Monday, April 1, 2013

Senarai pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia

Senarai inventori semasa

Pesawat Pejuang

Pesawat MB 339A melatih juruterbang "fast jet".
Lockheed Hercules memikul beban misi pengangkutan udara TUDM.
CN-235 menggantikan pesawat DHC4 Caribou yang bersara.
Pesawat 737-700 BBJ digunakan TUDM untuk penerbangan rasmi ketua-ketua kerajaan Malaysia.
Fail:S61nuri.jpg
Helikopter Nuri telah banyak berjasa dan hendak digantikan dalam perkhidmatan TUDM.
Fail:S70viptdum.jpg
Helikopter S-70 dibeli oleh kerajaan Malaysia untuk kegunaan orang kenamaan.
Pilatus PC-7 digunakan untuk latihan juruterbang. Ia juga boleh dilengkapkan senjata dan digunakan sebagai pesawat penyerang ringan.
MD3-160 Aerotiga dibuat di Malaysia dan digunakan TUDM untuk latihan permulaan bagi juruterbang.
  • 18 x Sukhoi Su-30MKM
    TUDM membuat tempahan untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM untuk digunakan dalam peranan penguasaan udara. TUDM mengkaji untuk mengeratkan kerjasama dengan Tentera Udara India yang menggunakan pesawat Su-30MKI (yang hampir sama dengan standard pesawat yang digunakan oleh TUDM) untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman penggunaan dan pengurusan pesawat Sukhoi Su-30 ini. Pembelian pesawat Su-30 ini juga melibatkan perolehan persenjataan moden seperti peluru berpandu BVR dan “panduan radar aktif” seperti mana teknologi peluru berpandu AIM-120 AMRAAM. Pesawat Su-30MKM TUDM menggunakan peralatan avionik yang dibekalkan oleh Thales. Keupayaan Su-30MKM dipercayai menyamai model terbaru dari variasi Sukhoi Su-27 iaitu Sukhoi Su-35BM.
  • 14 x Mikoyan-Gurevich MiG-29N Fulcrum
    TUDM membuat belian MiG-29N apabila Amerika Syarikat enggan meluluskan penjualan peluru berpandu AMRAAM kepada TUDM sebagai sebahagian daripada pakej pembelian pesawat Boeing F/A-18D Hornet. Rusia sebaliknya menawarkan pakej persenjataan termoden termasuk 2 x misil R-27R1 BVR dan 4 x misil R-73E WVR dengan ciri kawalan aktif radar dan BVR seperti AMRAAM. Pesawat MiG-29N TUDM dilengkapkan dengan peralatan avionik buatan Barat dan menggunakan enjin Tumanski RD-33 yang lebih berkuasa dengan jangka hayat yang lebih panjang dan jarak yang lebih lama antara penyenggaraan (MTBO) ditetapkan pada 750 jam penerbangan. Penghantaran pesawat bermula dalam tahun 1992.
  • 2 x Mikoyan-Gurevich MiG-29NUB
    Versi dua tempat duduk ini digunakan untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan. Pesawat ini mempunyai keupayaan tempur dan boleh membawa persenjataan seerti misil dan meriam.
  • 8 x Boeing F/A-18D Hornet
    8 buah pesawat F/A-18D Hornet dibeli untuk memberikan TUDM keupayaan menjalankan serangan dalam pelbagai cuaca, termasuk serangan waktu malam. Pesawat mempunyai keupayaan menggunakan bom dari siri Paveway II.
  • 10 x Northrop F-5E Tiger II (simpanan)
    TUDM bercadang untuk menaik taraf pesawat F-5E seperti yang dilakukan oleh Taiwan tetapi rancangan terbantut disebabkan oleh kos yang terlibat terlampau tinggi. Usaha untuk menjual pesawat kepada pihak ketiga juga tidak berhasil. Keupayaan pesawat F-5E untuk hanya membawa 2 buah misil AIM-9 Sidewinder menjadikan tidak lagi sesuai untuk perkhidmatan di barisan hadapan.
  • 8 x Aermacchi MB-339CD (pesanan baru)
    pesanan ini untuk menambahkan dan menggantikan pesawat latihan MB 339 TUDM yang musnah akibat kemalanagan.

