Monday, July 1, 2013

Terkini Mujahiddin Syria Tawan 30 jet pejuang termasuk MIG


Sebaik sahaja menguasai pangkalan udara Jarrah di pinggir Halab semalam, mujahidin berjaya menawan lebih daripada 30 jet pejuang yang di antaranya masih beroperasi, termasuk jet pejuang MiG.

Revolusi Syria, Hari ke 701: Selasa 12-Feb-2013

Kejayaan menawan pangkalan udara Jarrah, pinggir Aleppo.

Sebaik menguasai pangkalan udara Jarrah di pinggir Aleppo semalam, pejuang menawan lebih daripada 30 jet pejuang yang beberapa di antaranya masih beroperasi, termasuk jet pejuang MiG. Pejuang kini menetapkan sasarannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo selepas menyerang pangkalan tentera Briged 80 dan pusat pemeriksaan ketenteraan Manara, sekali gus membawa mereka hanya beberapa ratus meter jauhnya dari lapangan terbang kedua Syria yang mereka dihujani dengan bedilan kereta kebal.

Para pejuang juga memusnahkan beberapa helikopter dan menghujani pangkalan udara Nerab dengan bedilan kereta kebal. Pertempuran sengit berlaku semula di sekitar kawasan pangkalan udara Minnegh dan Kuwaires yang diserang oleh pejuang menggunakan meriam berat dan roket.

Di Damsyik, pertempuran sengit berlaku di jalan Mutahaliq Janoubi sebagai usaha pejuang menyekat usaha rejim untuk merebut kembali daerah timur Jobar berhampiran dataran strategik Abbasiyyah. Pertempuran juga terus berlaku di Qadam, Asali, Tadamon dan Yarmouk.

Pejuang berjaya menembak jatuh helikopter dalam pertempuran berhampiran jalan Damsyik-Homs di daerah Kalamoon. Sementara itu, kira-kira 40 askar dari Division Keempat dan Kor Pengawal Republikan berpaling tadah di pinggir Damsyik.

Pejuang dari Jabhat al-Nusra dan Liwa al-Qadisiya mengumumkan serangan habis-habisan untuk mengambil alih bandar Deir Azzour berikutan siri kemenangan di pinggir bandar yang kini sepenuhnya dalam kawalan mereka. Pejuang juga meneruskan serangan mereka ke atas pangkalan pertahanan udara Briged ke-113 di mana sembilan askarnya berpaling tadah.

Di Daraa, pejuang menyerbu sebuah pusat pemeriksaan dan sebuah sekolah di pinggir bandar Msefra. Mereka juga menyerbu pusat pemeriksaan di pinggir Jiza. Di Homs, pejuang menyerbu sebuah trak Zil, kesemua puluhan tentera yang dibawa terbunuh. Mereka juga menyerbu sebuah pusat pemeriksaan tentera di Hama dan meneruskan serangan mereka di Kem Shabiba di pinggir bandar Idlib, memusnahkan kereta kebal tentera dan beberapa askar rejim terbunuh dan cedera.

Ratusan sukarelawan arab dll telah memasuki bumi malhamah Syam dlm tempoh 2 tahun ini... as-syahid Muhammad Muhriz pemuda dari Mesir mencium tangan bonda tersayang utk kali terakhir sblm bertolak ke Syria.

No comments:

Post a Comment