Umat
Islam di Syria, sebuah negara yang diperintah oleh Parti Baath yang
merupakan nasionalis Arab sejak tahun 1963, telah mengalami penderitaan
dan penindasan sejak tahun 1920-an lagi.
Syria
yang memiliki 75 peratus umat Islam, 11 peratus Syiah, dan 9 peratus
Kristian, memiliki sejarah Islam yang panjang dan warisan budaya yang
sangat dalam. Ramai para ulama Islam lahir di bumi ini.
Syria
ditakluk ketika zaman Khalifah Umar, dan kemudian diperintah oleh
Umaiyyah, Abbassiyah, Seljuk dan Ayyub. Tanah Syria menjadi sebahagian
daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517, dan mereka hidup
dalam keadaan aman damai sehingga penggal pertama abad ke-19. Pada tahun
1831, Syria jatuh ke tangan Muhammad Ali Pasha, yang menjadi penentang
kerajaan Turki Uthmaniyyah dan kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri.
Syria kemudian berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah semula
sehinggalah ia dijajah Perancis pada tahun 1920. Penaklukan oleh
Perancis telah menjadi detik permulaan kekacauan dan kezaliman ke atas
rakyat Syria. Perancis telah merobek Syria dari Lubnan, yang mana Lubnan
pada zaman dahulu adalah sebahagian dari Syria, kemudian ia telah
dipisahkan daripadanya.
|
Polisi
penindasan selama 26 tahun yang berakhir dengan kemerdekaan pada
tahun 1946 adalah serupa dengan apa yang dikenakan oleh Perancis ke
atas Algeria, Tunisia, dan banyak lagi negara-negara Islam yang lain.
Rakyat Syria telah memulakan kempen menentang selepas penaklukan
Perancis. Perancis dengan kejamnya telah membunuh puluhan ribu rakyat
dan mengebom banyak bandar-bandar besar. Kebangkitan yang berlaku telah
dihapuskan dengan kejam, namun Perancis menyedari bahawa hari-hari
mereka berada di Syria sedang dihitung.
Perancis
terpaksa berundur dari Syria selepas Perang Dunia II, dan ia akhirnya
menerima kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Namun demikian, mereka
meninggalkan Syria dalam keadaan yang tidak stabil dan sering terdedah
kepada konflik. Mandat Perancis yang dikenakan ke atas Syria selepas
Perang Dunia I telah memberikan lebih manfaat kepada puak Syiah
berbanding kumpulan-kumpulan lain (Puak Syiah percaya kepada kesucian
Saidina Ali r.a. Ia hampir mirip kepada pendewaan yang dilakukan oleh
orang-orang Kristian ke atas Nabi Isa a.s.). Pentadbiran Perancis telah
meletakkan minoriti Syiah dalam jawatan-jawatan penting kerajaan, lalu
menimbulkan rasa tidak senang kepada umat Islam dari kalangan ahli
sunnah wal jama'ah. Ini seterusnya membenihkan bibit-bibit permusuhan di
antara dua golongan tersebut. Ramai pakar di Timur Tengah berpendapat
bahawa puak Syiah berjaya mencapai kedudukan politik dan militari yang
tinggi semenjak deklarasi kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Berikutan
dengan kemerdekaan tersebut, perkara penting yang berlaku ialah puak
Syiah berjaya mengambil alih pemerintahan negara dengan meminggirkan
kedudukan golongan ahli sunnah wal jama'ah yang telah lama menerajui
perkembangan politik dan ekonomi tanah air.
Selepas
kemerdekaan, Syria menjadi sebuah negara yang sering berlaku rampasan
kuasa. Mereka bermula pada tahun 1949 dan terus melakukannya sehingga
tahun 1970 yang pada waktu itu dipimpin oleh diktator Hafez Al-Assad.
Rejimnya telah menamatkan rampasan kuasa tetapi telah mewujudkan sebuah
sistem pemerintahan yang bersifat menekan. Kerajaan Baath telah menambah
lagi kesusahan kepada umat Islam Syria. Negara itu telah jatuh ke
tangan puak minoriti Syiah, yang hanya terdiri daripada 11 peratus
sahaja dari keseluruhan populasi. Kesemua ras-ras yang lain telah
kehilangan pengaruh. Dalam masa yang singkat sahaja, rejim Assad, yang
menggelarkan diri mereka sebagai "Demokrasi Rakyat Sosialis," telah
mengenakan pemerintahan yang zalim di negara itu. Kesemua parti politik
telah ditutup, dan sokongan terhadap pandangan parti politik lain selain
dari ideologi sosialis yang disokong oleh Parti Baath diharamkan.
Kesemua pergerakan Islam dihalang. Para pemimpin gerakan-gerakan
tersebut telah ditangkap dan didera dengan kejam sehingga mati.
Pertubuhan hak-hak asasi manusia antarabangsa telah melaporkan bagaimana
umat Islam Syria dikenakan penindasan yang sangat teruk dan telah
menderita sepanjang era Assad, dan bagaimana wanita Islam diperkosa dan
penderaan yang tersangat zalim telah dikenakan ke atas lelaki.
