Pelbagai
spekulasi yang timbul berhubung isu yang berlaku di Syria. Tidak
seperti kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya yang
menumbangkan Rejim Pemerintah di negara mereka, ternyata Rejim Assad
lebih "LIAT". Seolah-olah beliau dan kepimpinannya dilindungi oleh
'Kuasa Besar'.
Apa
yang aku ingin coretkan dalam artikel ini bukanlah mahu meributkan lagi
spekulasi, cuma aku mahu berkongsi kepada kalian semua perilaku Si
Rejim Assad yang namanya layak bersama Firaun, Namrud dan Qarun.
Kau lihat ini temanku :
Ada yang berkata, pemberontakan rakyat Syria ini ditaja oleh Nato, EU, Amerika, Mossad bla bla bla...
Sedangkan inilah realitinya. Mari aku kongsikan lagi kepada kalian.
Baca ini teman-teman, perkongsian dari pembantu khas Yusuf Al-Qaradhawi, Dr Khalid Hassan Al-Hindawi :
Menurut
beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar
lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157
tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.
Tambahnya,
golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal,
seperti kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya
sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”
Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan
katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah
perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu
sememangnya satu perkara yang tetap lenyap."
Dr
Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang
sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan
oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri
harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan
rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai,
merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan
beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti
orang tua dan kanak-kanak.
Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:
“Adapun
buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala
benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.
Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”
Beliau
menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada
penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa
Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama
32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah
selama 11 tahun.
Syria
telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid
menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang
berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama
yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Komposisi
rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian
dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan
Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan
yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau
seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ,
menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah
masih menyokong rejim Basyar di Syria.
“Oleh
yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda,
pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan
keberanian kita menentang rejim zalim ini.
“Mereka
membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita
perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani
menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang
mempelopori revolusi ini?” tegasnya.
Fakta
kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan
kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara
19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan
180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati
dalam tahanan.
Dalam
tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat
menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid
dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada
wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.
Menurut
Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab
Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan.
Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan
kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“
Rejim
Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar
berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan
memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang
tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.
Katanya,
pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi
dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau
menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka
ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.
Jelasnya,
ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka
kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak
pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri.
Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa
diambil sebarang tindakan.
“Selama
43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad
dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi
mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam
kilometer dari Bukit Golan.”
“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.
Beliau
seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria
dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka
tetapi penakut dengan Israel.
Kekejaman
rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu
menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini
menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan
rejim.
Beliau
seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni
bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah
melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid
sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa
terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh
mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan
agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi,
disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).
Sebanyak
18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik
dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke
atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara
Islam (OIC) turut memulau Syria.
Revolusi
di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan
rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan
kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis
“RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa,
dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal
dunia.
iti
Apabila
ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari
penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:
"Kamu
balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah
tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri
kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”
Dari
situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya
dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah
mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar
berundur.
Syeikh
Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti
dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama
yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau
menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam
dalam perspektif politik.
“Tidak
hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai
lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah
ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.
Akhirnya,
beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan
mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin
tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman
dan apa yang berlaku di Syria.
Beliau
turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan
kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan
berdoa untuk mereka.
“Hendaklah
kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang
dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada
kezaliman pemerintah mereka.”
No comments:
Post a Comment