Sunday, July 17, 2011

Plan Agung Iblis-Dajal dari Kacamata Seorang Luciferian Illuminist

Sejak si Iblis Laknatullah dan Dajjal Laknatullah memeterai perjanjian bersama untuk memerangi umat manusia khasnya umat Islam, mereka telah berkerjasama dan berusaha dengan keras untuk mencapai matlamat mereka sesuai dengan peranan Iblis iaitu syaitan dari kalangan jin dan Dajjal, syaitan dari kalangan manusia (surah An-Nas)

Dajjal telah menubuhkan pelbagai pergerakan rahsia (Secret Society) di merata pelusuk dunia. Contoh yang paling terkenal adalah Illuminati dan Freemasonry. Kesemuanya ini adalah rancangan besar mereka beratus-ratus tahun untuk menjahanamkan umat manusia khasnya umat Islam yang paling dibenci mereka.

Pelbagai penulis, cendekiawan dan pemikir dari kalangan dunia Barat mahupun Islam itu sendiri, membicarakan masalah ini. Kali ini kami ingin mengajak pembaca menelusuri plan besar Iblis/Dajjal ini melalui pandangan dan pemerhatian seorang pengikut Dajjal itu sendiri.

sama-sama kita renung-renungkan…

Doc Marquis, di dalam bukunya, “Secrets of the Illuminati“, telah melukiskan “Great Seal of the New World Order” (Logo TataBaru Dunia) ,menggambarkan pelbagai pengaruh dan organisasi yang secara aktifnya terlibat dalam apa yang dipanggil “New World Order” atau TataBaru Dunia. Logo ini bukanlah secara rasminya, walaupun begitu merupakan gambaran Marquis berkenaan sesuatu yang bersifat ghaib dan misteri dalam sistem baru ini.

Bermula dari atas:

*The All-Seeing Eye, terletak di atas logo, mewakili kuasa melihat semua aktiviti yang dimiliki oleh Iblis, digambarkan selalu dengan lambang mata juga dikenali sebagai sebagai Eye of Horus (Mata Horus). Horus adalah salah satu Dewa orang Mesir Purba.

*Perkataan “I” menggambarkan sikap keangkuhan, sikap takbur atau KEAKUAN yang tinggi yang mendakwa memiliki kebijaksanaan di mana mereka bekerja bagi pihak Iblis untuk mencapai sistem ini.

*”Witch” adalah yang teramat penting, kerana New World Order hanya tercapai di atas asas-asas kesihiran, diamalkan dalam banyak bentuk-bentuk yang berbeza dan oleh berjuta-juta orang pada dua abad yang lepas. Ilmu Sihir atau Kesihiran tidak lebih atau kurang dari terma Penyembahan Kepada Iblis.

*Pada huruf-huruf “ITC” pada perkataan “Witch” seolah-olah mengalir darah merah; merupakan gambaran Marquis tentang darah manusia yang telah tumpah dan mengalir
dan yang akan dirancang untuk mengalir, untuk memastikan sistem ini berjalan lancar. Perlu diperhatikan bahawa darah ini mengalir di atas dan mengelilingi “The Illuminati“. Ketiga-tiga aliran darah ini bercampur di atas mazbah (altar) Iblis dan menutupi logo ini.Orang-orang Kristian tidak seharusnya terkejut kerana kebanyakan ramalan Injil berkata tentang penderitaan dan pembunuhan besar ketika Great Tribulation (Kesengsaraan Besar).

Lingkaran yang terluar memperlihatkan banyak organisasi yang mana berusaha secara giat dan bekerjasama untuk menjayakan New World Order. Mereka ialah:

*Gereja Roman Katolik
*Satanisme (Penyembahan kepada unsur-unsur Iblis)
*Pergerakan rahsia (Secret Society) yang digelar ‘Rosicrucianism
*D & D (Permainan Dungeon & Dragon) Nota: Sistem permainan ini adalah manual panduan yang lengkap kepada amalan Satanisme.

*Hari Sabbath Satanic (Lapan Hari Suci setiap tahun, setiap satunya menghendaki korban manusia)
*Huruf-huruf Yahudi yang tertulis di antara perkataan-perkataan Inggeris adalah daripada Jewish Secret Society (pergerakan rahsia Yahudi), Kabbala. Tulisan ini, “Witchcraft Today For As Much Within Ancient Babylon” terjemahan dalam bahasa Inggeris bermaksud amalan sihir pada hari ini adalah sama dengan amalan sihir dan pemujaan syaitan yang diamalkan pada era Babilon Kuno. Lebih jauh, mesej keyahudian ini ditulis dalam posisi songsang, dalam tradisi kuno Satanisme.Kabbala Yahudi adalah yang paling berpengaruh dari semua ‘secret society’ dalam matlamat merealisasikan New World Order.

Lingkaran kedua terdiri daripada aktiviti manusia yang paling berpengaruh. Organisasi/kekuatan tersebut adalah:

*Illuminati, (pergerakan rahsia yang mengambil model pergerakan Jesuit Roman Katolik)
Dari penubuhannya pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt, pertubuhan ini telah pun aktif dalam hal-hal penyembahan syaitan dan membangunkan plan untuk penubuhan New World Order.

