Saturday, September 25, 2010

Harry Potter Di Sebalik Tabir 3

Bagi seorang penuntut ilmu okultisme di Universiti Exeter seperti JK. Rowling, watak-watak yang terdapat di dalam cerita Harry Potter itu bukanlah rekaan atau idea darinya semata-mata kerana kesemua watak itu mempunyai hubungan dan simbolnya tersendiri yang berkait rapat dengan okultisme. Rasanya bolehlah dikatakan bahawa siri pertama Harry Potter itu sebagai sejenis buku penghantar untuk mendalami ilmu sihir seperti mana adanya buku penghantar falsafah sebagai pengenalan atau muqaddimah bagi mereka yang ingin mempelajari falsafah ataupun buku penghantar qiraat bagi yang ingin mengenali ilmu qiraat secara umumnya. Dalam siri pertama Harry Potter, kita dapat lihat bagaimana Harry berkenalan dengan dunia sihir walaupun dia pada asalnya seorang Muggle. Bagi jutaan kanak-kanak yang melihat peristiwa ini mungkin akan terpengaruh dengan konsep sesiapa sahaja boleh mempelajari ilmu sihir serta menjadi ahli sihir. Begitu juga dengan setiap watak yang ditonjolkan di dalam cerita ini yang masing-masing mempunyai simbolik dan mesej tersendiri.

Harry Potter

Perkataan Harry adalah diambil dari perkataan “Harold” yang bererti Panglima Perang. Nama ini kononnya diambil oleh Rowling dari nama salah seorang sahabatnya ketika zaman kanak-kanak.


Ron Weasley

Rob merupakan sahabat karib Harry Potter bersama Hermione Granger. Ron Weasley boleh diterjemahkan sebagai "Running Weasel" dalam bahasa yang lain. Hal ini mempunyai perkaitan dengan mitologi tentang juara catur Dinasti Keenam. Ron juga bermaksud “Penasihat Raja”.


Hermione Granger

Hermione Granger pula seorang gadis remaja yang bersama-sama Ron Weasley merupakan sahabat karib Harry Potter. Hermione memiliki makna sebagai “Si Pembawa Pesan” Dalam mitologi Yunani, Hermione disamakan dengan Hermes,The Messenger of the Gods. Hermione juga dipakai oleh Shakespeare sebagai nama seorang ratu dalam “The Winter Tale”.


Albus Dumbledore

Albus Dumbledore merupakan Pengetua Sekolah Hogwarts. Albus merupakan istilah latin untuk “Putih”, dan Dumbledore pula adalah daripada istilah Inggeris kuno yang bererti “lebah besar yang berbulu”. Untuk istilah yang terakhir, Rowling menyatakan dia menamakan karakter ini karena orang tua berjanggut putih panjang ini suaranya seperti berdengung, mirip dengan dengungan lebah. Manakala istilah “Albus” adalah nama bagi Geomancy (sejenis Feng Shui) yang bererti sebagai Yang Bijak, Penyelesai Masalah Yang Baik, dan juga merujuk pada Yang Tercerahkan. Erti yang terakhir ini sama ertinya dengan istilah Illuminatrix atau Iluminaty.



Beberapa watak utama di dalam Harry Potter


Minerva McGonagall

Beliau merupakan salah seorang orang kanan Albus Dumbledore. Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan dan Dewi Kesenian bangsa Romawi, dan juga Dewi Perdagangan serta Seni Perang. Sedangkan “McGonagall” pula merupakan nama Scotland yang bererti Pemberani.


Argus Filch

Argus Filch merupakan salah seorang staf pejabat di Hogwarts. “Argus” adalah nama seekor raksasa dalam mitologi Yunani yang mempunyai ribuan mata dan “Filch” di sini bermaksud “Pencuri”.


