Sepanjang tempoh pengajian JK. Rowling di Universiti Exeter, beliau sebenarnya tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam kursus yang berkaitan dengan okultisme dan ritual-ritual sihir secara rasmi. Perkara ini dinyatak sendiri oleh Mastrisciana iaitu salah seorang ‘orang kuat’ gereja di Amerika dan di England. Dalam sebuah video yang berjudul “Harry Potter: Witchcraft Repackaged video” ini telah banyak di sebarkan dan diperbahaskan dalam perbincangan para sarjana serta pihak gereja di Amerika dan England. Mastriciana seterusnya menyatakan bahawa JK. Rowling ketika berada di Universiti Exeter bukan hanya mempelajari bahasa Perancis sahaja namun beliau sebenarnya turut mendalami ilmu okultisme di sana. (Martha Kleder for Concerned Women for America-WMA, “Harry Potter: Seduction of the Occult”, Dec 2001).
Mungkin ada benarnya apa yang dinyatakan Mastriciana kerana Universiti itu sendiri di dalamnya ada menawarkan kos yang berkaitan dengan okultisme dan paganisme kepada penuntut-penuntutnya. Kursus ini diletakkan dalam satu jurusan yang khusus iaitu “ Western Esotericism ” di bawah HuSS (School of Humanities and Social Sciences ). Jurusan yang bergelar Master of Arts Western Esotericism (MA-Western Esotericism) ini mempunyai modul-modul pembelajaran, antara lainnya adalah:
1. Alexandrian Hermetism, Neo-Platonism, dan Astrology (15 unit kredit)
2. The Hermetic Art of Alchemy (15 unit kredit)
3. Pencerahan Kabbalah dan Pengaruhnya (15 unit kredit)
4. Rosicrucianism dan Freemasonry (15 unit kredit)
5. Theosophy dan Esotericism Global (30 unit kredit)
6. Tradisi Esoteric dalam Literatur dan Masyarakat Inggris 1550 - 1670 (15 unit kredit)
7. The Esoteric Body (15 unit kredit)
8. Sufism and Islamic Devotional Life (15 unit kredit)
9. Heretics and Mystics: Language, Society and the Divine 1300-1500
10. Witchcraft in History (30 unit kredit)
11. The Disenchantment of the World? Society and the Supernatural in Early Modern Europe (30 unit kredit).
Keseluruhan modul yang ditawarkan ini adalah berbentuk program separuh masa (part-time programme) yang hanya mengambil masa 1 tahun 11 bulan dengan keseluruhan jumlah unit sebanyak 180. Persoalannya adakah benar jika JK. Rowling pernah mengikuti program-program ini sepertimana yang didakwa tadi? Ini kerana tiada sebarang catatan yang ada mengenai Harry Potter yang menerangkan soal ini. Walaupun demikian, faktanya adalah JK. Rowling menguasai dan memahami ilmu tentang sihir-sihir serta praktikalnya yang jelas kita dapat perhatikan di dalam ketujuh-tujuh episod di dalam cerita Harry Potter ini dan beliau bukanlah ibu yang biasa sepertimana ibu-ibu yang lain.
Harry Potter and The Sorcerer Stones
Ketika mana JK. Rowling menulis novel pertama ini, maka pada pemikirannya sudah lengkap gambaran-gambaran novel-novel berikutnya sehingga ketujuh-tujuh siri di mana beliau pernah menyatakan bahawa akan ada salah seorang tokoh penting akan menemui maut. Novel pertama yang diberi tajuk “Harry Potter and The Philosopher Sone’s” yang setahun kemudiannya di Amerika ditukarkan kepada “Harry Potter and The Sorcerer Stone’s” ( klik pada gambar ) mengisahkan tentang awal perkenalan Harry Potter ( yang berasal dari kaum Muggle iaitu satu kaum yang tidak menyukai dunia sihir dan ilmu sihir).
Kisah ini para pembaca boleh mendapati di mana-mana samada melalui novel atau pun melalui movie yang telah berada di pasaran. Secara ringkasnya, permulaan Harry Potter ditonjolkan dengan kehidupan beliau sebagai remaja yang biasa namun hidup terkurung dengan pakcik makcik serta seorang anak mereka yang berbadan gempal. Harry yang menjadi yatim piatu disebabkan telah dibunuh oleh pakcik Voldemort namun Harry terselamat. Harry kemudiannya telah diterima masuk kesekolah ahli sihir di Hogwards dan di sanalah Harry banyak menghabiskan masa. Dan di sana juga pelbagai peristiwa dan cabaran yang Harry lalui. Antaranya adalah ketika pada klimaksnya iaitu saat pertarungan dengan Prof. Quirell yang telah diparasitkan oleh Voldemort demi hidup kembali..
Dalam kisah pertamanya ini, kita akan mendapati banyak benda-benda mistik, simbol-simbol okultis, dan haiwan-haiwan yang terdapat dalam pelbagai legenda sihir dan sememangnya diyakini dalam dunia gelap sehingga sekarang. Tulisan berikutnya insya'-Allah akan dipaparkan satu-persatu semua itu beserta fotonya.
No comments:
Post a Comment