AS membantu Assad agar terus bertahan dalam kekuasaan dengan menghantar pasukan boneka Yaman untuk membantunya.
Menurut beberapa
pemerhati, Washington menyedari beberapa bulan lalu bahawa mereka tidak
boleh menghentikan kumpulan Islam dalam pembangkang Syria, sebahagian
besar berjuang untuk Islam, lapor UmmaNews.
Amerika menghadapi
dilema di mana mereka tidak membenarkan tegaknya Syariah Islam di Syria
dan pada saat yang sama dengan sokongan terbuka kepada rejim brutal
Assad selepas korban yang meningkat begitu banyak di kalangan penduduk
awam Syria, akan menempatkan AS ke dalam kategori negara samseng seperti
Rusia.
Dalam hal ini, AS sedang
cuba membeli masa untuk mencari penyelesaian yang boleh diterima untuk
"masalah Islam" di Syria dan dalam masa yang sama tidak menyekat bantuan
dihulurkan bagi pemberotak oleh negara-negara Arab dan pada saat yang
sama menggunakan rejim, khususnya Yaman untuk menyokong Assad.
Oleh kerana itu jelas bahawa semua retorik AS iaitu "tidak dapat diterimanya sokongan terhadap rejim Assad oleh Rusia, Iran dan Hizbullah Lebanon" hanya retorik politik yang dirancang untuk menyembunyikan sokongan untuk rejim Assad.
Dalam video yang disediakan oleh unit media Mujahidin Jabhah an-Nushrah,
Manarat Al-Baida, menunjukkan pengakuan lima tentera boneka Yaman yang
ditangkap oleh Mujahidin di Syria utara.
Para boneka ini mengaku
bahawa mereka tidak terlibat dalam pertempuran di sisi Alawiyah dan tiba
di Syria atas permintaan khusus kerajaan boneka Yaman.
Pasukan boneka Yaman
melakukan perjalanan ke Syria, mungkin melalui Arab Saudi. Ini bukan
kali pertama Saudi membantu kumpulan-kumpulan bersenjata musuh Islam
dari kalangan Syiah, dan memindahkannya ke Syria.
Perlu diingat bahawa
pada bulan Februari, Saudi membenarkan masuk kapal perang dan helikopter
rafidah Iran melalui bandar pelabuhan Jeddah (sekitar 60 Km dari Mekah)
dalam perjalanan mereka menuju pelabuhan Syria, Tartus.
Hal ini dilaporkan oleh
harian Arab Saudi, Arab News. Menghantar tentera dan senjata untuk Assad
melalui Arab Saudi disebut dengan "lawatan persahabatan kapal tentera
laut".
Rupanya, pendedahan maklumat tentang tentera Yaman yang bertempur membela rejim Assad serta kenyataan
yang jelas dan tegas dari Jabhah an-Nushrah mengenai niatnya untuk
menegakkan Syariah Islam, mendorong AS untuk meletakkan organisasi ini
menjadi apa yang disebut "organisasi pengganas" dunia.
Kenyataan AS mengandungi
bahagian-bahagian dangkal seperti: "Orang-orang Amerika dilarang
melakukan transaksi kewangan dengan kelompok dan aset kumpulan di AS
dibekukan".
Dengan itu, Obama secara
rasmi telah mengakui apa yang disebut "Gabungan Nasional untuk Revolusi
Syria dan Pasukan Pembangkang" yang biasanya bernama Gabungan Nasional
Syria (SNC), yang ditolak oleh seluruh pejuang Syria di lapangan dan
bahkan tentera pembebasan Syria (FSA) yang menjadi wakil rakyat Syria.
SNC juga diakui oleh Perancis, Britain, Turki dan negara-negara Teluk.
Namun, tindakan AS
melawan Jabhah an-Nushrah hanya memperhebat sentimen anti-AS di kalangan
pemberontak Syria. Menurut The Telegraph, pejuang Islam menentang Washington dan bersumpah akan setia kepada Jabhah an-Nushrah.
Sebanyak 29 kumpulan
pembangkang termasuk brigade pertempuran dan jawatankuasa awam telah
menandatangani petisyen yang menggesa demonstrasi besar-besaran dalam
menyokong Jabhah an-Nushrah.
Petisyen tersebut
mengandungi menentang campur tangan Amerika kerana mereka semua adalah
Jabhah an-Nushrah dan mendesak penyokongnya untuk mengibarkan bendera
Jabhah an-Nushrah sebagai rasa terima kasih.
"Ini adalah lelaki kami
untuk rakyat Syria, ini adalah pahlawan yang menjadi milik kami dalam
agama, dalam darah dan dalam revolusi," tulis satu kenyataan di laman
Facebook yang beredar luas di pembangkang Syria.
Menurut The Telegraph,
walaupun barisan an-Nushrah memposisikan diri sebagai organisasi bebas
dengan komando tenteranya sendiri, berasingan daripada FSA, namun begitu
ramai pemimpin FSA yang kini mengakui kekuatan dan memerintahkan
tenteranya untuk bekerjasama dengan Mujahidin an-Nushrah.
Dalam sebuah video yang
diposting dalam talian, menunjukkan Muslim berbaris melalui bandar
Aleppo menyatakan sokongan terhadap Mujahidin Jabhah an-Nushrah.
"Dengan memanggil
An-Nushrah sebagai pengganas, AS mengukuhkan pengeboman oleh rejim Syria
terhadap bandar-bandar seperti Aleppo. Sekarang rejim boleh mengatakan
mereka menyerang pengganas," ujar mulham Jundi, yang bekerja dengan badan amal pembangkang Watan Syria.
Menurut Telegraph,
semakin kuat Jabhah an-Nushrah nampaknya telah membawa kebimbangan untuk
AS, pasukan yang berperang atas nama Islam terus meningkat.
Barat berusaha untuk
"memperbaiki" proses Islamisasi kumpulan bersenjata pembangkang dengan
menyokong pembentukan struktur komando baru untuk FSA sekular pada pertemuan di Turki.
Kini, negara-negara Barat dan Kesatuan Eropah cuba memujuk komander Mujahidin dari berbagai kumpulan untuk mengikuti komando FSA sekular.
Namun, seperti yang
diceritakan oleh salah seorang Mujahid kepada The Telegraph, usaha AS
datang telah lambat dan bahawa setiap usaha AS untuk campur tangan dalam
Jihad Syria akan ditolak.
"Kami tidak menyokong komando tentera FSA baru," ujar Ous al-Arabi, juru gakap Dewan Revolusi Deir al-Zour.
"Untuk peruntukan Deir
al-Zour, mereka telah memilih orang yang tidak mewakili. Jabhah
an-Nushrah adalah kelompok terkuat di sini dan mereka mengabaikan itu,"
ujarnya.
"Rakyat tidak akan
menerima campur tangan Barat sekarang. Kalian menyaksikan kami mati, dan
sekarang apabila kami sudah dekat dengan kemenangan, mereka ingin
campur tangan. Mereka tidak diterima."
Diterjemahkan dari sumber arrahmah
No comments:
Post a Comment