Apa itu Homoseksual?
Homoseksual dalam istilah yang sebenarnya adalah hubungan kelamin yang melibatkan sesama jenis samaada lelaki atau perempuan. Namun, masyarakat Barat memandang istilah Homoseksual sebagai hubungan yang melibatkan sesama lelaki sahaja berbanding dengan istilah yang sebetulnya yang turut merujuk kepada hubungan sesama perempuan. Istilah Homoseksual diambil daripada dua perkataan daripada bahasa Inggeris iaitu Homo dan Seksual. Homo bermaksud sejenis dan Seksual bermaksud kegiatan atau hubungan seks.
Istilah Homoseksual kontra kepada istilah Heteroseksual yang mana ia membawa maksud hubungan seks berlainan jenis. Lumrah manusia adalah bergitu. Allah swt menciptakan manusia berpasangan iaitu lelaki dan wanita untuk dijadikan pasangan.
Bagi masyarakat Arab, istilah Homoseksual dirujuk dengan istilah Liwath. Liwath mengambil daripada kata akar Lut. Lut adalah Rasul yang diutuskan Allah di dua buah daerah yang terletak di negara Jordan sekarang iaitu Sodom dan Gomorrah yang mana masyarakatnya mengamalkan kehidupan songsang.
Homoseksual sudah menular sejak zaman berzaman
Sejak zaman berzaman, kegiatan homoseksual atau seks sejenis sudah menjadi lumrah kehidupan manusia. Ia bagaikan mewarnai rencah hidup masyarakat zaman tersebut, cuma ia kurang diketahui dan tidak diambil peduli.
Kegiatan yang dilaknat Allah swt ini sebenarnya menjadi simbol kepada kemusnahan moral umat-umat terdahulu. Tiada lagi gejala yang paling buruk dan jijik melainkan gejala homoseksual ini.
Namun, jika pembaca hidup di Rom dan Yunani Purba, tidak pelik melihat raja-raja dan pemerintah mereka mengamalkan hubungan jelik ini. Sebenarnya, itulah simbol kemewahan dan status mereka. Terdapat golongan atasan di Yunani dan Rom Purba mempunyai ratusan lelaki simpanan disamping gundik-gundik yang menjadi ‘bidadari’ istana.
Untuk kali ini, penulis akan menyenaraikan beberapa tokoh zaman silam yang dikaitkan dengan hubungan sesama jenis. Jangan terkejut apabila nama-nama yang tersenarai ini adalah tokoh yang pembaca tidak pernah jangka. Moga-moga dengan artikel kali ini, ia akan menjadi infomasi terbaru kepada pembaca-pembaca di luar sana. Selamat membaca.
1. Kaum Lut as
Penulis mulakan dengan kaum Lut as dahulu.
Sudah termaktub di dalam Al-Quran mengenai kisah Kaum Nabi Lut as yang mengamalkan seks sejenis atau dalam istilah masakini, Gay dan Lesbian. Malahan isteri Lut as sendiri mengamalkan budaya menentang lumrah alam ini. Diceritakan Allah swt dalam surah Hud ayat 81-82 mengenai kekafiran isteri Lut as dan azab yang diterima oleh keseluruhan kaum baginda termasuklah isteri baginda yang kufur itu.
81. Para utusan (malaikat) berkata: “Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?.”
82. Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi,
Pengakhiran yang teruk dan azab. Kaum Lut akhirnya dimusnahkan oleh Allah swt dengan azab yang paling pedih bersesuaian dengan keengkaran mereka berubah normal sepertimana yang disarankan oleh Lut as. Laut Mati yang dikunjungi oleh ribuan pelancong setiap tahun menjadi pusara kekal buat mereka. Nauzubillahiminzalik.
