha Esa- Bangsa Rom yang kononnya bertamadun pula terkial-kial menyebarkan ajaran Triniti yang memeningkan kepala.!

No comments:

Post a Comment