Presiden Amerika Syarikat (kadang kala disingkatkan namanya sebagai POTUS, (Bahasa Inggeris: President Of The United States[1] adalah ketua negara dan ketua kerajaan Amerika Syarikat. Presiden juga adalah ketua cawangan eksekutif kerajaan pusat yang mana untuk melaksanakan undang-undang seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Jawatan ini diwujudkan dengan persetujuan Perlembagaan Amerika Syarikat pada 1788 dengan presiden pertama dilantik pada 1789. Seorang Presiden Amerika Syarikat hanya boleh menjawat selama dua masa penggal yang masing-masing mempunyai tempoh sepanjang empat tahun.
Artikel Dua Perlembagaan mrngukuhkan presiden sebagai Ketua Panglima Turus tentera dan menghitung kuasanya secara specifik yang diberikan kepada seorang presiden, termasuklah kuasa untuk menandatangani sesuatu akta menjadi undang-undang atau memvetonya trmasuklah kuasa untuk menandatangani menjadi undang-undang atau akta-akta yang diluluskan oleh Kongres. Presiden itu mempunyai kuasa untuk membina satu kabinet penasihat-penasihat dan untuk memberikan keampunan atau penangguhan hukuman. Akhirnya, dengan "nasihat dan persetujuan" dari Senat, untuk membuat perjanjian, melantik pegawai-pegawai pusat, Pesuruhjaya tinggi|Pesuruhjaya Tinggi , dan hakim, termasuklah Mahkamah Agung. Oleh kerana pegawai dari jabatan lain, perlembagaan denga para pegawai, perlembagaan menghadkan presiden dengan satu set dengan satu set timbal balik ia dirangka untuk menghadkan individu-individu daripada mengambil kuasa mutlak.
No comments:
Post a Comment