Monday, November 22, 2010

American Dream

Apakah konspirasi? Konspirasi ialah seperti cahaya bulan. Kita fikir cahayanya datang dari bulan di waktu malam, tetapi sebenarnya tidak. Ianya dari matahari. Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri. Konspirasi amat sinonim dengan dunia hari ini jika kita menyedarinya. Antara negara² yang begitu pening dengan konspirasinya ialah Amerika. Selamat datang ke Dunia Baru Amerika. Tanah impian. Welcome to The American Dream.

Kita mulakan dengan sejarah Amerika. Siapakah Amerika? Mengapa Amerika wujud? Siapakah yang menemui Dunia Baru Amerika? Beratus tahun sebelum Columbus menemui Amerika, telah ada beberapa koloni misteri yang telah menjejakkan kaki mereka di Dunia Baru. Tiada siapa tahu dengan jelas siapakah mereka. Namun beberapa manuskrip rahsia yang terbongkar serta catatan puak Indian yang pernah melihat mereka dan berinteraksi dengan mereka telah membuktikan sesuatu. Konspirasi telah bermula sebelum columbus menemui Amerika! Atau mungkin saja mereka merupakan koloni-koloni Sepanyol yang belayar dari Amerika Tengah. Tetapi kebanyakan pengkaji sejarah tahu siapakah yang membiayai Columbus. Kapal-kapal mereka mempunyai lambang Rosicrusian pada layar-layar mereka. Rosicrusian adalah 'secret society' yang mempunyai hubungan dengan Freemasonry dan 'The Wise Man'. Apakah misi sebenar Columbus?

Kapal Columbus seperti yang dilukis barat

Lama sebelum koloni-koloni Eropah berduyun-duyun tiba ke Dunia Baru, dunia Eropah telah lama diselubungi oleh pelbagai kelompok rahsia (secret societies) yang menaungi kebanyakan raja-raja Eropah. Kelompok-kelompok rahsia ini amat berpengaruh dari segi politik dan harta kekayaan. Telah menjadi trend dan gaya hidup apabila setiap kerabat diraja dan para pemimpin politik Eropah memasuki kelompok-kelompok rahsia ini. Apakah yang ada di dalam kelompok-kelompok rahsia ini?
Merovingian

Anda pernah dengar tentang Merovingian? Ini adalah warisan kepada para penyembah berhala, penganut pagan dan kultus-kultus sihir. Merovingian diketahui sebagai dinasti agung Eropah yang mengamalkan sihir dan raja-raja mereka juga dipanggil sebagai rahib, adalah percaya kepada dunia gelap dan syaitan-syaitan. Dari manakah masyarakat Eropah belajar tentang sihir? Cuba anda baca tentang tradisi Greek dan Rom, adakah sebarang petikan tentang pentagram, baphomet atau 666 di di dalamnya? Tidak sama sekali.

Orang-orang Yunani sekurang-kurangnya mempunyai Oracle dan para tilik nasib, tetapi pengetahuan mereka tidak sistematik dan secanggih pengetahuan tentang pentagram atau Sacred Geometry. Dari manakah pengetahuan tentang sihir tiba kepada masyarakat pagan Eropah? Sebenarnya dunia Eropah belajar tentang sihir dari kaum-kaum semitik yang berjiran dengan mereka. Orang-orang Semit (Arab,Yahudi dll) inilah para guru mereka yang mengajarkan ilmu-ilmu mistik yang lebih kompleks seperti ilmu zodiak, ramalan bintang, kehidupan makhluk lain seperti iblis, jin dan syaitan, azimat-azimat (termasuk Sacred Geometry iaitu pentagram dan Segienam Sihir) serta sedikit ajaran-ajaran bersifat agama. Dari manakah asalnya perkataan 'Genie' dan 'Satan'? Dari manakah asalnya Segienam Sihir yang menjadi ikon kultus-kultus sihir Eropah? Lihat pada bendera biru putih Israel. Itulah asalnya guru-guru mereka.

