Saturday, September 25, 2010

Harry Potter Di Sebalik Tabir 1

Mungkin agak lama penulis tidak mempost sebarang treat disebabkan kesempitan ruang dan masa namun Alhamdulillah penulis sempat mencuri sedikit masa meskipun pada masa terdekat pelbagai exam dan bermacam2 tugasan bakal menjelang. Walau bagaimanapun, tugas sebagai seorang Da'ie Blogger tetap tidak diabaikan. Pada kali ini penulis berminat untuk berkongsi dengan para visitor sekalian mengenai movie atau novel kegemaran kebanyakan orang iaitu Harry Potter.

Harry Potter, satu novel yang terkenal dan kemudiannya ditransferkan kepada bentuk movie magis fiksyen sehingga tujuh siri ( Harry Potter and The Philosopher’s Stone yang kemudiannya diubah kepada Harry Potter and The Sorcerer’s Stone : Harry Potter dengan Batu Hikmat, Harry Potter and The Chamber of Secrets : Harry Potter dan Bilik Rahsia, Harry Potter and The Prisoner of Azakaban : Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry Potter and The Goblet of Fire : Harry Potter dalam Piala Api, Harry Potter and The Order of Pheonix : Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Harry Potter and The Half-Blood Prince : Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, dan Harry Potter and The Deathly Hallows : Harry Potter dengan Azimat Maut ).

Cerita yang dibintangi oleh tiga remaja iaitu Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter, Rupert Grint sebagai Ron Weasley dan Emma Watson sebagai Hermione Granger ini yang turut digelar " The Handbook of Occult " sebenarnya cuba membawa suatu mesej dan agenda tersendiri yang sememangnya di dalam perancangan pihak-pihak tertentu. Kita adakalanya terlepas pandang di dalam menilai suatu cerita disebabkan pelakon remaja belasan tahun yang mendominasi movie ini. Bagi mereka yang lemah akidahnya khususnya dikalangan yang kurang ilmu pengetahuan menjadi mangsa kepada sihir Harry Potter apatah lagi dikalangan kanak-kanak.

Cerita Harry Potter atau lebih tepat lagi sebuah cerita yang bermanhajkan Handbook of Magic and Occult (lihat di sini ) dan konsep ini diadaptasikan di dalam sistem pembelajaran di Sekolah Hogwards. Hal ini dilihat mempunyai banyak persamaan dengan ritual pemanggilan Dewi Iblis Lilith, isteri kepada Lucifer dan Ibu Baphomet (watak-watak di dalam buku ritual) yang mempunyai simbol dan karakter yang tertentu. Jika diamati kesemua novel dan cerita-cerita Harry Potter secara berulang-ulang maka kita akan mendapati bahawa ianya bukanlah sekadar novel yang biasa seperti novel-novel lain. Hal ini boleh dilihat apabila para pendidik di Amerika Syarikat dan beberapa buah negara termasuk paderi-paderi di gereja melarang anak-anak murid mereka menonton dan membaca cerita Harry Potter ini. Jika non-Muslim lebih awal menyedari akan ‘kegelapan’ yang cuba menyelubungi penggemar cerita ini maka sepatutnya seorang Muslim lebih bersikap berwaspada.

Maret 2000, Carol Rookwood, Guru Besar Sekolah Gereja St Mary's Island di Catham, England, telah mendapat maklumat bahawa rakan-rakannya di Amerika telah melarang seluruh murid mereka dari membaca semua novel Harry Potter dan ketika itu filem Harry Potter yang pertama masih belum diterbitkan ( lihat di sini ). Menurutnya : “Semua novel yang dikarang perempuan penulis dari Edinburg itu bertentangan dengan apa yang diajarkan al-Kitab. sedangkan tukang sihir, syaitan, dan iblis semuanya jahat. Tidak ada sihir yang baik!”. (BBC, “School Bans Harry Potter”, 29/3/2000). Sikap Rookwood ini bagaimanapun dikecam hebat di dalam The National Secular Society. Ketua “Persatuan Sekular British”, Keith Porteous Wood menyatakan, “Selama berabad-abad, imaginasi anak-anak telah subur bersama kisah-kisah dongeng tentang tukang sihir dan pari-pari. Sikap melarang membaca buku yang sangat popular itu akan sangat merugikan (anak-anak).” Mengenai isu ini, JK. Rowling memberi respond, “Saya tidak terlalu merisaukan kontroversi yang ada mengenai buku saya. Saya hanya menulis sesuatu hal yang sudah ada berabad lalu, pertempuran antara kekuatan kebaikan melawan kekuatan jahat. Pertempuran antara Tuhan dan Syaitan.”

