Wednesday, May 9, 2012

Sisi Gelap Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah (Part2)

Ini adalah kesinambungan daripada Sisi Gelap Turki ‘Uthmaniyyah (PArt I)..
pada kali ini adalah satu “post” yang agak panjang dan telusurilah dengan penuh penghayatan sebab inilah antara punca utama jatuhnya empayar yang gah di dunia satu masa dahulu.

PEMIMPIN YANG LEMAH & TIADA BERKELAYAKAN
Faktor ini menjadi perkara pokok atau akar utama yang berkaitrapat dengan soal penyimpangan daripada agama. Daripada segala aspek dalaman seperti yang pernah diceritakan yang menjurus kepada jatuh musnahnya kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah adalah wujudnya PARA SULTAN YANG TIDAK BENAR-BENAR BERWIBAWA DAN BERKELAYAKAN UNTUK MEMERINTAH
Inilah soal pertama mengapa kerajaan yang begitu agung lagi gah sebelum ini boleh runtuh!
Dalam pada itu, kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah sememangya amat berjasa dalam mempertahan dan menyebarkan Islam, membuka wilayah-wilayah Islam baharu di benua Eropah hinggalah ke Eropah Timur, mempertahankan keselamatan dan perdagangan umat Islam hinggalah ke Afrika Utara, sekitar Tanah Arab dan kawasan Lautan Hindi (India) serta Selat Melaka, membangunkan pembangunan yang hebat dengan seni binanya yang tersergam indah, tentera yang terlatih dan kuat, mewujudkan prasarana dan infrastruktur yang lebih baik dan sebaginya. Namun, malangnya mereka mengamalkan SISTEM FEUDAL yang merosakkan masyarakat Islam dan tidak selari dengan kehendak Islam yang sebenar. Sehubungan dengan itu, dalam masyarakat wujudnya strata sosial yang membezakan dan mengagungkan golongan bangsawan yang dikepalai oleh Amir atau Sultan. Sedangkan dalam ajaran Islam, semu insane tiadalah bezanya, hanya berasala daripada nabi Adam a.s. dan berasal daripada tanah. Dalam sepotong hadis Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Setiap kamu daripada Adam dan Adam itu adalah daripada tanah”
Kita jua dituntut untuk menghormati dan berbuat kebaikan terhadap sesama manusia. Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan ikhsan”
(an-Nahl : 90)
“Berlakulah adil kerana keadilan itu sebahagian daripada taqwa”
Apa yang dituntut di sini adalah untuk berlaku adil dan baik, menghormati sesama manusia dan bukannya memuja dan mendewa-dewakan atau mengagung-agungkan manusia yang berkedudukan sehingga melampaui batas. Malangnya perkara seperti ini berlaku dalam pemerintahan ‘Uthmani sehingga sesetengah sultan dan pembesarnya bertindak keterlaluan atau menyalahgunakan kuasa dan tidak memelihara rakyat yang dari strata bawahan. Mereka lebih mengikut hawa nafsu dan berpaksi kepada sistem feudal. Oleh kerana feudalisme inilah, maka berlakunya pelbagai masalah yang menjurus kepada kepincangan dan keburukan dalam aspek agama, politik, sosial, ekonomi, dan selainnya.
Dalam Islam, soal kepimpinan adalah amat penting. Oleh sebab itu, Rasulallah SAW pernah bersabda :
“Sekiranya ada 3 orang daripada kamu yang sedang dalam pengemabaraan, maka hendaklah dipilih salah seorang daripada kamu untuk menjadi amir (pemimpin)”
Lantas, Islam mahukan sesuatu urusan dalam bermasyarakat ini disusun dan dikendalikan dengan teratur. Selain itu, Rasulallah SAW jua mengingatkan kita tentang kepimpinan yang maksudnya lebih kurang “Sekiranya amanah (tugas kepimpinan) diberi kepada yang bukan ahlinya (orang yang tidak berkelayakan, dan berkemampuan) maka tunggulah sa’at (kehancuran)!” Jelas pemimpin perlu dilantik daripada kalangan orang yang benar-benar layak dari sudut agamanya dan berkemampuan untuk mengurus atur masyarakat dengan lebih baik.
Amat mendukacitakan perkara ini tidak diberi perhatian oleh pembesar kerajaaan ‘Uthmaniyyah. Jelas perkara ini dapat dilihat dalam pemilihan pemimpin yang berkaitan dengan perwarisan kuasa. Semenjak pada mula lagi, Dinasti ‘Uthmnaiyyah tidak menepati garis panduan Syari’ah seperti yang sepatutnya, iaitu dengan menjalankan syura yang lebih bersifat terbuka dan tidak memilih sesiapa sahaja yang daripada keturunan ‘Uthmaniyyah semata-mata sebagai sultan. Apa yang terjadi pada peringkat awalnya peringkat Daulah ‘Uthmaniyyah mengikut tradisi yang disebut oleh orang Barat sebagai “fratricide”, iaitu pihak sultan membunuh sahaja saudara-saudaranya seperti yang diamalkan oleh pihak raja Byzantine. Ini bermkna mereka sanggup para pesaing ke takhta diraja yang terdiri daripada saudara-sauadara atau kroni mereka semata.