Sirius Black

Sirius Black merupakan bapak baptis dari Harry Potter. Sirius merupakan nama sebuah bintang (buruj) berbentuk seekor anjing, dan kerana itu Sirius juga disebut sebagai “Bintang Anjing”. Bintang ini merupakan bintang yang paling terang di angkasa. Dalam bahasa Yunani, Sirius ditulis sebagai “Seirios” yang bermaksud “Membara”. Namun JK. Rowling menggabungkannya dengan perkataan “Black” yang tidak ada erti lain selain dari kegelapan. Jelas kita mendapati bahawa JK. Rowling memainkan lakonan “Teknik Manipulasi Illuminaty” yang memang sentiasa mempermainkan logik manusia dengan dua perkara yang saling bertentangan. Hampir semua keluarga Sirius Black diberi nama bintang seperti: Bellatrix, Regulus, Andromeda dan Draco. Dan lagi satu hal yang perlu diketahui adalah ritual Mesir kuno seperti Kabbalah adalah terkenal dengan perhitungan bintang.


Rubeus Hagrid

Hagrid adalah merupakan satu-satunya sahabat dan pelindung Harry Potter yang mempunyai bertubuh raksasa. Hagrid itu sendiri bererti raksasa, namun boleh juga disebut sebagai Peminum. Di dalam kepercayaan Yunani kuno, Rubeus Hagrid bermaksud dewa yang paling ramah. Walaupun demikian, Hagrid dituduh oleh Hades bertanggungjawab di atas pembunuhan anak Perseus yang telah membunuh Medussa dan sebab itu dia dilarang untuk kembali ke Olympus. Namun Zeus, Tuhan Tertinggi berasa kasihan kepada Hagrid lalu dia memberikan Hagrid suatu tugas untuk menjaga seekor raksasa yang baik (suatu kontradiksi lagi seperti halnya Sirius Black) yang berada di Olympus.


Disebalik yang tersurat..


Draco Malfoy

Musuh Harry Potter, yang juga penghuni asrama Slytherin. Draco dalam bahasa latin berarti Naga. Dalam legenda latin kuno, merujuk pada raksasa naga. Sedangkan “Malfoy” adalah berasal dari dua nama yang disatukan iaitu ‘Mal’ dan ‘Foy’. ‘Mal’ dalam bahasa latin dan Sepanyol bererti “Yang Jahat” yang biasanya merujuk pada Syaitan. Sedangkan “Foy” dalam bahasa latin bererti “Kepercayaan”. Maksud ‘Malfoy’ boleh diertikan sebagai “Kepercayaan kepada Syaitan”.


Lucius Malfoy

Beliau merupakan bapa kepada Draco Malfoy. Lucius adalah istilah lain untuk Lucifer, yang antara lainnya adalah nama Dajjal. Namun bagi kalangan okultis, Lucius atau Lucifer diertikan sebagai Si Cahaya (Luciferis), dan sama ertinya dengan istilah “Illuminaty” (Cahaya). Nama Lucius juga dipakai oleh salah seorang penguasa Rome, yang bernama Seneca. Nama lengkap Seneca adalah Lucius Annaeus Seneca iaitu seorang negarawan ternama, failasuf, dan orator. Tiga Paus juga dikatakan lahir dengan nama Lucius. Namun pada hari ini, nama ini sudah dianggap menjadi nama kebanyakan orang-orang penting dunia.


Narcissa Malfoy

Beliau adalah isteri kepada Lucius Malfoy dan ibu kepada Draco Malfoy. Dalam mitologi Yunani Kuno, nama Narcissa merujuk pada seorang tokoh yang mencintai dirinya sendiri apabila dia melihat bayangan dirinya di danau yang jernih. Istilah “Narsis” sekarang ini berasal dari mitologi Narcissa.


Severus Snape

Snape merupakan felow Asrama Slytherin. Severus adalah nama lain dari “Severe” yang membawa maksud kasar, berbahaya, tidak disukai orang ramai kerana kehadirannya selalu menimbulkan kegelisahan, memiliki ego yang besar, dan sebagainya. “Snape” pula adalah nama seekor ular di Slytherin.


The Grey Lady

Beliau merupakan hantu yang menghuni sekolah Hogwarts. Badannya adalah seolah-olah real dan menjadi satu legenda di sebuah Istana Chilingham di Alnwick, Northumberland. Istana tersebut terkenal dengan 'kerasnya' kerana terdapat dalam sejarahnya ramai orang disiksa sehingga mati di salah satu kamarnya. Salah satu hantu yang paling terkenal, bernama The Grey Lady, yang sering menganggu orang dengan rintihan dan bunyi tapak kaki di tangga. Entah disengaja atau tidak, filem Harry Potter juga menggunakan lokasi istana berhantu tersebut sebagai tempat penggambaran.