Kekejaman dan Penindasan, Simbol Era Assad
|
Matlamat
utama rejim Baath adalah untuk memadamkan identiti Islam Syria. Bagi
mencapai hasrat ini, berpuluh-puluh ribu umat Islam telah ditahan tanpa
sebab dan kemudiannya didera. Kebanyakannya telah dikenakan hukuman, dan
yang lain hilang begitu sahaja. Rejim Assad telah melakukan
tindakan-tindakan seperti merogol wanita, memukul mereka sehingga mati
dan menggantung mereka pada bahagian kaki. Rejim ini juga cuba untuk
memusnahkan masyarakat Islam dengan menyerang rumah-rumah, masjid dan
melakukan penghinaan dan kekacauan yang tidak pernah putus, dan
sesungguhnya mereka amat gembira melakukannya.
Contoh
paling ngeri kebuasan rejim Assad ialah pembunuhan beramai-ramai yang
dilakukan di bandar Hama. Satu-satunya sebab yang membawa kepada
penghancuran bandar itu ialah pergerakan-pergerakan Islam amat berkuasa
di sana. Rifaat Assad, adik kepada Hafez dan juga merupakan ketua Staf
Jeneral, telah mengarahkan satu siri serangan darat dan udara ke atas
bandar Hama pada satu malam Februari 1982. Majoriti askar yang enggan
menurut perintah telah dibunuh serta-merta. Bandar tersebut telah musnah
teruk. Kira-kira 40,000 umat Islam kehilangan nyawa kesan daripada
kebuasan rejim Assad selama 27 hari itu.
Terdapat
banyak lagi pembunuhan yang dilakukan oleh Assad selama 3 dekad sebagai
seorang diktator. Ramai umat Islam Syria yang melarikan diri dari Assad
masih hidup di perantauan sebagai seorang pelarian. Terdapat kira-kira 1
juta umat Islam Syria di Arab Saudi sahaja.
Di
sebalik semua ini, polisi Bashar Assad, yang mengambil alih
pemerintahan negara selepas kematian bapanya, telah menghantar signal
yang lebih positif tentang sikapnya terhadap komuniti agama di Syria.
Kami berharap signal ini akan membawa kepada satu perubahan positif dan
seterusnya membolehkan Syria bebas, aman dan menjadi sebuah negara yang
adil. Tiada seorang pun yang ditekan disebabkan oleh kepercayaan dan
asal-usul keturunannya.
Namun
demikian, kita harus ingat bahawa tiada satu pun masalah sosial di
Timur Tengah dan di kawasan-kawasan Islam lain yang tidak memiliki jalan
penyelesaian. Sekali pandang, memanglah masalah yang berlaku di kawasan
tersebut sangat kompleks dan tidak dapat diselesaikan sama sekali.
Namun demikian, jalan penyelesaiannya di cari selama beratus-ratus
tahun di tempat yang salah. Jawapan kepada permasalahan itu ialah dengan
hidup berlandaskan ajaran Al-Quran yang telah Allah turunkan kepada
seluruh manusia. Menjadi lemah dalam menghadapi situasi sedemikian
adalah tidak patut bagi diri umat Islam. Ini kerana Allah, yang telah
menciptakan segala-galanya, yang membina sebuah sistem yang membolehkan
manusia hidup di dalamnya dalam aman, sejahtera dan selamat, dan telah
mewahyukan semua itu kepada manusia melalui al-Quran. al-Quran telah
menunjukkan kepada kita jalan yang sebenar bagi setiap perkara, seperti
yang diterangkan dalam ayat berikut, "...Kami
turunkan kepada kamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala
sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi Muslimin."
(An-Nahl, 16:89)
Adik kepada Hafez al-Assad, Rifaat telah mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Hama selama 27 hari yang bermula pada 2 Februari 1982. Rifaat telah diberikan kuasa sepenuhnya oleh abangnya, dan dia mengarahkan 12,000 orang askar, termasuk pasukan-pasukan khas. Satu pertiga dari bumi Hama yang diduduki seramai 350,000 orang telah dimusnahkan. Seramai 30-40,000 orang telah dibunuh dan tiada berita tentang 15,000 yang lain. Beribu orang penduduk terpaksa melarikan diri. Masjid-masjid dan bangunan bersejarah telah diruntuhkan. Kerajaan Syria telah mengambil tindakan bagi memastikan berita tentang peristiwa itu tidak sampai ke pengetahuan wartawan asing. Segala bentuk komunikasi denga bandar tersebut telah diputuskan, dan tiada siapa yang dibenarkan masuk atau keluar. Walaupun begitu, mereka tetap gagal untuk menyembunyikan pembunuhan beramai-ramai yang kejam. |
Sekiranya
ajaran moral terbaik yang diberitahu di dalam al-Quran dapat difahami
dan seterusnya diamalkan, maka segala masalah yang sedang berlaku di
dunia ini akan dapat diselesaikan dengan mudah. Memandangkan jalan
penyelesaiannya adalah hidup berdasarkan ajaran al-Quran, maka mereka
yang memiliki kesedaran adalah bertanggungjawab untuk menerangkan
al-Quran kepada orang lain. Di dalam al-Quran, para utusan Allah telah
menerangkan tanggungjawab mereka seperti berikut:
Kami hanya bertanggungjawab untuk menyampaikan dengan jelas. (Yaasin, 36:17)
No comments:
Post a Comment