Selain itu, dapat jua dikesan bahawa calon sultan itu dipilih daripada individu yang terlalu muda hingga tidak dapat menguruskan tugasnya dengan baik, apatah lagi bilamana negara sedang diancam oleh musuh sama ada daripada Byzantine, atau pun negara-negara Eropah lain seperti Empayar Hapsburg (Kerajaan Austria-Hungary), Venice, France, dan sebagainya. Akibatnya kerajaan ‘Uthmaniyyah dikawal oleh  selain daripada pembesar mereka sendiri, iaitu Wazir Besar (Perdana Menteri atau Sadrazam) sendiri, pihak harem (permaisuri atau wanita-wanita lain yang berada dalam istana), golongan pegawai istana , termasuk sida-sida (eunuch) atau golongan Yenisari.  Misalnya Sultan Muhammad V yang menaiki takhta yang menggantikan ayahnya Sultan Ibrahim menaiki takhta ketika berumur 7 TAHUN  tidak dapat memerintah kerana usianya terlalu muda. Semasa itu, keadaan negara menjadi kucar-kacir disebabkan berlakunya perebutan kuasa, terutamanya terhadap jawatan Wazir Besar. Permaisuri-permaisuri di istana telah mengambil alih kuasa kerana Sultan Muhammad yang masih lagi terlalu muda. Dalam keadaaan ini, negara menjadi kucar-kacir, melainkan Wazir Agungnya seorang yang beramanah, berkebolehan dan kuat kedudukannya. Tetapi, ketika itu perpecahan politik telah berlaku dan menyebabkan sering berlakunya pertukaran Wazir Besar. Sebelum terlantiknya Koprulu Muhammad Basha pada tahun 1 656M, tidak kurang daripada 13 orang Wazir Besar yang telah dilantik dan dipecat. Krisisnya berlarutan dan melibatkan 2 orang wanita, iaitu Walide Qasim dan Walide Tarkhan, ibu Sultan Muhammad IV pada satu pihak dan antara kerajaan dengan Yenisari pada pihak yang lain. Krisis ini akhirnya dapat diselesaikan apabila Koprulu Muhammad Basha kerana beliau merupakan seorang yang bijak dan cekap.  Walau bagaimanapun keadaaan menjadi genting kemudiannya apabila Siwasuh Basha memberontak di Aleppo, Syria dan hal ini merebak sehingga ke Istanbul. Kali ini, sultan dituduh tidak mempedulikan hak rakyat, asyik berhibur dan memburu sahaja. Hasil daripada suatu mesyuarat yang diadakan di Masjid  Aya Sofya pada November 1 687M, Sultan telah dipecat atas nasihat Qaim Maqam dan timbalan Wazir Besar. Ini kerana berlakunya krisis yang mengganggu ketenteraman awam dan baginda terpaksa dipecat.
Biasanya dalam pemerintahan mana sekali pun, soal masalah kepimpinan yang berwibawa dan baik dari sudut Syara’ tidak dapat dipertahankan selamanya. ALLAH adalah Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana! Oleh itu, Dia tidak menjadikan sesuatu keturunan atau keluarga itu sebagai bijak, berwibawa dan berkebolehan belaka. Jika tidak, lenyaplah pula golongan yang lain untuk memimpin. Sealin itu, syura jua perlu dilakukan dengan tanpa sekatan atau arahan seperti yang telah ditunjukkan pada Zaman Rasulallah SAW dan Khulafa’ ar-Rasyidin dan bukan atas kepentingan mana-mana individu atau kumpulan. Dalam hal ini, Islam telah membawa dasar yang lebih demokratik dan berwibawa pada peringkat awal tamadunnya daripada amalan-amalan dinasti yang muncul kemudiannya termasuklah Dinasti ‘Uthmaniyyah.
Apa yang telah berlaku dalam sistem pemilihan sultan, kuasa yang tertinggi dalam Emapayar ‘Uthmaniyyah, ialah putera diraja dipilih daripada individu yang paling berpengaruh dan disukai oleh golongan pembesar, khususnya Wazir besar atau Yenisari. Tetapi jalan untuk menuju takhta itu bukanlah mudah. Ini kerana antara Sultan Turki ‘Uthmaniyyah mempunyai isteri-isteri yang ramai, di samping gundik-gundiknya di istana. Hasilnya, apabila seorang sultan meninggal dunia, maka ramailah putera-puteranya yang mengambil peluang untuk menaiki takhta. Kadang kala seorang bakal sultan itu perlu menghapuskan bakal pesaingnya yang terdiri daripada saudaranya sendiri atau saduara yang terdekat. Dalam keadaan ini, pihak sultan telah menghasilkan satu mekanisme untuk menghapuskan para pesaingnya dalam melakukan apa yang telah dilakukan oleh Barat yang dipanggil “fratricide”, iaitu dengan membunuh penentang-penentangnya seorang demi seorang sehingga tiada lagi pencabar yang tinggal. Dala satu kes, sebagai contoh Sultan Muhammad III mengarahkan supaya 19 orang adik-adiknya dibunuh dengan cara dicekik bagi memastikan kuasanya tidak dicabar pada kemudian hari, proses “fratricide”  ini berlaku berulang-ulang kali dan melibatkan pembunuhan yang ngeri. Menurut sebahagian pengkaji, proses “fratricide” sebenarnya dipelajari oleh sultan ‘Uthmaniyyah daripada tradisi yang diamalkan oleh Qaisar Byzantine. Sebelum itu, mereka tidak pernah mengamalkannya.

Kemudian pada abad ke-17M, Sultan Ahmad I yang menggantikan ayahnya, Sultan Muhammad III, pada 1 603M, telah menukarkan dasar ini dalam menyelesaikan masalah perebutan kuasa yang berlaku antara putera raja di ‘Uthmani apabila mangkatnya seseorang sultan yang memerintah. Tetapi kaedah yang digunakannya jua adalah sama parah dan merosakkan seperti amalan “fratricide” itu. Tak ubah seperti kata orang tua-tua, “lari dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya”. Kali ini Sultan Ahmad I memperkenalkan amalan meweujudkan amalan sangkar (The Cage) atau bilik kurungan bagi mengurung putera-putera raja ke istana yang berhampiran dengan harem agar tidak berlakunya kuasa merebut atau merampas seperti yang lalu dan berbunuhan sesama ahli keluarga. Malah, baginda mungkin berasa bangga kerana boleh menyelamatkan nyawa para saudaranya lebih tampak berperikamanusiaan melalui tindakannya yang baru itu.
Amalan pengasingan dan pengurungan itu jua ada buruknya terhadap kepimpinan ‘Uthmaniyyah dan menggugat kepada negara dan jua rakyat. Melalui sistem ini, sultan yang menaiki takhta biasanya adalah lemah kerana tiada langsung didedahkan dan latihan kepada sistem urus tadbir, politik, ketenteraan dan sebagainya sebelum dipilih atau dijemput untuk menjadi pemerintah. Justeru, Daulah ‘Uthmaniyyah ketika ini terpaksa berkomplot dengan musuh luar dari Eropah dan tidak dapat mempertahankan wilayahnya yang jauh. Dalam keadaan ini jua, Sultan terperangkap dengan pengaruh sama ada harem atau pegawai pentadbir yang lain mahupun Yaniseri. Bahkan ada sebahagian sultan yang telah menjadi gila apabila memerintah. Misalnya, Sultan Mustafa I yang menggantikan Ahmad I telah menghabiskan lebih daripada 10 tahun dalam kurungan telah menampakkan tanda-tanda kurang siuman. Baginda melantik 2 orang pengasuh (page) yang muda di istana yang beliau sukai untuk menjawat jawatan Gabenor di Kaherah dan Damsyik. Baginda jua memecat seorang pegawai tinggi supaya dia dapat memberikan jawatan itu kepada seorang petani yang telah memberikannya air ketika beliau keluar memburu. Tindakannya ini membuatkan politik negara menjadi kacau-bilau. Selepas 3 bulan memerintah, baginda diturunkan daripada takhta. Apa jua keadaanya, kedua-dua amalan ini adalah bertentangan dengan ajaran islam dan semakin melemahkan kerajaan Islamiyyah.

Jika pada peringkat awal hinggalah ke zaman keemasan ‘Uthmani, semua sultan adalah Ghazi. Mereka sentiaa aktif dan semangat dalam peperangan. Namun, pada zaman gelap ini, kebanyakan Sultan melainkan Murad IV, Mustafa II dan Abdul Hamid II tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin sama ada dalam bidang pentadbiran atau pun ketenteraan. Sebelum menaiki takhta, mereka hidup dalam keadaan terkurung dan langsung tiada pengalaman dalam pentadbiran dan latihan ketenteraan. Hal ini jua berkait rapat dengan masalah perwarisan takhta. Dalam peringkat ini, ruh jihad semakin terpadam. Hal ini memberi musibah kepada umat Islam sendiri. Tiada lagi jaminan ke atas keselamatan negara. Misalnya Sultan Salim II yang menggantikan ayahnya, Sultan Sulaiman al-Qanuni bukanlah seorang pemimpin ketenteraan yang layak. Justeru, baginda tidak melakukan penaklukan sebagaimana yang dialkukan oleh bapanya. Baginda terpaksa mengadakan perjanjian genjatan senjata yang baru dengan raja Perancis, Charles IX dan menambahkan lagi keistimewaan yang diberikan kepada konsulat Perancis yang bermula pada zaman ayahnya. Dalam keadaan ini, Perancis telah menggunakan kesempatan untuk mengirimkan missionary Kristian bagi menyusup masuk ke dalam masyarakat di Syria dan mengapi-apikan orang Kristian agar memberontak terhadap kerajaan ‘Uthmani. Kedudukan rakyat jua tidak lagi aman. Mujurlah pada ketika itu, wujudnya seorang mujahid agong  dan ahli politik yang ulung, Muhammad Basya al-Shuqlali (Sokolli), yang beritndak sebagai seorang menteri untuk menyelamatkan  kerajaannya. Jika tidak, pasti kerajaan ‘Uthmani akan tumbang. Salim II ternyata tidak berkuasa untuk mengawal tentera Yenisari . Bahkan baginda sendiri tunduk kepada arahan Yenisari semasa mula mengambil alih kuasa di Istanbul dengan membayar wang yang banyak sebagai cukai sebelum baginda dibenarkan memasuki kota tersebut. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Dalam pada itu, Abdul Majid I (1 939-1 861M) yang menggantikan ayahnya, Mahmud II pada ketika berusia 16 tahun, cenderung kepada kehidupan mewah, membazir, dan berfoya-foya. Baginda telah membina istana yang besar dan cantik mengikut trend gaya seni bina Eropah. Istana ini dibina oleh seorang arkitek Armenia bernama Balian dengan bajet yang tiada terhad. Istana diberi nama Dolmabache (Taman yang berhias penuh lagi indah). Dalamnya dihiaskan dengan perabot yang indah dari Eropah,  bilik berdansa (ballroom), berlantai marmar dan dikelilingi taman yang cukup indah. Bagi menghilangkan penat lelah dalam melaksanakan proses pembaharuan (tanzimat), baginda juga telah membina sebuah panggung (theathre) bagi menghiburkan dirinya dan pembesar serta hartawan di Istanbul. Baginda telah mengimport para pelakon Eropah, Penari ballet, pelawak dan sebagainya yang terkenal di Eropah. Ada jua sultan yang tamak dan rakus. Misalnya Sultan ‘Abdul ‘Aziz merupakan seorang pengaggung Barat yang boros dan banyak menghabiskan harta negara, meskipun baginda sendiri adalah pengamal tariqat sehingga Daulah “Uthmaniyyah diisytiharkan muflis. Pada waktu itu, hutang negara mencecah 6 225 000 000 franc. Baginda banyak berhutang pada pihak pemodal dan tokoh bank dari Britain dan Perancis. Ini telah meletakkan Daulah ‘Uthmaniyyah telah bergantungan kepada Barat dalam aspek ekonomi dan semakin mudah untuk terus dicengkam. Malangnya, teras ekonomi adalah RIBA!! Selain itu, baginda menghabiskan wangnya dengan berfoya-foya. Baginda terlalu gilakan seorang jariyah yang berbangsa Circassia (berkulit putih dan cantik) yang bernama Mihri Hanoum, telah memberikan hadiah sebanyak 1 JUTA POUND kepadanya sebagai upah hanya untuk menemainya dan berhibur! Akibat perangainya yang jijik ini, baginda terpaksa digulingkan berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh seorang syeikh al-Islam (Mufti) pada ketika itu.

