Thursday, February 23, 2012

Pemusnah kereta kebal

Pemusnah kereta kebal, adalah jenis kenderaan juang berperisai bersenjatakan dengan meriam, atau pelancar peluru berpandu, dan direka khusus bagi bertempur dengan kenderaan berperisai musuh. Banyak pemusnah kereta kebal berasaskan kerangka kereta kebal bertrek, sementara pemusnah kereta kebal yang lain beroda.

Sejak Perang Dunia Kedua, kereta kebal utama telah menggantikan kebanyakan pemusnah kereta kebal bermeriam sungguhpun pengangkut peluru berpandu anti-kereta kebal berperisai ringan juga biasa bagi tambahan untuk kerja anti-kereta kebal jarak jauh. Bagaimanapun, peningkatan pertempuran expeditionari dalam dua puluh tahun ke belakang telah melihat kemunculan kembali kenderaan beroda bersenjatakan meriam, kadang kala dikenali sebagai sistem meriam terlindung, yang berfungsi sama dalam semua segi seperti pemusnah kereta kebal kecuali dari segi nama.


Perang Dunia Kedua

Kemunculan utama kenderaan khusus anti-kereta kebal pada Perang Dunia Kedua ketika pihak yang bertempur membangunkan kenderaan berperisai dan taktik yang berkesan. Sesetengah darinya tidak lebih dari penyelesaian sementara, memasang meriam pada kenderaan bertrek bagi memberikan pergerakan, sementara yang lain dengan reka bentuk yang lebih maju. Satu contoh pembangunan teknologi pemusnah kereta kebal sepanjang perperangan adalah kenderaan Marder III dan Hetzer, yang amat berbeza sungguhpun berasaskan kerangka yang sama: Marder adalah meriam anti-kereta kebal langsung sementara Hetzer mengorbankan sedikit kuasa tembakan traded some firepower (Pak 39nya, direka bagi beroperasi dalam had ruang tempur berperisai sepenuhnya, menembak projektil menggunakan cah penujah yang dikurangkan berbanding Pak 40 Marder) bagi perlindungan perisai lebih baik dan memudahkan penyembunyian di medan pertempuran.

Peranan pemusnah kereta kebal adalah bagi menyerang hendap kereta kebal musuh. Perumah turet tidak penting bagi serangan sebegini, mahupun diperlukan kerana bayangan rendah adalah penting bagi memastikan kenderaan mudah disorok. Ketiadaan turet turut bererti pemusnah kereta kebal mampu dihasilkan jauh lebih murah, lebih pantas dan lebih mudah berbanding kereta kebal yang ia dihasilkan darinya.

Kecuali pemusnah kereta kebal Amerika Syarikat, kesemua mereka tanpa perumah dan memiliki struktur utama kekal atau struktur utama casemate. Yang kedua membolehkan pemasangan meriam lebih besar berbanding dari apa yang boleh dipasang pada kereta kebal berturet pada kerangka yang sama, dan meningkatkan lagi ruang dalaman kenderaan, membenarkan peningkatan bagi penyimpanan peluru atau keselesaan krew.[1] Menghapuskan perumah turut membenarkan kenderaan untuk membawa perisai lebih tebal berbanding dari kes sebaliknya, sungguhpun kadang-kala tidak terdapat bumbung (atau hanya kepingan kanvas) bagi mengekalkan berat keseluruhan kepada had yang boleh dibawa kerangka. Selepas pengalaman pahit pada awal peperangan, mesingan dipasang bagi menentang tentera pejalan kaki tetapi tenggekan biasanya kurang berkesan berbanding dari apa yang terdapat pada kereta kebal sebenar.

Reka bentuk Poland

Pemusnah kereta kebal khas pertama adalah dua model kereta kebal kecil Poland TKS dengan 20 mm (24 kenderaan) dan meriam 37 mm (2). Mereka mengalami kehilangan teruk semasa pencerobohan Poland sebelum bertempur akibat serangan udara, menembusi perisai atas mereka yang lemah.