2. Masyarakat Pompeii
Pompeii adalah bandar purba Rom yang terletak di Naples berdekatan wilayah Campania, Itali. Bandar Purba Pompeii mula terkenal selepas dijumpai tertanam sedalam kira-kira 2-4 meter di bawah bumi pada 1599 selepas secara tidak sengaja tergali sebuah benteng yang terukirnya fresco yang masih terpelihara cantik. Kemudian, pada tahun 1748, seorang jurutera daripada Sepanyol telah melakukan eskavasi di Pompeii dengan keizinan King of Naples, Charles of Bourbon. Selepas itu, banyak individu lain mula melakukan penggalian arkeologi di Pompeii sehingga yang kita dapat lihat hari ini.
Pompeii pada zaman kegemilangannya adalah bandar yang cukup pesat membangun. Bukan sahaja memiliki bandar yang moden dan teratur, tetapi juga memiliki pemandangan yang indah berlatarbelakangkan Mount Vesuvius. Kegemilangan Pompeii sebenarnya berlandaskan maksiat semata-mata. Pompeii dianggap sebagai syurga dunia pada zamannya. Segala jenis maksiat terdapat di sini termasuklah homoseksual. Dosa yang dilakukan masyarakat Pompeii tidak kekal lama apabila bandar ini akhirnya dimusnahkan Allah swt dalam hanya satu letusan Mount Vesuvius pada 79M. Bandar ini tenggelam dengan timbunan debu-debu panas setinggi 2-4 meter sehingga ia dilupai oleh masyarakat dunia. Ia akhirnya dijumpai kembali pada abad ke-16.
Azab yang diterima oleh masyarakat Pompeii mirip dengan azab yang diterima oleh Kaum Lut as. Semoga ia tidak berlaku kepada masyarakat kita pula kelak.
3. Alexander The Great
Naluri seksual Alexander The Great sebagai seorang homoseksual mula diperdebatkan sejak kebelakangan ini. Ini berikutan Alexander mempunyai hubungan yang bergitu rapat dengan teman seperjuangannya, Hapheastion. Hubungan mereka berlaku sejak daripada remaja lagi. Ini adalah kerana Alexander dan Hapheastion berguru dengan individu yang sama iaitu Plato. Semasa meningkat dewasa, kedua-dua mereka menjadi individu yang disegani. Alexander meningkat menjadi komander dan pemerintah yang sangat disegani oleh kawan ataupun lawan manakala Hapheastion meniti karier menjadi ketua battalion perang dan pengawal peribadi Alexander.
Diriwayatkan bahawa, Hapheastion meninggal dunia semasa misi penaklukan Alexander di Parsi setelah mengalami demam malaria pada 324AD ketika berumur 32 tahun. Alexander diriwayatkan menangisi kematian Hapheastion sehingga mengalami kemurungan dan kurang keyakinan. Pengebumian Hapheastion dilakukan secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam oleh Alexander persis pengebumian seorang raja yang agung.
4. Hadrian
Hadrian adalah maharaja Rom yang memerintah sekitar tahun 117AD sehingga 138AD. Hadrian meninggal dunia ketika berusia 62 tahun pada 10hb Julai 138AD akibat serang jantung di villa miliknya di Baiae. Maharaja Hadrian terkenal sebagai maharaja yang bertanggungjawab membina Tembok Hadrian yang kini terletak di Britain. Antara yang menarik mengenai Hadrian adalah beliau sangat meminati budaya Yunani miskipun beliau adalah warga Rom. Ini dapat dilihat daripada ukiran patung Hadrian yang sentiasa janggut sedangkan Maharaja sebelum Hadrian kesemuanya tidak menyimpan janggut. Untuk pengetahuan pembaca, warga Yunani sentiasa mempunyai imej berjanggut yang mana ia merupakan ikon Hellinistik. Ini dapat dilihat melalui patung Socrates, Aristotle, Plato, Salon dan sebagainya.
Titik tolak daripada minat Hadrian tersebut akhirnya membibit perasaan cinta kepada orang Yunani pula. Hadrian direkodkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang remaja berusia belasan tahun daripada Yunani yang bernama Antinous . Antinous sentiasa berada di sisi Antinous sehinggalah kematiannya akibat lemas di sungai Nil. Hadrian bergitu sedih dengan kematian Antinous tersebut. Ketika itu, umur Hadrian dalam lingkungan 58 tahun.