Satu lagi penyakit yang timbul akibat daripada kepimpinan yang lemah ialah meningkatnya campur tangan pihak harem (permaisuri, bonda sultan atau gundik kesayangan sultan)dalam hal ehawal pentadbiran negara. Apakah harem ini sebenarnya? Pada dasarnya, istilah harem ini merujuk kepada bahagian atau sebahagian daripada rumah yang dikhaskan untukm kediaman wanita, dan lelaki, selain si suami, tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan ini kerana menjaga tuntutan Syara’. Pada dasarnya ia tidaklah salah. Tetapi sikap manusia yang berlebih-lebihan seperti dalam Daulah ‘Uthmaniyyah telah menimbulkan musibah yang besar bagi umat Islam. Amalan menyediakan harem yang dibekalkan dengan segala persiapan yang mewah, termasuk tempat mandi yang besar, tempat urut dan perabut yang mewah serta taman-taman menimbulkan masalah apatah lagi bila ia dijadikan kediaman Sultanah dan para gundik untuk berhibur semata. Islam tidak mengharamkan poligami, malah mengharuskannya bagi yang berkemampuan. Seorang Muslim jika perlu dan sanggup dibenarkan untuk mempunyai 4 orang isteri sahaja. Namun, disini amalannya sudah melampaui batas sehingga menimbulkan kegoncangan nafsu yang tidak terperi. Beratus-ratus orang gundik yang cantik dari pelbagai bangsa termasuklah Eropah, disediakan sehinggalah sultan menjadi lalai berhibur, mengabaikan tanggungjawab memerintah dan menjaga kebajikan rakyat bahkan mendedahkan keselamatan negara kepada pihak musuh. Tidak kurang jua pihak atasan, iaitu PM dan pegawai-pegawai istana lain turut terlibat sama dalam hal ini.
Amalan mewujudkan harem ini telah wujud di rantau Asia Barat dan timur Jauh sejak zaman dahulu lagi. Dinasti ‘Uthmaniyyah hanya meminjam dan menggunakan sistem ini daripada amalan pihak Byzantine. Dalam sesebuah harem yang menjadi bahagian penting istana itu, bukan sultan yang mentadbir dan megawalnya. Tumpuan segala kuasa berada di tangan bonda sultan (walide Sultan) yang menguruskan keluarganya sendiri, iaitu para isteri raja termasuk Permaisuru pertama (Sultanah Pertama) , para gundik dan putera-putera diraja. Ringkasnya, sebuah harem ini merupakan satu institusi lengkap dengan susuna darjatnya (hierarchy) bagi setiap wanita yang mempunyai tugasnya mengikut umur, status dan kemampuan ilmu yang diperolehinya. Ia seperti jua sebuah kerajaan, tetapi di sini adalah para wanita yang berkuasa. Meskipun, kuasa bonda sultan itu adalah mutlak, tapi terkadang berlaku jua pergeseran antara mentua-mentua atau sesama dua, tiga atau empat sultanah yang sehingga menimbulkan keributan yang melibatkan secara langsung pegawai-pegawai pentadbiran istana dan tentera dan seterusnya mengancam dan melemahkan negara. Apabila perebutan kuasa berlaku, sultan yang memerintah menjadi cagaran dan seterusnya negara itu menjadi cagaran dan umat Islam secara tidak langsung. Selain daripada petugas wanita yang disebutkan ini, dalam harem jua terdapat sida (eunuch) yang dikasi supaya mereka hanya bertugas dan menjaga keselamatan dan ketenteraman para harem, menjaga wanita milik para sultan yang merupakan harta yang paling mahal bagi sultan.

Seluruh masalah ini bermula apabila para sultan ‘Uthmani berminat untuk berkahwin dengan wanita asing yang cantik lagi genit dari kalangan Kristian dan Yahudi. Sang isteri ini bukanlah dipilih atas dasar agamanya, tetapi kerana atas faktor fizikal. Mereka ini mengahwini para wanita ini juga demi kepentingan politik untuk berdamai dengan negara wanita ini. Tetapi, para isteri pada asalnya tidak Islam tetap boleh mempengaruhi suami dan anak-anaknya dalam sesuatu perancangan yang mereka kehendaki. Mereka jualah yang acapakali mahukan supaya anakanya menjadi khalifah selepas kemangkatan suaminya demi menjaga kepentingan keluarganya mahu pun bangsanya sendiri. Inilah masalah pokok disini.

