Saturday, November 15, 2014

Teori Konspirasi Di Sebalik Ramli-Manchester United...

   Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan satu berita tergempar. Bukan sahaja Malaysia, malahan satu dunia juga turut menerima satu kejutan yang sama.

   Ramli, anak kelahiran Malaysia, tiba-tiba sahaja menjadi pemain bola sepak di sebuah kelab ternama, Manchester United. Entah dari pasukan mana dia disunting Ferguson pun masih menjadi tanda tanya. Nak kata dari Selangor, boleh jadi. Nak kata Kedah pun boleh jadi. Nak kata dari TNB Melaka pun mungkin. Nak kata Johor FC pun, rasanya. Tapi kalau kita kata dia dari Pahang, itu tak mustahil. Sebab Pahang memang pasukan paling power dalam dunia ni.

   Rasanya Ramli bergerak secara indie. Tak macam Safee Sali yang mendapat liputan meluas media tempatan. Baru main Pelita Jaya, kat surat khabar cerita macam main kat Barcelona. Baru dapat trial di Cardiff City, rakyat Malaysia terus convert jadi penyokong Cardiff City.

   Macamana Ramli berjaya mendapatkan permit kerja UK pun masih menjadi tanda tanya. Sedangkan nak bagi Safee Sali main di England, dah ada pihak nak buat memorandum mogok depan Kedutaan British.

   Apesal? Tak percaya ke Ramli, orang Malaysia main kat MenYu? Nah tengok video ni...



Video berdurasi 1:01 minit ni dah ceritakan segala-galanya.

   Ok. Ni cuma iklan sahaja sebenarnya. Sebuah strategi TM untuk menarik lagi seramai mungkin pelanggan mereka. Takkanlah diorang bertujuan murni nak naikkan taraf bola sepak Malaysia. Dulu nak taja Liga Malaysia pun FAM yang dok terhegeh-hegeh cari mereka.

Ahhh! Sudah. Apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah, ada beberapa teori konspirasi yang agak meragukan disebalik kejayaan seorang Ramli ini. Teori Freemason? Illuminiti? Baca ar sendiri.


1) Score 9A


Ramli : Ayah! Ayah! Ramli score dua gol hari ni!
Ayah : Hei! Anak jiran sebelah tu score 9A tau?

   Ramli dalam video ini dijangkakan berumur lebih kurang 9-12 tahun. Tahun 1998. Tapi yang aku musykilkan, pada usia 9-12 tahun, jenis peperiksaan apa yang menawarkan sampai 9A? Apa masa tahun 1998 ada exam yang lagi gempak dari PMR dan SPM?


2) Terkinja-kinja



   Ramli yang sudah dewasa, telah pun menjadi pemain Manchester United. Namun Ramli dengan tiada adabnya telah masuk ke semua laman dalam Old Trafford sambil berlari-lari dan terlompat-lompat sambil dipandang pelik pemain-pemain professional yang lain. Ramli ni anak melayu. Malaysia. Apa impression orang-orang luar kalau pandang sikap batak Ramli ni?


3) NE?


   Perhatikan gambar di atas. MU 1- 0 NE. Puas aku fikir. NE ni pasukan apa. Nak kata Newcastle, bukan. Nak kata New Delhi pun bukan. Nak kata North East London pun bukan. Habis tu apa?

   Kalau NE ni pasukan sampah. Kenapa Manchester United turunkan pemain-pemain terhebat mereka? Nani, Smalling, Anderson, Park Ji Sung. Eh? Park Ji Sung mana? Mana?

   Taraf apa MenYu ni? Lawan NE pun cuma dapat 1-0. Ramli pulak tu yang score. HikHikHik.. *Tekup mulut.


4) Hidup bapak yang masih sama macam dulu


   Tengoklah Ramli. Kata nak buat ayahnya bangga. Ni dah jadi terkenal. Bapaknya dibiarkan macamtu. Masih gak tengok TV pesen lama. Masih jugak duduk rumah kampung. Gaji player BPL bukan kecik tahu? Paling tahi pun lebih kurang GBP 50, 000 per minggu. Minggu ok? Bukan bulan. Convert ar sendiri duit Malaysia dapat berapa banyak.

   Tu ar. Sape suruh pilih main kat MenYu. Kan dah lupa daratan. Dah jadi tanggang. Lepas ni mesti TM keluarkan iklan raya, Ramli pulang semula ke rumah pagi-pagi raya sambil bagi surat PTPTN. Eh? Ni dah iklan Wan Maimunah pulak dah. (-_-")


5) Kenapa mesti Manchester United?

   Kelab Puaka Pusaka Syaitan Merah kot? Ahhhh... malas ar cakap lebih-lebih. Kang sentimen MenYu pulak. Tapi bagus jugak dia pilih MenYu. Kalau dia pilih main kat Liverpool? Manjang penuh sejarah je lah. Menangnya tidak jugak. Arsenal? Tak yah cakap ar. Muahahahaaaa....


6) Belajar tak pandai takpe asalkan pandai main bola

   Tengok sejauh mana iklan ini cuba memancing minda anak-anak tempatan. Khususnya anak melayu. Asalkan kau hebat main bola, soal pendidikan boleh diketepikan segera. Hei? Tahukah anda Bambang Pamungkas? Bekas pemain Selangor yang merupakan anak jadi Indonesia. Walaupun hebat bermain bola, dia juga merupakan graduan universiti. Di Jepun, Korea. Jangan cakaplah.


   Lihat. Konspirasi yang mendalangi video ini. Ayuh kita forwardkan kepada orang ramai. Mari kita paksa TM hentikan video ini. Mari kita buat mogok depan kedai/ premis TM di bandar, pekan masing-masing. Mari kita buat satu fanpage Facebook yang menyelar video ini. Mari! Mari!

No comments:

Post a Comment