Untuk mengingati Antinous , Hadrian menjadikan nama Antinous sebagai nama bandar yang ditaklukinya di Mesir. Bandar tersebut dikenali Antinopolis.
Bukan itu sahaja, Hadrian telah menjadikan Antinous sebagai dewa dan membina kuil khas buatnya. Sehingga kini, pasangan Hadrian-Antinous sentiasa menjadi ikon kepada golongan homoseksual.
5. Commodus
Maharaja Commodus yang dilahirkan pada 31hb Ogos 161 memerintah Rom daripada sehingga 18hb March 180 sehinnga kematiannya pada 31hb Disember 192. Kematiannya cukup tragik apabila pembunuh upahan yang juga gladiator di colosoeum miliknya, Narcissus membunuhnya di tab mandi selepas diracun oleh Marcia.
Maharaja Commodus sangat dibenci oleh rakyatnya bukan sahaja kerana kesombongan dan keangkuhannya tetapi juga orientasi seksualitinya. Commodus dikatakan memiliki 300 hamba seks lelaki untuk memuaskan nafsunya di samping 300 gundik yang juga digunakan untuk tujuan yang sama.!
6. Elagabalus
Elagabalus pernah memerintah Rom sekitar tahun 218 sehingga 11hb March 222. Elagabalus adalah salah seorang maharaja yang memerintah Rom yang berdarah Syria daripada sebelah ibunya, Julian Soaemias. Elagabalus memerintah Rom untuk jangka masa yang cukup singkat iaitu selama empat tahun sahaja apabila beliau akhirnya dibunuh pada usia 18 tahun oleh Pretorian Guard atas arahan neneknya, Julian Maesa.
Elagabalus membina reputasi sebagai raja yang pelik dan gila. Apa yang pelik dan gila mengenai beliau ini adalah apabila beliau bertindak mengahwini seorang hamba yang berambut perang bernama Hierocles yang juga pemandu chariot beliau. Beliau bukan sahaja mengahwini seorang hamba tetapi juga seorang lelaki yang akhirnya menaikkan api kemarahan masyarakat Rom terutamanya Pretorian Guard.!
Perkahwinan Elagabalus dengan Hierocles diumumkan secara rasmi dan Elagabalus secara bersahaja mengelar dirinya sebagai ‘Queen of Hierocles’. Terdapat sumber mengatakan Elagabalus telah melakukan pengubahsuaian jantinanya kepada wanita. Walaubagaimanapun, ia masih di dalam kajian. Kisah Elagabalus ini memberi gambaran kepada masyarakat moden bahawa pengubahsuaian jantina atau transsexual sudah mula difikirkan sejak pemulaan masihi lagi malah kemungkinan besar lebih lama daripada itu.
7. Nero
Maharaja Nero pernah memerintah Rom Purba selama 14 tahun iaitu daripada 54AD sehingga 68AD. Nero dikenang sebagai antara maharaja Rom yang paling brutal, ego dan kuku besi. Nero yang terkenal sebagai maharaja yang tidak berhati perut telah bertanggungjawab ke atas pembunuhan ribuan penganut Yahudi yang tidak bersalah. Turut sama dibunuh adalah hawari Nabi Isa as iaitu Petros yang telah disalib dengan cara terbalik. Seorang lagi hawari Nabi Isa as iaitu Paulus atau Saulus telah melarikan diri ke Sepanyol. Nero dianggap oleh penganut Kristian sebagai beast atau anti-christ. Sesetengah mazhab Kristian mendakwa Nero adalah individu yang dimaksudkan dengan simbol 666 dalam Book of Revelations di dalam Holy Bible.
Sesuai dengan kezaliman dan reputasinya yang buruk, Nero direkodkan mempunyai sifat yang pelik dan menjijikkan. Nero dikatakan mengamalkan amalan homoseksual sehingga membawanya kepada perkahwinan sesama jenis. Direkodkan oleh ahli sejarah, Josephus, Nero mengahwini dua lelaki dalam dua majlis yang berlainan. Salah seorang lelaki yang dikahwini Nero adalah Sporus. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara terang-terangan dan gilang-gemilang.