Amalan ini bermula denganlangkah yang diambil oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni sendiri. Soalnya, memang tidak salah bagi seorang sultan atau pemimpin Islam untuk berkahwin dengan seorang wanita yang asing yang bukan beragama Islam. Asalkan wanita itu diislamkan dan diberi tarbiyyah yang secukupnya. Dalam hal ini, kita boleh mengambil panduan daripada Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. yang melarang para sahabatnya pada zamannya mengahwini wanita Kristian kerana ditakuti mereka yang berjiwa lemah itu tidak dapat mendidik isteri mereka dengan ajaran islam yang sebenar. Selain itu, amalan ini boleh menimbulkan fitnah yang dapat mendatangkan kesan yang buruk kepada kedudukan umat Islam pada masa akan datang. Tetapi, sekiranya perkahwinan yang terbina itu atas dorongan dan panduan nafsu dan sultan pula terlalu mencintai dan mempercayai akan permaisuri , maka besarlah potensi bahawa musibah akan berlaku di masa akan datang. Inilah sebenarnya yang berlaku dengan Sulaiman I dan sultan-sultan yang lain selepasnya. Sulaiman I telah berkahwin dengan seorang wanita Russia, Roxelana, anak kepada seorang paderi yang pernah menjadi jariah kepada Ibrahim Agha, Wazir besar ‘Uthmani. Roxelana kemudiaannya menjadi Sultanah kedua dengan gelaran “Sultanah Khurrem” dan wanita ketiga yang paling berkuasa dalam harem selepas Bonda Sultan dan bekas seorang gundik yang bertukar menjadi Permaisuri pertama (Sultanah Pertama) bergelar “Rose of Spring”. Perkahwinan ini meskipun memberi kebahagiaan kepada Sulaiman al-Qanuni, namun ia telah mengundang padah kepada Daulah ‘Uthmaniyyah dan umat Islam kemudiannya. Selain itu, Sultan Murad IV mengahwini Safiyah, seorang wanita yang berasal daripada itali yang kemudiannya menjadi amat berpengaruh.
Dalam kes Sulaiman al-Qanuni, kita dapati bahawa wanita yang amat dicintai dan mendapat kepercayaan sultan telah bertindak licik untuk menguasai dan melemahkan pentadbiran Daulah ‘Uthmaniyyah dari dalam secara berperingkat. Beliau berusaha bersungguh untuk melantik puteranya, Salim untuk menjadi khalifah selepas mangkatnya Sulaiman al-Qanuni. Maka, beliau yang menguasai harem telah berkomplot untuk menajtuhkan Wazir Besar, Ibrahim Agha yang menjadi tuannya atas alasan tokoh itu mempengaruhi sultan dan sedang mengukuhkan kuasanya bagi menggulingkan sultan serta membantutkan urusan perlantikan anaknya menjadi sultan kelak. Dengan mempengaruhi sultan, beliau berjaya menyebabkan Ibrahim dibunuh dengan dicekik oleh sekumpulan orang suruhan sultan. Beliau juga berkomplot dengan Rustam Basya, menantunya yang menjadi Wazir Besar menggantikan Ibrahim Agha kemudiaanya menghapuskan Mustafa, Shahzade (Putera Makhkota) yang amat disayangi Sulaiman al-Qanuni. Akhirnya, sultan termakan dengan hasutan licik Roxelana sehingga Mustafa sendiri dibunuh secara dicekik oleh beberapa orang pembantu diistana. Begitulah betapa liciknya Roxelana sehingga semua jalan ke arah kuasa telah terbuka bagi puteranya, Salim yang tebukti kemdudiannya dia adalah seorang yang lemah. Salim II misalnya, Sultan ‘Uthmaniyyah pertama yang tidak memimpin tenteranya secara peribadi ke medan perang. Akibatnya, bukan sahaja membawa kepada perpcahan pemimpin Islam dalam kerajaan, malahan menjurus kepada kelemahan dan keruntuhan kerajaan sendiri.
Dalam pada itu, Sultanah Nur Banu, isteri kepada Sultan Salim II, pengganti Sulaiman al-Qanuni juga telah membawa musibah yang serupa bilamana menguasai harem dan menjalankan komplot yang serupa. Kisahnya memang menarik. Beliau memasuki istana sebagai isteri kepada Salim II bersama sekumpulan gundik yang dibawa sultan bagi menggantikan para gundik bapanya, yang dipindahkan ke Adrianople selepas kemangkatan sultan. Nur Banu hidup dalam kemewahan dan bercita-cita tinggi. Beliau sememangnya mencemburui kuasa Wazir Besar Muhammad Sokolli yang sebenarnya menerajui kerajaan Salim II kerana Salim II tidak berminat kepada pemerintahan dan lebih cenderung kepada kehidupan mewah, berhibur dan minum arak, sukar beliau untuk mencari sebab bagi menggulingkan Muhammad Sokolli kerana beliau terlalu ikhlas dan sukar untuk dikaitkan dengan masalah tingkah laku. Sokolli jua berkhidmat dengan penuh keperacayaan di bawah 3 orang sultan. Bersama sekutunya, Kislar Aga, seorang sida yang berpengaruh di istana, tetapi terlibat dengan amalan mengumpul harta secara rasuah, dengan menjual jawatan kepada sesiapa sahaja yang mahukannya  yang jua berkhidmat demi harta dan pangkat. Namun, akhirnya beliau menemui 1 jalan untuk menjatuhkan Sokolli. Kebetulannya, Murad II, anaknya merupakan seorang sultan yang kedekut. Baginda amat sensitif akan soal kewangan. Baginda sendiri memperdagangkam jawatan dalam pentadbiran dan menyimpan wang yang sangat banyak dalam kamar tidurnya sendiri. Bila diberitahu oleh bondanya  bahawa “Sokolli sendiri menjual jawatan untuk memperolehi keuntungan daripadanya” sultan tanpa membuat pertimbangan yang waras memutuskan bahawa Sokolli mesti dibunuh. Bertepatan dengan rancangan yang diatur, Sokolli telah ditikam oleh seorang tentera yang ditolak permohonannya oleh Wazir Besar itu dan Sokolli meninggal dengan serta merta di tengah dewan yang sedang gamat bersidang. Sebelum dapat dikenakan qisas terhadap pembunuh ini oleh pembesar yang sedia ada, terdengar pula suara sultan mucul daripada belakang tabir supaya pembunuh ini dibebaskan. Tetapi, yang mengejutkan ialah apabila Murad bertindak untuk merampas “harta” Sokolli, baginda mendapati bahawa Sokolli telah meninggal dalam keadaan msikin. Masalahnya, setelah kewafatan Sokolli tiada lagi tokoh besar yang mampu untuk mamju dan mempertahankann Daulah ‘Uthmaniyyah. Sebaliknya sultan yang muncul mengamalkan kuku besi hingga melemahkan kerajaan.  Murad III sendiri kerana kelemahannya telah melantik seorang tukang masak bernama Ferhat sebagai pegawai kerajaan dan kemudiannya Wazir Besarnya disebabkan individu berkenaan berani mengkritik di tengah-tengah bazaar tentang kepincangan dan salah pentadbiran kerajaan. Dalam perkara ini, tiada pihak yang mahu membantah.
Usai kes Sokolli ini, Nur Banu mengalihkan pula perhatiannya kepada pesaingnya, Sultanah Baffo @ Safiye (sofiyyah yang berasal daripada keturunan Itali (Venice), isteri kepada anaknya Murad III dan ibu kepada putera tunggal sultan tersebut. Tetapi, kali ini tidaklah semudah untuk membunuhnya. Jadi, beliau telah menggunakan muslihat yang lain. Dengan bantuan Kisler Aga juga, beliau dengan sengaja membekalkan para gundik kepada Murad III yang lebih cantik dan muda daripada Safiye sendiri. Murad telah menggunakan kesempatan ini dan akhirnya baginda menjadi bapa kepada 103 kanak-kanak. Selain itu, apabila Nur Banu meninggal pada 1 583M, baginda langsung mendampingi Safiye lagi. Bagi Safiye, beliau membiarkan suaminya terus berhibur dengan gundik-gundiknya kerana apa yang penting baginya dia berjaya untuk mencampuri urusan kerajaan tanpa diganggu oleh ibu mertuanya seperti pada masa yang lalu. Di sinilah timbulnya masalah. Melalui Safiye, pihak Venice berjaya campurtangan dalam kerajaan ‘Uthmani. Mereka dapat mengetahui kelemahan kerajaan ‘Uthmani melalui permaisuri sultan dan menghasut Shah Tahmasp dari Iran untuk menyerang kerajaan tersebut. Mujurlah, putera sultan, Sultan Muhammad III yang mengambil alih pemerintahan kemudiannya sempat menyekat kemaraan tentera Iran dan dengan itu menyelamatkan Kerajaan ‘Uthmaniyyah. Inilah antara sisi gelap, iaitu padahnya apabila sultan mengahwini wanita asing sedangkan dirinya berpirbadi lemah dan tidak mampu untuk berdakwah dan tarbiyyah kepada isterinya benar-benar Islamik. Apa yang terjadi bukan sahaja pemerintahan negara menjadi kacau-bilau, malah negara sendiri menjadi ancaman bahaya daripada pihak musuh.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim b. Ahmad (1 049-1 058H/ 1 639-1 648M) juga merupakan seorang sultan yang sangat lemah. Beliau hanya dibebaskan dari kurungan di istana bagi menggantikan saudaranya, Sultan Murad IV yang tidak mempunyai sebarang anak. Hakikatnya, Ibrahim tidak memiliki sebarang latihan dan pengalaman kerana beliau dikurung dalam istana melalui zaman 3 orang sultan, iaitu Mustafa I, ‘Uthman II dan Murad IV. Setelah menaiki takhta, baginda dipengaruhi oleh ibunya sendiri dan 3 orang isterinya turut campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Sekali lagi, soal harem menjadi masalah besar dalam pentadbiran. Hanya bilamana Wazir Besar Kara Mustafa yang banyak berjasa kepada Murad IV campur tangan barulah masalah ini dapat dikawal selepasa 2 tahun yang pertama. Tetapi, berikutnya permaisuri dan ketiga-tiga orang isteri Ibrahim yang lain telah mengahasut pihak Yenisari bagi membunuh Kara Mustaffa yang mengawal aktiviti mereka. Pihak sultan pula tidak berani membantah. Maka, pada tahun 1 644M, Wazir Besar ini telah dibunuh. Walau bagaimanapun beliau sempat mengalahkan pihak Crimea pada 1 642M sebelum dia dibunuh. Dengan matinya Kara Mustafa, maka kerajaan ‘Uthmaniyyah telah kehilangan seorang Wazir Besar yang amat berjasa dalam mempertahankan kerajaan dan memperluaskna pengaruh Islam.
Sultan Ibrahim meskupun lemah cuba menyerang Venice yang selama ini menyekat pintu masuk ke Laut Aegean. Ekspidisi yang dikirimkan ini berjaya dan tentera ‘Uthmani dapat menawan pulau Creteserta Canae. Namun, selepas itu, pergerakan tentera ‘Uthmani menjadi agak lembap. Akibatnya, berlakulah 1 pakatan tentera untuk menggulingkan Ibrahim kerana beliau gemar untuk hidup bermewa-mewah dan beribur dengan wanita dan menggunakan wang negara untuk berjoli. Masalahnya dengan Ibrahim ialah baginda bukan sahaja meniduri gundik-gundiknya, malahan banyak menghabiskan wang dengan melanggan pelacur-pelacur dari luar istana melalui bantuan kekasihnya, Sechir Para (segumpal gula yang manis) yang mengetahui benar bahawa dia dapat mempengaruhi sultan apabila dia berjaya mendaptkan wanita-wanita yang cantik daripada luar harem. Keadaan menjadi lebih parah. Pada Ogos 1 648M, baginda telah disingkirkan dan mati dicekik. Inilah antara lain contoh bagi menunjukkan betapa lemahnya “sistem Sangkar” yang mendorong banyak masalah. Semua ini membuktikan kepada kita tentang sisi gelap yang menyelimuti sistem pentadbiran ‘Uthmaniyyah pada saat kejatuhannya. Menyedari tentang bahayanya harem yang tidak dapat dikawal, maka Sultan Abd Hamid II apabila memegang tampuk pimpinan telah mengharamkan sebarang keterlibatan wanita dalam urusan politik. Tetapi malangnya kerana kemakisatan dan bencana telah berlaku dengan lamanya.
Turut diketahui jua bahawa ibu kepada Sultan Mahmud II adalah seoranag wanita Perancis bernama Aimee Dubucq de Rivery yang merupakan sepupu kepada Josephine, isteri Napoleon Bonarparte, maharaja Perancis. Dia telah mempengaruhi anaknya,  Mahmud II untuk melakukan pembaharuan dalam ‘Uthmani secara barat dan berpaksi kepada model France. Mahmud merupakan Sultan ‘Uthmani pertama yang membuka sebuah sekolah perubatan dan mengimport para doctor Fracne untuk bertugas. Baginda jua telah mengirimkan beberapa orang pelajar ke Paris, London dan Vennna. Dengan ini secara tidak sedar bahawa pengaruh Barat telah menular masuk ke dalam negara Islam secara langsung. Inilah jua contoh yang membuktikan bahawa pengaruh harem yang melibatkan wanita asing telah menrobah dan mengkucar-kacirkan kerajaan. Tetapi, yang memeranjatkan lagi adalah bila Aimee meninggal dunia dalam keadaan murtad setelah dipersetujui oleh anaknya sendiri. Kejadian yang menyayat hati ini berlaku apabila hampir tabanya waktu kematian. Father Chrysostom seorang paderi katolik, telah mengambil pengakuan taubat “confession” dan beroda untuk Aimee dengan kebenaran Mahmud, meski pun secara peribadi sultan telah berdoa kepada Allah agar memberikan kekuatan kepadanya untuk menghadapi kematiannya. Begitulah dahysatnya maslaah yang timbul daripada kejadian mengahwini seorang wanita asing yang pada asalnya bukannya seorang penganut Islam tanpa memberikan dakwah dan tarbiyyah yang sepatutnya. Bukan hanya mencampurkan masalah negara dan individu, malahan serangan sekularisme, malah menimbulkan pula masalah murtad! Bagi Sultan Mahmud II, begainda dengan asuhan ibunya menjadi kepada insan secular yang keliru dan turut memberi saham yang lebih penting ke arah mengsekular dah membawa benih menyemai benih Islam Liberal dan merosakkan generasi Muslim di Empayar ‘Uthmaniyyah.
Satu lagi sisi gelap yang melibatkan kerajaan ‘Uthmaniyyah dan berkait rapat secara jelas dengan istitusi harem ialah terdapatnya amalan menyimpan sida-sida (eunuch) sebagai para pengawal di istana. Amalan yang hina ini tidak pernah diteraskan oleh Islam sama sekali. Menurut para sejarawan Turki, amalan menyimpan para sida ini bermula pada peringkat suku pertama abad ke 15M di bawah pemerintahan Murad I atau Murad II. Dalam sistem ini, biasanya seorang yang menjadi sida akan dikasi (dimandulkan) semenjak zaman kanak-kanak dan ada juga kes di mana bila mana terdapatnya hamba yang ditawan daripada sesuatu peperangan dikasi sebaik sahaja dia dipilih untuk berkhidmat dalam harem. Dalam perkara ini hukum Syara’ telah diketepikan. Malang sekali, tidak pula kedengaran ketika itu bantahan daripada para ulama di istana. Inilah yang terjadi bilamana PARA ULAMA DIBIROKRASIKAN DENGAN PANGKAT DAN HARTA SEOLAH-OLAH SEMUANYA ADALAH HALAL BELAKA. Biasanya, apabila telah dikasi seseorang individu itu tidak dapat berfungsi sebagai lelaki “original”. Perkara ini bertujuan untuk mengelakkan mereka berhibur dengan gundik yang sedia ada. Tetapi, jelas terbukti bahawqa para sida yang berkhidmat ini dengan penuh cemburu dan integriti bagi menjaga wanita-wanita yang menjadi asset kepada sultan.
Dalam sejarah zaman ‘Uthmani pula, para sida terbahagi kepada 2 golongan, iaitu golongan berkulit putih dan berkulit hitam. Mereka yang berkulit putih biasanya daripada bangsa Circassia dan Georgia (Eropah Timur) dan yang berkulit hitam adalah bangsa Habsyi yang diambil dari Afrika. Kemajuan yang pesat dalam daulah ‘Uthmaniyyah menyebabkan berkembangnya budaya harem dan penyimpangan sida ini. Sebagai contoh, kemenangan yang berterusan memberikan ghanimah (harta rampasan perang) yang berterusan dan sebaginya selari dengan bertambahnya hamba abdi. Di samping itu, hamba abdi lelaki dan perempuan telah dihadiahkan oleh para amir dan putera raja kepada sultan bagi memperoleh kurnia istimewa dan juga perlindungan. Pada awalnya hanya sida berkulit putih sahaja yang digunakan. Tetapi dari tahun 1 475M, bangsa kulit hitam telah digunakan di dalam harem. Pada zaman sultan Sulaiman al-Qanuni, pengawal peribadi (sida) Roxelana melibatkan kedua-dua bangsa berkulit putih dan hitam. Pokok permasalahannya mengapa MANuSIA PERLU DISIKSA DAN DIANIAYA} DENGAN SEBEGINI? Mengapa mereka dikasi dan tidak dapat hidup secara normal, bernikah dan berzuriat seperti manusia lain hanya untuk menjaga kepentingan bangsawan? Perbuatan ini adalah amat terhina dan pasti berdosa. Ia menggambarkan dosa seluruh kelas pembesar yang mengamalkan dan jua ulama yang mengetahuinya tetapi tiada tindakan untuk merubah atau membaik pulih keadaan!
Sementara itu, amalan RASUAH menjadi begitu ketara dan meluas pada peringkat kejatuhan ini. Misalnya, semasa zaman pemerintahan Ahmad III telah berlaku satu pengkhianatan besar kepada negara akibat amalan rasuah oleh PERDANA MENTERI sendiri. Dalam satu peperangan di Rusia, para mujahid ‘Uthmani telah berjaya mengepung Qaisar Rusia, Peter the Great bersama isterinya, permiasuri Catherine. Tentera Rusia yang tertawan ketika itu telah hampir lumpuh. Tetapi sayang, kerana amalana rasuah dan tawaran wanita oleh Catherine sendiri telah mendorong Perdana Menteri ‘Uthmani keitka itu untuk berkhidamat kepada negara. Belau membatalkan kepungan, jika tidak pasti Rusia telah musnah ketika itu. Dalam kes yang lain, pada zaman pemerintahan Mahmud II yang terkenal sebagai reformis Barat, masalah rasuah dan penyelewengan kuasa berlaku dengan rakusnya. Ramai pegawai tertinggi ketika itu terlibat sama bersekongkol. Pada peringkat akhir kejatuhan ‘Uthmani, kenaikan pangkat berdasarkan kebolehan yang menyebabkan kerajaan menjadi terkenal sebelumnya sudah lagi tidak dipedulikan. Masalah ini telah merebak sampai kepada peringkat wilayah. Pembelian sesuatu jawatan bermaksud penyandang jawatan perlu membayar ‘upah’ untuk masa hadapan kepada orang yang memberikan peluang kepdanya. Ini menjadikan proses memeraskan cukai ke atas rakyat bertambah parah bagi memperolehi wang tambahan yang diperlukan bagi membayar upah ini. Proses ini berlaku berulang-ulang kali dan menguntungkan para pegawai tinggi dan mereka yang terlibat, manakala rakyat biasa yang memabayar cukai semakin menderita. Pertukaran penyandang jawatan menjadikan keadaan bertambah parah. Dalam hal ini, ada sebahagian ulama sendri yang terlibat. Melalui budaya rasuah, sesetengah mereka yang jahil dan tidak ada pengalaman telah membeli jawatan dan mengambil pengganti untuk melaksanakan tugas bila perlu. Lantaran itu, perlaksanaan undang-undang di sesetengah tempat terganggu kerana QADHINYA BOLEH DIBELI. Masalah rasauah turut merebak kepada pasukan Yenisari. Hal ini bukan sahaja menjurus kepada lemahnya kekuatan tentera Islam dan kedudukan masyarakat, malah ia telah memporak-perandakan segala bagai aspek urus tadbir kerajaan termasuklah ekonomi, soisal dan politik.