Orang-orang Semit memang terkenal dengan pengetahuan mereka tentang bintang-bintang dan memang ada kaum yang menyembah bintang di sana. Teka bintang apakah yang disembah oleh kaum pagan Semit? Sirius, iaitu bintang yang paling terang dan menjadi suatu 'cult' dikalangan dunia sihir Illuminati-Freemasonry. Sirius adalah bintang yang dihormati dalam agama syaitan Illuminati. Jika anda menganggap orang-orang Greek dan Rom telah yang mengasaskan sistem buruj dan zodiak, anda amat silap sama sekali. Masyarakat Eropah adalah kaum yang teramat mundur dan bodoh ketika itu. Lihat sajalah jalan² raya mereka yang kotor dan penuh dengan tikus yang berkeliaran pada ketika itu. Orang-orang Rom hanya mengenal Zeus dan Diana sahaja tetapi bukan bintang. Pengetahuan perbintangan telah pun diketahui oleh kaum-kaum misteri di Afrika, di mana piramid telah dibina lama sebelum Firaun Khufu memerintah. Siapakah yang menemui longitud bintang Orion sehingga membina piramid berdasarkan bintang-bintang Orion?

Anda mungkin dapat menjawab soalan ini jika mengetahui bagaimana kaum Dogon di Mali, Afrika mengetahui tentang Sirius B. Buat pengetahuan anda, sistem bintang Sirius mengandungi dua bintang; Sirius A dan Sirius B. Sirius A adalah bintang yang amat terang dan dapat dilihat oleh mata kasar namun Sirius B adalah halimunan dan hanya dapat dilihat melalui teleskop bintang yang khas. Bagaimana kaum asli bercawat dan daif ini mengetahui tentang bintang yang hanya dapat dikesan melalui teleskop bintang??

Menurut salah seorang dari mereka, pengetahuan ini diajar oleh satu entiti yang istimewa kepada nenek moyang mereka beribu tahun dahulu. Siapakah yang mengajarkan tentang Sirius B kepada kaum Dogon? Terdapat satu bangsa misteri yang amat pakar tentang bintang di Afrika di mana merekalah juga yang mewariskan pengetahuan piramid kepada bangsa Mesir Purba. Pengetahuan ini diturunkan atau dicuri belajar oleh bangsa Yahudi yang pernah menjadi hamba kepada bangsa Mesir Purba. Sihir juga adalah agama rasmi Firaun Mesir. Ahli² sihir yang baik akan menerima penghormatan yang tinggi sepertimana Firaun yang mempunyai menteri² dari kalangan ahli sihir (masih ingat kisah nabi Musa berlawan dengan menteri firaun menggunakan tongkatnya?). Kebanyakan pemerintah Mesir Purba menaja aktiviti-aktiviti sihir, namun tidak semua pemerintah Mesir Purba percaya kepada sihir. Ayah kepada Ramses II bukanlah pengamal sihir malah diketahui menyembah satu agama misteri, menyembah Tuhan yang Satu. Begitu juga dengan Firaun Akhenaten yang cuba mempopularkan agama menyembah satu Tuhan.
Tamadun Purba Mesir

Namun di Mesir Purba sendiri terdapat 'secret societies' yang tersendiri di mana tujuannya untuk mempengaruhi Firaun-firaun Mesir supaya tetap mengamalkan agama sihir. Warisan dari dunia sihir ini dirakamkan dan diwarisi oleh satu kelompok rahsia dari kalangan Yahudi yang menjadi asas kepada Kabbalah. Mata Satu Horus adalah lambang kepada kelompok rahsia ini. Namun perkembangan yang amat pesat berlaku ketika bangsa Yahudi berada di bawah pemerintahan Babilon di mana dari sinilah munculnya pengetahuan tentang Sacred Geometry dan Sihir Tarot. Bagaimanakah warisan raja-raja Eropah ini mewarisi agama sihir dan penyembahan syaitan dari bangsa Mesir Purba? Ketika Mesir di bawah taklukan Rom.

