Thursday, September 15, 2011

MANGALITSA, MANGALITZA, MANGALICA – APAKAH BENDANYA?

Mangalitsa Mangalitza Mangalica (Babi Biri-Biri)

Pengenalan

Semua orang mengetahui kain “wool” terhasil adalah dari bulu kambing biri-biri. Namun begitu, percaya atau tidak terdapat haiwan lain selain biri-biri yang berupaya mengeluarkan bahan mentah (bulu) untuk menghasilkan “wool”? Jawabnya Ya! namanya babi berbulu biri-biri. Kalau diamati dari jauh, memang babi ini nampak seperti biri-biri. Tetapi bila terdengar sahaja bunyi suaranya, anda barulah menyakini ia adalah babi yang dipanggil Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica.

Mangalitsa Mangalitza Mangalica

Istilah Mangalitsa (US), Mangalitza (UK) dan Mangalica (Hungry) adalah nama saintifik yang dipanggil merujuk kepada nama satu spesis binatang yang sama iaitu “Babi Berbulu Biri-biri“. Di Hungary dan Balkan babi ini dikenali juga sebagai “Hog kerinting rambut”. Asal baka babi ini adalah dari baka Eropah yang mempunyai lemak jenis unimproved (Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang mempunyai pertalian terus dengan spesis babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu ‘bulu’, yang serupa dengan yang seekor kambing. Baka babi lain yang mempunyai bulu yang panjang adalah jenis “Lincolnshire Curly Coat of England”. Sebelum ini Mangalitsa diternak untuk mendapatkan lemak babi. Disebabkan permintaan yang kurang terhadap lemak, populariti baka ini telah merosot dan kini dianggap sebagai “baka jarang”. Oleh kerana Mangalitsa menghasilkan terlalu banyak lemak dan kurang daging maka baka ini telah beransur-ansur digantikan dengan baka moden.

Bulunya sesuai dijadikan pakaian dan keperluan harian

Bulunya sesuai dijadikan pakaian dan keperluan harian

Kronologi Mangalitsa, Mangalitza dan Mangalica

Mangalitsa berambut perang terhasil daripada percantuman genatik (crossed) di antara babi Hungarian (Bakonyi dan Szalontai) jenis tahan lasak dengan baka Šumadija yang berasal dari Serbia sejak tahun 1833. Dan kemudiannya diusahakan oleh penyelidik seperti Alföldi atau Croatia Siska dan Syrmien. Pembangunan dan penyelidikan ini diteruskan di Hungary pada awal abad ke 19. hasil penyelidikan mendapati spesis babi ini cepat berkembang bagi mendapatkan “fat-type” tanpa memerlukan apa-apa penjagaan khas. Pada tahun 1927, National Society of Fat-Type Hog Breeders (Mangalicatenyésztők Országos Egyesülete) telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memperbaiki baka babi ini.

Mangalitsa adalah baka babi yang paling menonjol di rantau Balkan sehingga 1950 (terdapat 30,000 babi jenis ini di Hungary pada tahun 1943). Semenjak populariti dan populasi Mangalitsa berkurangan, ia telah mengakibat kenaikan harga makanan yang tinggi. Kini, pemilikan Mangalitsa telah menjadi trend dan hobi yang popular. Pada 17 Mac 2006, Mangalitza telah diimport dari Austria ke UK di mana ia telah berdaftar dengan British Pig Association (BPA) dan baka ini dikekalkan mengikut perbincangan BPA Mangalitza Herd Book.

Barangan Keperluan Harian

Secara jujurnya, saya amat bimbang jika bulu babi ini digunakan sebagai bahan tenunan, jahitan atau bungkusan kepada barangan keperluan harian kita. Bayangkanlah jika bulu ini dibuatkan pakaian, sudah tentu kita sebagai orang Islam akan sentiasa berada di dalam keadaan najis (kotor). Lebih parah lagi, jika bulu ini dijadikan permaidani, sejadah, kopiah dan lain-lain kegunaan umat Islam. Senario ini bukan sahaja menjadikan umat Islam dalam kekeliruan malahan seperti mempersendakan kesucian agama Islam secara halus.

Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak bertanggungjawab seperti Jakim, Jabatan Vateriner dan lain-lain agensi kerajaan supaya dapat membuat pemantauan yang komprehensif dan bersepadu untuk menghalang semua produk berasaskan babi Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica dari memasuki pasaran negara samada ianya berbentuk barangan keperluan harian atau ternakan.

No comments:

Post a Comment