Saturday, May 12, 2012

SeJaRaH HaRi BaPa & TaRiKHNya

HARI BAPA

Hari Bapa merupakan suatu hari yang bertujuan untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan seorang bapa. Ia biasanya disambut pada ahad ketiga setiap bulan Jun di kebanyakan negara di dunia. Ia merupakan sambutan yang mempunyai persamaan dengan sambutan hari ibu.

SEJARAH

Hari Bapa ini merupakan hari menghargai jasa dan pengorbanan seorang ayah dan mula disambut secara meluas pada awal abad kedua puluh untuk menyamakannya dengan sambutan Hari Ibu. Perayaan ini diadakan adalah untuk meraikan seorang ayah yang gigih mengasuh dan memberi nafkah kepada anak-anaknya. Hari Ayah dirayakan dalam pelbagai tarikh di seluruh dunia dan biasanya melibatkan pemberian hadiah, makan malam khas untuk ayah, dan aktiviti keluarga.

Kali pertama Hari Ayah disambut ialah di Fairmont, West Virginia pada tarikh 5 Julai 1908. Ianya telah dianjurkan oleh seorang paderi wanita bernama Grace Golden Clayton, yang ingin merayakan golongan 210 kaum bapa yang telah hilang dalam bencana di pekan Galian Monongah beberapa bulan sebelumnya di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Ada pendapat ahli antropologi mengatakan berkemungkinan Clayton dipengaruhi oleh perayaan pertama Hari Ibu tahun yang sama, dan mengambil inisiatif untuk mewujudkan perayaan hari bapa pula. Clayton memilih hari Ahad yang merupakan hari terdekat dengan hari ulang tahun ayahnya baru meninggal sewaktu itu.

Malangnya, hari itu bertindih dengan tarikh peristiwa lain di bandar West Virginia itu. Ianya tidak didaftarkan secara rasmi oleh Datuk Bandar waktu ketika itu dan mengakibatkan sambutan ulangtahun bapa tidak lagi disambut selepas tahun tersebut. Namun begitu, sambutan hari bapa ini dihidupkan kembali oleh seorang insan bernama Sonora Dodd dari pekan Spokane. Beliau mencipta sendiri hari bapanya dan dirayakan 2 tahun selepas perayaan hari bapa yang pertama oleh Grace Golden Clayton. Sonora Dood mendapat inspirasi untuk merayakan hari bapa ini berdasarkan Hari Ibu Jarvis.

Bagaimanapun perayaan ini dilupakan sekali lagi sehinggalah pada tahun 1972. Seorang pegawai kepada presiden Nixon telah berusaha untuk menghidupkan kembali perayaan hari bapa di US. Perayaan ini kini diadakan setiap tahun di Gereja Central United Methodist Church iaitu di perkarangan bekas bangunan Williams Memorial Methodist Church Episcopal, South, yang sudah diruntuhkan pada tahun 1922. Bangunan Fairmont sekarang dikenali sebagai "Home of The First Father’s Day Service".

Perakuan Cuti Umum telah mula pertama kali diperkenal di Kongres pada tahun 1913. Pada tahun 1916, Presiden Woodrow Wilson telah berhasrat untuk berkunjung ke Spokane untuk berucap sempena perayaan Hari Bapa secara rasminya, tetapi pihak Kongres menolak kerana dibimbangi hari tersebut dianggap cuti umum kepada awam. Calvin Coolidge, Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1924 juga telah menyarankan kepada awam untuk merayakan hari bapa ini secara tidak rasmi namun beliau tidak mengeluarkan proklamasi kebangsaan ke atas hari bapa ini. Dua usaha terdahulu oleh dua orang presiden AS untuk mengisytihar Hari Bapa sebagai hari rasmi negara tidak diluluskan oleh Kongres. Pada tahun 1957,Senator Margaret Chase Smith menulis sebuah proposal mengatakan bahawa Kongres mengabaikan jasa dan pengorbanan kaum bapa selama 40 tahun sementara menghormati ibu. Pada tahun 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengeluarkan proklamasi presiden pertama yang mengisytiharkan jasa dan pengorbanan kaum bapa dan proklamasi itu menyatakan bahawa pada setiap Ahad yang ketiga dalam bulan Jun diisytiharkan sebagai Hari Bapa. Enam tahun kemudian, hari itu disenaraikan sebagai hari cuti kebangsaan.

Selain Hari Ayah, Hari Lelaki (Men’s Day) turut dirayakan di beberapa buah negara pada tarikh 19 yang dikhaskan untuk lelaki dan kanak-kanak lelaki yang masih belum bergelar seorang bapa.