Melihat kepada kondisi masyarakat di Malaysia dan kebanyakan negara Asia tidaklah peka seperti mana di negara-negara Eropah di dalam melihat isu ini sebagai suatu perkara yang besar dan bahaya jika tidak dibendung dengan awal. Samada disebabkan menganggap ianya sebagai suatu perkara yang tidak dapat memberi apa-apa permasalahan kepada akidah umat atau kerana kekurang pengetahuan terhadap simbol-simbol ritual satanic dan mungkin disebabkan adanya pengelibatan ‘tangan-tangan gelap’ yang sentiasa memastikan proses penyebaran mesej tertentu yang dikosmestikkan dengan cerita ahli sihir ini berlaku dengan lancar dan sempurna.

Di Sebalik Nama JK. Rowling

Sebelum diperbahaskan mengenai ‘cerita belakang pentas’ ini, terlebih dahulu kita mengenali pengarang novel Harry Potter ini iaitu JK. Rowling. Nama asalnya Joanne Rowling ( tanpa diletakkan huruf ‘K’ di tengahnya). Di dalam menerbitkan novel ini, penerbitnya menyarankan agar ditambahkan huruf depan dan disingkat agar kelihatan seolah-olah pengarang ini adalah seorang lelaki. Mereka beranggapan nama perempuan tidak dapat menjamin kepada pemasaran buku itu apatah lagi karya itu sangat berkualiti. Akhinya Rowling memilih nama ‘Kathleen’ sebagai nama yang ditambah di tengah-tengah namanya. Hanya di dalam novel sahaja nama Kathleen diakui namun ianya tidak diakui oleh kerajaan negaranya.

Rowling dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Peter dan Ann yang keduanya mantan tentera Angkatan Laut Britain pada 31 Julai 1965 di Chipping Sodbury, 12 mil timur laut Bristol, England. Adiknya, Diana lahir ketika Rowling berusia 1 tahun 11 bulan. Sejak kecil Rowling telah didedahkan dengan suasana membaca bahkan beliau telah menulis satu cerita pendek ketika berusia 5 tahun yang bertajuk ‘Rabbit’. Dari Chipping Sodburry, keluarganya pindah ke daerah Winterbourne ketika Rowling berusia 4 tahun. Di tempat yang baru ini, Rowling punya jiran yang bernama Potter dan mereka bersekolah di Sekolah Dasar St. Michael. Pada usia 9 tahun, keluarganya sekali lagi berpindah ke Tutshill, South Wales. Rowling memasuki Sekolah Menengah Wyedean Comprehensive. Setelah lulus dari Wydean, Rowling ingin melanjutkan ke Oxford University namun gagal. Beliau kemudiannya masuk ke Universiti Exeter di England dan mengambil Jurusan Bahasa Perancis selama empat tahun, termasuk mengajar bahasa Inggeris di Paris selama setahun iaitu pada tahun akhir perkuliahan. Tahun 1990 Rowling lulus dan kembali ke England.

Menurut beberapa artikel kisah hidupnya, idea awal dan bab-bab pertama tentang novel Harry Potter muncul begitu saja ketika Rowling tengah berada di dalam kereta api dari Machester menuju London yang ketika itu dia masih gadis di tahun 1990. Karena tidak membawa alat tulis, Rowling menyimpan idea mengenai seorang anak lelaki berkaca mata bulat tersebut di dalam otaknya. Perkataan-perkataan awal novel Harry Potter ditulisnya di dalam flat di Manchester namun baru diselesaikan selepas beberapa tahun kemudian iaitu ketika dia telah berpisah dengan suami pertamanya yang seorang wartawan Portugal dan membawa seorang anak perempuan yang masih sangat kecil bernama Jessica. Bersama Jessica, Rowling menjadi Single-Parent dan menumpang hidup di rumah adiknya, Diana, di Edinburg, Scotland. Di Edinburg-lah Rowling menyelesaikan novel Harry Potter pertamanya. Novel itu diberi judul “Harry Poter and The Philosopher’s Stone”, yang diselesaikan dengan sebuah mesin taip usang pada tahun 1995. Namun begitu, persembahan pertamanya kurang menarik sehinggakan ditolak oleh 12 penerbit, namun hanya seorang sahaja yang menerima iaitu Bloomsbury yang bersetuju untuk menerbitkannya. Novel ini kemudiannya meletup di England tahun 1997 dan di Amerika yang diubah judulnya kepada “Harry Potter and The Sorcerer’s Stone” setahun kemudian.

