Saturday, September 25, 2010

Rahsia Di Sebalik Iklan Raya TV3 [Oleh: Amirul Amin]

Oleh: Amirul Amin

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yng memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar.



Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

1. Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu

2. Buku – Bible

3. Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

4. Malam Yang Gelap – Islam yang mundur

5. Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis

6. Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7. Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran






Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1. Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)

2. Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

3. Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4. North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

5. Pokok Krismas – Simbol Paganism



Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.



Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.






Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).

-----------------------------------------oOo-----------------------------------------

P/S: Hanya kerana sebuah iklan, ia menjadi punca dan boleh dikatakan sebagai satu asbab lemah yang mengundang kepada perpecahan dalam masyarakat. Pengaruh iklan tersangatlah besar. Dan akibatnya? Lihat sahajalah apa yang berlaku kini. Pada pandangan mata aku secara normal, memanglah iklan tersebut nampak biasa tapi tetap jua menimbulkan percanggahan pada otak. Mulalah terfikir mengapa ada beca terbang, bunga teratai dan beberapa unsur lain yang aku rasakan menyamai dengan acara ritual dari agama lain. Apakah ini namanya pembaharuan yang hendak dilakukan oleh tv3? Jagalah sensitiviti agama waima dalam iklan pun kerana kita hidup dalam kelompok masyarakat majmuk di dunia ini. Apakah isu iklan akan berhenti dari diperdebatkan? Aku rasa tidak. Ia akan tetap dijadikan isu sampai bila-bila. Hurm... Tiba-tiba mataku pedih sesangat!

Kredit buat: sdr Amirul Amin

No comments:

Post a Comment