Wednesday, February 29, 2012

(Gambar) Kereta Kebal semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua!

Kereta Kebal diperkenalkan oleh negara British semasa mereka terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Pada awalnya, penggunaan kereta kebal tidak dianggap efektif dan praktikal dek kerana pergerakan dan masalah teknikal yang tercetus daripada kereta kebal tersebut. Ia berlaku dalam Pertempuran Somme pada 15 September 1916 dan Pertempuran Cambrai pada 21 November 1917 melibatkan tentera British dan Jerman.British kalah teruk dalam kedua-dua pertempuran tersebut dengan kehilangan banyak kereta kebal serta korban nyawa.

Namun, falsafah perang yang dicetuskan oleh penggunaan kereta kebal untuk menggantikan peranan kuda perang bagi menerombos sempadan hadapan dan ‘jantung’ musuh telah melanda seluruh negara yang berperang seperti Jerman, Rusia dan Perancis. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, mereka berlumba-lumba untuk membina kereta kebal masing-masing bagi menggantikan unit berkuda dan artileri berat.

Kereta Kebal Pertama

Kereta Kebal pertama yang digunakan di medan Perang adalah Mark I. Mark I adalah ciptaan British untuk digunakan semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada 15 September 1916. Mark I bagaimanapun tidak memberi sebarang kelebihan kepada British kerana masalah teknikal yang dialami oleh Mark I. Selepas ciptaan Mark I, kerajaan British lebih giat memperbaharui teknologi kereta kebal seperti menambahkan kelajuan, kestabilan dan rekabentuk. Maka terhasillah Mark II, Mark III, Mark IV, Sherman dan banyak lagi.

Mark I yang musnah semasa pertempuran Somme.

Kereta Kebal Pertama Asia

Sejak Perang Dunia Pertama sehinggaPerang Dunia Kedua, boleh dikatakan hampir beribu-ribu buah kereta kebal telah dicipta dan ditambah-baikkan. Negara Asia pertama yang berusaha mewujudkan unit kereta kebal sendiri adalah negara matahari terbit iaitu Jepun. Sehubungan itu, mereka telah menghantar jurutera dan saintis untuk belajar di Britain bagi tujuan membina kereta kebal ciptaan mereka sendiri. Maka, pada Perang Dunia Kedua, terciptalah kereta kebal buatan Jepun seperti Type 3 Medium-Chi Nu, Type 4 Medium-Chi To dan banyak lagi. Kereta berperisai Chi Nu sangat menyerupai rekabentuk luaran kereta kebal buatan British iaitu Sherman.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Kereta Kebal Terhebat

Miskipun diakui British adalah negara pertama yang merintis penggunaan kereta kebal namun kereta kebal buatan mereka tidak tersenarai antara yang terhebat. Kecuali M4 Sherman, kereta kebal buatan British lain boleh dianggap tidak memberi hasil produktif kepada negara pengeluarnya.

Kereta kebal buatan Soviet/Rusia iaitu T-34 adalah kereta kebal yang diperakui sebagai kereta kebal terhebat pernah dihasilkan di dunia selain kereta kebal buatan Jerman, Tiger dan Panzer. T-34 mempunyai rekabentuk dinamik dengan kestabilan yang cukup tinggi. Keupayaan menangkis peluru telah membuatkan T-34 seakan-akan kereta kebal yang halimunan ditambah pula dengan kuasa tembakan meriam yang cukup padu. Dengan kata lain, T-34 adalah sempurna daripada segenap segi.

Kereta kebal yang dicipta pada 1940 ini telah digunakan sehingga akhir tahun 1990-an dengan jumlah penghasilannya mencecah lebih 1 juta buah. Pada Perang Dunia Kedua, kereta kebal ini ditakuti oleh musuh-musuh Soviet/Rusia terutamanya Jerman sehingga Jerman berusaha mencipta sekurang-kurang dua jenis kereta kebal untuk menangkis ketangkasan T-34. Dua jenis kereta kebal buatan Jerman yang digunakan semata-mata untuk menangkis serangan T-34 adalah Panzer D dan siri kereta kebal Tiger.

T-34

Kereta Kebal Jepun di Malaya

Di Malaya, Jepun telah menggunakan untuk kereta kebal jenis sederhana dan ringan. Ia bersesuaian dengan rupa bumi Malaya yang dipenuhi hutan dan tanah lumpur. Sekurang-kurangnya terdapat tiga ketumbukan unit kereta kebal telah digunakan di Malaya iaitu:

  • Regimen Kereta Kebal Pertama yang diketuai oleh Kolonel Mukaida
  • Regimen Kereta Kebal Ke-6 yang diketuai oleh Kolonel Kawamura
  • Regimen Kereta Kebal Ke-14 yang diketuai oleh Kolonel Kita

Strategi Jepun yang menggunakan kereta kebal jenis sederhana dan ringan telah membuahkan hasil apabila mereka mampu menawan Malaya daripada cengkaman penjajah British tidak sampai 1 bulan iaitu daripada 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942.

Berikut adalah kereta kebal yang jarang sekali dilihat di dalam akhbar mahupun majalah:

Jagdpanzer IV-70 (V) SdKfz 162

Jagdpanzer VI Jagdtiger

Leichte Feldthaubitze 18.2 Wespe SdKfz 124

Light tank AMX Renault R-40.

Light tank Hotchkiss H-35

Light tank L6 40

Light tank Mk I

Light tank Mk II B

Light tank Mk VIA AA

Light tank Mk VIA

Light tank Mk VII Tetrarch

Loyd carrier

Light tank Mk VI

Minenraumer III

Light tank Wheel-and-track (Schofield)

OTSU B (OTSU-Gata Sensha).

Light tank Renault FT-17

Ostwind

Panzerjager Bren mit 8.8cm Raketenpanzer- buche 43

Munitionspanzer Panther

M11 series

Medium tank Type 5 Chi-Ri

Advertisement

No comments:

Post a Comment

Post a Comment