Sudah sekian lama orang-orang Rom yang beragama pagan ketika itu amat takjub dengan sistem sihir dan dewa-dewi Mesir yang lebih menarik dari kepercayaan pagan mereka. Kajian antropologi-budaya termoden telah mendedahkan kemungkinan besar dewa-dewi orang Rom dicedok dari sistem dewa-dewi Mesir Purba. Maka ketika Mesir di bawah jajahan Rom, makin seronoklah orang-orang Eropah mempelajari keajaiban mistik orang Mesir. Pernah dengar kisah epik Cleopatra dan Marc Anthony? Zaman itu adalah zaman-zaman terakhir Firaun Mesir sehingga para Kaisar Rom juga diberi gelaran Firaun.

Apakah itu 'Pengetahuan Rahsia'? Pengetahuan rahsia ialah pengetahuan yang diturunkan zaman-berzaman dari entiti misteri yang digelar 'The Watcher' kepada manusia zaman-berzaman. Bagaimana pengetahuan sihir para pendeta Mesir dipelihara? Perpustakaan Diraja Iskandariah Mesir. Perpustakaan agung ini memiliki manuskrip-manuskrip yang tidak ternilai harganya, sebahagiannya mengandungi rahsia bumi sebelum Banjir Besar sehinggalah teknologi-teknologi misteri bangsa-bangsa musnah. 'Pop culture' mengatakan perpustakaan ini telah terbakar bersama-sama manuskrip-manuskripnya, tetapi sebenarnya segala pengetahuan ini telah disimpan oleh satu kelompok rahsia 'The Hidden Hand'. Sebahagiannya terdapat di Perpustakaan Paus di Vatikan. Ketika pertembungan budaya Mesir-Rom inilah warisan sihir Mesir Purba terserap dalam budaya Rom sebagai mewakili kerajaan Eropah terhebat ketika itu.

Apabila Empayar Rom berpecah, pengetahuan sihir ini diturunkan generasi demi generasi oleh satu kelompok rahsia yang berasaskan Kabbalah. Mengapa Kabbalah? Kerana lebih baik berguru dengan guru yang mahir dari hanya berguru dengan buku-buku. Maka kelompok rahsia ini bergabung dengan Kabbalah-Yahudi yang sememangnya menyimpan rahsia tentang sihir Mesir Purba. Guru-guru Yahudi inilah yang memimpin masyarakat Eropah pagan ke arah sistem sihir dan penyembahan Iblis yang mereka nampak lebih sistematik. Namun kelahiran Jesus Christ (Nabi Isa a.s) telah sedikit sebanyak mengganggu proses 'penyihiran' seluruh Eropah ketika itu. Jesus mengajarkan agama suci, wahyu dari Tuhan yang Satu. Kenapa Jesus diturunkan? Kerana di zaman itu, moral manusia di Eropah dan wilayah-wilayah Semitik amat teruk dengan pelbagai penyembahan pagan dan totem. Jesus membawa agama yang sama dengan Abraham, Moses dan Ezekiel, juga Muhammad. Inilah kelompok yang berada di sebelah kebenaran, melawan 'The Watcher' dan tenteranya.

Bertahun-tahun para pengikut Jesus diburu, diseksa dan dibunuh oleh pemerintah Rom hasil dari provokasi Yahudi Kabbalah yang amat takutkan kebenaran ajaran Jesus, yang dapat memadam segala sihir syaitan mereka. Namun semakin ditekan semakin bertambah pengikut mereka dan semakin teguh keyakinan mereka kepada Tuhan yang Satu. Maka 'The Hidden Hand' memilih strategi baru. Agama Jesus mesti dirosakkan dari dalam. Ejennya ialah Paul, yang ditugaskan untuk membawa ajaran Triniti dan mengubah maksud Injil. Siapa Paul? Dia sebelum ini merupakan penentang keras agama Jesus dan bersama-sama penzalim Rom menyeksa dan membunuh orang-orang Kristian awal. Tetapi secara tiba-tiba dia tertarik dengan Kristian dan memeluk ajaran Jesus. Selepas itu adalah titik hitam kepada ajaran Unitarian Kristian. Jesus dipertuhankan bersama-sama Tuhan Bapa dan Roh Kudus. Di beberapa tempat di Eropah, Mary (Mariam) ibu Jesus juga dipuja-puja khasnya aliran Black Madonna. Agama Kristian dan ajaran Jesus telah dirosakkan. Siapa Paul ini? Dia ialah seorang Yahudi yang berpura-pura. Secara tiba-tiba selepas pembaharuan oleh Paul, Emperor Constatine telah memeluk Kristian dan peristiwa ini bukanlah membawa berita baik kepada ajaran suci Jesus malah Constatine telah mencampur-adukkan kepercayaan pagan dewa-dewi Rom ke dalam agama Kristian. Maka Jesus telah menjadi salah satu dewa kepada Constatine.