Pada simbol, benda, istilah serta perkara lain yang berkaitan dengan sihir di dalam cerita ini ( yang dipromosikan ) antaranya adalah benda dan simbol yang menjadi asas di dalam suatu ilmu sihir itu seperti :

Burung Hantu (The Owl)

Burung Hantu cukup dikenali dengan simbol kebijaksanaan dan pengetahuan. Hakikatnya, pengertian ini tidak benar dan sudah dimanipulasikan. Simbol Burung Hantu (The Owl) adalah bersumberkan dari perkara asas kabbalah dalam ritual Osirian Mesir Kuno yang mewakili Dewi Iblis bernama Lilith. Burung ini sejak lama menjadi simbol bagi okultisme, shamanisme (mungkin kita agak familiar dengan cerita kartun Shaman King), dan sejumlah ritual Luciferian (penyembahan syaitan).


Dalam mitologi okultisme, Dewi Iblis Lilith dianggap isteri pertama Adam sebelum Eva ( Hawa ). Disebabkan Lilith ingin menguasai semuanya, termasuk menguasai Adam, maka dia dibuang ke bumi dan kemudiannya berkahwin dengan Lucifer,The Fallen Angel yang juga turut dibuang dari surga ke bumi. Perkawinannya dengan Lucifer telah menghasilkan Baphomet, iaitu mahluk setengah manusia setengah haiwan atau yang lebih dikenal sebagai Kambing Iblis ( Goat Mendez ). Ia merupakan simbol utama Gereja Syaitan. Illuminati dan Bohemian Groove adalah merupakan dua kelompok rahsia Luciferian yang telah mengambil The Owl sebagai salah satu simbol utamanya.


Baphomet


Orang-Orang Berjubah Hitam

Jubah hitam merupakan pakaian ritual kaum Luciferian ( penyembah syaitan ). Pakaian di gereja syaitan ini adalah sama seperti Illuminati, Freemasonry, Rosikrusian, yang juga mengenakan jubah hitam dalam melakukan upacara ritual mereka.


Sekadar gambar hiasan ( gambar asal tidak berjaya ditemui penulis )

Kucing

Kucing adalah satu-satunya binatang yang dipuja pada zaman purba Mesir kuno. Di zaman Fir’aun, kucing bukan sahaja menjadi haiwan kesayangannya malah merupakan seekor haiwan yang rapat dengan kondisi sihir Osrian Mesir. Kucing hitam pula di dalam mitologi Barat dan Okultisme cukup terkenal sebagai The Devil Cat ( kucing syaitan ). Dalam kepercayaan tahyul sebahagian masyarakat kita pun mempercayai bahawa seseorang yang telah mati apabila dilangkahi jenazahnya maka mayat itu akan bangkit kembali.


Tanda Kilat ( Lightning atau Thunderbolt )

Simbol (Scar) ini terdapat pada Harry Potter setelah Voldemort membunuh kedua ibu bapanya namun dia gagal untuk membunuh Harry Potter yang ketika itu masih bayi. Voldemort hanya dapat meninggalkan parut di dahi Harry Potter dan parut itu (Scarface) berbentuk kilatan halilintar atau yang dikenal juga sebagai Thunderbolt. Kilatan halilintar itu adalah mirip dengan simbol kilat seolah-olah huruf S. Ini juga merupakan simbol iblis. Dan simbol ini masih kekal dengan cukup nyata di kening Harry Potter sehingga dia dewasa.


Dan apa yang pembaca perlu mengetahui adalah, simbol kilat itu adalah sama seperti simbol kilat yang dipakai oleh Anton Szandor La Vey, ketua Gereja Syaitan, dan simbol itu adalah sebagai salah satu simbol medalion di Gereja Syaitannya di mana simbol kilat itu diletakkan di tengah-tengah simbol Pentagram terbalik (Baphomet).

Medalion simbol kilat ( thunderbolt ) yang dipakai oleh Anton Szandor La Vey, ketua Gereja Syaitan.


