1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La
ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat
Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari
Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan,
melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat
dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata:
“Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya
seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad,
an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan
ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam
Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis
Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang
yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”
Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati
sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera,
yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang
menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan
orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim,
Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati
syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan
Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah
bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak
kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan
syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim,
at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling
masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada
tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah
syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid,
kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah
syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah
gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah
syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan
Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan
Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah
syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah
syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit
perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang
mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa
menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis
riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah,
dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam
membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela
keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama
(keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan
darah (jiwanya) dia syahid.”
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari
semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan
mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan
pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman
dari seksa kubur (fitnah kubur).”
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.
No comments:
Post a Comment