Wednesday, May 9, 2012

Sisi Gelap Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah (Part I)



KERAJAAN ‘UTHMANIYYAH : ZAMAN AWAL
Nama empayar Turki ‘Uthmaniyyah diambil daripada nama pengasasnya iaitu ‘Uthman bin Erthrogul (1 289- 1 326M). Tokoh ini lahir pada 1 258M, iaitu pada tahun jatuhnya kota Baghdad ke tangan Hulaghu Khan. Jelasnya, beliau lahir pada saat di mana umat Islam sedang melalui saat yang genting dalam sejarah, iaitu mereka diserang dengan ganasnya dengan tentera Moghul. Dengan itu, jatuhlah khilafah Islamiyyah yang terbina pada zaman awal tamadun Islam dan bermula pula suatu zaman baru., iaitu ke arah membangunnya suatu kerajaan Islam yang menjadi terkenal sebagi pembela Islam dan umatnya dalam Zaman Pertengahan hinggalah ke Zaman Moden. Malah kerajaan inilah yang merupakan khilafah yang terakhir dan kawasan pemerintahnnya menjangkau hatta ke benua Eropah, Asia Barat dan jua Afrika Utara.

‘Uthman pula menegakkan kuasanya setelah Disanti Saljuq apabila terbunuhnya Sultan ‘Alau’ddin II pada tahun 1 289M. Kerajaan Amiriyyahnya (Imarah ‘Uthmaniyyah) berpusat di Yeki Shahr (Eski Shahr), Anatolia. Dari sini, ‘Uthman meneruskan jihad untuk membela Islam dan melebarkan kerajaannya. Atas dasar ini, baginda digelar sebagai Ghazi (mujahid @ pejuang agama kerana Allah). Kebanyakan pemimpin, memakai gelaran yang sama kerana mereka semua berjihad di jalan Allah. ‘Uthman berjaya hingga ke akhir hayatnya kerana berperibadi dengan peribadi yang mulia, dengan menonjolkan keberanian dalam peperangan dan mempertahankan kebenaran, bersikap adil terhadap sesama Muslim dan jua yang lain, ikhlas, pemurah, wara’ dan sebaginya.
‘Uthman diganti oleh puteranya, Urkhan (Orkhan) pada 1 326M. Sultan ini jua kuat berjihad dan memastikan penaklukan ke atas wilayah Byzantine. Bagi memastikan kemenangan berada di pihak Islam, baginda telah menyusun semula angkatan tenteranya agar sentiasa berdisiplin dan bersiap sedia untuk berdepan dengan pihak musuh. Misalnya, baginda mempertingkatkan semangat agama dan menyemai semangat kepahlawanan mengikut tradisi orang Turki di kalnagn tenternya yang baru dibentuk dengan nama al-Inkisyariyyah (Turki Yenisari dan di Inggeriskan sebagai Janissaries). Kali ini, tentera baru ini merupakan pasukan tetap yang diberi latihan dan bukannya sukarelawan. Para tentera ini pada masa lalu adalah anak-anak golongan Kristian yang terlantar atau yatim akibat mangsa kepada peperangan dan telah diselamatkan dan dididik dengan Islam dengan tanpa sebarang paksaan. Mereka dilatih dalam bidang agama dan ilmu ketenteraan. Maka, Amir Urkhan dan saudaranya ‘Alau’ddin b ‘Uthman, merupakan seorang yang alim dalam ilmu agama, telah membentuk tentera yang baru dengan tujuan hanya semata untuk berjihad di jalan Allah dan melawan pihak Byzantine bagi menyebarkan Islam di atas muka bumi. Beliau berusaha untuk menawan Konstantinapole, ibu negeri Byzantine, tetapi telah gagal keranan pertahanannya yang kukuh.