DIKOMERSIALKAN

Persatuan Peruncit Pakaian Lelaki di New York telah berjaya mengajurkan perayaan hari bapa di Bandar New York pada sekitar tahun 1930-an, yang akhirnya pada tahun 1938 persatuan itu telah diganti nama kepada National Council for the Promotion of Father’s Day dan ianya disertai oleh beberapa buah lagi badan perindustrian dan perdagangan di bandaraya itu. Pertubuhan ini telah bertindak untuk mempromosikan perayaan hari bapa secara yang lebih sistematik termasuk untuk meningkatkan penjualan pakaian lelaki sewaktu kempen perayaan itu diadakan. Pertubuhan ini mendapat sokongan dari Dodd iaitu insan kedua memperkenalkan perayaan hari bapa.Dodd bolehlah dianggap sebagai lawan kepada Anna Jarvis, seorang aktivis yang aktif menentang sambutan Hari Ibu suatu ketika dahulu.

Para peniaga turut mengambil kesempatan diatas usaha untuk memperkenalkan perayaan hari bapa ini. Mereka turut sama mengiklankan produk mereka bersempena dengan perayaan hari bapa itu. Masyarakat juga terpengaruh dengan pengiklanan tersebut dan mereka turut sama membelikan hadiah untuk bapa masing-masing dan akhirnya tradisi memberi hadiah kepada bapa pada hari bapa menjadi kebiasaan. Pada tahun 1937, Father’s Day Council mengeluarkan kajian mereka yang menurut mereka 1 daripada 6 orang ayah telah menerima hadiah sewaktu sambutan hari bapa yang dianjurkan. Namun, pada 1980-an, pertubuhan itu telah mengisytiharkan bahawa mereka telah mencapai tujuan mereka. Malah perayaan tersebut telah diadakan selama 3 minggu berturut-turut dengan pelbagai aktiviti keluarga yang menarik dan perayaan tersebut lebih dikenali sebagai krismas kedua (Second Christmas). CEO syarikat ITS yang sering mengajurkan sambutan hari bapa ini telah mengatakan bawah sekiranya usaha ke arah mewujudkan hari bapa tidak dijalankan selepas tahun 1949, berkemungkinan besar sambutan hari bapa itu tidak akan wujud.

TARIKH HARI BAPA SEDUNIA

Hari Bapa banyak disambut secara rasmi di seluruh dunia malah terdapat beberapa buah negara menjadikannya cuti umum sebagai penghargaan yang besar kepada kaum bapa.

KALENDAR MASEHI
Tempoh
Tarikh
Negara

23 Feb

19 Mac
Andorra (Dia del Pare)
Bolivia
Honduras
Itali (Festa del Papà)
Liechtenstein
Portugal (Dia do Pai)
Sepanyol (Día del Padre, Dia del Pare, Día do Pai)
Wilayah Antwep di Belgium

30 Mac
Ahad kedua bulan Mei
9 Mein2010
8 Mei 2011
13 Mei 2012

8 Mei
Korea Selatan (Hari Ibubapa)
Ahad ketiga bulan Mei
16 Mei 2010
15 Mei 2011
20 Mei 2012
Hari penyingkiran Jesus dari syurga
13 Mei 2010
2 Jun 2011
17 Mei 2012
Ahad pertama bulan Jun
6 Jun 2010
5 Jun 2011
3 Jun 2012
Lithuania (Tevo diena)
Switzerland

5 Jun
Ahad kedua bulan Jun
13 Jun 2010
12 Jun 2011
10 Jun 2012
Ahad ketiga bulan Jun
20 Jun 2010
19 Jun 2011
17 Jun 2012

17 Jun
Sebelum hari pertama musim panas
21 Jun
Hari pertama musim panas
21 Jun

23 Jun
Ahad kedua bulan Julai
11 Julai 2010
10 Julai 2011
8 Julai 2012
Ahad terakhir bulan Julai
25 Julai 2010
31 Julai 2011
29 Julai 2012
Republik Dominican
Ahad kedua bulan Ogos
8 Ogos 2010
14 Ogos 2011
12 Ogos 2012

8 Ogos
Ahad pertama bulan September
5 Sep 2010
4 Sept 2011
2 Sept 2012
New Zealand
Papua New Guinea
Ahad ketiga bulan september
19 Sept 2010
18 Sept 2011
16 Sept 2012

23 Ogos
Nepal Bwaako Mukh Herne Din ou बुवाको मुख हेर्ने दिन (कुशे औंशी)
Ahad pertama bulan Oktober
10 Okt 2010
2 Okt 2011
7 Okt 2012

Ahad kedua bulan November
14 Nov 2010
13 Nov 2011
11 Nov 2012
Norway
Sweden

5 Disember

26 Disember
KALENDAR ISLAM
Tarikh Kalendar Islam
Contoh tarikh
Negara
13 Rejab
16 Jun 2011
Pakistan


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

No comments:

Post a Comment