Segala hal in telah membuka ruang kepada Barat untuk memasuki dan melemahkan kerajaan ‘Uthmaniyyah. Sebelum itu, Sultan Sulaiman al-Qanuni cuba untuk membersihkan rasuah dalam pentadbirannya. Malangnya tidak berjaya. Begitu jua, yahudi Zionis telah berjaya memasuki Palestine dengan merasuahkan para pegawai rendah ‘Uthmani, walaupun Sultan Abdul Hamid II cuba menyekat penguasaan Yahudi ke atas wliayah itu dengan menafikan peluang kepada Theodore Herzl, pengasas Zionisme politik, untuk membeli wilayah tersebut.
Antara perakara lain yang menjadi faktor kepada sisi gelap kerajaan ‘Uthmainyyah adalah budaya NEPOTISME dan KRONISME. Dalam hal ini, kita dapati bahawa jawatan-jawatan boleh dijual dan dibeli sesama mereka yang tamak kepada pangkat kepada harta dan pangkat. Antara contoh yang jelas melibatkan nepotisme adalah Mufti Faizallah, beliau diserahkan tugas oleh Sultan Mustafa II untuk memerintah negara selepas sultan Mustafa II tewas dalam peperangan  dan dengan Perjanjian Carlowitz pada 1 699M terpaksa menyerahkan Hungry kepada maharaja Hapsburg. Menteri ini mengambil kesempatan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Husain Koprulu dan memberi peluang kepda kaum keluarganya sendiri untuk mengisi jawatan dalam kerajaan.

