Sunday, November 7, 2010

Tengkorak Starchild

Tengkorak Starchild ( Starchild Skull ) yang pertama kali dipertontonkan pada umum pada tahun 1999 adalah merupakan beberapa kumpulan tengkorak kepala manusia abnormal yang memiliki keanehan tersendiri . Tengkorak ini dimiliki oleh Ahli Kaji Purba Amerika ( Antropologist ) Alm Lloyd Pye . Menurut anaknya, tengkorak-tengkorak tersebut dijumpai oleh ayahnya sekitar tahun 1930 di sebuah lombong bijihbesi di kawasan Chihuahua yang terletak sekitar 100 batu disebelah baratdaya Mexico City.


Perbandingan di antara tengkorak manusia normal ( kanan ) dan Tengkorak Starchild


Pandangan Tengkorak Starchild dari kepelbagaian sudut


Dari beberapa penelitian yang dilakukan oleh para pengkaji dari kumpulan Fakulti Pergigian beberapa Universiti di USA, Tengkorak Starchild adalah merupakan tengkorak kepala seorang anak kecil yang pertumbuhan giginya tidak sempurna.. aaa ? perghh ..

Namun dari penelitian lainnya, dikenalpasti bahawa kapasiti otak bahagian dalam dari sebuah Tengkorak Starchild membentuk 1600CC ( Cubic Centimeter ) yang mana ianya 200CC lebih besar dari kapasiti otak majoriti manusia dewasa. Dari bukti ini mungkin dapat disimpulkan bahawa daya/tahap IQ manusia jenis ini lebih tinggi daripada manusia-manusia moden yang ada pada masa ini .

Tengkorak Starchild terbentuk atas binaan Kalsium Hydroxlapatite ( Struktur penyusun tulang mamalia ), dengan ciri2 fizik yang tidak memiliki struktur tulang hidung, rahang, dan dagu. Kesan pada bahagian wajah seperti merapat ke dalam di antara kedua rongga mata.

Kajian yang telah dibuat oleh beberapa pengkaji dari London University, England pada tahun 1999 dan 2004 merumuskan bahawa Tengkorak Starchild dianggarkan berusia sekitar 900 tahun . Sementara pengujian DNA yang dilakukan pada thn 2003 juga ditemukan serat misteri yang belum diketahui sebelumnya .

No comments:

Post a Comment