Memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat bukanlah seperti memegang jawatan Perdana Menteri di negara-negara lain. Mereka yang dipilih menjadi Presiden perlu mempunyai mental dan fizikal yang utuh. Malah ia belum cukup sebenarnya.Mereka perlu juga menjadi seorang yang mempunyai prinsip.
John F. Kennedy..kontroversi dan skandal
Sangat sukar mencari presiden Amerika Syarikat yang mempunyai prinsip yang kuat kecuali seorang sahaja iaitu Presiden Amerika Syarikat ke-35 iaitu John F. Kennedy. Digelar dengan J.F.K, Kennedy juga tidak lekang daripada kontroversi dan skandal. Antara kontroversi dan skandal yang melibatkan Kennedy adalah skandal seks melibatkan Kennedy dan Marilyn Monroe, Gunilla van Post, Judith Campbell, Mary Pinchot Meyer dan Mimi Beardsley Alford. Selepas meninggalnya Kennedy sekalipun, beliau masih lagi diselubungi kontroversi apabila tersebarnya gambar percutiaan beliau dan gadis berbogel pada 1967 dalam Majalah Playboy.
Kontroversi menyelebungi pembunuhan Kennedy
Bukan itu sahaja, insan yang dilahirkan pada 29 March 1917 ini juga mempunyai kontroversi yang lebih besar. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah kontroversi melibatkan pembunuhannya pada 22 November 1963.
Pembunuhan berkontroversi ini berlaku di Dallas, Texas pada pukul 12.30 pm waktu tempatan sewaktu dibawa berarak menaiki limosin Presiden yang tidak berbumbung. Turut bersama-sama dengan Kennedy adalah isteri beliau, Jacqualine Kennedy, Gabenor Texas, James Connolly dan isteri.
Kennedy meninggal dunia serta merta selepas ditembak di dua tempat di bahagian tubuhnya iaitu di kepala dan belakang badan(menembusi leher di hadapan). Detik-detik kematian Kennedy telah sempat dirakam oleh beberapa jurukamera amatur seperti Abraham Zapruder, Marie Muchmore dan Orville Orhel Nix. Rakaman-rakaman mereka menjadi popular selepas menjadi antara bahan bukti penting untuk tujuan penyiasatan kes pembunuhan Kennedy. Rakaman-rakaman daripada ketiga-tiga individu ini digelar Zapruder film, Muchmore film dan Nix film.
Teori Konspirasi Pembunuhan Kennedy
Miskipun Kennedy terkenal dengan skandal melibatkan wanita namun ia tidak bermakna Kennedy adalah presiden yang gagal. Dalam sejarah Amerika Syarikat, Kennedy tidak pernah dinobatkan sebagai presiden yang gagal dan jauh sekali digelar presiden yang lemah dalam pentadbiran. Walaupun, tempoh penggal Kennedy merupakan tempoh yang paling kritikal akan tetapi ia tidak memberi kesan kepada pentadbiran Kennedy secara keseluruhan.
Penggal Kennedy dihidupkan dengan pelbagai isu dan masalah besar seperti isu Bay of Pigs melibatkan hubungan Kennedy dan Presiden Cuba, Fidel Castro, isu nuklear melibatkan tiga penjuru iaitu Amerika Syarikat, Soviet Union dan Cuba, isu Perang Dingin, isu pemilikan nuklear Israel, isu jenayah terancang melibatkan mafia dan isu melibatkan pembinaan roket untuk ke bulan.
Pembunuhan Kennedy dilingkupi sekurang-kurangnya enam teori konspirasi UTAMA iaitu:
1. Pembunuhan Kennedy telah direncanakan oleh KGB. Polis rahsia Soviet Union.
Teori paling popular yang dicanangkan oleh Amerika Syarikat. Perang Dingin antara Amerika Syarikat-Soviet Union telah mencapai tempoh tegang apabila berlakunya isu Krisis Misil Cuba atau lebih dikenali sebagai Oktober Crisis. October Crisis ini berlaku apabila Soviet Union terlibat secara langsung dalam pembinaan serta eksport kepala peledak(warhead) nuklear ke Cuba. Ia berjaya didedahkan oleh gambar yang dirakam oleh pesawat pengitip U-2 photoreconnaissanceyang memaparkan kerajaan Cuba dan Soviet Union sedang giat membina tapak misil di Cuba. Krisis ini hampir sahaja mencetus Perang Nuklear selepas Kennedy secara tegas memberi kata dua(ultimatum) kepada Nikita Khrushchev samaada memberhenti pembinaan misil tersebut atau menghadapi senjata nuklear daripada Amerika Syarikat. Nikita mengambil jalan selamat apabila memberhentikan pembinaan misil dan eksport kepala peledak.
2. Pembunuhan Kennedy dirancang dengan teliti oleh CIA serta Pengarah FBI iaitu J. Edgar Hoover.
Kennedy dilanda kontroversi apabila tidak melindungi hak Amerika Syarikat sepenuhnya apabila berlakunya pencerobohan Bay of Pigs ketika Cuba di bawah Fidel Castro cuba untuk mencetuskan api-api peperangan. Ia menimbul api kemarahan kepada pengarah FBI, J. Edgar Hoover. J. Edgar Hoover dikatakan telah merancangpembunuhan Kennedy dalam satu operasi rahsia. Walaubagaimanapun, teori ini masih lagi longgar dan sukar untuk diterima.