Urkhan berjaya dalam aspek ketenteraan kerana baginda mengikut garisan landasan Islam, dengan berjuang dengan terancang, secara perlahan-lahan bagi menawan Byzantine, dan bergerak dengan senyap tanpa pengetahuan pihak musuh. Beliau menggunakan segala sarana material dan maknawi yang ada padanya. Dengan dasar yang adil, beliau berhasrat untuk menyatukan Muslim dengan penduduk Balkan sehingga tidak timbul sifat tikam dari belakang. Baginda jua meniupkan semangat tenteranya sehingga mereka semua bersatu hati dan berjuang hanya atsa nama mazhab Sunni sahaja.
Dalam pada itu, pihak Byzantine tidak bersatu hati dan berkonflik. Pemimpinnya tidak memiliki keyakinan diri. Pihak Byzantine jua mengalami kemerosotan yang amat parah, dengan anggotanya yang berpecah belah dari segi politik, agaman dan sosial. Demikian jua keadaanya dengan kawasan jajahannya seperti Bulgaria, Serbia dan Hungary. Lantaran itu, wilayah-wilayah Kristian mudah untuk ditawan oleh tentera ‘Uthmaniyyah. Di pihak umat Islam pula, telah mucul organisasi militer baru yang berpaksikan aqidah yang suci, mengikut manhaj tarbiyyah  yang mantap dan tujuan-tujuan Rabbaniyyah yang terpimpin langsung oleh orang-orang yang terbaik dari kalangan anggota masyarakat. Para penguasa Muslim dan tentera mereka bergaul dengan golongan ulama yang berwibawa.
Sementara itu, pemerintahan Urkhan didukung oleh para petani Krsitian. Mereka mendiami kawasan berhampiran Iznik, kerana ia lebih adil berbanding dengan kerajaan Kristian sebelumnya. Baginda jua menjaga kebajikan mereka seperti memberi bantuan kepada golongan Huffaz dan para ulama jua diberi elaun khas.
Murad I menggantikan Urkhan pada 1 359M jua merupakan tokoh yang sanagt berani, dermawan dan teguh imannya. Beliau meneguhkan lagi pembinaan Imarah ‘Uthmaniyyah dari sudut pentadbiran dan ketenteraan. Beliau dibantu dalam pentadbiran oleh ulama. Pada waktu yang sama, beliau melayan rakyatnya dengan adil saksama tanpa mengira perbezaan ras dan agama. Dengan itu, beliau mencapai kejayaan yang membanggakan. Dalam masa 29 tahun  sahaja, beliau telah menguasai wilayah pentadbiran yang lebih luas menjangkau 5kali ganda daripada keluasan yang ditinggalkan oleh bapanya, Urkhan. Namun, Murad I telah syahid di tangan tentera Serbia selepas beliau mengalahkan pihak Serbia di medan pertempuran Pantelleria.
Murad I telah digantikan oleh puteranya, Bayazid I pada 1 388M. Beliau digelar sebagai Beldrem yang bermaksud ‘halilintar’ kerana kepantasannya menyerang musuh dan keras pula tindakannya selepas menewaskan mereka. Pada zamannya, Imarah ‘Uthmaniyyah telah bertukar menjadi Daulah ‘Uthmaniyyah. Dia jualah yang memakai gelaran Sultan ‘Uthmaniyyah , selepas kemenangannya menewaskan Perancis dan sekutu Eropahnya yang lain pada 1 326M. Lantaran itu, kuasa baginda diiktiraf oleh Khalifah ‘Abbasiyyah ketika itu bersemayam di Kaherah, mesir dengan memberikan sepersalinan pakaian kebesaran dan pedang serta gelaran Sultan bagi wilayah Rom.