Reka bentuk Jerman

Pemusnah kereta kebal Jerman Nazi yang pertama adalah Panzerjהger ("pemburu kereta kebal") yang berbentuk meriam anti-kereta kebal sedia ada yang dipasang pada kerangka yang mudah didapati bagi memudahkan pergerakan, biasanya dengan hanya tiga bahagian perisai meriam sebagai perlindungai. Sebagai contoh, 202 buah kereta kebal ringan Panzer I Jerman telah diubah suai dengan menyingkirkan turet dan dibina semula sebagai Panzerjהger I meriam 47 mm anti-kereta kebal Skoda gerak sendiri. Sama juga, kereta kebal Panzer II digunakan di perbatasan timur. meriam anti-kereta kebal 76.2 mm Soviet yang ditawan dipasang pada kerangka kereta kebal Panzer II yang diubah suai, menghasilkan meriam anti-kereta kebal Marder II gerak sendiri. Pemasangan yang paling biasa adalah anti-kereta kebal 75 mm Jerman pada kerangka Panzer 38(t) Czech untuk menghasilkan Marder III. Kerangka Panzer 38(t) turut digunakan bagi menghasilkan pemusnah kereta kabal jenis casemate Jagdpanzer 38 'Hetzer'. Siri Panzerjהger berterusan sehingga Nashorn yang dilengkapi dengan meriam 88 mm.

Pemusnah kereta kebal Jerman bersaskan Panzer Mk III atau kereta kebal Jerman berikutnya adalah unik dari segi ia memiliki perisai lebih tebal berbanding kereta kebal setara, mengorbankan kepantasan bagi perlindungan krew yang lebih baik. Salah satu pemusnah kereta kebal Jerman yang paling berjaya sebenarnya direka sebagai meriam artileri gerak sendiri, Sturmgeschtz III. Berasaskan kerangka kereta kebal Mk III, Sturmgeschtz III pada asalnya dilengkapi dengan meriam pecutan-rendah, dan ditempatkan kepada cabang artileri bagi sokongan tembakan infantri. Kemudiannya, selepas bertembung dengan kereta kebal Soviet, ia dipasang semula dengan meriam anti-kereta kebal pecutan-tinggi, membolehkannya berfungsi sebagai pemusnah kereta kebal. Sturmgeschtz III menggunakan sturktur utama jenis casemate baru dengan reka bentuk bersepadu sama seperti Jagdpanzer berikutnya. Ia menjadi kenderaan juang berperisai tunggal yang paling banyak dihasilkan oleh Jerman Nazi sepanjang perang, dan digunakan bagi sokongan tehtera pejalan kaki dan operasi serangan dan juga peranan sebagai pertahanan anti-kereta kebal.

Jagdpanther

Sungguhpun Panzerjager Jerman awal membawa senjata yang lebih berkesan berbanding kereta kebal yang yang diasaskan, mereka biasanya ketiadaan perlindungan bagi krew, memiliki sturktur perumah utama terbuka di atas berperisai nipis. Rekabentuk ini diganti oleh Jagdpanzer '("kereta kebal pemburu") yang memuatkan meriam dalam struktur utama jenis casemate sebenar, lengkap dengan ruang krew tertutup dalam perisai yang bersepadu dengan badan. Jagdpanzer yang pertama dari ni adalah Ferdinand (Kemudian dinamakan semula sebagai Elefant), raksaksa 70-tan dipasang meriam 88mm. Bagaimanapun, Elefant terbukti tidak boleh diharap secara mekanikal dan sukar untuk dipandu, dan jenis ini dihentikan hanya selepas 91 kenderaan disiapkan. Tentera Jerman lebih berjaya dengan Jagdpanther. Diperkenalkan pada pertengahan tahun 1944, Jagdpanther dianggap terbaik bagi rekabentuk Jagdpanzer jenis casemate.[2] Ia bercirikan meriam 88 mm dipasang pada kerangka kereta kebal Panther serdahana, memberikan keupayaan merobek perisai yang lebih baik bagi kenderaan berat serdahana.