Tidak terkecuali adalah pihak YENISARI turut terlibat dalam menjadi faktir sisi gelap. Hal ini melibatkan syarat perkhidamatan yang dikenakan kepada Yenisari pada zaman awal pemerintahan ‘Uthmani. Misalnya, mereka yang terlibat dengan Yenisari dikenakan syarat MEMBUJANG (elibacy)! Ini amat bertentangan dengan ajaran Islam kerana bilamana seseorang yang telah cukup syaratnya dibenarkan untuk berkahwin bahkan menjadi wajib atas keadaan yang lazimnya uruf pada adat. Islam tidak pernah mengamalkan elibacy seperti yang diamalkan dalam padri Katolik. Namun, peraturan ini secara perlahan kemudiannya telah dilonggarkan dan dihapuskan kemudiannya. Tetapi, semasa perkara ini dilaksanakan dengan ketat, ramai dikalangan mereka yang teraniaya dan disiksa dengan cara sedemikian sedangkan mereka dilatih untuk menjaga keselamtan kerajaan ‘Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun, keroasakan yang berlaku kepada Yenisari dalam perkara lainnya seperti rasuah, memberontak dan menindas rakyat dan sebagainya adalah kerana mereka terpengaruh dengan tariqat sesat seperti TARIQAT BEKTASYI yang menyeleweng.
Satu lagi sisi gelap yang berlaku dalam Daulah ‘uthmaniyyah yang berlaku semenjak zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni. Baginda telah MEMBERIKAN HAK-HAK KEISTIMEWAAN (capitulations dalam Bahasa Inggeris) kepada FRANCE dalam keadaaan yang sangat terlalu bermurah hati dan tidak sepatutunya. Walaupun baginda melayan mereka sebagai Ahl al-Dhimmah (Ahlki Kitab) yang diberi perlindungan dalam Islam, kerana kurang berwaspada menyebabkan kedudukan umat Islam sendiri tergugat. Selain itu, melaui dasar toleransi ini, pada peringkat akhir pemerintahan Sulaiman al-Qanuni dan lebih jelas lagi pada zaman penggantinya, Salim I, PENAsiHAT SULTAN ADALAH DARI KALANGAN YAHUDI DAN KRISTIAN (sama macam sekarang ke-APCO?)Luigi Grittu, anak luar nikah kepada seorang hakim di Venetia, menjadi penasihat kepada sultan Sulaiman al-Qanuni. Pihak Yahudi Sephardic pula menjadi penasihat kepada Sulaiman dan anaknya dan membantu membentuk dasar ‘Uthmaniyyah. Yang termasyhur anatara mereka adalah Joseph Nasi yang dikenali di kalangan masyarakat Eropah sebagi “the great Jew”, beliau pernah menasihat Salim I menyerang Venice semata-mata kerana beliau inginkan harta rampasan yang banyak untuk dirinya. Dengan cara itu, masalah negara turut terdedah kepada bahaya dan mengancam kerajaan Islam bagi jangka masa panjang, mereka terpaksa berkorban dan berperang, manakala YAHUDI GOYaNG KAKI DAN UNTUNG!

