Cerita Harry Potter kini sudah sampai ke siri terakhir. Segala puji bagi Rabb di atas segala kesempatan yang dianugerahkan-Nya penulis dapat menyelesaikan Harry Potter di Sebalik Tabir ini. Terdapat sebuah nama yang digunakan oleh JK. Rowling di dalam cerita ini iaitu nama pengarang buku ramalan masa depan ( silibus mata pelajaran sihir Hogwards ), Madame Blavatsky. Nama ini bagaimanapun telah diubah oleh JK. Rowling kepada Cassandra Vablastky. Persoalanya, siapakah watak ini?
Harry Potter dan Madame Blavatsky
Madame Blavatsky adalah di antara yang mempunyai kaitan rapat dengan sejarah Freemasonry di Indonesia. Perempuan Yahudi Rusia bertubuh rendah dengan pandangan mata yang seperti burung hantu ini hidup di zaman penjajahan Belanda dan memiliki sebuah kediaman dengan tanah yang cukup luas di bandar Jakarta. Kini tanah yang didirikan rumah Blavatsky itu telah digunakan untuk membina Pejabat Pos dan Telekomunikasi di Jalan Medan Timur. Sewaktu dahulu, jalan ini sering di sebut Blavatsky Weg atau Jalan Blavatsky. Blavatsky inilah Ibu kepada ajaran pluralisme yang sekarang digembar-gemburan kaum Liberal iaitu, Jaringan Islam Liberal (JIL).
Harry Potter dan Mesir Kuno
Pada siri Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, diceritakan ketika keluarga Ron Weasley ke Mesir, Hermione mengakui bahawa dirinya begitu takjub dengan para penyihir Mesir yang dianggapnya sebagai sumber segala sumber ilmu sihir dunia. Apa yang ditulis JK. Rowling ini merupakan petunjuk kuat jika Dunia Sihir Harry Potter memang berasal dari sihir Mesir Kuno. Dan para ahli sejarah tidak ada yang membantah jika ilmu sihir Mesir kuno memiliki satu istilah KABBALAH ( istilah ini bagaimanapun terkenal di dalam agama Yahudi yang lebih berkonsepkan mysticism )
Kabbalah ini sehingga kini masih wujud. Bahkanramai di kalangan selebriti Hollywood adalah merupakan anggota dari Kabbalah Center of Los Angeles. Madonna sendiri merupakan ikon Kabbalah Hollywood. Dan adalah bukan kebetulan jika JK. Rowling memilih Daniel Radclife sebagai pemegang watak Harry Potter, di mana Radclife adalah merupakan seorang anak campuran Yahudi-Inggeris.
Sihir dan Islam
Mesej di dalam Harry Potter kepada kita jelas menunjukan kepada kita bahawa jika ada Black Magic ( Sihir Jahat )maka di sana adanya White Magic ( Sihir Baik ). Ini adalah perkara yang hendak diterapkan oleh JK. Rowling kepada jutaan kanak-kanak di dunia ini dengan cara yang halus dan Islam sendiri telah menegaskan bahawa sihir itu adalah suatu perkara yang kufur dan syirik kepada Allah SWT.
Firman-Nya :
وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (102)
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Al-Baqarah: 102)
Allah SWT sendiri telah menjelaskan kepada kita bahawa jika mengajar ilmu sihir itu adalah merupakan kekufuran maka yang mempelajarinya juga adalah kekufuran. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda, “Jauhilah tujuh perkara yang akan membinasakan.” Para sahabat bertanya: “Apakah ia?” Beliau bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa tanpa haq, makan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh orang-orang yang beriman yang menjaga diri dengan perkara keji.” Dalam riwayat Tirmidzi, Jundub bin Ka’ab Assa’ meriwayatkan dari Nabi SAW bahawa dalam hukum Islam, hukuman untuk mereka yang mengamalkan sihir adalah dipenggal dengan pedang.
Sikap Kita Sebagai Muslim
Cerita Harry Potter yang kita gilai ( bagi mereka yang tergila-gila ) selama ini jelas mengajari sihir tanpa sedar kepada kita. Bahkan para pengkaji dari Barat sendiri menyatakan bahawa Harry Potter adalah merupakan Handbook of Occult, Buku Pegangan Okultisme. Sebelum para Ulama’ melarang cerita ini, para pendet gereja di Barat dan di kalangan pendidiknya, telah terlebih dahulu menyatakan akan bahayanya kepada minda kanak-kanak. Begitu juga kepada mereka yang jahil akan agama. Segalanya terpulang kepada diri kita sebagai yang telah mengetahui untuk mengambil langkah berwaspada kepada setiap helah dan racun yang ditaburkan oleh pihak musuh demi merosakkan akidah Umat Islam khususnya. Pada penulis, cerita yang kita ingin sajikan kepada masyarakat haruslah mempunyai nilai-nilai ke-Islaman yang menepati kehendaj syara’ demi melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi dan bukan yang berimiginasi dengan perkara yang pelik-pelik apatah lain jika ianya berkaitan dengan Ilmu Hitam. Sungguhpun begitu, ianya tiada masalah jika melibatkan kehadiran pihak yang sewajarnya seperti Ibubapa atau golongan Ustaz, para ahli akademik dan sebgainya sebagai pengulas kepada sesebuah cerita itu agar penonton tidak hanyut dengan kefahaman akal sendiri. Wallahu’alam.
Sumber yang berkaitan :
http://www.spotlightministries.org.uk/
http://www.spotlightministries.org.uk/harrypotterarticle.htm
http://news.bbc.co.uk/hi/english/education/newsid_1638000/1638887.stm
http://news.bbc.co.uk/hi/english/education/newsid_693000/693779.stm
http://news.bbc.co.uk/hi/english/entertainment/newsid_864000/864984.stm
http://cana.userworld.com/cana_harrypotter.html
http://cana.userworld.com/cana_morehpotter1.html
http://www.lasttrumpetministries.org/tracts/tract7.html
http://www.reachouttrust.org/regulars/articles/occult/hpotter.htm
http://www.reachouttrust.org/regulars/articles/occult/hpotter2.htm
No comments:
Post a Comment