Berdepan dengan perperangan bertahan yang semakin meningkat, Tentera Jerman beralih kepada rekabentuk Jagdpanzer yang lebih besar dan lebih berkuasa, dan pada Julai 1944 Jagdtiger pertama keluar dari barisan pengeluaran, kenderaan berperisai Jerman terberat yang memasuki perkhidmatan.[2] Jagdtiger bercirikan meriam 128mm besar dan perlindungan perisai yang berat. Ia pertama kali digunakan oleh unit tempur pada September 1944.

Keputusan pereka kenderaan beperisai Jerman untuk menggunakan struktur utama jenis casemate bagi ke semua pemusnah kereta kebal memiliki kelebihan bayangan yang lebih rendah, membenarkan krew untuk menembak dari kedudukan serangan hendap sebaris. Rekaan sebegitu juga lebih mudah dan cepat dihasilkan den menawarkan perlindungan kakitangan yang baik dari tembakan artileri dan serpihan peluru meriam. Bagaimanapun, ketiadaan perumah turet berputar menghadkan pergerakan meriam kepada beberapa darjah. Ini bererti biasanya keseluruhan kereta kebal perlu perlu disasarkan pada sasaran oleh pemandu, proses yang lebih perlahan berbanding hanya memutar turet berkuasa.[3] Jika Pemusnah Kereta kebal lumpuh akibat kerosakan enjin atau kerosakan trek, ia tidak mampu menggerakkan meriamnya bagi menangkis kereta kebal lawan, menjadikannya amat terdedah kepada tembak balas.[4] Kelemahan ini kemudiannya digunakan oleh pasukan kereta kebal musuh. Pemusnah Kereta kebal Jerman yang terbesar dan terkuat didapati ditinggalkan di medan selepas pertempuran, kerana dilumpuhkan oleh satu atau lebih tembakan peluru letupan berkuasa tinggi ("high explosive - HE") atau perobek perisai ("armor-piercing - AP") shells pada trek atau gegancu pacuan hadapan.[5]

Rekaan Soviet

Soviet ISU-122, pemusnah kereta kebal dengan casemate Perang Dunia Kedua, ditunjukkan di sini dengan tanda selepas perang Tentera Poland.

Sebagaimana Jerman, kebanyakan reka bentuk Soviet memasang meriam anti-kereta kebal, dengan pergerakan terhad menggunakan badan tanpa perumah-jenis kelonsong ("casemate"). Hasilnya adalah kenderaan yang lebih kecil, ringan, dan mudah dibina berbanding kereta kebal, tetapi mampu membawa meriam lebih besar. Pihak Soviet menghasilkan meriam gerak sendiri 85 mm SU-85 dan 100 mm SU-100 berasaskan kerangka yang sama dengan kereta kebal serdahana T-34, termasuk juga 122 mm ISU-122 dan 152 mm ISU-152 yang berkongsi komponen dengan kereta kebal berat IS-2 dan digelar Zveroboy ("pembunuh binatang") kerana keupayaannya memusnahkan kereta kebal Tiger I, kereta kebal Panther dan kereta kebal Elefant. ISU-152 dibina sebagai meriam serbu berat, bergantung pada berat peluru yang ditembakkan dari howitzer M-1937/43nya bagi memusnahkan kereta kebal.[6] Pada tahun 1943, pihak Soviet turut memindahkan kesemua pemgeluaran kereta kebal ringan seperti kereta kebal T-70 kepada meriam gerak sendiri SU-76 yang lebih mudah dan bersenjatakan lebih baik, yang menggunakan transmisi ("drive train") yang sama. SU-76 "Suka" pada asalnya direka sebagai kenderaan anti-kereta kebal, tetapi kemudiannya diserahkan sebagai peranan menyokong tentera pejalan kaki.[7]

Reka bentuk Amerika Syarikat


Reka bentuk pemusnah kereta kebal Tentera Amerika Syarikat dan sejawatnya United Kingdom adalah amat berbeza dari segi konsepnya. Doktrin Amerika Syarikat berdasarkan kekalahan Perancis berdasarkan keperluan menentang taktik blitzkrieg Jerman, dan unit Amerika Syarikat dijangka berhadapan dengan sejumlah besar kereta kebal Jerman menyerang menumpu pada perbatasan yang sempit. Ini dijangka akan menembusi halangan nipis meriam anti-kereta kebal yang sebahagian besarnya tidak bergerak, dengan itu keputusan bagi meriam anti-kereta kebal yang boleh bergerak. Kesemua pemusnah kereta kebal Amerika Syarikat secara rasminya dikenali dengan istilah umum yang sama bagi ordnance artileri gerak sendiri Amerika, "Pedati Motor Meriam - ("Gun Motor Carriage")".