Bayazid I telah meluaskan kuasanya ke Eropah, iaitu membuka Albinda, Romania dan memulakan kepungan ke atas Konstantinapole. Baginda mungkin dapat menguasai Eropah jika tiada ancaman dari sebelah Timur yang datang daripada tentera Mongol yang dipimpin oleh Timurlenk yang merupakan seorang pemimpin yang berani, cekal dan cekap dari sudut strategi dan ganas mencabar Bayazid I bagi menguasai Anatolia. Beliau jua diprovok oleh Kristian agar menjatuhkan Beyazid I. Dalam kedaan yang tegang ini, baginda telah memutuskan keputusan yang tergesa-gesa dan tersilap strategi, dengan tidak memilh lokasi yang strategik dalam bertempur, ketika mara dalam berdepan dengan tentera Mongol berhampiran Ankara. Sebahagian tentera Bayazid I jua telah membelot  dan berubah dengan menyokong Timurlenk. Akibatnya, Bayazid I telah tewas dan ditangkap bersama puteranya. Baginda meninggal dalam kedaan kecewa. Apabila Bayazid I wafat, kerajaan ‘Uthmaniyyah mulai goyah kerana berlakunya perebutan kuasa di kalangan puteranya sendiri. Inilah antara sisi gelap yang menggoncang kerajaan ‘Uthmaniyyah seterusnya kerana ia tidak memiliki sistem perwarisan takhta yang teratur dan tidak berlandaskan syariah, yakni Syura. Di samping itu, ancaman pihak Mongol masih lagi berterusan. Kerajaan ‘Uthmaniyyah mulai berpecah apabila para pemimpin wilayah mengisiytiharkan kemerdekaan mereka. Tetapi dalam saat yang getir ini, mucullah Muhammad I, putera Bayazid sebagai penyelamat.
Muhammad I atau dikenali sebagai Muhammad Jabali (1 379-1 421M) merupakan seorang pecinta ilmu, berani dan bijak dari sudut pentadbiran serta strategi ketenteraan dalam berdepan dengan musuh, dermawan dan amat mengambil berat akan rakyatnya. Beliau berjaya mengalahkan putera-putera ‘Uthmani yang lainnya dan menyatukan semula kerajaan. Dalam pemerintahannya selama 8 tahun, baginda berjaya membangunkan dan mengukuhkan semula kedudukan kerajaan ‘Uthmaniyyah. Beliau jua boleh berdiplomasi untuk berunding bilamana perlu. Melalui tindakannya yang cekap lagi bijak ini, sebahagian daripada sejarawan mengganggapnya sebagai ‘pendiri kedua’ Daulah ‘Uthmaniyyah.
Selain itu, baginda turut mengatasi masalah ajaran sesat dalam empayarnya. Misalnya, baginda mempertahankan kesucian Islam dengan memerangi ajaran sesat ala kefaham freemason dan jua Islam liberal yang beranggapan bahawa semua agama adalah sama dan benar disisi Allah. Syeikh Badruddin Mahmud, pengasas dan pejuang ajaran sesat telah dibicara dan dikenakan hukuman pancung sampai mati seperti mana yang pernah ditunjukkan oleh Rasulallah SAW.
Sultan Muhammad I telah wafat dan diganti dengan puteranya Murad II pada 1 421M. Seperti para sultan lain, baginda amat menyintai jihad dan berdakwah ke Eropah untuk menyebarkan Islam. Baginda jua terkenal dalam kalangan rakyatnya sebagai tokoh yang bersifat taqwa, adil dan kasih-sayang. Pada mulanya, baginda terpaksa berdepan dengan ancaman daripada Qaisar Romawi Timur, Manuel II yang cuba untuk menyokong gerakan pemisahan yang dicetuskan oleh Mustafa, bapa saudara kepada sultan sendiri. Inilah sekali lagi yang menjadi duri dalam daging yang dibawa oleh sistem perwarisan takhta yang tidak teratur dan tidak mengikut landasan syara’. Namun dengan ketangkasan baginda melanjutkan jihadnya sehinggalah berjaya mematahkan pemberontakan di Yunani (Greece), Albania dan Hungary. Sehubungan dengan itu, baginda terpaksa menghadapi peperangan yang sengit apalagi pihak Kristian telah bergabung tenaga dan mendapat sokongan yang kuat daripada Paus (Pope) ketika itu. Bagi mengatasi tekanan daripada musuh, Sultan Murad II telah terpaksa menandatangani 2 perjanjian damai. 1 adalah dilakukan dengan pihak Serbia yang menyebabkan baginda terpaksa mengaku kemerdekaan wilayah tersebut, dan ke-2 adalah pihak Hungary yang menyebabkan kerajaan ‘Uthmani terpaksa menyerahkan wilayah valichie kepada kuasa Kristian.