Melihat kepada novel Harry Potter yang begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang, dan ritual okultisme purba seperti Black-Cat, Owl, Jubah Hitam, ‘Minerva’ Mc Goganall, Bolt of Lightning, Ular, Penyapu Terbang, Quidditch, Mirror of Erised, Nicholas Flamel, Unicorn, Sorcere Stone dan pelbagai lagi yang disusun dengan begitu cermat dalam kisah dan pengalaman yang dialami Harry Potter pada masa awal bersekolah di Hogwarts, sukar untuk membayangkan hal itu mampu dihasilkan dari seorang ibu rumah tangga biasa yang selama ini disematkan pada diri JK. Rowling. Sudah tidak asing lagi jika sebuah novel sering berlatar belakang kehidupan penulisnya. Misal, John Grisham yang seorang lawyer dikenal sebagai penulis novel-novel ber-setting peristiwa hukum (The Firm ), Mario Puzo yang penuh pengalaman dan konflik selama Perang Dunia II dikenal sebagai penulis kisah-kisah mafia (The Godfather), Michael Chrichton yang ahli medik dan ahli biologi dikenal sebagai penulis novel-novel bersetting yang sama (A Case of Need, Five Patients), dan sebagainya.

Dan seorang JK. Rowling yang mampu menulis tujuh novel sangat tebal, yang penuh dengan ritual dan benda sihir, okultisme, simbol-simbol paganis seperti Celtics, Druids, bahkan Kabbalah ( lihat di sini ), yang dikaitkan sedemikian rupa dengan rapi dan kemas, bahkan tujuh siri novelnya ini disebut “The Handbook of Magic” atau “The Handbook of Occult” adalah karena secara terperinci memaparkan segala kaedah peritualan pelbagai sihir, termasuk mantera-manteranya maka tentulah seseorang yang menguasai apa yang ditulisnya, adalah yang paling banyak tahu tentang hal tersebut. Dari mana JK. Rowling menguasai selok-belok sihir tersebut? Jawabannya hanyalah dua, iaitu samada disebabkan dua latar belakang kehidupanya. Pertama, kota Edinburg tempat dimana dia tinggal, dan kedua, Universitas Exeter tempat dia menimba ilmu. Kedua tempat itu memang dikenal dekat dengan ilmu sihir, di mana Kabbalah, ritual Osirian Mesir Kuno menjadi sumber utamanya.



Keunikan dan ketinggian imiginasi JK. Rowling ini sebenarnya agak sukar dicapai melainkan di sana adanya punca atau penyebabnya. Gambaran JK. Rowling yang begitu mendalam mengenai ritual dan simbol pagan-okultisme ini adalah tidak lain dan tidak bukan berpunca dari dua latar belakang kehidupannya, iaitu di Edinburgh dan di Universiti Exeter. Pertama, bandar Edinburgh di mana Rowling menghasilkan novel Harry Potter yang pertama dan kedua di Universiti Exeter yang di sana terdapat pengajian mengenai okultisme.

Edinburgh

Kota Edinburgh yang terletak di Teluk Fort dan berhadapan dengan Laut Utara. Lokasinya di Barat Scotland berbatasan dengan kota Berwick On Tweed di Utara Great Britain. Di sebelah timur Edinburgh terdapat Kota Glaslow. Harry Potter telah dikenali dunia dengan kota kelahirannya di Edinburgh yang pada masa tempat itu adalah tempat pelarian utama para Ksartia Templar apabila beliau tewas di tangan Paus Clement V dan Raja Philips le Bel dari Perancis pada tahun 1307. Pada waktu itu, Scotland merupakan satu-satunya negara di Eropah yang bebas dari pengaruh Vatican. Ksatria Templar itu kemudiannya diterima dengan tangan terbuka oleh Raja Scotland ketika itu, Robert de Bruce.


Mereka kemudiannya menguasai sebuah syarikat tukang batu yang bernama Mason dan dari nama inilah mereka mendirikan markas organisasi rahsia mereka yang baru ( kini dikenali sebagai Freemasonry ). Dan sehingga kini, markas para Freemason di seluruh dunia dinamakan ‘Loji’, ‘Lodge’, atau Lodge yang berasal dari sebutan ‘Gilda’ atau asrama tukang batu Scotland yang bernama Loji ( klik di sini ). Di Indonesia, terdapat satu cawangan Loji Freemasonry iaitu di Menteng, Jakarta Pusat yang dinamakan Gedung Bappenas.

