Sunday, September 4, 2011

ersi Kelab-Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Musim 2011/2012



Setiap kali bermulanya musim baru Liga Perdana Inggeris (English Premier League), antara perkara yang menjadi tumpuan ialah jersi setiap kelab yang bertanding.


Ini adalah kerana jersi melambangkan sejarah dan tradisi sesebuah pasukan kelab dan sekaligus membezakan antara 1 kelab dengan kelab yang lain.


Selain di pakai oleh pemain di atas padang, jersi juga di jadikan barang cenderahati untuk dijual kepada penyokong kelab. Oleh itu amat penting jersi sesebuah kelab itu cantik dan 'fashionable' untuk menarik orang membelinya.


Memang dah jadi trend semua kelab di EPL akan menampilkan jersi baru setiap kali musim baru untuk menaikkan semangat pemain mengharungi musim baru liga.


Apa kata kita sama-sama terjah jersi kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang digunakan musim 2011/2012 kali ini :-





Kesemua gambar di atas ini adalah jersi utama (home kit) untuk semua kelab EPL. Untuk jersi kedua (away kit) dan jersi ketiga (third kit) akan di kemaskini oleh admin kemudian sebab masih ada kelab yang belum melancarkan jersi kedua dan jersi ketiga.


Nampaknya hampir ke semua kelab telah menggunakakan jersi baru untuk musim 2011/2011 kali ini. Hanya Liverpool masih tampil dengan jersi yang di gunakan pada musim lepas. Walaupun begitu, jersi Liverpool masih lagi antara yang paling cantik.


Mungkin tak lama lagi ramai rakyat Malaysia akan memakai jersi Aston Villa dan Queens Park Rangers (QPR). Ini kerana penaja utama Aston Villa ialah Genting Malaysia Berhad iaitu syarikat milik rakyat Malaysia.




Queens Park Rangers (QPR) pula adalah milik rakyat Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes. Manalah tahu ada pemain Malaysia akan bermain dengan QPR pasti ramai yang akan beli jersi QPR ini nanti.


Kalau anda perasan, pada jersi QPR tidak terpampang logo penaja berbanding kelab lain. Untuk makluman, buat masa ini QPR msih lagi belum ada penaja dan dalam proses mencari penaja. Mungkin jalan terakhir yang ada, Tony Fernandes akan meminta Air Asia menaja QPR.

No comments:

Post a Comment