Gabungan simbol scar dengan simbol bintang terbalik ( pentagram )


Selain itu, simbol kilat serupa juga dipakai sebagai simbol pasukan elit Nazi Hitler, SS-Waffen, yang juga merupakan pasukan rahsia okultis Hitler di bawah komando Heinrich Himler. Agama Kristian menganggap simbol kilat ini sebagai simbol kewujudan syaitan. Dalam New Testament ( Bible ) Lukas 10:19, menyebut : “Dan dia ( Jesus ) berkata kepada mereka, aku melihat syaitan jatuh dari surga bagaikan kilat. ( Teks asal : “And he said unto them, I beheld Satan as lightning fall from heaven.” ) dan juga dalam Revelation : “Dan mereka akan melihat, namanya akan tergores di bahagian hadapan wajahnya.” (Revelation, 22:5)


Ular (The Snake)

Ular antara watak yang sering ditunjukkan dalam beberapa bab di dalam siri cerita ini antaranya pada siri pertama, pada permulaan Harry menyedari kebolehannya berkomunikasi dengan ular ( bahasa Sssss kot ), seterusnya ketika perlawanan Harry dengan Ular Tedung besar ketika sesi pembelajaran ilmu hitam dan juga pada klimaks siri The Chamber Of Secrets. Hal ini didasarkan kepada fahaman okultisme yang mempercayai ular juga merupakan simbol kebijaksanaan. Perkaitan yang dapat dilihat antara lainnya adalah sewaktu peristiwa penurunan Adam ke bumi, Lucifer yang mengikutinya dikatakan telah menukarkan dirinya kepada bentuk seekor ular. Begitu juga dalam kepercayaan sihir bangsa-bangsa purba, ular memang terkenal dengan kepercayaan hal-hal kesyaitanan. Di dalam Islam juga telah dinyatakan di dalam beberapa hadith yang Nabi SAW menyuruh membunuh ular jika setelah 3 kali ianya dihalau tidak pergi kerana ianya adalah jelmaan jin kafir sepertimana sabda Baginda SAW, : “Jin terbahagi kepada 3 kelompok. 1/3 mempunyai sayap yang boleh membuatkan mereka terbang di udara. 1/3 lainnya berbentuk ular dan anjing dan 1/3 lainnya boleh beralih dari satu kelompok ke kelompok lainnya.


Hadith ini telah ditakhrij (dikeluarkan) oleh Al-Baihaqi dengan sanad sahih. Adapun hadith yang asal : “Dari Jabir Nafir, dari Abi Tsa’labah Al-Khuntsa ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, : ‘Jin terbahagi dalam 3 kelompok. Kelompok pertama adalah jin yang mempunyai sayap dan dapat terbang di udara. Kelompok yang kedua terdiri dari jin yang berbentuk ular dan anjing, sedangkan kelompok ketiga adalah yang boleh berubah bentuk dirinya.”


Dalam al-Mustadrak, al-Hakim meriwayatkan hadis yang sama dengan hadis di atas. Mengenai hadis ini, al-Hakim mengatakan bahawa hadis tersebut sahih sanadnya, ditakhrijkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam sahihnya. Menurut Adz-Dzahabi, hadis ini sahih. Hadis ini juga serupa dengan yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dalam tafsirnya, yang bermaksud : “Jin terbahagi 3 kelompok. Kelompok pertama yang ada di udara. Kelompok kedua adalah jin yang boleh naik-turun kehendak hati mereka, sedangkan kelompok ketiga adalah jin yang berbentuk ular dan anjing." Setiap kelompok dari ketiga kelompok ini membantu kelompok atau himpunan yang lain.


Mengenai ular ini, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa terdapat dua kelompok iaitu yang pertama al-Abtar dan yang kedua Dzu al-Thifyatayn’. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibn ‘Umar ra, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah saw berkhutbah di mimbar. Rasulullah saw bersabda, “ Bunuhlah ular, bunuhlah Dzu al-Thifyatayn dan al-Abtar, sebab kedua binatang itu menyembur mata dan menggugurkan kandungan.” Di dalam Shahih Bukhari juga diriwayatkan bahawa Nabi saw memerintahkan para sahabat membunuh ular dan sesudah itu melarang membunuh ular yang menghuni rumah, sebab mereka adalah jin-jin yang menetap di rumah-rumah itu. Dalam Fath al-Bari Ibn Hajar menyebut, “Adapun perkataan Nabi yang berbunyi : “ Bunuhlah Dzu al-Thifyatayn, “adalah ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya.” Ibn Abd Al-Barr pula menyebut, “Dikatakan bahawa, Dzu al-Thifyatayn adalah sejenis ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya, sedangkan al-Abtar adalah ular buntung (tidak berekor).”