Dalam amalan sebenar, serangan sedemikian jarang berlaku; malah, sepanjang perperangan hanya satu batalion pernah bertempur dalam pertempuran yang sama seperti yang dibayangkan pada asalnya. Pemerintah Pemusnah Kereta kebal akhirnya berjumlah melebihi 100,000 orang dan 80 batalion setiap satunya dilengkapi dengan 36 pemusnah kereta kebal gerak sendiri atau meriam ditunda.

3 inci Gun Motor Carriage M10

Pemusnah kereta kebal Amerika Syarikat bertujuan mudah bergerak dan bersenjata berat. Kebanyakannya mengekalkan perumah, tetapi membiarkannya terbuka di atas bagi mengurangkan berat dan memuatkan meriam yang lebih besar. Rekabentuk sesuai terawal adalah Separa trek M3 dipasang dengan meriam M1897 75 mm dalam muatan gerakan terhad, dan digelar 75-mm Gun Motor Carriage M3. Yang lain, kurang berjaya, rekabentuk awal yang memasang meriam anti-kereta kebal 37-mm pada dasar lori Dodge 3/4-tan - 37-mm GMC M6. Sejauh ini rekabentuk Amerika Syarikat yang paling biasa adalah 3in Gun Motor Carriage M10 (Wolverine), kemudiannya ditambah dengan 90mm Gun Motor Carriage M36 (Jackson) dan 76mm Gun Motor Carriage M18 (Hellcat). M18 mendekati idea yang dibayangkan oleh Amerika Syarikat; kenderaan itu pantas, kecil dan memiliki turet dengan meriam 76 mm. Satu-satunya badan casemate, khusus berasal dari Amerika bagi sebarang kenderaan yang dibina semasa perang, yang kerangkanya menyerupai pemusnah kereta kebal Jerman atau Soviet dan reka bentuk pemasangan meriam umum, merupakan Kereta Kebal Super Berat T28 ujian, yang dipasang dengan meriam laras panjang 105 mm T5E1, yang memiliki julat tembakan maksima 12 batu (20 km), dan pada asalnya direka sebagai meriam serbu gerak sendiri bagi menembusi pertahanan Garis Siegfried.

Daripada pemusnah kereta kebal ini, hanya meriam 90 mm M36 terbukti berkesan terhadap kenderaan berperisai terbesar Jerman pada jarak jauh.[7] Terbuka di atas berperisai nipis menjadikan pemusnah kereta kebal ini lemah terhadap sebarang senjata yang lebih besar dari tembakan senjata kecil. Ketika jumlah kereta kebal Jerman yang dihadapai oleh pasukan Amerika perlahan-lahan berkurangan sepanjang perperangan, kebanyakan batalion dipecahkan dan ditugaskan kepada unit infantri, berjuang sebagai meriam penyerang atau digunakan sepertimana kereta kebal.

Rekabentuk British

Sungguhpun pada awalnya kersilapan dalam pembahagian peranan sokongan kereta kebalnya kepada kereta kebal kruise dan kereta kebal infantri, beberapa siri pertembungan yang berulang kali dengan kereta kebal Jerman telah mendorong pihak British menyedari mengenai kepentingan pertempuran kereta kebal melawan kereta kebal yang tidak mungkin dapat dielakkan, lebih awal berbanding Amerika Syarikat. Hasilnya, terdapat lebih galakan diberikan kepada pembangunaan persenjataan anti-kereta kebal, yang memuncak dengan Ordnance QF 17 paun, yang dianggap secara umum sebagai meriam anti-kereta kebal terbaik semasa perang.[8]

Meriam anti-kereta kebal ditunda merupakan alam Artileri DiRaja berbanding Kor Perisai DiRaja dan kenderaan disesuaikan bagi memuatkan artileri termasuk meriam anti-kereta kebal seperti artileri Deacon dan pemusnah kereta kebal Archer merupakan dalam penguasaan mereka.