Adakah anda menganggap begitu mudah Emperor Rom itu meninggalkan kepercayaan pagan mereka? Tidak. Kecuali agama Kristian disesuaikan mengikut selera mereka. Siapa di dunia ini yang sanggup meninggalkan agama kepercayaan mereka tanpa sebab² tertentu? Emperor Rom masih menyayangi Zeus dan Diana dan tidak mahu patung-patung mereka dikorbankan atas nama Satu Tuhan. Maka imej Jesus disesuaikan menjadi Dewa Matahari yang baru, anak Dewa Matahari. Apa yang boleh diperkatakan oleh kaum Unitarian? Sebenarnya orang Kristian tetap diburu dan dibunuh ketika itu walaupun Emperor Constatine dikatakan memeluk Kristian. Yang selamat ialah pengikut Kristian versi baru. Versi Paul-Constatine yang amat jauh menyimpang dari keyakinan kudus Jesus ketika disaat-saat dia berdoa di Taman Gethsemene. Kaum Unitarian ini dibunuh dan diburu oleh tentera 'Kristian' yang baru.

Pernah dengar tentang Essenes dan The Dead Sea Scrolls? Persidangan Kristian yang pertama iaitu Persidangan Nicea, ajaran Jesus telah ditafsir sendiri secara menyeleweng dan sesuka hati oleh para penjahat dalam sistem kepaderian 'Saint Paul'. Ketika itu konsep Trinity telah diterima, dan sesiapa yang menolaknya dianggap sesat dan digelar 'Unitarian' (percaya kepada Satu Tuhan dan menolak Jesus sebagai anak Tuhan). Segala manuskrip tentang ajaran-ajaran asal Jesus telah dimusnahkan; dibakar. Bible telah diubah di sana-sini bagi menyesuaikan dengan keyakinan baru itu. Kaum Unitarian telah diburu. Ada yang dibunuh dan diseksa. Walau bagaimanapun ada yang sempat menyelamatkan beberapa manuskrip purba tentang ajaran asal Jesus. Antaranya The Dead Sea Scrolls, Barnaba Bible dan Didache Bible.

Inilah 'The Dark History of Christianity'. Dari manakah tarikh Krismas diambil dan dari mana budaya Krismas serta siapakah Santa Claus?? Semua ini adalah cedokan dari budaya pagan Eropah dan bukan dari ajaran suci Jesus. Pada zaman-zaman gelap Eropah di mana kepercayaan pagan dan animisme berleluasa, di mana di sesetengah tempat, air kencing sendiri dijadikan alat menyucikan diri, muncullah kultus-kultus misteri yang menyembah Dewa Saturnalia.
Dewa Saturnalia

Dewa ini amat dihormati oleh pagan Eropah. Maka perayaan-perayaan untuknya disambut dengan meriah. Ianya jatuh pada penghujung bulan Disember dan dianggap para penduduk sebagai waktu untuk beristirehat dan bergembira sepenuhnya. Ketika ini, mahkamah-mahkamah undang-undang ditutup. Tiada sebarang perniagaan boleh dijalankan. Sekolah-sekolah bercuti. Memulakan suatu peperangan dianggap perbuatan jahat dan menghukum seseorang penjahat membabitkan pencemaran. Hamba-hamba dilepaskan daripada pekerjaan-pekerjaan berat dan dibenarkan untuk memakai pileus ataupun lencana kebebasan. Mereka diberikan hak kebebasan bersuara dan dilayani di dalam perjamuan khas yang dianjurkan tuan-tuan mereka serta memakai pakaian-pakaian mereka itu . Semua lapisan masyarakat menumpu perhatian mereka kepada bersukaria dan bergembira dengan bersertakan pertukaran hadiah antara teman-teman. Orang ramai membanjiri jalan-jalanan dan pelbagai sarjana Kristian mengatakan bahawa banyak daripada adat-adat tersebut mempunyai persamaan yang ketara dengan adat-adat Krismas dan karnival Itali.