*Masons (Freemasonry)

Freemasonry telah lama menjadi ‘occult secret society’ dengan banyak matlamat ke arah New World Order. Walau bagaimanapun Masons mengajar bahawa semua perubahan yang diperlukan dalam New World Order haruslah berlangsung dalam keadaan semulajadi, sebagai keputusan dari ‘evolusi manusia’. Dari tahun 1777-1782, pengikut-pengikut Weishaupt telah menyeludup ke setiap Lodge-lodge Masonic di Eropah dengan tujuan untuk menyusup idea kepada revolusi sebenar menjadi keperluan untuk menempatkan perubahan ini. Dalam tahun 1782, Freemasonry telah membuat persetujuan dengan Illuminati sebagai keperluan kepada revolusi, menandatangani sebagai pembantu Illuminati dalam matlamat kepada New World Order.Apabila Illuminati tidak lagi diperlukan dalam tujuan ini, Freemasonry telah menjadi pemimpin yang tidak dapat ditandingi dalam pergerakan New World Order.

*Two Seals of Our Doom (The Two Great Seals of The United States-dua mohor agung Amerika Syarikat)

Pemimpin Masonic di Benua Eropah percaya mereka harus menemukan benua Amerika Utara sebagai ‘Atlantis yang baru’(New Atlantis). Atlantis yang baru ini haruslah memimpin dunia ke arah New World Order. Amerika Syarikat adalah sesuatu yang amat-amat penting secara kritikalnya untuk mencapai tujuan secara unsur-unsur ghaib; Great Seals yang telah dicipta dihantar kepada Thomas Jefferson untuk memastikan bahawa Amerika maju mengikut ‘occult plan’.Ini adalah mengapa Marquis menempatkan dua ‘Great Seals of The United States’ di atas altar Iblis. Darah yang mengalir dari altar di antara mohor-mohor tersebut adalah simbolik kepada berjuta-juta orang yang terbunuh pada abad ke-20 untuk memajukan New World Order, dan berbilion-bilion lagi yang dirancang akan mati pada masa hadapan.

*The House of Rosthchild

Visi kesyaitanan untuk New World Order tidak akan dapat direalisasikan tanpa sumbangan kewangan yang besar dari Rothschild Family.

Satu daripada penyokong Weishaupt yang bermakna adalah Mr. Rothschild. Keluarga Kaya tidak boleh tidak diperlukan dalam sistem syaitan ini.Tetapi mengapa penganut Kristian harus terkejut kerana di dalam Bible ada tertulis, “the love of money is the root of all evil(2 Timothy 6:10)” (cinta kepada wang adalah sumber segala kejahatan). Sesungguhnya, sistem syaitan ini dalam seluruh sejarah bermula dengan teguh dan mendalam pada kecintaan terhadap wang. Keluarga Rothschild adalah satu dari contoh utama dari Kesihiran Bergenerasi (Generational witchcraft (Exodus 20:3-5). Satu contoh utama dari keluarga di Amerika yang terlibat amat jauh dalam soal ini adalah Rockefeller Family, juga penglibatan mereka amat berat dalam pengamalan sihir.

*Industri Muzik Rock n Roll

Bekas seorang Luciferian seperti Marquis semestinya tidak mempunyai masalah dalam memahami bahawa Rock n Roll adalah benar-benar, kesihiran yang tidak berselindung. Penulis-penulis kristian pada masa lepas telah membuat semacam kenyataan, hanya untuk ditertawakan oleh para remaja yang cintakan muzik mereka. Rock n Roll adalah medium yang sempurna untuk Satanism mengajar pemuda-pemudi untuk perlahan-lahan menerima Satanisme. Matlamat ini disempurnakan melalui mempengaruhi minda manusia kepada ‘tahap kesedaran’ yang lebih tinggi (mild hypnosis) jadi Satanisme ini dapat menyuntik ke dalam minda bawah sedar mereka secara senyap-senyap.Rock n Roll menyediakan dua keseluruhan generasi kanak-kanak kepada nilai-nilai di dalam New World Order.

*The Black Pope

Pada tahun 1541, Paus telah mencipta satu pergerakan rahsia bersifat satanisme yang dikenali sebagai Jesuit. Tujuan penubuhan Jesuit adalah untuk menentang kebangkitan Reformation, menghapuskan semua ‘orang kafir’ dan pada amnya bersedia untuk memerangi musuh-musuh gereja. Jesuit ini berada sepenuhnya dalam kawalan seorang Jeneral yang digelar ‘The Black Pope’. Black Pope ini adalah satu ciri dalam Black Arts of Satanisme. Ketika Jesuit ini terikat untuk patuh kepada kedua-dua ‘Black Pope/White Pope’, Black Pope tersebut mula percaya untuk menggunakan kuasa yang sebenar di dalam Vatican, bermula pada awal tahun 1700-an. Black Pope kemudiannya bergerak kepada Gereja R.C jauh kepada pengamalan sihir.