Selesai sahaja menandatangani kedua-dua perjanjian ini. Murad pon kembali ke Anatolia dan disambut dengan berita kematian salah seorang puteranya. Dalam keadaan yang demikian, baginda menjadi amat sedih dan berundur daripada tampuk pimpinan. Kuasa diserahkan kepada anaknya, Muhammad yang kita kenalnya dalam sejarah sebagai Muhammad al-Fatih. Muhammad yang masih muda iaitu 14 tahun telah diapit oleh beberapa ulama dengan persetujuan bapanya. Sementara Murad terus menghabiskan masanya dengan beruzlah, beribadah dan berzikir bagi memperoleh ketenangan jiwa. Namun, waktu rehat dan ibadahnya tidak lama kerana sejurus kemudian baginda dipanggil semula oleh Halil Basha (Perdana Menteri) untuk memimpin tenter ‘Uthmaniyyah dalam menghadapi pengkhianatan oleh Kardinal Sizarini dan sebahagian penyokongnya yang melanggar perjanjian genjatan senjata yang telah termetrai sebelum itu. Tentera Kristian telah digerakkan oleh cardinal tersebut untuk tujuan mengusir keluar pihak ‘Uthmaniyyah  dari Eropah keseluruhannya. Pengkhianatan ini telah didukung oleh Pope Ogen IV yang menganggap perjanjian damai dengan orang kafir (‘uthmaniyyah) tidak sah kerana dilakukan tanpa persetujuan pihaknya selaku wakil Jesus di bumi.
Murad terpaksa bergegas pulang dan memimpin tenteranya bagi menghadapi pihak pengkhianat. Satu pertempuran yang sengit telah berlaku dan Sultan Murad telah berjaya mengalahkan Raja Hungary berserta tenteranya pada 17 oktober 1 488M. Setelah keadaan menjadi stabil, baginda yang konsisten dengan kezuhudannya kepada dunia dan kuasa sekali lagi kembali berundur ke Magnesia untuk beribadah kepada Allah  SWT. Akan tetapi, buat kali kedua rehat baginda sekali lagi terhalang. Kali ini pihak Janissari yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Muhammad, pemangku sultan telah memberontak dan melakukan kerosakan. Melihat keadaan ini, sebahagian pembesar ‘uthmani telah menjemput sultan untuk menerajui kuasa semula. Baginda pulang dan mematahkan pemberontakan tersebut. Setelah itu, baginda terus memerintah hinggalah ke akhir hayatnya.
Baginda meninggal di Istana Andrianpole pada usianya menjelang 47 tahun. Semasa hayatnya, baginda telah melakukan pembinaan masjid, madrasah-madrasah, beberapa istana dan beberapa jambatan.


ZAMAN KEEMASAN DAULAH ‘UTHMANIYYAH
Dengan naiknya Muhammad II sebagai sultan, maka bermulalah Zaman Keemasan Dinasti ‘Uthmani. Muhammad II yang bergelar sebagai al-Fatih (Pembuka Konstantinople) atau Abu al-Khair (Bapa Kebaikan) merupakan seorang sultan yang paling terkemuka dalam semua Sultan ‘Uthmaniyyah. Baginda memiliki keperibadian yang hebat menggabungkan dirinya dengan kekuatan dan keadilan. Baginda mempunyai keazaman yang kuat dan bijak dalam menilai mereka yang bekerja dibawahnya , tegas, berani, teguh, dan ikhlas terhadapa agamanya, cerdas dalam pentadbiran dan strategi ketenteraan, dan sebagainya.