Perjudian di khalayak ramai dibenarkan pihak berkuasa seperti juga permainan kad kemudiannya yang dimainkan semua termasuk mereka yang berperaturan ketat pada malam Krismas. Kesemua penduduk memakai gaun labuh yang dipanggil synthesis dan berjalan-jalan dengan pileus pada kepala mereka. Amalan ini mengingatkan pada domino, topi-topi meruncing dan samaran-samaran lain yang dipakai pada perayaan-perayaan Krismas kemudiannya oleh masques (penghibur) dan mummers (pelakon mimos). 25 Disember adalah tarikh Dewa Matahari disambut di seluruh pagan Eropah khasnya Rom dan sukukaum Latin Purba. Apabila dunia Kristian diterima oleh empayar Rom, Jesus dianggap oleh orang-orang Rom sebagai mewakili Dewa Matahari. Ini tidak jauh beza dengan penganut Buddha yang menganggap Gautama Buddha sebagai jelmaan dewa-dewa Hindu. Santa Claus adalah jelmaan Dewa Poseidon, terpaksa diserap ke dalam perayaan Krismas untuk menjaga hati kaum pagan Eropah yang masih sayangkan ritual-ritual gelap mereka.
Poseidon

Banyak lagi kenyataan tidak masuk akal bagi satu agama yang dianut berbilion orang ini. Kesimpulannya Kristian pada hari ini adalah agama pagan versi moden yang amat menjelekkan. Bagi para Elit dalam 'inner circle', Jesus tidak lebih dari seorang lelaki yang malang dan lemah; sakit dan menderita di tiang salib. Dia bukan Tuhan. Malah mereka sering mengolok-olokkan Tuhan orang-orang Kristian ini. Hari ini Jesus hanya salah satu dewa dari segenap dewa-dewi yang disembah oleh pelbagai aliran Kristian. Hermes, Pan dan Janus adalah dewa-dewa lain yang disembah oleh 'western culture' pada hari ini dan semua ini ditutup-tutup atas nama dunia Kristian; khasnya aliran Katolik. Setiap hari para Elit Illuminati akan ketawa terbahak-bahak melihat kedunguan Trinitarian Kristian yang sebenarnya bagi mereka adalah 'orang-orang bodoh bersama lelaki Tuhan yang sakit dan hampir mati di tiang salib'.

Siapakah Vatikan? Siapakah Paus? Paus bukanlah ketua agama Kristian seluruhnya. Dia cuma simbol kepada aliran Trinitarian Katolik, aliran paling dominan dalam dunia Kristian. Apakah Trinitarian Katolik? Ini adalah agama pagan yang di'rebranded' dan dihias cantik-cantik, direnovasi serta dikomersilkan sebaiknya di seluruh dunia. Lambang-lambang Vatikan penuh dengan penyembahan kepada dunia silam pagan yang penuh kekotoran, kedunguan dan tidak bertamadun. Apa perlunya diletakkan obelisk di depan St. Peter Basillica? Itu adalah lambang phallus iaitu lambang kultus-kultus syaitan purba. Paus juga menggunakan Twisted Cross, iaitu salib kaum pagan yang asalnya digunakan untuk mengolok-olokkan Jesus. Mengapa Paus semakin berani menggunakan lambang 'Eye in the Capstone' atau 'All-Seeing Eye' di atas altar? Apa maksud semua ini? Paus Vatikan hanyalah boneka kepada satu 'secret societies' yang mengawal dunia Katolik. Apakah 'The Dark History of Vatican'? Seks, ritual syaitan dan pembunuhan.

No comments:

Post a Comment