Mirror of Erised

Dalam siri pertama ( Harry Potter and The Sorcerer’s Stone), terdapat sebuah cermin yang boleh menunjukan keinginan Harry Potter yang disebut sebagai The Mirror of Erised (Bab 12 ). Di sini JK. Rowling menggunakan sebuah anagram dengan menuliskan kalimah “Desire” sebagai “Erised”. Anagram merupakan salah satu bentuk perkataan yang digunakan Ksatria Templar dan kelompok-kelompok okultis lainnya untuk menyembunyikan mesej rahsia mereka. Salah satu dari keinginan Harry Potter adalah untuk melihat kedua orang tuanya yang dizahirkan oleh cermin tersebut.


Cermin merupakan peralatan utama okultisme dalam melihat masa lalu dan masa depan (meramal). Dalam buku “A-Z of Wicca” (Gernina Dunwich, hal.114) disebutkan, “ Amalan ramalan yang merupakan praktikal sihir untuk mengetahui masa lalu, sekarang, atau masa depan adalah kebanyakannya adalah dengan menggunakan , cermin, kaca, bola kristal, lilin, bayangan air, dan sebagainya.” Di dalam Ensiklopedia Okultisme juga menyatakan, “Orang-orang yang mempelajari okultisme selalu menggunakan cermin untuk melihat dunia roh…” (Gerald & Grosset, Dictionary of the Occult, p. 153)


Dalam siri pertama Harry Potter ini, cermin tersebut memang digunakan Harry untuk bisa bertemu dengan roh kedua orang tuanya. Orang-orang Kristian Barat menuding JK. Rowling mengajarkan sesuatu yang dilarang oleh agama mereka, pada mereka al-kitab ( Bible ) jelas-jelas melarang mana-mana amalan menghubung atau menghadirkan roh orang mati (Deuteronomy 18:11). Tambahan pula jelas dikatakan bahawa orang yang masih hidup tidak akan sekali-kali dapat berhubung dengan orang yang sudah mati (Lukas 16:19-31).


Alkemi dan Nicholas Flamel

Alkemi merupakan satu ilmu kimia abad pertengahan di Eropah yang kononnya boleh menukarkan logam biasa menjadi emas. “Secara simbolik, ilmu kimia abad pertengahan adalah suatu seni kebatinan untuk mengubah bentuk manusia yang rohani ke dalam suatu bentuk yang lebih tinggi dan abadi." (Geddes & Grosset, Dictionary of the Occult, hal. 15-17).

Sejarah dunia mengenal salah seorang tokoh Alkemi utama bernama Nicholas Flamel, di mana nama ini dengan jelas telah digunakan JK. Rowling sebagai salah satu karakter siri pertama Harry Potter sebagai penjaga batu sihir. Salah satu Ritual Masonic adalah berkait rapat dengan penggunaan batu-batu yang membantu menyempurnakan ritual sihir tertentu kerana dianggap memiliki tuah dan keajaiban.


Sebuah buku yang mengisahkan tentang kehebatan ilmu kimia (alkemi) yang mampu memberi 'kuasa' kepada pengamalnya


Selain yang sudah dinyatakan di atas, ada banyak simbol-simbol atau mahluk Okultis lainnya yang dipaparkan dalam Harry Potter siri pertamanya, antara lain: Quidditch, Sapu Terbang, Nimbus, Anjing Berkepala 3 ( Fluffy ), Quirell, dan Catur. Pada simbol Catur (The Checkered), jelas pada kita bahawa ianya simbol Freemasonry. Hampir seluruh markas Freemasonry di seluruh dunia memiliki lantai kotak-kotak hitam putih yang disebut The Checkered Floor, dan ia digunakan dalam ritual pengijazahan calon Mason baru atau kenaikan darjat keanggotaan.



1 comment:

  1. ko pandai sgt.. apa kata ko sendiri karang buku then jual buku ko tu...

    ReplyDelete