Pesawat Pengangkut

  • 8 x Lockheed C-130H-30 Hercules
    Pesawat ini digunakan untuk pengangkutan taktikal termasuk pergerakan anggota antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Beberapa buah pesawat telah diubah suai dengan pemanjangan fiuslaj dilakukan oleh AIROD. Pesawat C-130 dipanggil Charlie dalam perkhidmatan TUDM.
  • 4 X Lockheed KC-130T (pesawat untuk pengisian minyak di udara)
    Pesawat ini menjalankan tugasan pengisian minyak di udara untuk pesawat-pesawat TUDM menggunakan teknik “hose and drogue” seperti yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.
  • 8 x Cessna 402B Pengangkutan Ringan
    pesawat ini digunakan untuk tujuan komunikasi dan juga untuk latihan penyesuaian juruterbang menggunakan pesawat multi enjin.
  • 8 x Airtech CN-235-220M
    Pesawat ini menggantikan perkhidmatan pesawat DHC-4 Caribou yang telah bersara daripada perkhidmatan. Pesawat ini juga menjalankan tugasan latihan penerjunan payung terjun untuk 10 Briged Para dan Grup Gerak Khas di samping tugasan pengangkutan yang lain.
  • 2 x Airtech CN-235-220M (VIP)
    Pesawat CN235 ini disesuaikan untuk pengangkutan penumpang.
  • 1 x Boeing BBJ (VIP)
    Pesawat pengembangan Boeing 737-700 ini boleh membuat penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk mengisi minyak.
  • 1 x Bombardier Global Express (VIP)
    Pesawat ini boleh membawa VIP untuk m\penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.
  • 1 x Bombardier CRJ-700 Regional Jet (VIP)
    Pesawat ini boleh membawa VIP untuk penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.
  • 1 x Dassault Falcon 900B (VIP)
    Pesawat pengangkutan eksekutif digunakan untuk pengangkutan VIP untuk lawatan-lawatan ke luar negara.
  • 2 x Fokker F28-1000 Fellowship (VIP)
    Pesawat ini digunakan untuk penerbangan anggota di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Kegunaan untuk penerbangan VIp kian berkurangan dengan kehadiran pesawat-pesawat lain yang lebih moden dan lebih selesa.

Pesawat Peronda Maritim

  • 4 x Beechcraft Super King Air B200T MPA
    pesawat ringan dua enjin ini digunakan untuk rondaan persisiran pantai dan laut dekat. Rondaan laut samudera biasanya dijalankan oleh pesawat PC-130H-30-MP Hercules.
  • 2 x Lockheed PC-130H-30-MP Hercules (untuk tugasan rondaan maritim)
    Versi pesawat Hercules yang digunakan untuk misi rondaan maritim. Pesawat ini mempunyai peralatan deria dan cerapan yang boleh dibuka pasang dengan cepat untuk membolehkan pesawat ini disusun atur menjadi pesawat pengangkut. Dalam peranan rondaan maritim, pesawat ini boleh terbang dengan menggunakan dua enjin sahaja dengan dua enjin lagi dimatikan untuk menjimatkan penggunaan minyak dan membolehkan rondaan sehingga 10 jam lamanya.