Archer. Meriam menghadap ke belakang

Meriam gerak sendiri yang di bina dalam acuan "pemusnah kereta kebal" muncul dari keinginan untuk meletakkan meriam anti-kereta kebal QF 17 paun yang mengerunkan dan pada masa yang sama ketiadaan kereta kebal yang sesuai untuk membawanya. Hasilnya ia merupakan kewujudan yang diperbaik dan tidak pernah dilakukan sebelumnya. Memasang meriam pada kerangka kereta kebal Valentine menghasilkan Pemusnah Kereta kebal Archer menyerupai Marder. Meriam 17 paun turut digunakan bagi melengkapkan kembali Pemusnah Kereta kebal M10 yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat, menggantikan meriam 3" Amerika untuk menghasilkan 17pdr SP Achilles. Kereta kebal Cruiser Mk VIII Challenger (A30) merupakan projek untuk menghasilkan kereta kebal 17 pdr bagi menyokong kereta kebal kruiser Cromwell. Kelewatannya mendorong Sherman Firefly digunakan lebih banyak tetapi hasilan Challenger adalah variasi Avenger yang lebih kurang terbuka di atas yang terlewat sehingga selepas perang sebelum memasuki perkhidmatan.

Paling hampir pihak British membangunkan pemusnah kereta kebal berperisai menyerupai Jagdpanzers Jerman ataupun siri ISU Soviet adalah Churchill Pengangkut Meriam 3 inci - kerangka kereta kebal Churchill dengan struktur utama berkotak menggantikan turet dan dipasang dengan meriam anti-pesawat 3 inci. Sungguhpun sejumlah ditempah, ia tidak dimasukkan dalam perkhidmatan. Rekabentuk ini ditolak bagi membangunkan variasi kereta kebal Cromwell bersenjata 17 paun yang akhirnya menghasilkan kereta kebal Comet. Kereta kebal serbuan berat dikenali sebagai kereta kebal Tortoise berperisa baik dan meriam 32 paun amat berkuasa tetapi tidak pernah memasuki perkhidmatan.

Menjelang tahun 1944, sejumlah kereta kebal Sherman yang digunakan di British diubah kepada Sherman Fireflies dengan menambah meriam QF 17 paun. Pada awalnya ini memberikan setiap platon Shermans satu kereta kebal senjata berkuasa. Menjelang pengakhiran perang- melalui penghasilan lebih banyak Fireflies dan penggantian Shermans dengan kereta kebal British - sekitar 50% Shermans dalam perkhidmatan British adalah Fireflies.

Pembangunan selepas Perang Dunia kedua

Berhadapan dengan Warsaw Pact, keperluan umum bagi kuasa tembakan tambahan dikenal pasti. Pada tahun 1950-an, UK menghasilkan kereta kebal FV 4101 Charioteer bagi meningkatkan regimen kereta kebalnya, memasang meriam 20 paun pada turet lampau besar pada kerangka kereta kebal Cromwell —ia kekurangan keupayaan sekeliling kereta kebal Centurion. Pada akhir 1960-an, Jerman membangunkan Kanonenjagdpanzer, pada asasnya Jagdpanzer Perang Dunia Kedua yang dimodenkan dan kini dipasang dengan meriam 90 mm. Ketika rekabentuk Soviet berperisai semakin tebal, meriam 90 mm tidak berkesan dan Kanonenjagdpanzers dipertingkat bagi peranan lain atau dibersarakan. Sesetengah kelonggaran diberikan bagi memasang meriam 105 mm, dan banyak kenderaan ini diubah untuk melancar peluru berpandu TOW atau peluru berpandu Euromissile HOT menggantikan meriam utama. Peningkatan ini kekal dalam perkhidmatan sehingga 1990-an.[9]

