Monday, April 1, 2013

Jet Peribadi Terbesar, Termahal dan Termewah Milik Al Waleed Bin Talal

Al Waleed Bin Talal ialah seorang ahli perniagaan dan juga ahli keluarga diraja Arab Saudi. Beliau merupakan CEO yang memegang saham 95% di dalam syarikat beliau iaitu Kingdom Holding Company. Pada bula Mac 2012, Al Waleed telah di pilih sebagai orang yang ke-16 terkaya di dunia dengan aset yang bernilai USD 23.9 billion.



Pada tahun 2007, Al Waleed telah memesan sebuah jet peribadi Airbus A380 yang merupakan jet peribadi terbesar, termahal dan termewah di dunia yang harganya mencecah USD 500 juta. Jet peribadi ini dilengkapi dengan garaj untuk dua buah kereta Roll Royce, kandang kuda dan unta serta ruang yang dapat memuatkan 460 orang penumpang. Selain daripada itu, terdapat juga bilik mesyuarat yang dilengkapi dengan skrin holographic dan dewan konsert.

Jet peribadi ini dilengkapi dengan lima  buah suites peribadi yang memuatkan katil bersaiz king, sistem hiburan multimedia dan juga bilik solat yang mempunyai sejadah yang dikawal oleh komputer yang sentiasa menunjukkan ke arah kiblat iaitu Mekah.




No comments:

Post a Comment