3. Pembunuhan Kennedy dirancang oleh Timbalan Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Lyndon B. Johnson.
Miskipun teori ini kelihatan tidak logik akan tetapi ia masih juga mempunyai kebenarannya. Kennedy dilaporkan akan memecat Lyndon B. Johnson pada penggal akan datang kerana Johnson dilaporkan telah terlibat dalam beberapa skandal yang memburukkan nama Rumah Putih iaitu skandal duit haram dan pembunuhan politik. Sewaktu skandal ini tercetus, telah wujud ketidaksefahaman antara Kennedy dan Johnson dalam pentadbiran dan desah-desus pemecatan Johnson kemungkinan besar adalah benar. Johnson dikatakan telah merancang dengan teliti untuk melakukanpembunuhan Kennedy bagi menjamin karier politiknya tidak terjejas.
4. Pembunuhan Kennedy telah dirancang oleh agen Presiden Cuba, Fidel Castro.
Hubungan Amerika Syarikat-Cuba telah sedia tegang. Ia bermula selepas Fidel Castro menaiki takhta selepas Revolusi Cuba yang menggulingkan kerajaan boneka Cuba. Fidel Castro telah membawa pembaharuan dalam hala tuju Cuba selepas menggantikan kerajaan yang sedia ada kepada Komunis. Castro telah disokong dengan utuh oleh Soviet Union dan China. Namun, ia dimusuhi oleh Amerika Syarikat dan kuasa kapitalis lain seperti Britain, Kanada dan jiran-jiran kapitalisnya. Sangat banyak cubaan-cubaan untuk membunuh Castro dilakukan, namun satu pun tidak berjaya. Kebanyakkan cubaan tersebut dicetuskan oleh agen-agen CIA yang secara rahsia berada di Cuba. Ia menimbulkan rasa marah kepada Castro. Castro percaya bahawa Kennedy telah merencanakan pembunuhan beliau. Oleh itu, beliau perlu bertindak pantas dan pembunuhan Kennedy telah dirancang oleh Castro dan pemimpin-pemimpin atasan Cuba. Dan Castro berjaya.
5. Orang perseorangan yang mempunyai niat dan natijah yang sukar untuk diketahui.
Miskipun ia kelihatan mustahil namun tangkapan pertama dan terakhir melibatkan pembunuhan Kennedy adalah orang perseorangan iaitu Lee Harvey Oswald. Oswald dikatakan membunuh Kennedy dengan menggunakan senapang miliknya, Corcano Rifle yang dijumpai selepas ditinggalkan di sebuah tempat pelupusan buku bagi memudahkannya melarikan diri daripada polis. Oswald bagaimanapun ditangkap di sebuah pawagam di Texas iaitu Texas Theater. Ironinya, Oswald amat mudah ditangkap dan langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seorang penembak tepat yang tipikal di mana kebiasaanya mereka adalah seorang yang bijak dan cekap. Oswald kemudian ditempat buat sementara di Dallas Police Headquarter. Pada 24hb November 1963 bersamaan hari Ahad, Oswald ditembak tepat di perutnya oleh Jack Ruby sewaktu beliau dibawa turun daripada Dallas Police Headquarter untuk dipindahkan ke penjara negeri. Oswald meninggal dunia pada pukul 1.04 pagi di Parkland Memorial Hospital iaitu hospital yang sama Kennedy dibawa selepas ditembak.
5. Pembunuhan dirancang oleh golongan Freemason untuk mencapai tujuan ritual misteri mereka.
Teori yang agak pelik pernah didengar namun ia masih mempunyai asasnya. Freemason terkenal sebagai sebuah organisasi rahsia yang mempunyai reputasi mengamalkan ritual-ritual pelik dan kadang-kala tidak masuk dek akal. Ini terjadi kepada pembunuhan Kennedy di mana golongan tersebut dikatakan membunuh Kennedy kerana ‘membalas dendam’ yang sekian lama tersirat atas pembunuhan Jacques de Molay atau nama Yahudinya Hiram Abiff. Jacques de Molay adalah pemimpin Knight Templar dan Grand Master of the Order of the Knight Templar terakhir. Beliau dihukum bunuh dengan hukuman bakar selepas dikatakan melakukan amalan sihir, pendewaan kepada kultus, homoseksualiti, rasuah dan pecah amanah. Beliau dan pengikutnya dihukum bunuh oleh King Phillip IV of France dan Pope Clement V. Golongan Freemason sengaja mencari tarikh yang bersamaan dengan pembunuhan Jacques de Molay iaitu pada 22 November. Untuk pengetahuan pembaca, Jacques de Molay dibunuh pada 22 November 1307 di Perancis. Terdapat teori mengatakan bahawa pemilihan tarikh itu dilakukan kerana 22 haribulan November bersamaan dengan 22+11(November)=33. 33 adalah darjah Masonik tertinggi dalam carta hirarki mereka.
