• Assyria adalah kuasa terbesar dengan ibu kota Niveneh.
• Scythia adalah golongan nomad barbar di utara yang bersekutu dengan Assyria.
• Media selaku musuh utama Assyria yang berada di kawasan timur laut Assyria; iaitu di Parsi.
• Elam musuh Assyria di selatan Parsi.
• Hitti di utara kerajaan Assyria juga musuh Assyria.
• Babilon, kota di bahagian selatan Assyria iaitu di Mesopotamia yang menjadi jajahan Assyria.
• Mesir yang juga menjadi jajahan Assyria.
• Bekas kerajaan besar dunia, kerajaan Daud dan Sulaiman iaitu Israel Utara (Efraim) dengan ibu kota Samaria dan Judea (Judah) dengan ibukota Jerusalem.
Bangsa ini mula berpindah dengan menembusi pergunungan Kaukasus dan menemui kerajaan Hitti di Urartu, Armenia kuno atau sekarang dikenali Turki. Kejadian ini berlaku pada tahun 744 SM. Oleh kerana keluarnya Scythia dari pergunungan Kaukasus, Hitti mendapat 2 ancaman iaitu Scythia dari utara dan Assyria dari selatan. Peluang ini telah digunakan Assyria untuk bekerjasama dengan Scythia bagi menyerang Hitti. Pada 743 SM, Raja Tiglat-pilaser III dari Assyria telah menumbangkan Hitti dengan bantuan Scythia. Selepas itu, bangsa Scythia yang mengembara diberi tawaran menjadi tentera upahan Assyria bagi membantu mereka dalam kehidupan seharian. Hakikat sebenar ialah Assyria mahu mengawal bangsa kejam itu dengan cara memberi upah disamping menggunakan kehebatan bangsa tersebut dalam peperangan. Bangsa Scythia ini disebut oleh Assyria sebagai Gog. Ini merujuk kepada inskripsi Cylinder Ashurbanipal yang terdapat catatan “Gagi (Gog), a Scythian chief”.
Penglibatan pertama Bani Israel dengan Yakjuj n Makjuj adalah pada 722 SM, iaitu ketika Assyria yang dibantu Scythia menyerang Efraim. Kekalahan Efraim menyebabkan penduduknya diangkut ke utara dan hidup dalam buangan. Bagi menggantikan penduduk yang dibuang, raja Assyria telah meletakkan orang Samiriyun atau Cimmeria (salah satu suku Scythia) di kawasan tersebut.
Kemudian ketika pemerintahan raja Ashurbanipal di Assyria, Assyria perlu menghadapi 2 serangan serentak oleh Media dan Elam. Askar upahan Assyria iaitu bangsa Scythia telah diperintah menahan Media di timur laut manakala tentera Assyria ke tenggara menahan serangan Elam. Oleh kerana bangsa Scythia diserang penyakit ketika peperangan, mereka tewas kepada Media. Bangsa Scythia telah diberi pengampunan dengan syarat mereka membantu Media dalam sebarang peperangan. Bangsa Scythia pun bersiap sedia untuk menyerang Assyria bersama tentera Media.
Jauh sebelum kedatangan bangsa Scythia ke Assyria, Nabi Yunus (Jonah), seorang Ibrani diutus Allah bagi mengingatkan kota Niveneh tentang ancaman Makjuj n Makjuj. Kemudian, ketika kejatuhan kerajaan Assyria, Scythia telah menyerang Niveneh setelah berpaling tadah dengan menyertai kerajaan Media. Peringatan Nabi Yunus telah menjadi kenyataan setelah 158 tahun.
Kejadian ini bermula kerana Nabopalassar, panglima Assyria yang bertugas di Babilon telah mengaku sebagai raja Chaldea (Babilon lama). Nabopalassar adalah panglima perang yang diutus ke Babilon oleh Ashurbanipal, raja Assyria pada 667-626 SM untuk memberhentikan pemberontakan di Babilon. Nabopalassar berjaya menghapuskan semua pemberontak tersebut dan di beri kedudukan istimewa di Babilon oleh Ashurbanipal.
Selepas Ashurbanipal mangkat pada tahun itu juga kerana tekanan, kerajaan Assyria telah lemah dan memberi peluang kepada seteru utama mereka iaitu kerajaan Media untuk menyusun serangan. Ditambah pula Raja Media ketika itu, Cyaxares 1 telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan Media. Assyria bertambah lemah apabila bangsa Scythia yang menjadi askar upahan Assyria telah mengganas kembali dan bertindak membangkang kerajaan selepas menerima khabar mereka tewas dan bersekutu dengan Media. Melihat keadaan ini, Nabopalassar juga telah keluar membangkang kerajaan dan mengaku sebagai raja Babilon lama. Sahutan Nabopalassar ini disokong hebat Babilon kerana penindasan Assyria ke atas bangsa Chaldea di Babilon sebelum² ini.
Nineveh dikepung oleh Scythia sambil diperhatikan dari jauh oleh Media dan Babilon. Dinding yang mengelilingi kota Nineveh ini terlalu kuat. Para penyerang membuat keputusan untuk memecahkan Empangan Sungai Tigris supaya air sungai tersebut memecahkan tembok Nineveh. Penduduk Nineveh dibiarkan kebuluran setelah 3 bulan usaha pemecahan itu. Akhirnya dinding kota Nineveh runtuh dan bangsa Scythia masuk membunuh siapa sahaja yang dijumpai. Raja Assyria ketika itu, Sin-shar-ishkun telah mengurung diri dan keluarganya di dalam bilik dan bertindak membakar diri serta keluarganya setelah terpengaruh dengan bapa saudaranya, Shamash-shum-ukin, raja Babilon yang juga membakar diri di dalam bilik setelah ketika ditewaskan bangsa Chaldea pimpinan Nabopalassar. Nabopalassar dan Cyaxares 1 memerhatikan kebakaran besar Nineveh dari jauh.
Setelah tumbangnya Nineveh dan kerajaan Assyria yang hebat, wilayah² Assyria dibahagi kepada 2. Mesopotamia untuk Nabopalassar dari Babilon dan Elam untuk Cyaxares 1 dari Media. Tiada satu pun wilayah jajahan diberikan untuk bangsa Scythia kerana mereka hanya mahukan harta rampasan perang. Ini membuktikan bangsa Scythia ini adalah bangsa kejam yang suka melakukan kerosakan kerana mereka tidak terpengaruh kepada kawasan atau wilayah jajahan yang menjadi kegilaan bangsa² lain ketika itu.
No comments:
Post a Comment