Wednesday, July 3, 2013

Pesawat Pengebom Supersonik Terbesar Dunia

Tupolev Tu 160 Blackjack ialah pesawat pengebom supersonik terbesar di dunia, Pesawat sepanjang 54 meter ini juga memegang rekod pesawat supersonik terbesar dunia selepas Concorde dihentikan operasinya pada tahun 2003. Program pembiaan Blackjack dimulakan Soviet sebagai jawapan kepada program pesawat pengebom supersonik Rockwell B-1 Lancer. Seperti kebanyakkan pesawat Soviet pada waktu itu, Blackjack meniru bentuk B-1 tetapi Soviets being Soviets they made it bigger and better. B-1 Lancer boleh memecut sehingga Mach 1.25 dan membawa 35 000 kilogram bom.Blackjack mempunyai kelajuan maksimum Mach 2.03 dan mempu membawa muatan senjata sehingga 40 000 kilogram.
 

Prototaip pertama dibina pada 1981 dan memulakan operasi pada tahun 1987. Ia memerlukan 4 anak kapal untuk beroperasi dan sangat ditakuti oleh pihak NATO kerana kepantasan dan kemampuan melancarkan misil anti perkapalan terhadap kapal pengangkut kapal terbang. Selepas kejatuhan Soviet majoriti pesawat Blackjack dihentikan dari operasi tentera udara. 
 
Pada tahun 2005 proses permodenan Tu- 160 dilakukan dan sistem avionik dan kawalan pesawat diberi penaik tarafan. Sejak 2007 11 Tupolev Tu-160 Blackjack moden beroperasi dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet. Perang dingin mungkin sudah lama tamat tetapi sistem senjata yang mampu memuaskan dunia masih wujud.
 
Laporan asal Wikipedia

No comments:

Post a Comment