Di Edinburgh inilah, para aktivis Freemason mempraktikkan ilmu sihir Kabbalah serta melakukan ritual Luciferianistik mereka. Di atas sebuah bukit yang berdekatan dengan Edinburgh ( hanya 15 kilometer dari Pusat Templer kuno di Balantrodoch ), para Templer ini membina sebuah kapal yang pada mulanya dinyatakan sebagai Kapal Keluarga namun walaupun setelah kapal itu siap dibina, kapal-kapal yang lain tidak boleh sesekali disebut sebagai Kapal Keluarga (disebabkan terlalu besar, mewah dan bernilai jika dipakai oleh keluarga). Adapun istilah ‘Keluarga’ itu hanyalah untuk ‘Keluarga Besar Templar’ atau ‘Persaudaraan Para Templer’. Pembinaan kapal ini telah diketuai oleh Willian St Clair. Kemudiannya, para aktivis Freemason dan Rosicrusian yang terpilih dan didatangkan khas dari beberapa buah negara Eropah untuk membina sebuah lagi kapal yang bernama Rosslyn Chapel. Ia juga dikatakan sebagai satu bentuk penghormatan kepada para dewa dewi dan sebagai satu bentuk tentangan kepada Gereja Katholik dan Paus. Dan inilah saat-saat yang mereka nantikan setelah begitu lama mereka ditewaskan oleh pihak Gereja.


Setelah diberi maklumat kepada pekerja-pekerjanya mengenai cara dan konsep pembinaan kapal ini, kapal ini kemudiannya dibina dengan sungguh unik dan tiada duanya di seluruh dunia. Kapal ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1450. Pelbagai daerah disekitar tempat pembinaan kapal itu secara tidak lansung dijadikan perkampungan demi menampung para Mason dan Rosicrusian yang bekerja untuk membina kapal ini. Arsitektural kapal tersebut sungguh unik dan tiada duanya di seluruh daratan Eropa, bahkan dunia. Mungkin boleh diungkapkan bahawa Kuil Herod (Haikal Sulaiman) yang mampu menyamai keunikan dan keindahan, serta keseraman arsitektural Rosslyn. Kapal ini juga mempunyai ciri-ciri kesenian sepertimana pada Kuil Herod dan hampir keseluruhan bahagian dari kapal ini dihiasi dengan simbol-simbol Masonik.


Di antara simbol itu adalah relief di dinding-dinding dan lengkungan-lengkungan yang menggambarkan kepala Hiram Abiff dan pembunuhnya, sebuah relief dari suatu upacara pembaiatan, dasar-dasar dari lengkungan, dan kompas-kompas. Kapal ini turut diwarnai oleh warna paganisme dan okultisme yang tulen, di mana di dalamnya bercampur elemen arsitektural gaya Mesir, Yahudi, Gothik, Norman, Celtik, Skandinavia, Templar, dan Masonik. Inilah klimaks dan hasil karyaan teragung para tukang batu (Mason) ketika itu. Salah satu aspek yang paling unik adalah puncak-puncak tiangnya yang dilatar belakangkan dengan tema bunga lili, kaktus, dan jagung, di samping bermacam-macam bentuk tanaman lainnya.


Disebabkan banyaknya elemen dekoratif pagan di dalam kapal ini telah memanggil seorang pendeta, yang menulis kisah tentang pembaptisan yang dilakukan oleh Baron Rosslyn, tahun 1589 mengeluh, : “Kerana kapal dipenuhi oleh patung-patung pagan, tidak ada tempat yang sesuai untuk menyelenggarakan Sakramen”. Ini bererti tiadanya tempat yang bersih dari simbol-simbol paganisme. Namun pada tanggal 31 Ogos 1592, hasil tekanan yang dilakukan terhadap Baron Oliver St. Claire dari Rosslyn, altar kapal yang berbentuk pagan ini dihancurkan. Antara yang lainnya, perkataan ‘Rosslyn’ sendiri dalam bahasa Gaelik bermaksud “Pengetahuan kuno yang diwariskan dari generasi ke generasi”, ini memiliki maksud yang sama dengan Kabbalah yakni “Pengetahuan Rahsia kuno yang diturunkan secara turun-temurun melalui lisan”.


Apa yang ingin dikaitkan dengan perkara ini adalah kerana adik kandung JK. Rowling, Diana, tinggal di kota ini. Dan ketika mengarang novel pertamanya, atau mungkin novel-novel berikutnya, Rowling menumpang di rumah Diana tersebut. Rowling biasa menulis di kafe-kafe di sekitar rumahnya itu. Namun tidak diketahui apakah dia melawat atau melakukan pemerhatian dengan mengunjungi Rosslyn Chapel, ataupun dia melakukan wawancara malah bersahabat erat dengan sejumlah tokoh Mason di sana. Yang jelas adalah warna Okultisme yang memang banyak di Edinburgh, memang menjadi “darah” bagi siri Harry Potter-nya.