Helikopter

  • 28 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (pengangkutan)
    Pesawat ini mempunyai dua enjin berbanding dengan Sikorsky SH-3 Sea King yang asal, dan mempunyai tempat duduk untuk 31 orang anggota tentera. Pesawat ini juga boleh diubah untuk membawa askar-askar yang cedera dengan memasang pengusung. TUDM merancang untuk menggantikan pesawat Nuri dalam tempoh 2006 hingga 2010 dan beberapa jenis helikopter telah diberikan pertimbangan, termasuk Eurocopter EC 725, the AgustaWestland AW101, Sikorsky S-92 dan NHI NH90. Eurocopter EC 725 dari Perancis akhirnya dipilih bagi menggantikan pesawat Nuri yang melibatkan 12 unit pesawat dan mungkin bakal menambah lagi pesawat EC 725 dimasa akan datang.
  • 6 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (CSAR)
    Pesawat ini digunakan khusus untuk operasi mencari dan menyelamat tempur termasuk operasi menyelamat semasa pertempuran dan dilengkapkan dengan winch dan mesingan untuk mempertahankan diri.
  • 2 x Agusta Sikorsky AS61A-N1 (VIP)
    Pesawat buatan Agusta digunakan untuk pengangkutan VIP. Pengeluaran helikopter S-61 telah dihentikan oleh Sikorsky dan hanya dikeluarkan di bawah lesen pengeluaran oleh Westland dan Agusta. Versi yang digunakan TUDM hampir sama dengan standard helikopter Sikorsky S-61 yang lain dengan kelainan peralatan avionik sahaja.
  • 2 x Sikorsky S-70 Black Hawk (Pengangkutan VIP)
    Helikopter S-70 Black Hawk digunakan untuk pengangkutan VIP dan dilengkapkan dengan tangki minyak luar untuk penerbangan jarak jauh.

Pesawat Latihan

  • 36 x Pilatus PC-7
    TUDM telah membuat tempahan dan telah menerima 44 buah pesawat Pilatus PC-7 Turbo Trainer II dari pembuat Pilatus Aircraft, Switzerland. Pesawat PC-7 telah ditempatkan berkhidmat untuk latihan juruterbang di Pusat Latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar (kini Kolej Tentera Udara). Sementara untuk latihan lanjutan pula, pesawat Pilatus PC-7 ditempatkan di Pulatibang 2 di Kuantan bersama-sama dengan pesawat Aermacchi. Sebilangan pesawat PC-7 telah musnah akibat kemalangan.
  • 8 x Pilatus PC-7 MkII (10 unit lagi dalam pesanan)
    TUDM telah membuat tempahan untuk 10 buah pesawat Pilatus PC-7 MkII sebagai gantian kepada pesawat-pesawat yang telah musnah akibat terhempas ataupun kemalangan.
  • 20 x MD3-160 Aerotiga
    TUDM merupakan pelanggan awal pesawat MD3-160 Aerotiga buatan tempatan. Pesawat ini kini ditempatkan di Pusat latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar dan digunakan untuk latihan penerbangan ab initio.

Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV)

  • 3 x CTRM Eagle ARV (UAV)
    TUDM menggunakan beberapa buah pesawat UAV dalam peranan peninjauan. Berkemungkinan akan digantikan dengan pesawat UAV buatan tempatan sepenuhnya iaitu Aludra Mk. II.

Persaraan pesawat dan pindahan milik

TUDM telah memindahkan 11 buah helikopter jenis SA316B Allouette III kepada Tentera Darat Malaysia untuk melengkapkan buat permulaan Pasukan Udara Tentera Darat. Bersama-sama dengan pesawat helikopter tersebut, TUDM telah membenarkan juruterbang jurulatih Allouette III berpindah khidmat ke perkhidmatan Pasukan Udara Tentera Darat untuk menjadi nukleus kepada penubuhan Pasukan Udara Tentera Darat. TUDM juga telah menyerahkan pusat latihan di Kem Mahkota, Kluang kepada pentadbiran dan pengurusan sepenuhnya oleh Tentera Darat Malaysia.
Pesawat DHC-4 Caribou telah ditamatkan perkhidmatannya dengan TUDM setelah beberapa lama berkhidmat. Perkhidmatan pesawat DHC-4 Caribou telah diambil alih sebahagiannya oleh pesawat CASA CN-235 yang melengkapkan No. 21 Skuadron TUDM.