Tujuan secara rasminya mengambil alih R.C Church For Satan telah pun sampai ke peringkat yang terakhir di mana Public Pope telah menggunakan patung salib yang tidak tradisional, dikenali sebagai Twisted Cross. Twisted Cross ini telah dicipta oleh golongan penyembah syaitan pada Era Pertengahan (Middle Age) sebagai simbol Anti-Christ.Dengan demikian, apabila Paus John Paul II memegang Twisted Cross tersebut sebagai mewakili kepercayaan iman, sebagaimana dia melakukannya secara berterusan, mereka tidak diketahui sama ada tunduk kepada simbol Anti-Christ. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah terjadi di dalam sejarah dunia yang mengukuhkan ramalan di dalam Bible yang mengatakan permulaan Kesengsaraan Besar (The Great Tribulation) pada amnya dan Paus Roman Katolik sebagai nabi palsu secara spesifik.

Lingkaran Dalam Syaitan

Perhatikan sebuah Heksagram di mana altar Syaitan terletak.Apabila heksagram ini dikelilingi dengan satu lingkaran, ia menjadi sebuah Perangkap Syaitan/Kejahatan yang mana diketahui oleh kita adalah alat yang paling berkuasa memungkinkan untuk menjelmakan satu syaitan jadi dia (syaitan itu) akan dipaksa berbuat apa yang Ahli Sihir mahu dia berbuat. Oleh yang demikian, kita mempunyai syaitan yang ditunjukkan di atas seluruh Plan Tatabaru Dunia ini (The All-Seeing Eye) dan di dalam teras dalam (Perangkap Kejahatan/Syaitan).

Altar (mazbah pemujaan) Syaitan adalah signifikan yang terpenting. Korban manusia diperlukan di atas altar ini,sebagai tanda kebencian kepada Tuhan dari setiap jalur yang dapat difikirkan. Marquis memilih untuk menjelaskan perkara ini melalui darah manusia yang bercampur-baur di atas altar dan Salib Terbalik di sebelahnya. Kepentingan penglibatan Amerika Syarikat dalam plan ini secara jelasnya ditunjukkan melalui ‘Two Seals Of Our Doom’.

Sekarang, kita ambil langkah ke belakang dan melihat organisasi yang terkandung di dalam Great New World Order Seal ini, dari sudut yang lain. Apabila Tatabaru Dunia ini mengandungi tiga elemen yang berlainan-Spiritual/Politik/Ekonomi, biarkan kita memeriksa setiap organisasi untuk menunjukkan di mana setiap organisasi ini mewakili:

1. Elemen Spiritual

*Syaitan/Iblis-diwakili oleh All-Seeing Eye, altar dan Perangkap Syaitan.
*Pergerakan Rahsia(secret Society)-Illuminati, Rosicrucian dan Freemason.
*Institusi Roman Katolik-Greja Katolik dan ‘Black Jesuit Pope’.
*Industri Muzik Rock n Roll
*Permainan Dungeons n Dragons.

2. Elemen Ekonomi

*The House of Rothschild

3. Elemen Politik

*Amerika Syarikat-diwakili oleh dua Mohor Agung (Two Great Seals)

Bukankah berbahaya mendedahkan yang hanya satu entiti politik yang mana Marquis telah senaraikan sebagai bahagian yang penting ke arah New World Order adalah Amerika Syarikat? Tambahan pula, negara ini disenaraikan sebagai mohor rasmi altar Iblis, sebagai hati dan jantung Iblis.

Mengapa hanya Amerika Syarikat? Di sana terdapat lebih jahat dan lebih kejam di masa abad ke 20 yang kejam ini.
Sebagai contoh:

Kesatuan Soviet Union(USSR)
Menjadi sebuah Empayar Atheis(tidak percaya kepada ketuhanan), Komunisme telah membunuh lebih 200 juta orang dan memenjarakan lebih sepuluh juta orang. Mereka juga menyerang orang-orang Yahudi. Mereka telah dipertanggungjawabkan kepada kesedihan yang tidak terperi dan kematian pada lewat 80 tahun yang lepas.

Tetapi, yang paling penting matlamat mereka dan cara mereka menyerupai Illuminati! Mengapa Doc Marquis, seorang Luciferian Illuminist yang berpengetahuan tidak menyenaraikan USSR di carta NWO?

mungkinkah dia tahu apa yang kita tidak tahu?

Nazi Jerman dan Adolf Hitler

Hitler dan kerajaannya diketahui menyembah syaitan. Pada perhimpunan-perhimpunan raksasa, mereka telah menggalakkan ornag-orang Jerman ke dalam penyembahan syaitan yang sebenar. Mesin perang Nazi terjun ke dalam peperangan terbesar dalam sejarah dunia, dan direka untuk membunuh manusia secara sistematik.

Tetapi yang paling penting tujuan mereka adalah ke arah New World Order. Hitler telah berkali-kali menamakan sistem baru yang ingin diciptanya sebagai Tatabaru Dunia.

Bila anda memahami mengapa hanya Amerika yang tersenarai di dalam Carta Organisasi Tatabaru Dunia ini, anda akan terasa pelik mengapa anda harus menafikannya.

No comments:

Post a Comment