Universiti Exeter

Motto Universiti Exeter adalah “Lucem sequimur” yang bererti “Kami Mengikuti Cahaya”. Secara umumnya, istilah “cahaya” di sini dipersepsikan sebagai ilmu pengetahuan. Namun dalampaganism-codex, “Light” atau “Cahaya” merupakan nama lain daripada “Lucifer”. Wikipedia (Indonesian Translation ) menyebut Exeter, “Exeter ialah sebuah kota di Inggris. Merupakan ibu kota Devon. Penduduknya berjumlah 100.000. Di kota ini ada sebuah katedral, reruntuhan kastil, dan sejumlah dinding peninggalan Kekaisaran Romawi. Exeter dibangun oleh bangsa Romawi, yang menyebutnya Isca Dumnoniorum. Setelah mereka meninggalkannya dan bangsa Anglo-Sakson pindah di abad ke-7, nama ini diubah menjadi Exeter. Kemudian Exeter menjadi pusat perlawanan dalam penaklukan Normandia. Sekarang kota ini menjadi tempat kedudukan Meteorological Office, yang memperkirakan cuaca di negeri ini.” ( lihat di sini ).


Apa yang menariknya, di bawah keterangan ini ( Indonesian Translation ) ada sub topik “Kota Kembar” yang memaparkan perkaitannya iaitu Rennes di Perancis. Itu berarti Exeter banyak persamaan dengan wilayah di selatan Perancis yang sejak dulu memang penuh dengan kepercayaan Kabbalah. Sekurangnya ada tiga tempat di sini yang menggunakan istilah “Rennes” yakni Rennes Le Chateau ( legenda Grail dengan Pastor Berenger Sauniere, dipaparkan secara panjang lebar dalam buku “The Holy Blood, Holy Grail” ), Rennes Le Bans, Coustassa ( misteri kematian Abbe Antione Gelis yang sehingga kini tidak terungkai ), dan Pyrennes, nama pergunungan di mana banyak kota-kota kecil ada di sekitarnya. Di wilayah ini juga ada kota kecil bernama Provence, di mana untuk pertama kalinya ajaran Kabbalah yang biasanya diwariskan dengan lisan, dibukukan. Tahta Suci Vatican meletakkan daerah ini sebagai sarang Heresy. Kerana itu, selatan Perancis sehingga kini merupakan daerah yang ketinggalan di dalam pembangunan material (diabaikan) dan dibiarkan tumbuh dengan sendirinya.


Orang-orang di sini percaya, jasad Maria Magdalena iaitu seorang yang sangat dipuja oleh persaudaraan-persaudaraan rahsia okultisme seperti Illuminaty, Templar, Rosikrusian, dan Freemasonry sehinggakan Maria Magdalena dianugerahi gelaran ‘Iluminatrix’ yang bererti “Cahaya di atas Cahaya”, serupa dengan arti nama Lucifer. Dan ini menyebabkan adanya larangan rasmi untuk menggali tanah di sekitar daerah ini bahkan untuk menanam sebatang pohon pun tidak dibenarkan. Selatan Perancis merupakan daerah kuno yang sudah ditinggalkan dan memiliki kepercayaan yang lampau sebelum kelahiran agama Kristian lagi. Terdapat banyak terowong di bawahnya yang saling berhubung antara satu dengan yang lain. Rahsia-rahsia dan mitos di sini, antara lainnya adalah harta karun Templar yang dipercayai ditanam di sini. Kononnya, Yoseph Arimatea menyelamatkan Maria Magdalena dari Yerusalem ke Perancis Selatan ini dan Maria meninggal dunia di sini. Pada setiap tahun iaitu pada 22 Julai akan diadakan Festival Magdalena di selatan Perancis.


Larangan menggali tanah di Rennes

Universiti Exeter, tempat di mana selama empat tahun JK. Rowling mengikuti kuliah bahasa Perancis, sebenarnya tidak asing lagi sebagai sebuah pusat pengajian yang memfokuskan dengan ritual-ritual pagan-okultisme seperti Druid, Celtics, dan Kabbalah. Hal ini tidaklah pelik kerana kota ini memang dibangunkan oleh bangsa Romawi yang memang akrab dengan ritual-ritual seperti itu. Bahkan walaupun mereka kemudiannya menerima agama Kristian, namun masih banyak simbol-simbol pagan-okultis yang tetap dipertahankan walau di dalam Vatican City sekalipun, dan banyak juga yang diambil sebagai sebahagian dari ritual Gereja.

No comments:

Post a Comment