8. Sappho
Sappho ada pemuisi yang berasal daripada Yunani. Beliau dipercayai dilahirkan antara tahun 630BC sehingga 612BC di sebuah pulau di Yunani iaitu Pulau Lesbos. Sapphos meninggal dunia sekitar tahun 570BC.
Reputasi Sappho sebagai pemuisi tidak perlu diperdebatkan lagi kerana beliau sememangnya terkenal sebagai pemuisi tersohor pada zamannya. Malah Plato sendiri adalah salah seorang daripada jutaan manusia yang menggaguminya. Namun, apa yang perlu diperdebatkan adalah orientasi seksualiti beliau.
Sekitar kurun ke-19, puisi Sappho yang kebanyakkannya memuji keunggulan dan keanggunan sang wanita telah dikaitkan dengan orientasi seksualnya yang songsang. Miskipun Sappho terkenal sebagai seorang pencinta wanita, beliau bagaimanapun dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki dan mempunyai seorang anak yang dinamakan sempena nama ibunya, Kleis.
Jika Sappho hanya seorang pencinta wanita melalui puisi dan tidak pernah mengamalkan hubungan songsang, Sappho bagaimanapun tetap ‘bersalah’ kerana puisi dan sajak beliau telah menyebabkan budaya hubungan songsang khususnya lesbian cepat menular sehingga dikatakan sampai ke Mesir.
Pada zaman pertengahan ketika mana Islam berada di puncak kegemilangan, banyak buku-buku daripada Yunani diterjemah ke bahasa Arab untuk ditempatkan di Baitul Hikmah di Baghdad. Walaubagaimanapun, buku-buku yang terkandungnya puisi serta sajak nukilan Sappho dilarang diterjemah kerana mempunyai unsur-unsur pro-hubungan sejenis dan cinta kepada kaum sejenis.
Lama sebelum itu iaitu sekitar 380M, St. Gregory of Nazianzuz telah mengarahkan pembakaran buku-buku milik Sappho. Direkodkan, kejadian pada 380M itulah merupakan pemusnahan besar-besaran buku Sappho sehingga tersisa sedikit sahaja itupun dalam bentuk pecahan-pecahan dan helaian-helaian kertas yang tidak lengkap.
9. Julius Caesar
Julius Caesar pernah mengetuai Rom sekitar tahun 49BC sehingga 45BC. Julius Caesar yang terkenal sebagai antara panglima perang yang paling bijak zaman silam ini dilahirkan pada 13hb Julai 100BC. Miskipun Caesar disayangi oleh rakyatnya, namun beliau mengumpul ramai musuh politik termasuklah di kalangan senator di Parlimen. Beliau akhirnya dibunuh pada 14 March 45BC oleh satu komplot pembunuh dengan 24 kali tikaman di seluruh badannya.
Selusuri kisah Julius Caesar merupakan satu perjalanan hidup yang menarik dan tragik. Banyak cerita dan khabar angin yang tidak elok mengenai Caesar. Antaranya adalah kisah di mana Caesar dikatakan seorang homoseksual dan pernah menjalinkan hubungan dengan seorang raja sewaktu berumur 20 tahun. Raja yang dimaksudkan adalah King Nicomedes IV of Bithynia. Kisah ia bermula apabila Caesar yang masih muda belia telah dihantar ke Bithynia sebagai duta pada 80BC. Misi Caesar adalah untuk meningkatkan armada kapal bagi tujuan peperangan pada masa akan datang. Bithynia terkenal sebagai sebuah wilayah yang memiliki sumber kayu-kayan yang banyak yang mana ia boleh digunakan untuk membina kapal-kapal perang Rom kelak.
Walaubagaimanapun, Caesar yang masih lagi remaja telah berfoya-foya dengan King Nicomedes sehingga membangkitkan khabar angin di Rom bahawa mereka mempunyai hubungan lebih daripada seorang rakan pakatan. Sewaktu Caesar meningkat kariernya menjadi seorang pemerintah Rom, kisah Caesar dan Raja Nicomedes masih lagi diperdebatkan sehinggakan musuh politik Caesar sering mengelarnya sebagai ‘Queen of Bithynia’.