Baginda mula berkuasa pada 1 451M. Pada zamannya, Daulah ‘Uthmaniyyah berkembang luas dan kemuncaknya adalah baginda berjaya menawan kota Konstantinople setelah sekian lama umat Islam berusaha untuk menawannya. Selain membuat persiapan ketenteraan yang mantap, termasuk menyediakan meriam yang besar bagi menggempur tembok, baginda tidak lupa untuk menganjurkan majlis ibadah misalnya dengan bersolat dan berdoa sebelum memulakan peperangan. Kota yang gah ini telah jatuh ke tangan Islam pada 29 Mei 1 453M. Sultan Muhammad telah menukarkan nama Kota ini kepada Islambul (Kota Islam) tetapi oleh kerana pelat orang Turki telah menyebut sebagai ISTANBUL.
Selepas menguasai Istanbul, al-Fatih memerintah dengan adil menjaga kepentingan rakyatnya. Empayar Turki menjadi kuat dengan harta kekayaan yang banyak hasil daripada penaklukan baru yang dilakukan oleh al-Fatih dan kawasan Asia Barat.
Setelah al-Fatih meninggal, baginda diganti oleh Sultan Bayazid II dan kemudiaannya Sultan Salim I yang jua merupakan sultan yang berjaya kerana dasar mereka cukup baik. Mempunyai pentadbir yang cekap, dan tentera yang taat pada sultan. Puncak terakhir kejayaan bagi kerajaan ‘Uthmaniyyah adalah berlaku pada zaman Sultan Sulaiman I atau Sultan Sulaiman al-Qanuni (Sulaiman Pembuat Undang-Undang) yang bekuasa dari 1 520-1 526M. Meski menghadapai tentangan yang hebat pada permulaan pemerintahannya, baginda berjaya menguasai keadaan  dan memerintah sehingga sehingga berjaya memberi pukulan yang hebat kepada Hungary di Mohacs pada 1 526M dan menanamatkan keagungan kerajaan itu. Atas kemenangan ini, baginda hampir menawan Vienna, ibu negara Austria. Pemerintahannya begitu tertegak di Instanbul dengan bangunan-bangunan yang tersergam indah, teneteranya yang tersusun dan kuat dan wilayah pemerintahan yang meliputi sebahagian Eropah, Asia Barat dan Afrika. Tetapi, ketika berada di kemuncak ini, bibit-bibit keruntuhan telah mula hadir dengan adanya dasar mengutama mahupun memanjakan sesetengah pihak di istana, dalam pentadbiran negara, kehidupan mewah, dan meningkatnya pengaruh Eropah, terutama Perancis melalui dasar pemberian hak keistimewaan yang khusus.

ZAMAN KEMEROSOTAN & KEJATUHAN DAULAH ‘UTHMANIYYAH
Daulah ini mulai lemah selepas wafatnya Sultan Sulaiman al-Qanuni pada 1 556M. walau bagaimanapun, bibit kemerosotan telah bermula dan kehancuran kerajaan itu telah bermula pada masa kejayaan demi kejayaan yang berlaku pada zaman Sultan Sulaiman lagi. Malah, beberapa ‘penyakit’ yang memudharatkan kedudukan Kerajaan ‘Uthmaniyyah pada zaman kejatuhannya telah muncul pada peringkat awal lagi, Khususnya yang berkaitan dengan masalah perwarisan takhta atau kuasa yang kurang teratur dan sifat tamakkan kuasa di kalangan pembesar. Misalnya, kita dapat melihat bagaimana adanaya proses perebutan kuasa telah berlaku selepas kematian Sultan Bayazid II sehingga hampir menghancurkan kerajaan ‘Uthmaniyyah dan jua pemberontakan Janissari terhadapa Sultan Muhammad II yang memangku jawatan sultan yang ditinggalkan oleh bapanya, Sultan Murad II semasa raja itu berundur. Apabila melihat kepada persoalan ini, kita akan dapat melihat sedikit sebanyak sisi gelap kerajaan ‘Uthmaniyyah telah bermula. Tetapi sebelum melihat kepada permasalahan yang menimpa secara menyeluruh, eloklah kita melihat kepada faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan ini menjadi lemah dan tumbang.