6. Pembunuhan telah dirancang oleh Kerajaan Israel dan dilakukan oleh agen-agen MOSSAD.
Umum mengetahui bahawa MOSSAD adalah agen rahsia yang paling cekap dalam menjalankan tugas selain daripada CIA dan KGB. MOSSAD sebenarnya adalah sebuah agensi risikan di bawah seliaan kerajaan Israel. Lazimnya, MOSSAD ditugaskan untuk melakukan operasi risikan di negara musuh terutamanya negara Palestin, Iraq, Iran dan Syria. Namun, MOSSAD juga melakukan operasi rahsia yang membabitkan pembunuhan politik sepertimana yang biasa kita dengar seperti pembunuhan Sheikh Ahmad Yassin dan paling terbaru dan kontroversi, pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh di Abu Dhabi. Sebenarnya, ‘mangsa’ MOSSAD tidak tertakluk kepada yang beragama Islam dan mereka yang didakwa mereka sebagai pengganas tetapi turut serta adalah mereka yang tidak bersependapat dengan kerajaan mereka iaitu Israel. Antara yang menjadi mangsa adalah subjek penulis untuk entry kali ini, John F. Kennedy.
Sewaktu Kennedy menjawat jawatan presiden, Kennedy tidak bersependapat dalam banyak perkara terutamanya membabitkan isu nuklear dengan perdana menteri Israel ketika itu, David Ben Gurion. Menurut satu rekod, Kennedy tidak bersetuju dengan cadangan Ben Gurion untuk membina loji nuklear dan misil berpeledak nuklear bagi menjadikan Israel sebagai kuasa nuklear setanding Amerika Syarikat dan Soviet Union. Pembinaan itu dikatakan berada di gurun Dimona.
Selanjutnya, selepas pengunduran Ben Gurion pada Jun 1963, isu nuklear masih lagi dimainkan oleh penggantinya iaitu Levi Eshkol. Sepertimana Ben Gurion, Eshkol berkeras mahu menjadikan negara Israel sebagai kuasa nuklear. Tujuannya adalah untuk melindungi negaranya daripada kuasa-kuasa Arab yang menggelilinginya sepertimana kata-kata Ben Gurion kepada Kennedy ;
“Mr. President, my people have the right to exist, and this existence is in danger.”
Walaubagaimanapun, Kennedy tidak pernah bersetuju kerana menganggap nuklear sangat memberhaya jika ia disalahgunakan untuk tujuan penindasan.
Hal Peribadi Keluarga Kennedy
Sebenarnya, isu membabitkan Ben Gurion dan Kennedy terkait juga isu peribadi di mana bapa kepada Kennedy iaitu Joe Kennedy merupakan seorang anti-semitik yang bersama-sama dengan Henry Ford(pengasas Ford) membantah campur tangan zionis dalam pentadbiran Amerika Syarikat. Sebenarnya, Joe Kennedy bukan sahaja seorang anti-semitik tetapi juga menyokong Hitler sewaktu Perang Dunia Kedua. Ia diketahui oleh semua ahli-ahli Zionis termasuklah Ben Gurion.
Seperti bapanya, Kennedy sendiri juga adalah seorang yang tidak senang dengan kegiatan Zionis dalam pentadbiran Amerika Syarikat. Beliau tidak mahu kongres Amerika Syarikat dipengaruhi oleh keputusan Zionis. Dan akibatnya sangat teruk. Kennedy sangat tidak disenangi oleh ahli politik berbangsa Yahudi.
Oswald hanya kambing hitam
Kemuncak kepada isu ini termasuklah isu Nuklear Israel menyebabkan Kennedy dibunuh dengan kejam. Watak Oswald hanya tempelan sahaja. Yahudi menguasai seluruh media di Amerika Syarikat. Mereka mampu mengubah satu cerita kepada cerita yang lain. Disebabkan itu Oswald dibunuh sebelum sempat dibicara. Ia dibimbingi akan membocorkan rahsia-rahsia sulit MOSSAD. Dalam kata lain, Oswald hanyalah kambing hitam yang tidak bernasib baik kerana berada di tempat dan masa yang tidak betul.
Penutup
Terbunuhnya Kennedy merupakan titik tolak kepada penguasaan Israel dalam kuasa nuklear. Israel dikatakan telah bersengkokol dengan China untuk membentuk kuasa nuklear secara bersama. Oleh sebab itu, sehingga ke hari ini, China miskipun Komunis, ia tidak pernah dilihat bermusuh dengan Amerika Syarikat apatah lagi Israel.
Tengoklah hari ini, jika Kennedy terselamat dalam setiap misi pembunuhannya, penulis yakin dunia hari ini tidak akan melihat Israel yang bermaharajalela. Israel tidak akan mempunyai misil berpeledak nuklear. Israel tidak akan mempunyai roket berpeledak benua ke benua. Dan Israel hanya sebuah negara yang tiada apa-apa.
No comments:
Post a Comment