Pesawat-pesawat yang pernah digunakan oleh TUDM

TUDM telah di masa-masa lepas menggunakan antara lainnya, pesawat-pesawat seperti berikut :
Pesawat Pejuang
  • Canadair CL-41G Tebuan
    TUDM membuat pembelian 20 buah pesawat CL-41G Tebuan yang mula digunakan dalam tahun 1967. Pesawat Tebuan adalah pesawat tempur pertama digunakan oleh TUDM, kerana sebelum itu TUDM hanya mempunyai pesawat-pesawat bukan tempur dan peranan TUDM ditumpukan kepada perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan sahaja. TUDM menggunakan Tebuan sehingga tahun 1986 apabila perkhidmatan Tebuan diambil alih pesawat Aermacchi MB-339A
  • CAC Avon Sabre
    Kerajaan Australia telah menghadiahkan 19 buah pesawat CAC Avon Sabre kepada TUDM untuk digunakan sebagai pesawat pejuang pertahanan udara. TUDM menggunakan pesawat Avon Sabre hanya sekejap sahaja, dari tahun 1969 hingga tahun 1976. TUDM menghentikan perkhidmatan Sabre setelah menerima pesawat-pesawat pejuang Northrop F-5E Tiger II.
  • A-4PTM Skyhawk
    TUDM membeli 88 buah pesawat A-4C dan A-4L milik Tentera Laut Amerika Syarikat dan menggunakannya untuk membaik pulih 40 buah pesawat kepada standard A-4PTM, yang hampir serupa dengan standard A-4M digunakan oleh Amerika Syarikat. 36 buah dibuat dalam versi satu tempat duduk sementara 6 buah yang lain dibuat dalam versi TA-4PTM dengan dua tempat duduk. Penggunaan pesawat Skyhawk bermula tahun 1985 tetapi tidak berpanjangan disebabkan oleh masalah-masalah teknikal dan dihentikan dalam tahun 1996 apabila TUDM menerima pesawat BAe Hawk.
Pesawat Pengangkut
  • Scottish Aviation Twin Pioneer
    Hanya 93 buah pesawat Twin Pioneer, dan TUDM menggunakan 15 buah pesawat jenis ini. Pesawat ini menggunakan enjin omboh (radial) dan mempunyai keupayaan mendarat dan berlepas dari landasan yang pendek. Pesawat ini boleh membawa 13 orang penumpang ataupun 11 orang askar payung terjun. Dalam versi medevac, pesawat ini boleh membawa6 pesakit dalam usungan (strecther). TUDM menamatkan perkhidmatan pesawat Twin Pioneer dalam tahun 1970.
  • Scottish Aviation Single Pioneer
    TUDM menerima penghantaran 8 buah pesawat Pioneer dalam tahun 1958. Pesawat Pioneer mempunyai kebolehan mendarat dan berlepas daripada landasan-landasan pendek dan tidak rata dan boleh membawa 4 orang penumpang. Pesawat ini digunakan untuk tujuan perhubungan. Perkhidmatan pesawat ini dihentikan dalam tahun 1972.
  • Handley Page Dart Herald
    TUDM membuat belian 8 buah pesawat Handley Page Dart Herald Siri 401 untuk kegunaan pengangkutan kakitangan khususnya antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Handley Page Dart Herald Sr. 401 TUDM disesuaikan sebagai pengangkut kegunaan tentera dengan pintu muatan di sebelah tepi pesawat dan boleh membawa 50 orang askar payung terjun. Pesawat ini juga boleh disesuaikan untuk pemasangan 24 tempat pengusung.

    TUDM menggunakan Dart Herald dari tahun 1963 sehingga 1976, apabila ianya bersara daripada perkhidmatan TUDM setelah penerimaan pesawat-pesawat C-130 Hercules. Semasa Konfrontasi, pesawat Dart Herald juga digunakan dalam operasi peperangan psikologi dan juga menjalankan penerbangan tinjauan. Pesawat Dart Herald ditamatkan perkhidmatan dalam tahun 1976 dan kesemua 8 buah pesawat dijualkan kepada sebuah syarikat British bernama Channel Express (Air Services) Ltd yang menggunakannya untuk penerbangan penumpang.
Pesawat Rondaan Maritim
Pesawat Latihan
  • Hunting Piston Provost
Helikopter
  • Bell 47G-5A
    Helikopter ini digunakan untuk latihan juruterbang helikopter TUDM, dan beroperasi dari Kem Mahkota di Kluang.

No comments:

Post a Comment