Setelah kekalahan
Khilafah Uthmaniyah dalam Perang Dunia pertama dan melalui Perjanjian
Sykes-Picot antara Perancis dan British pada tahun 1916, Perancis
menduduki apa yang kita kenal hari ini sebagai negara Syria. Agar
seseorang dapat memahami sejauh mana pengaruh AS di Syria dan untuk
memetakan hubungan antara rejim Assad dan AS, kita harus meninjau
sejarah moden Syria. Berikut adalah 10 peristiwa dalam susunan kronologi
yang bermula dari masa penjajahan Barat atas Syria hingga sekarang,
yang menunjukkan penglibatan AS di negara itu.
1. AS dan CIA mengatur rampasan kuasa tentera di Syria sejak tahun 1949
AS melalui kedutaan
besarnya di Damsyik dan CIA, memimpin rampasan kuasa tentera pertama
yang pernah berlaku di Syria pada tahun 1949 seperti yang disebutkan
dalam buku "The Game of Nations" yang ditulis oleh Miles Copeland . Hal
ini menandakan awal perjuangan antarabangsa atas Timur Tengah di antara
Amerika Syarikat yang merupakan pendatang baru di percaturan politik
dunia dan Eropah (Perancis dan British) yang memegang pengaruh di
kawasan itu namun keluar dari Perang Dunia II dalam keadaan hancur.
Kedutaan Besar AS dan CIA terus menyokong beberapa rampasan kuasa
tentera berikutnya di Syria sepanjang tahun 50-an dan 60-an untuk
melawan pesaing Eropah mereka. Ini merupakan era ketidakstabilan yang
berlangsung lebih dari dua dekad.
2. Penarikan pasukan tentera Syria oleh Hafez dari Perang 1967 adalah untuk melindungi Israel.
Mantan Presiden Syria,
Amin al-Hafiz, berkata dalam sebuah wawancara di Al-Jazeera pada tarikh 2
Julai 2001, bahawa Hafez al-Assad, yang kemudian menjadi Menteri
Pertahanan telah mengeluarkan arahan tegas untuk menarik tentera Syria
dari Dataran Tinggi Golan pada awal Perang 1967. Ini berlaku sebelum
tanda-tanda kekalahan atau konfrontasi nyata terhadap tentera Israel
yang telah menyebabkan pendudukan lokasi yang strategik itu. Melalui
langkah inilah, Assad mendapat kepercayaan dari AS untuk mempertahankan
sempadan utara Israel dan dia terus lakukan selama tiga dekad
seterusnya.
3. AS menyokong Syria melalui Resolusi PBB 242 pada tahun 1967
Resolusi PBB 242 yang
disahkan selepas Perang 1967, yang umumnya dikenali sebagai Perang Enam
Hari dengan Israel dan pendudukan Dataran Tinggi Golan yang merupakan
geran dari Syria hingga hari ini untuk mendapatkan kembali wilayahnya.
AS menyokong perjanjian ini dan hak Syria atas wilayahnya. Hal ini
berbeza dengan kedudukan Israel, terlepas dari janji di bibir untuk
menolak setiap gagasan menyerahkan wilayah yang strategik secara
geografi ini.
4. Memperkuat Hubungan AS-Syria selepas Perang 1973
Selepas perang 1973
dengan Israel, AS seharusnya menghukum Syria dengan hukuman. Sebaliknya,
pada tahun 1974, Presiden Nixon secara peribadi melakukan lawatan ke
Damsyik untuk mengukuhkan hubungan dengan rejim Assad.
5. AS menerima pendudukan Syria atas Lebanon sejak tahun 1976
Pasukan Syria menyerang
Lubnan pada awal perang saudara. AS bertindak diam untuk tidak menentang
penjajahan adalah merupakan "lampu hijau" bagi Hafez al-Assad untuk
memulakan dan meneruskan pencerobohan ini hingga tahun 2005, ketika
sebuah resolusi oleh mandat Perancis mendorong Syria supaya keluar dan
sementara AS pula berdiam diri. Sebuah analisa politik menggambarkan
peranan AS dengan mengatakan "AS dilihat secara diam bersetuju
kesinambungan kuasa Syria di Lebanon."
6. Kerjasama Syria dan AS melalui Perjanjian Tai'f pada tahun 1989
Perjanjian Taif
ditandatangani di Arab Saudi antara puak-puak di Lebanon yang berbeza
untuk menamatkan perang saudara pada tahun 1989. AS adalah broker kuasa
selain Perancis, Arab Saudi, Mesir dan Syria yang membantu membuat
perjanjian yang, "menggalakkan sokongan antarabangsa bagi amanah Syria
atas Lebanon."
7. Syria bergabung dengan AS dalam kempen untuk menyerang Iraq pada tahun 1991
Syria menyokong AS dalam
kempen perang melawan Iraq (Operation Desert Storm) dengan menghantar
14500 tentera dan anggota tenteranya untuk membantu AS dalam serangan di
Iraq.
8. AS menjadi orang tengah dalam rundingan antara Syria dan Israel sepanjang tahun 1990-an
Hafez al-Assad bersetuju
AS sebagai orang tengah antara Syria dan Israel. Ketua Staf Angkatan
Darat Syria, Leftenan Jeneral Hikmat al-Shihabi, mengetuai delegasi ke
AS untuk membincangkan rundingan damai tentang masalah tersebut. Dalam
sebuah wawancara dengan TV Russia Today, mantan Menteri Pertahanan Syria
dan tokoh utama rejim Assad, Mustafa Tlass menyatakan dengan tegas
bahawa al-Shihabi adalah agen CIA untuk Amerika Syarikat.
9. Kerjasama perisikan antara CIA dan Syria untuk menyeksa para tahanan sejak tahun 2001
Kerja sama erat antara
CIA dan rejim Syria begitu hangat, bahkan selama Syria disebut sebagai
negara bajingan (rogue state), rejim Syria masih menawarkan perkhidmatan
untuk melakukan pekerjaan kotor bagi CIA. Rejim menggunakan badan-badan
intelijennya yang terkenal dengan sifat jahat untuk mengorek maklumat
dari para tahanan dan tawanan perang melalui penyeksaan yang dilakukan
untuk CIA. Kes terkenal ialah Maher Arar, seorang warga negara Kanada.
10. AS menyokong rejim Syria selama Revolusi Syria 2011
Sebagaimana yang telah
dibincangkan secara terperinci melalui bahagian pertama dari siri ini
tentang lembaga rejim Assad, AS telah bertindak secara diam dan
menyaksikan pembunuhan warga awam Syria selama 2 tahun yang berlaku
setiap hari.
Seperti yang jelas
kelihatan, dalam sejarah moden Syria sejak awal AS cuba untuk mengatur
agen-agennya berkuasa melalui rampasan kuasa ketenteraan. Walaupun AS
terus memberikan retorika penentangan terhadap Syria, negeria itu
mencapai puncak hegemoninya ketika agennya, Hafez al-Assad mencapai
kuasa pada tahun 1970. Sejak al-Assad, Syria telah menjadi negara kaki
tangan rahsia AS untuk melayani kepentingan di wilayah itu dan
melindungi sempadan utara Israel. Secara lahiriah Hafez mengaku sebagai
pemimpin penentang di wilayah Arab.
No comments:
Post a Comment