10. Scared Band of Thebes
Scared Band of Thebes adalah ketumbukan bala tentera Thebes yang ditubuhkan oleh Komander Gorgidas pada 378BC. Scared Band of Thebes terdiri daripada pasangan-pasangan lelaki homoseksual sebagai tentera. Gorgidas dikatakan terpengaruh dengan puisi-puisi nukilan Plato yang sering menyarankan pasukan tentera yang terdiri daripada lelaki yang menyayangi antara satu sama lain untuk menyemarakkan lagi semangat juang mereka di medan perang.
Antara kekeliruan Gorgidas menafsir puisi Plato atau Plato sendiri adalah pengamal homoseksual, ia tidak penting kerana yang penting adalah pasukan yang ditubuhkan oleh Gorgidas tersangat sukar dikalahkan miskipun unit pasukan Thebes yang lain telah lama menyerah kalah. Scared Band of Thebes dikatakan telah berjuang habis-habisan sehingga akhirnya mereka dikalahkan secara keseluruhannya oleh pasukan Macedonia yang diketuai oleh Philip of Macedonia dan anaknya, Alexander the Great dalam Battle of Chaeronea.
Menurut ahli sejarah, Plutarch, jumlah kematian Scared Band of Thebes secara keseluruhan adalah 300 orang akan tetapi dalam satu eskavasi pada tahun 1890, sebanyak 254 rangka manusia yang dipercayai adalah Scared Band of Thebes telah ditemui. Makam di mana Scared Band of Thebes ditempatkan berada di Chaironeia. Sebuah patung singa yang dikenali Lion of Chaironeia telah menjadi monumen kepada makam tersebut.
Penutup
Apa yang dapat dilihat, kehidupan homoseksual pada zaman dahulu bergitu terbuka. Di Rom Purba misalnya, ramai bangsawan dan pemerintah mereka menyimpan ratusan ‘gundik’ lelaki yang digunakan untuk memuaskan nafsu mereka. Lebih memilukan, terdapat bangsawan yang bertindak ekstrem dengan mengahwini lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Kehidupan yang tidak normal ini berlaku dalam jangka masa yang cukup lama sehingga Rom diperintah oleh Constantius II pada 342M apabila beliau bertindak melarang mana-mana rakyatnya mengamalkan budaya Homoseksual.
Kod Theodosian telah digunakan Constantius II bagi menyekat rakyatnya daripada terus terlibat dalam amalan yang jijik ini dan jika engkar, hukuman pancung akan menanti mereka. Undang-undang yang digunakan oleh Constantius II amat bersesuaian dengan saranan agama baru kerajaan Rom iaitu Kristian yang menganggap dosa Homoseksual sebagai antara satu daripada tujuh dosa besar(seven sin).
Apa yang dapat dilihat melalui artikel yang penulis lampirkan adalah azab yang diterima oleh kaum Lut as dan masyarakat Pompeii tidak pernah dijadikan ikhtibar dan pengajaran kepada masyarakat yang hidup selepas itu. Manusia mudah benar lupa. Manusia mudah benar untuk menentang lumrah alam. Mereka merasakan yang dilihat jijik itulah moden. Itu hakikat yang boleh kita pelajari daripada sejarah kehidupan umat terdahulu yang telah diazab Allah.
Melihat kepada kehidupan masyarakat abad ke-21 sekarang, sejarah sentiasa berulang. Ulangan pada zaman moden ini persis ulangan episod zaman silam. Bila agaknya dosa homoseksual ini mahu berakhir.
Adakah apabila azab yang diterima oleh Kaum Lut as turun baru manusia mahu insaf? Adakah kiamat menjelma baru manusia mahu bertaubat? Apa yang pasti sekarang, bergantung kepada individu tersebut untuk memilih jalan kufur yang menjijikkan atau memilih jalan yang diredhai Allah swt. Moga kita semua memilih jalan kedua..insyaAllah
No comments:
Post a Comment