Dengan pembangunan peluru berpandu anti kereta kebal mudah lentur, yang berupaya dipasang pada mana-mana kenderaan pada tahun 1960-an, konsep pemusnah kereta kebal telah berkurangan. Dengan berat kereta kebal utama meningkat sehingga julat empat puluh sehingga tujuh puluh tan, pasukan udara tidak berupaya menggunakan pasukan anti-kereta kebal yang boleh diterima. Hasilnya adalah sejumlah cubaan bagi menghasilkan kenderaan ringan, termasuk ASU-85 konvensional, Ontos bersenjata rifeal tanpa anjal, dan kereta berperisai bersenjatakan peluru berpandu Hornet Malkara, dan kenderaan serbuan ringan Sheridan.

Pemusnah Kereta kebal Moden

Kebanyakan pasukan IFV membawa peluru berpandu anti-kereta kebal bagi setiap platon infantri, dan helikopter penyerang turut memiliki keupayaan anti-kereta kebal tambahan pada medan pertempuran moden. Tetapi masih terdapat kenderaan anti-kereta kebal dengan peluru berpandu jarak jauh, dan satu bagi tujuan kegunaan pasukan Bawaan Udara.

Platon anti-kereta kebal Norwegian dilengkapi dengan pelancar peluru berpandu NM142 TOW

Terdapat juga kenderaan pemusnah anti-kereta kebal khusus yang dibina pada pengangkut tentera berperisai biasa atau kerangka kereta berperisai. Contoh termasuk U.S. M901 ITV (Improved TOW Vehicle) dan NM142 Norway, kedua-duanya menggunakan kerangka pengangkut tentera berperisai M113 chassis, beberapa pelancar ATGM Tentera Soviet berasaskan kereta peninjau BRDM, British menggunakan FV438 Swingfire dan FV102 Striker dan siri Raketenjagdpanzer Jerman dibina menggunakan kerangka HS 30 dan Marder IFV.

Batalion gabungan persenjataan Tentera Amerika Syarikat memiliki dua pasukan tentera pejalan kaku dengan Kenderaan Berperisai Infantri Bradley bersenjatakan peluru berpandu TOW dan mampu membawa sejumlah besar tumpuan tembakan yang tepat dan membunuh ke arah tentera musuh yang menyerang menggunakan Kenderaan Pasukan Berperisai - AFV.

Pengangkut ATGM bersenjata TOW berasaskan Mowag Piranha milik Tentera Swiss

Kenderaan membawa peluru berpandu bagaimanapun dirujuk sebagai pengangkut peluru berpandu anti-kereta kebal dan bukannya pemusnah kereta kebal.

Sesetengah pemusnah kereta kebal bersenjatakan meriam terus digunakan. Republik Rakyat China telah membangunkan PTZ89 bertrek dan Pemusnah Kereta kebal PTL02 beroda. PTZ89 bersenjata meriam laras licin 120 mm sementara PTL02, dibangunkan oleh NORINCO bagi division infantri mekanis ringan baru (tindak balas pantas), membawa meriam 100 mm (satu versi bersenjatakan meriam berpilin 105 mm juga ada untuk eksport). PTL02 di bina pada kerangka beroda 6~6 Pengangkut Tentera Berperisai APC WZ551.

Itali dan Sepanyol menggunakan pemusnah kereta kebal beroda Centauro yang dibina oleh Itali, dengan meriam 105 mm. Pemusnah kereta kebal bersenjatakan meriam mungkin kembali digunakan dalam Tentera Amerika Syarikat melalui pengenalan Stryker, lebih khusus lagi, Sistem Meriam Mobil M1128, variasi Stryker bersenjatakan meriam 105 mm yang memiliki keupayaan kawalan jauh dan muat sendiri. Pada asalnya, Pasukan Kanada menimbang bagi menggantikan kereta kebal Leopard 1 lama mereka dengan Sistem Meriam Mobil Stryker. Tetapi dengan peningkatan penggunaan peranti letupan dipertingkat ("IED" yang terbukti berupaya memusnahkan Stryker oleh pasukan pemberontak, Kanada sebaliknya memilih untuk membeli kereta kebal Leopard 2.


No comments:

Post a Comment