Pada dsarnya, melayani orang kafir dengan cara yang baik dan hormat tidak menjadi masalah, jika sekiranya tindak tanduk dan kelakuan mereka diawasi dengan baik. Tetapi, umat Islam mudah leka dan terlupa hingga pihak musuh boleh mengambil kesempatan untuk memerangkap mereka dan menimbulkan pelbagai fitanh. Dalam soal perhubungan, ia tidak bermaksud umat Islam perlu mengasiangkan diri. Islam sendiri menggalakkan agar kita berbaik-baik antara satu sama lain.
Firman ALLAH swt yang bermaksud :
“Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali”.
(al-Hujurat : 13)
Namun, dalam semua hal, mesti ada batas dan sempadannya. Maka, kita perlu berpandu dengan firma ALLAH swt yang lain yang bermaksud :
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan meredhai kamu (umat Muhammad) sehingga kamu tidak mengikuti agama mereka)”
(al-Baqarah : 120)
Kemudian, negara Eorpah satu demi satu memohon untuk diberikan hak keistimewaan kepada mereka. Setelah France, Inggeris dan lain-lain pun mengikutinya. Mereka memohon kebenaran untuk membuka konsulat-konsulat atau kedutaan-kedutaan mereka di Istanbul serta diberi peluang perniagaan kepada rakyat asing di wilayah ‘Uthmaniyyah, bukan itu  sahaja, bilamana berlaku kesalahan jenayah mereka akan terlepas daripada dikenakan dengan hukuman berlandaskan Hukum Syari’ah. Akibatnya, pemerintahan ‘Uthmani mrndapati dirinya tercabar oleh campur tangan diplomat asing, terutamanya pada zaman tanzimat. Ada sahaja sebarang tuntutan dan desakan yang dibuat sehingga kedudukan dalam negara tidak stabil dan aman. Memang begitulah, resam pihak penjajah. Ini adalah satu kesilapan besar kerana Islam tidak menganjurkan TASAMUH (TOLERANSI) yang MELAMPAU sehingga membenarkan campur tangan musuh meliputi aspek politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Maka campur tangan telah meruntuhkan keharmonian dan kewibawaan Islam sebagai ad-Din seterusnya menghancurkan budaya Islam di Emapayar ‘Uthmaniyyah dan kemudiannya Republik Turki pula.
Melalui hubungan yang berlaku dengan Barat, kita dapat lihat budaya Barat secar perlahan-lahan menular masuk ke dalam empayar ‘Uthmaniyyah. Melalui hak-hak keistimewaan ini, akhirnya menjadi alasan, cara dan laluan bagi campurtangan Barat dalam urusan dalam negeri ‘Uthmani. Misalnya, setiap konsulat atau kedutaan ini memiliki “immunity”, bebas untuk menjalankan undang-undang dan peraturannya sendiri dan tidak tertakluk kepda Syari’ah yang beroperasi dalam Daulah ‘Uthmaniyyah. Mereka juga dibenarkan untuk menubuhkan pejabat pos atau perkhidmaatan pos sendiri bagi urusan mengirimkan barang, berita dan sebagainya dari dalam dan luar negeri. Tetapi, apa yang berlaku adalah para diplomat Barat sementara menunjukkan sikap ‘manis’ dan hormat telah mula menjalankan aktiviti “subversif’ dengan membenarkan para penentang Daulah “Uthmaniyyah seperti golongan ‘Uthmani Muda yang terdedah kepada pengaruh Barat  dan golongan minority Kristian untuk menggunakan pejabat-pejabat pos ini bagi mempamer dan mengedarkan risalah –risalah anti kerajaan dan pandangan secular-liberal.pandangan liberal dan secular barat jua berkembang melalui akhbar yang diterbitkan oleh golongan terpelajar yang terkenal sebagai ‘Uthmani Muda (Yeni Osmanlinar). Mereka mendapat aspirasi dariapda para pemikir Barat termasuk Auguste Comte dan Emile Durkheim, yang terkenal sebagai atheis dan kerjasama dengan diplomat asing.
Dalam pada itu, akibat terdedah kepada pengaruh Barat melalui hubungan yang terjalin ini, terdapat Sultan pegawai tertinggi ‘Uthmaniyyah yang terpengaruh dengan budaya barat mahupun terdedah kepada ajaran Freemason, suatu organisasi yang merupakan cabang kepada Yahudi Antarabangsa, hingga sanggup mengenepikan tuntutan Syari’ah dalam pentadbiran ‘Uthmani. Sultan Mahmud II dan penggantinya Abdul Majid I dan Abdul Aziz yang datang selepasnya adalah para Sultan yang pro Barat dan berusaha untuk mensekularkan negara ‘Uthmani. Para pembesar seperti Mustafa Rashid Basha (Wazir Besar), Mustafa Sami Basha, Sadik Rifa’at Basha, Ali Basha dan Fuad Basha yang menggerakkan Tanzimat adalah pengikut kepada Freemason. Sementara itu, mengikut kepada keterangn Freemasoni sendiri, Mustafa Rashid Basha telah dipengaruhi oleh Auguste Comte. Dalam surat-suratnya,Comte pernah menyarankan agar Mustafa menggantikan Islam dengan falsafah positivisime dan mengugurkan impian Turki ‘Uthmaniyyah untuk mengadakan perpaduan politik dengan umat Islam yang lain. Jelas, melalui hubungan yang terjalin, menyebabakn umat Islam semakin terdedah dengan tipu muslihat kuasa Barat yang akhirnya menjadi punca utama kejatuhan ‘Uthmani akhirnya.
Persoalan yang disentuh di sini ialah masalah yang amat berat, melibatkan WALA’ (taat) dan BARA’ (INGKAR) yang berkait rapat dengan masalah ‘aqidah dalam Islam dan jua keselamatan mengikut Syari’ah. Tindakan yang dilakukan oleh Sulaiman al-Qanuni pada masa yang lalu rupanya melangkah jauh sampai ke situ dan bukannya perkara yang mudah dan remeh! Dalam Islam, sebagi contoh menjadi tuntutan utama orang yang beriman itu tunduk dan patuh kepada Syari’at Islam  dan tidak menagmbil orang kafif sebagi penasihat, penaung, sandaran, tempat bergantung atau sebagainya. Inilah persaoalan wala’ yang perlu sentiasa dijaga oleh orang yang beriman. Allah mengingatkan kita tentang perkara ini dalam firmannya yang bermkaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang Yahudi atau Nasrani sebagai wali (harapan dan rujukan). Sebahagian mereka adalah wali bagi sebahagian yang lain. Barang siapa antara kalian yang menjadikan mereka sebagai wali, maka sesugguhnya mereka termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang dzalim”.
(al-maidah : 51)
Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada ketaatan kepada sesama makhluk dalam melakukan kemaksiatan kepada al-khaliq (Allah)”
(al-Hadith)