Sebenarnya banyak faktor yang menjadi pendorong kepada kemerosotan dan kehancuran emapayar ini yang telah berdiri gah selama lebih daripada 7 kurun (1 341- 1 924M). Namun faktor yang paling utama dan terpenting ialah mengapa Daulah ‘Uthmaniyyah yang suatu ketika dahulu merupakan kerajaan terbesar dunia boleh merosot dan tumbang mejelang awala abad ke 20M. Faktor yang dimaksudkan adalah semakin jauh dan larinya pemerintahan ‘Uthmaniyyah daripada Syari’ah Islam, lebih-lebih lagi pada peringkat akhir selepas pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni sehinggalah awal abad ke 20. Betapa jauhnya para Sultan ‘Uthmaniyyah menyimpang jauh daripada Syari’ah islam akan dapat kita ketahui apabila melihat kepada tindakan mereka dan mengkaji dasar mereka pada penghujung kerajaan ini. Namun, bukanlah kesalahan total yang diletakkan kepada bahu sultan semata. Para pembesar termasuklah ulama yang beramping dengan sultan jua ada saham yang terlibat. Mereka terlibat dalam amalan jahiliyyah yang telah menyumbang kepada keruntuhan kegemilangan kerajaan ini. Dalam hal ini jua, nampaknya soal menasihat kepada pemerintah tertinggi dan perlaksanaan amar ma’aruf & nahi mungkar lebih diabaikan oleh pembesar dan jua para ulama. Amat menyedihkan, mereka sendiri terlibat dengan kegiatan maksiat atau songsang dan menganjurkan budaya dan amalan jahiliyyah. Di kali ini jua terdapat amalan tasawwuf songsang seperti Tariqat Bektasyi dan Tariqat Mevlevi yang menghasut pemikiran rakyat sehingga mereka menjadi lemah dan melupakan perkara hal pembangunan duniawi yang masih diperlukan oleh manusia. Inilah musibah besar apabila sesbuah masyarakat ini ditimpa oleh sikap “wahn” yang cintakan dunia dan takut akan mati seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulallah SAW. Hasil daripada penyimpangan ini, maka merebaklah masalah ini kepada bidang politik, ekonomi, sosial, ketenteraan dan lain-lain.
Terdapat faktor dalaman dan luaran yang menjadi asbab kepada runtuhnya kerajaan ini. Antara dua pembahagian ini, faktor dalamanlah yang paling penting. Ini kerana tanpa wujud permasalahan dalaman, maka sudah tentu masalah luaran tidak akan dapat menyerang dan meruntun sesuatu negara, empayar mahupun tamadun itu sendiri. Begitulah analoginya!! Bak kata tubuh badan manusia sendiri, jika kita menjaga tuntutan kerohanian (Rabbaninyyah) dan keperluan rehat, riyadah dengan betul, maka badan kita tidak akan mudah menjadi lemah  dan dikuasai penyakit.
Berbalik kepada kerajaan ‘Uthmaniyyah ini, apakah pula sisi gelap yang menimpanya sehingga membawa kepada kecelakaan yang teramat sangat sehingga berjaya melemahkan dan menghancurkannya. Untuk mengetahuinya, nantikan post yang akan datang dalam edisi sambungan yang akan menceritakan dengan lebih terperinci..=)


No comments:

Post a Comment