Tindakan pihak sultan mahupun pembesar ‘Uthmani yang merujuk, menerima nasihat dan mentaati orang kafir merupakan satu tanda kepincangan iman yang sangat bahaya dan besar. Ia merosakkan iman mereka sendiri dan memberikan kesan mudharat kepada umat Islam. Yang jelas adalah sekularisme, liberalisme, hedonism dan ideology Barat yang lain yang telah mengancam umat islam di Turki ‘Uthmaniyyah seterusnya Republik Turki. Pergeseran antara umat islam dan Seklurisme tidak pernah selesai hingga ke hari ini. Harga yang terlalu mahal yang perlu dibayar oleh umat Islam itu adalah terlalu mahal dam berat sekali sehingga kemajuan yang sebenarnya terbantut dan bantuan perilindungan Allah tidak terjamin.
Seperkara lagi yang menjadi antara sisi gelap ialah apabila perhubungann dengan Barat  telah dibuat, maka timbul pula isu mengenai penggunan dragoman (penterjemah) yang merupakan orang tengah dalam perbincangan bagi mendapat katau putus dan kesepakatan dalam perbincagan. Hal ini jarang diberi tumpuan oleh mana-mana pengkaji muslim kerana mereka tidak sedar atau tidak tahu perkara ini pernah berlaku dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah. Menurut keterangan Bernard Lewis, pada masa lalu kerajaan ‘Uthmaniyyah telah menjalinkan hubungan dengan pihak Barat  mengenai hubungan luar, ekonomi, ketenteraan, sosial dan sebagainya melalui dragoman yang biasanya terdiri daripada Yahudi dan Kristian. Secara amalannya, setiap kedutaan menyediakan penterjemahnya sendiri dan pihak kerajaan ‘Uthmani pun mengajikan sekumpulan penterjemah bagi jabatan utamanya., Bab al-Ali dan jua dalam Majlis Perundingan DI Raja. Sebelum 1 821M, tugas ini dibolot oleh semua orang Yunani  dalam Empayar ‘Uthmaniyyah, maka barulah perkhidamatan mereka diberhentikan. Sehingga 1 844M, hanya segelintir umat Islam yang dapat memainkan peranan sebagai penterjemah kerana mereka tidak terdedah kepada budaya asing atau mereka sendiri tidak berminat untuk tugas ini. Hal ini meletakkan seluruh umat Islam dan negara dalam keadaan bahaya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa para pemegang jawatan ini telah memainkan peranan yang amat penting dalam hubungan luar negera atau antarabangsa. Jadi, setiap rahsia pasti diketahuinya. Selain itu, sejauh manakah kita boleh mempercayai niat dan kecenderungan golongan ini? Mereka tidak beriman, terdedah kepada tawaran wang, harta, pangkat dan sebagainya. Atas dasar inilah, banyaknya pengkhianatan yang berlaku dan kesilapan di pihak kerajaan ‘Uthmaniyyah telah menjurus kepada kehancuran.
Dari segi undang-undang dan keadilan pula, akibat pengaruh Barat yang tersebar luas melalui program Tanzimat, kedudukan undang-undang dalam Daulah ‘Uthmaniyyah menjadi kacau-bilau, iaitu timbulnya DUALISME DALAM MAHKAMAH DAN PENGHAKIMAN. Jelasnya, wujud mahkamah syari’aih yang disempitkan peranannya kepada soal nikah, kahwin, cerai, dan sebagainya manakala peranan mahkamah SIVIL diberi secara meluas. Selain itu, peranan ulama pun telah disempitkan dan dikawal oleh orang politik seperti yang berlaku di Barat, dalam konteks ini, berlakulah pertembungan antara ulama dengan umara’ beserta dengan ulama birokrasinya. Ulama bebas hampir dilumpuhkan kerana hidup mereka menjadi dhaif dan tidak terjamin akibat daripada tindakan pemerintah yang secular mengambil alih tugas menguruskan harta waqaf dan tanah.

Tidak kurang parahnya dengan sistem pendidkan. Akibat daripada pengaruh Barat tang semakin meluas semasa Tanzimat dan zaman Turki Muda, maka konsep dualism telah merebak dalam masyarakat. Berbagai-bagai sekolah secular ala Barat seperti Rushidye (Sekolah Menengah Akademik) , Mulkiye (Sekolah bagi Pegawai Kerajaan), Harbiye (Sekolah Latihan Ketenteraan) dan kemudiannya Universiti Istanbul (1 900M) ditadbir oleh sistem secular Barat dan sudah pasti bertentangan dengan Islam. Semua sistem ini adalah berpaksikan kepada logik semata. Langkah ini mencambahkan idea-idea dan sistem hidup secular yang membiakkan MODERNISME (PEMBARATAN), MATERIALISME, LIBERALISME, HEDONISME , PERMISSIVISME dan macam-macam lagi.  Dan hasilnya adalah pemisahan ulama dalam pendidikan yang sebelum ini telah digunapakai dalam masyarakat ‘Uthmaniyyah. Pendidikan agama menjadi terhad kerana tiada dokongan negara dan diurus sendiri oleh rakyat di kawsan luar bandar dengan khidmat ulama yang bebas. Dalam demikian, maka kekufuran merebak dengan cepat kerana sekularisme telah diadaptasi melalui sistem pendidikan dan komunikasi media. (BUKANKAH SAMA HAL INI SEPERTI YANG BERLAKU DI MALAYSIA PADA MASA KINI?)
Dari sudut ketenteraan pun parah juga. Peranan ulama dihapuskan sama sekali dalam sistem latihan dan segala pengurusan ketenteraan setelah zaman Tanzimat dan zaman selepasnya. Tentera juga seperti rakyat biasa yang semakin luntur pemahaman dan semangat agamanya, termasuklah ruh jiha. Amalan jahiliyah seperti minum arak dan berpeleseran jelas terlihat seperti contoh yang ditunjukkan oleh Mustafa Kamal (at-Tartuk) sendiri. Hanya latihan kawat, pentadbiran dan persenjataan tentera diperbaiki. Itu pun dengan mengharapkan bantuan dari Barat dalam semua aspek dan tidak bebas sehinggalah ke hari ini!! Semua yang berlaku dalam aspek perundangan, pendidikan, ketenteraan dan segalanya adalah episod sedih dan gelap bukan sahaja pada zaman ‘Uthmani, malah seluruh dunia Islam. Antaranya adalah kerana cengkaman ruh taqlid yang melulu dalam aspek agama sejak jatuhnya Baghdad dan tersebar luasnya tasawwuf yang melampaui batas dan menyeleweng.
Tetapi, yang mengejutkan juga ialah sikap Sultan Abdul Hamid II sendiri yang keras terhadap rakyat, iaitu ulama yang menegur dan memperkatakan yang haq serta kegiatan dawah  bagi menyebarkan Islam, meskipun baginda amat berjasa dalam membina landasan kereta api Hijaz untuk kemudahan umat Islam menunaikan haji dan menegakkan perpaduan umat Islam, mempertahankan emapayar Islamiyyah dari tipu muslihat Zionis dan Freemason dan sebagainya. Hal ini terbukti bilamana ustaz Badi’uzzaman Said Nursi yang ditahan dan dianggap gila kerana menegur sultan supaya jangan memerintah dengan KUKU BESI dan memperluaskan fungsi khalifah bukan sekadar memimpin solat Jumaat tetapi membantu usaha dawah yang dijalnakan oleh Abdul Rasyid Ibrahim, seorang pendawah Turkistan. Tokoh ini telah memohon bantuan sultan untuk menyebarkan dawah di negeri China dan Timur Jauh. Sewajaranya, sebagai seorang sultan dan khalifah dan juga pan-Islamisme, baginda perlu menghormati pandangan Sa’id Nursi dan menukarkan apa yang tersalah atau terkuranag pada dasarnya serta membantu melicinkan gerakan dawah dengan segala kelebihan dan kekuatan yang ada.

*beginilah sedikit sebanyak penjelasan yang dapat diberi tentang sisi gelap yang melanda kerajaanTurki ‘Uthmainyyah yang banyak kesannya. Jika kita lihat sedikit sebanyak apa yang berlaku dengan hadirnya ketuanan eropah dalam pemerintahan islam di sana telah mengukacar-kacirkan segala sudut, dan keadaaan itu kekal bahkan lebih parah dan nazak pada masa kini.
Renung-renungkanlah dan bersamalahKITA BERFIKIR DAN BERUSAHA UNTUK MEMADAM SISI GELAP YANG SEDANG MELANDA UMAT ISLAM KHUSUSNYA DI MALAYSIA  INI. JANGANLAH KITA HANYA BERPELUK TUBUH..

No comments:

Post a Comment